Friday, November 25, 2011
Jumaat sudah!!
Fakta unik Koala.
Thursday, November 24, 2011
Nabi Muhammad dgn Kucing kesayangannya.
Tuesday, November 22, 2011
Syabas Malaysia!!!
Siapa yang tengok final Malaysia vs Indonesia semalam pasti bangga dengan pencapaian skuad Harimau Muda yang berjaya merangkul pingat emas dalam Sukan sea kali ni.Perlawanan semalam boleh dikatakan pertembungan dua musuh tradisi yang masing2 mempunyai kekuatan tersendiri.Tetapi kemenangan berpihak pada pasukan negara kita.Perlawanan yg berlangsung selama 120minit berakhir dengan kemenangan penalti hasil tendangan oleh Kapten Harimau Muda, Baddroll Bakhtiar .Malaysia juga hampir2 kecundang ditangan Garuda yg mempamirkan aksi2 yg tidak kurang hebatnya dimana pada minit ke 3 perlawanan Indonesia berjaya mendahului Malaysia 1-0, tetapi kegembiraan Indonesia hanya sementara setelah Asrarudin dari skuad Harimau Muda telah menebus kekecewaan itu dan menjadikan Malaysia & Indonesia terikat seri 1-1. Akhirnya penalti menjadi penentu kepada pemegang pingat Emas yg berpihak pada Skuad Harimau Muda.Dalam pada itu juga, kecekapan serta ketangkasan penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat harus diberi pujian kerana banyak menyelamatkan gawang pintu gol Malaysia.
Berikut adalah antara wira2 negara yg bertungkus lumus untuk kemenangan semalam..
Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat
Asrarudin Putra Omar..
Kapten Pasukan, Baddroll Bakhtiar.
Monday, November 21, 2011
Angka 24
Friday, November 18, 2011
Harimau Malaya baham Garuda 1-0 !!!
Wednesday, November 16, 2011
Restoran Jamban
Wanita & kereta manual
Tuesday, November 15, 2011
kaki buli
Thursday, November 10, 2011
Thursday blues!!
Kejap je dah hari khamis, hmm mgkin sebab minggu ni 3 hari je keje..hehe..Harini kt opis bz sgt2 n penat sgt..Muke pon dah berminyak berpeluh2..Stok sampai lak tu, 10 pallet bersamaan berpuluh2 kotak harini kene hadap, wat sticker ape smua..Aku ni kalau x busy, sampai bosan2 n ngantok2 kt meja opis ni, tp bile dah start busy, mule lah rase nak ngamuk je..haha..Bile relax je, terasa mcm CEO lak, tp time busy rase mcm HAMBA ABDI je....huh..So, kene la trima hakikat yg aku ni "kuli" aje..Hmm x sabar nk tggu weekend, nak relax2 kt rumah..yuhuuuu!!!!
Wednesday, November 9, 2011
Khasiat Delima
Delima digelar "superfruit" mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat,payudara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukkan delima boleh memusnahkan sel kanser payudara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payudara membentuk.
Kajian ke atas tikus menunjukkan delima merencat pembentukan kanser paru-paru,melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat , pengambilan delima menstabilkan aras PSA.
Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salur darah arteri , mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus.Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian juga menunjukkan delima boleh mencegah atau melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer.Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan .
Beberapa kajian menunjukkan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi .
Pengambilan delima oleh ibu yang mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.
Rahsia Penciptaan Buah Delima
Di dalam al-quran terakam indah firman Allah yang bermaksud,: " Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima".(Surah Al-Rahman ayat 68). Allah menyebut buah delima(rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatnya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan dari syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhluknya di muka bumi ? Apakah keistimewaan disebali sebiji buah delima ?
