Wednesday, July 31, 2013

Jom cantik-cantik dengan EPHYRA !!!




Nak dekat-dekat raya ni kan, aku selalu berangan nak tampil cantik dengan wajah yang glowing-glowing.Berseri-seri di pagi raya sambil salam tangan Abi, alamakkk aiii teringinn sangatt.Walaupon tiap-tiap hari dia puji binikk dia ni cantik, tapiii kita sebagaii pempuan ni mana pernah puas hatii kan.Lagi satu, ada ke lakik yang berani nak cakap binik dia tak cantikk.hahaha ada berani, mau kena lesinggg nanti..heheheh..So, sebagai langkah awal, sambil dok counting day nak raya ni, aku pon gigih mencari produk2 kecantikan untuk kecantikan diri.Aku taknak try produk-produk berasaskan mekap-mekap ni tapi nak kecantikan yang datang dari dalam, maknanya aku nak something untuk kecantikan dari dalam.Memang tak tipu lah, sekarang ni macam-macam produk-produk kecantikan n makanan tambahan untuk kesihatan kat pasaran sekarang, tapiiii aku tertarik dengan produk dari OceanLife ni, namanya EPHYRA..Bukan Elfira Loy ok...hehehe..Bila dah cantik dari dalammm,barulah cari mekappp plakk kan..heheh


Aku berani nak try sebab banyak dapat feedback and testimoni yang baik dari customer yang pernah try EPHYRA ni.EPHYRA ni minuman untuk kecantikan,yang datang dari dalam, bak kata orang cantik tu biar datang dari dalam, baru lah mekap pon cantikkk,naik seriii gitu.Heyyy tak sabar nak tunggu habis sekotak.Aku baru dapat hari Khamis aritu, masuk harini dah 5 sachet aku minum..Aku suka rasa dia yang sedap, rasa oren peel fresh, aku minum sejuk2, sampai tak rela nak bagi Abi rasa walau seteguk,sayanggg kot, aku rasa kalau bagi Abi minum seteguk rasa macam tak cukup cantik plak aku nantii...hahahaha...Kotak dia pon cantikkk, suka sangat packaging dia, nampak kemas dan menarikk.Tak sabar-sabar nak minum masa baru dapat haritu..



Nak taw apa  bahan-bahan yang terdapat dalam minuman EPHYRA ni, dia terdiri dari 9 keajaiban alam semula jadi iaitu Kolagen,Acai Beri,Astaxanthin,L-glutathione,Acarolla Cherry,Serbuk Tomato,Bunga Marigold,Superberry, dan Gam Akasia.Dari 9 campuran tu terhasillah minuman yang super duper sedapp ni,sumpahh memang sedap, dulu aku pernah jugak minum produk kecantikan yang lain, tapi rasa dia mula2 je sedap, hujung2 rasa pahit, asal habis segelas je mesti bilas minum dengan air kosong, tapi dengan EPHYRA okayy, aku minum sampaii tahap nak jilat botol2 tu sekali, dah habis siap jilat2 bibir lagii..Boleh bayang tak tahap kesedapan dia camne??hurrrmmm sedappp nyaa..
Apa beza EPHYRA dengan collagen lain? 
  • EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dalam jenis "white fish" yang hidup di laut dalam. Sebab ikan dekat perairan laut dalam ni bebas pencemaran.  
(laut dalam hokeh...!! Bukan sebarangan ikan yang mudah didapati di pasar seperti ikan tilapia, ikan keli tauuuu…)
  •  EPHYRA menggunakan kolagen yg terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis tu terdiri daripada pecahan asid amino yg kecik, yang mudah diserap oleh badan. 
Kolagen dalam Ephyra mudah diserap - part ni yang paling penting. Haaa..ko nak tau tak
 kenapa ramai amik collagen tapi lambat nampak kesan? eerr...aku pon ade amik kologen sebelum2 nih..tapi tak nampak kesan ponnn....haaiihh..
rupernyer sebab berat molekul collagen yg tinggi, so badan susah nak serap. Berat molekul collagen sesuatu brand tu diukur dalam unit DALTON (Da).

