Followers

Wednesday, May 22, 2013

#TSDayOut -Sim Flight KL


Part yang paling buat aku teruja sepanjang event TSDayOut ni berlangsung adalah part di SimFlightKL.First time jugak aku taw tentang kewujudan tempat ni, kalau biasa kita tengok cerita Adam Hawa lakonan Aaron Aziz yang pegang watak Adam mukhriz tu, haa kalini giliran aku plak sebagai Kapten Nory, aku dah pandai bawak kapal terobang beb!!!Sila lah percaya...hahaha..Kat sini lah dorang selalu berlakon untuk scene flight mendarat,scene bawak flight dan scene untuk watak pilot, contoh macam cerita Adam Hawa tu lah.



Pergh kalau lah semua flight ada kerusi seempuk sofa ekseklusif ni kan best, hahaha...Dapat jugaklah merasa duduk kat atas sofa gebu lagi empuk ni, sambil fefeeling fly ke oversea..weeeeweeee....


Ini Kapten Haris..Dialah yang ajar kitorang bawak kapal terbang.Kalau nak taw kat SimFlightKL ni kita berpeluang mengendalikan 2 simulator penerbangan iaitu Airbus A320 & Boeing 737NG.Aku berpeluang mengendalikan Airbus A320, phewww pestaim beb, pestaim..Nervous giler masa  aku nak terbangkan airbus tu, bila dah sampai atas, kapal terbang yang aku bawak tu dah stabil, boleh plak rasa nak terkencing, so, aku suruh Yaya take over, jangan risau, semasa flight dah stabil kat atas awan tu, kaedah pemanduan adalah secara auto-pilot, cuma time nak terbang dan mendarat je kena guna manual.Time mendarat, yaya yang daratkan airbus aku tu..terbaekkk, tepat pada sasaran, nasib baik tak tersasar ke laut...hehehe..



Mila pun tak lepaskan peluang pandu melulu..hehehe..Siap tabik hormat lagi..Velagakkk kapten kaww yer..hehehe..



Dah merasa jadik pilot, ni nak merasa jadik penumpang plak,masa ni kitorang nak berlepas ke Pulau Pinang..hehehe..Byee...bye..


Kapten Wafi tak lepaskan peluang memberi taklimat dan penerangan kepada kami, banyak kami belajar dari dia, dia memang tak lokek ilmu punya, tanya lah apa pun kat dia, dia mesti jawab.


Tengoklah tu, gigih dia buat penerangan nak bagi semua orang faham,walaupon aku still jugak tak faham2..hehehe




Berjaya membuat pendaratan dengan jayanya, Kapten Haris pon teruja tengok ke"teror" an aku bawa kapal terbang, siap buat simbol "good" lagi..hahahaah tipuuu je..Aku yang paksa adik Haris ni buat "good"..Haris ni muda lagi baru 21 tahun, tak sempat laki aku nak jeles, aku dah bagitaw siap2 kat dia, "abang, Haris ni pangkat adik-adik je, jgn risau"..hikhikhik..

Sesiapa pun boleh merasai sendiri pengalaman memandu kapal terbang ni dengan bayaran dari RM45 seorang mengikut jenis simulator yang korang pilih.Ataupun nak taw lebih lanjut...LIKE Facebook SimflightKL ni www.facebook.com/simflightkl ataupun boleh lawat laman web SimflightKL http://www.simflightkl.com/..



9 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)