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica Granatum dalam istilah botani juga didapati di India,Afghanistan dan Syria.Pada zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.Buah delima menjadi simbol lesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah..,Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah Al-An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al-Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung kecil yang segar , dengan bahgian bawahnya yang besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia di balut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri.Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu,sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut.Dengan mendapat sari itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama.Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflovin, tiamin, niasin,vitamin C,kalsium dan fosforus.Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Oleh sebab itu ia mempunyai nilai pemakanan yang baik , buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagau ubat penawar.Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap,oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut,tekak,dada, dan paru-paru kerana ia akan melegakan batuk.Sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud :" Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.Oleh sebab itu buah delima disarankan kepada mereka yang menghidap demam.Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.Disamping itu, buah delima dapat mnguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.Didalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit-birit,sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
13 tahun sudah berlalu
08 November 2011..Harini genap 13 tahun pemergian arwah abah tercinta ke rahmatullah..Sekejap je mase berlalu..Terlalu banyak kenangan dgn arwah abah..Kalau dulu, aku ngan arwah abah mmg rapat giler..Mane ade abah , situ lah ade aku. Teringat lagi mase kecik2 dulu, aku suke makan buah anggur xde biji, tiap kali pasar malam, abah lah org yg paling sibuk pusing satu pasar malam yg besar tu cari buah anggur yg xde biji..Sebenarnya byk sgt nak citer, tp airmate ni x leh tahan klu terkenangkan arwah abah..huhu..Doa aku semoga arwah abah tenang disana, kalau arwah abah dpt melihat kehidupan kami skrg, mesti arwah abah senang hati..Mak sekarang pun dah jumpe peganti abah yg baik orgnyer n penyayang..Kalau abah dengar sekarang ni, adik nak bgtaw,yg abah dah ade 2 org cucu skrg, dua2 lelaki..Abah pon dah ade 2 org menantu..Anak2 abah sekarang tiga2 dah besar panjang, tasha yg abah sempat tatang selama 7 bulan pon dah remaja skrg..Muke die saling x tumpah mcm abah.Abah jgn risau, papa jage die mcm anak sendiri, mcm abah jage adik dulu..Sampaikan die ingat papa die tu abah die..Along pon dah masuk 30tahun umor die, die same mcm along yg dulu, die berjaya jadi along yg baik..Cara die sygkan anak2 die, same macam abah syg kt kitorg smua..Adik lak, klu abah nak taw, adik dah kahwin skrg..Adik jumpe gak lelaki yg pndai jage adik mcm abah jage adik..Suami adik baik taw abah, die pon mcm abah, kalau makan udang tu,die yg kupas kan kulit udang tu bru bg adik makan.Pastu klu jumpa buah anggur xde biji, msti die belikan untuk adik..Klau ade biji pon,die yg korek buangkan biji tu..hihi..Sama kan mcm abah..Mak pulak, mak dah x garang macam dulu2.hihi.Kalau dulu adik ngan mak x kamceng, sekarang mak lah org paling rapat ngan adik lepas abah xde..Adik dah kawen ni pun, selalu ikut mak n papa gi jalan2, shopping2....Hmm...adik rinduu dgn abah..Tp adik taw , ALLAH lbh syangkan abah..Tggu adik kt SANA ye abah..Adik saaaaayyyyanggg abah sgt2...adik rinduu nak jalan2 naik motor ngan abah, adik rindu nak abah dukung adik duduk atas bahu, adik rindu nak dengar abah pnggil adik , "manje", adik rindu nak cium abah sebelum gi skolah/kerja., adik rindu nak bela kucing banyak2 dgn abah, adik rindu nak wat tocang kt rmbut abah, adik rindu nk cabut jggut abah, semua adik rindu dgn abah...huhu
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Rasenyer belom terlambat utk aku mengucapkan "selamat hari raye aidil adha" wat semua umat islam ..Seperti raye tahun sebelum ni, fmily aku mnyambutnyer dgn sederhana je..Tp tahun ni spesel sikit sbb ade ketupat pulut, kitorg satu family berkumpul n ramai2 menganyam ketupat.Tok Guru nyer hubby aku ler..hehe..die la yg ngajar kami smua..Papa aku pun belajar ngan die..hehe..Kami start menganyam hari sabtu, sehari sebelum hari raye haji..Pagi2 lagi, mak dah call ajak pi brekpes kt gerai kazen aku.Nasi lemak die sedapp, 2 bungkus gak aku makan..Anak buah aku pun, due2 aku angkut bawak gi sekali.Nasib baik dorg x noty sgt..
Lepas brekpes, kitorg gerak lak ke Pasar Borong Selangor..Kalau dah gi pasar tu, da tentu la nak gi beli brg2 utk memasak kan..xkan nak pergi main golf lak kt situ..haha..Beli punya beli, kitorg pon balik singgah kt Restoran Bravo, restoran ni mmg port wajib lah bg kitorg..Lbh2 lg mak aku, waiter2 kt bravo smua kenal mak aku..Hmm fofular tul mak aku ni..Mane2 pegi ade je org kenal..Hehe..Hmm kt bravo kitorg lunch la plak, td dah brekpes kan.Tengahri tu mak yg belanja kami smua..Hihi..Pastu da makan, terus balik umah mak..And acara menganyam ketupat pon bermula,aku dgn x mandi pagi nyer, selamber je kan..Tgh dok ralit menganyam ketupat, mak tipon Domino pizza lak, hmm makan lagi..Mmg hari sabtu tu, perut sentiasa terisi la..Lbh kurang kul 4, kerja2 menganyam pon siap..
Sekarang time tolong mak lak kt dapor, tolong tengok je lebih sebenarnya.Fuhh mmg terasa kemeriahannya..Semua ahli keluarga adik beradik berkumpul bersama, walaupun adik beradik aku x ramai, tapi bile dah berkumpul terasa meriahnyer lg2 bile melayan keletah 2 org anak buah aku yg noty2 tu..
Bile da siap semua, petang tu aku balik umah aku lak, konon nak mandi2 lar..Sampai je umah, terus setelkan keje2 umah, yela sok kan nak raye, pas da setel smua, pergi rumah mak balik..haha ..jgn marah, !! xtaw la cmne klu umah jauh ngan mak, nsb baik dekat..
hehe..
Keesokannyer, subuh2 lg aku dah dtg umah mak..Sebab hubby keje lak di pagi raye, so hubby gi keje,aku pon sambung tido kt umah mak lak..Sedar2 je dah pukul 8pg..perghhh terus mandi2..Anak2 buah pon dah dtg dgn bju melayu n sampin msg2 hensem aje..Aku pon terus bersiap, n brekpes ngan fmily smua without my hubby..huhu..Lepas makan,lepak2 jap smntara tggu lembu disembelih kt surau berdekatan. Then , trus follow my big bro pergi braye umah spupu sepapat kt Pulau Meranti.Tak kira la raye ape, aktiviti beraye ke Pulau Meranti tetap mjadi aktiviti wajib.haha..Cerita mcm jauh sgt je Pulau Meranti tu ek..Padahal sekangkang kera je..huhu..
Lepas habis beraya, trus ke rumah mak lg..Rumah mak time ni dah penuh dgn sdara mara yg dtg beraya..Semakin terasa kemeriahannya..Kul 2, lepas hubby balik keje n siap2 terus ke Bangsar lak..Umah atok aku..Umah atok aku ni mmg happening lar, klu setakat nak gi midvalley tu, jalan kaki je..Dulu time cuti sekolah, slalu tggal kt umah atok, senang nak gi Midvalley..Biler da penat merayau satu Midvalley , dah lapar bru balik umah atok..hehe.Best je zaman kanak2 ribena dulu..Ok, smbung balik..Smpai je kt umah atok, kitorg smbung menjamu selra lg..Kali ni KFC lak, asyik rendang jekan..Naik sebu perot ni haa..Lepas habis melantak, kitorg bertolak lak ke kg hubby, Felda Sg Behrang,Perak..Yeaaayyy!!! balik kg..
Setelah sejam setengah perjalanan,kami pun tiba di kg hubby..Singgah TF Value Mart jap, beli buah tangan sikit,xkan nak melenggang jekan..hihi..Smpai je kt rumah, rumah P.I.L (Parent in law) meriah dgn sanak saudara yg berkunjung.Masuk je rumah,trus ke dapur, tcari2 adik ipar n kakak2 ipar yg sdg sibuk memasak kt dpor..Byknyer juadah harini, x rugi kami balik..Aku pon tolong2 la sikit ape yg ptut..Dah siap masak,kami mkn beramai2, dgn sup gear box nyer, lemangnyer, daging nyer..Pergh!!!..smpai aku xtaw nak mkn pe..hehe..giler kentangg!!..kenyang gilerrr...Kitorg kt kampong pon x lame, sehari je,mklumlah cuti x berapa nak lame..hehe..Malam sok nye kami bertolak balik ke Puchong smula..Tu lah crita raye aku kalini..sekiaannn>>>

Friday, November 4, 2011
Happy Born Day My Big Bro..
Happy Birthday to my big bro yg ke -30..Dia abang aku yg sulung..Beza umor aku dgn die 6 tahun..Pndai kan parent aku planning..Aku yg kedua..Aku ngan abg aku ni mse kecik2 mmg close..Maklumlah, die jela abg aku,and aku jela adik die mse tu..Tupp tupp 11 tahun kemudian lahir lak adik aku yg bongsu..Thats why la smpai skrg title "adik" msh melekat kt aku even da ade adik pon..hahaha..jgn jeles..=)..
So, harini besday along aku ..kebetulan we share the same month birthday..hehe..serba sdikit tentang die
* die hensem
* dah ade seorang isteri
* ade 2 hero (airiel danish & airiel darwish)
* minat music
* minat bola
* ade band music sendiri ( 3rd Party band)
* die ni kaki pukul ( drummer la)
* die juga ade bakat nyanyi
* die seorang bapa yg penyayang tp tegas
* die abg yg ambil berat tentang perihal adik2 nyer (mklumlah due2 pmpuan,mujur sorg da kawen)
* die anak lelaki kesayangan mak (maklumlah die sorg je lelaki kan..alkisahnyer..)
* die ade tahi lalat dua , pemanis katenyer..haha
Selamat Hari Jadi wat satu2 nyer along aku..Semoga murah rezeki n berbahagia selalu..aminnnnnn!!!!!
Laura Stella
Asyik cerita pasal aku je, ni nak cite pasal my princess ni..LAURA STELLA..dengar name je dah grand giler..Diam x diam dah setahun 5 bulan aku menjadi tuan kepada makhluk berbulu ni..Aku ni mmg suke sgt ngan kucing, x kisah lah die kucing siam ke parsi ke, kucing jalanan ke, kucing kurap ke..Bg aku, aku ngan kucing mcm ade satu chemistry, dimana aku dpt faham perasaan kucing..Hmm syukur dgn anugerah yg Allah bagi, dan aku bsyukur gak sebab ALLAH kurniakan padaku sifat penyayang pada haiwan kecuali (babi)..Dan disebabkan aku ade sifat penyayang itu, membuatkan aku x boleh hidup tanpa kucing selain ibubapa aku la..(ibubapa tetap utama)..Dr aku kecil seumur hidup aku, aku x pernah lg hidup tanpa membela kucing..haha..mybe dah terdidik ngan arwah abah aku kot..HEHE..Dan dr kecil jugaklah aku psg angan nak beli kucing parsi bile aku dah besar nnt..Bile dah besar ,dah bekejra, aku still xdpt nak beli kucing parsi..huhu..Tp Allah tu maha adil, ade plak hamba Allah ( my papa friend) yg baik hati nk bg kucing parsi ni secara FOC (FREE OF CHARGE)..x caye ke??hehe..So, korg smua msti taw ape perasaan aku time tu kan..Mcm dpt duit 8 lori..weee!!!!..
Mase first time die smpai umah, laura kurusss sgt2..cian die..Then, aku pon jage la die, bg die mkn, bwk gi vaksin dan sebagainya..(duit habis mcm jage seorang baby taw)..Dan sekarang die semakin sihat, tembun, comey n bijak n manja sgt lbh2 lg ngan aku..Bila aku kawen, aku tpaksa bpisah ngan laura yg aku pggil "anje" (name pggilan laura) sebab rumah sewa aku tu mcm x safety utk aku bawa laura..So, Laura tggal kt umah mak.Tp everyday time lunch aku mesti balik umah mak aku, n yg sweet sgt, laura akan smbut aku depan pagar bile dgr bunyi kete aku..Sambil berlari2 ikut aku ke dapur, mintak makanan..Die ade satu tabiat yg ngade2 sikit, die klu nak makan nak suruh aku tggu sbelah die, klu aku gi ruang tamu, die ikut,xmau makan..hmm mcm2 peel..yg peliknyer, dgn aku je die perangai cmtu..hehe..tu yg wat aku saaayang sgt kt laura..
Tanpa die sunyi hidup aku..Tanpa die dgn sape aku nak berborak.Tanpa die sape nak smbut aku kt depan pagar..Tanpa die arrrhhh msti bosann..