It's not about how many mg collagen content, tapi how small the protein is. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesan kat badan.Fakta penting : Berat molekul collagen Ephyra = kurang dari 1500Dalton


Size collagen EPHYRA = kurang dari 1500Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Sebab tu dgn minum EPHYRA kita dah boleh nampak kesan seawal 7 hari. Most collagen di pasaran sekarang 3-4 kotak pengambilan baru nampak kesan.

Kandungan kolagen EPHYRA cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti collagen yang banyak sekali ambil tapi amount yang sedikit tp berterusan.Hati-hati ya kawan-kawan, Lebihan kolagen yang diambil boleh membebankan buah pinggang! Akibatnya, boleh buat kegagalan buah pinggang!


EPHYRA ni bukan untuk kecantikan semata-mata je taw, ia juga sesuai diminum oleh lelaki dan wanita,kanak-kanak (4 tahun ke atas), Ibu menyusu dan hamil 6 bulan ke atas,Mereka yang pentingkan kecantikan ,kesihatan luar dan dalam, dan bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :

-Kulit Berjerawat  -Kulit Berjeragat/berparut  -Eczema / Penyait Kulit
-Gastrik/Masalah Usus  - Menurunkan kolesterol  - Stress/kemurungan/Ceria
-Sembelit/cirit birit/Buasir  - Asthma/Lelah/Penat/Semput
-Gout/Arthiritis Sendi  -Menopouse  - Ketidakseimbangan Hormon
Alergi Makanan Laut  - Resdung  - Penyakit gusi/demam
-Masalah Tidur/Kelesuan  -Jangkitn pundi kencing -Msalah buah pinggang
-Kanser/Pertumbuhan Tumor  -Sakit Sendi&Sengal badan - Jantung/Saluran Darah
- Migraine/Sakit Kepala  - Strok/Parkinson  -Penyakit Alzheimer/Nyanyuk)
-Masalah Senggugut/PMS  - JangkitanVirus/Bakteria  -Darah Tinggi
-Masalah Saraf  -Kencing Manis  -Thyroid


Dan percaya tak keberkesanan selepas meminum EPHYRA ni, ianya boleh dikesan dalam masa seawal 7 ke 14hari je, wahhh aku minum ngam-ngam lagi 2 minggu nak raya, harap2 menjadikkk lahh...heheheh..Antara khasiat pengambilan EPHYRA secara konsisten adalah

-Kulit lebih anjal
-Kulit lebih lembab dan mulus
Tona kulit menjadi sekata
-Ransang kulit baru untuk penyembuhan luka
-Melicin,mencerah, dan menegangkan kulit (anti penuaan)
-Menghilangkan jeragat/parut jerawat
-Kurangkan masalah resdung
- Antioksidan yang mujarab - menentang radikal bebas
-memberi tenaga,sesuai untuk warga emas dan uzur
- Kuatkan folikel rambut &mengurangkan keguguran rambut
- Meningkatkan sistem imunisasi & metabolisme badan
-Merawat rambut gugur,kuku & rekahan tumit kaki
-Kuatkan sistem abdomen & memelihara kelenjar tiroid
-Menurunkan tekanan darah tinggi & kencing manis
-Mengurangkan risiko kanser dan tumor
- Memberi kekenyangan ( sesuai untuk proses diet)
-Mengurangkan berat badan tanpa diet
-Mengurangkan selulit
-Mengurangkan asthma/lelah/ merawat gastrik
-Melancarkan peredaran darah & pulihkan sakit sendi
-Menguatkan tulang sendi serta menjauhkan artiritis & osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout / stroke
-Menurunkan kolesterol & stabilkan kadar gula dalam darah
-Membantu menstabilkan pesakit yang mempunyai penyakit jantung
-Sesuai dalam sembelit dan buasir
-Mengurangkan masalah katarak @ rabun dan sakit lutut


EPHYRA juga disahkan halal dan memiliki sijil halal yang sah dari pihak JAKIM,jadii minumlah tanpa was-was..Kan ke mencari yang halal itu fardhu bagi kita sebagai umat islam ni..



Sesiapa yang berminat nak try EPHYRA ,..Bolehlah order EPHYRA sekarang, sempat lagi ni nak cantik-cantik time hari raya nanti..Pengalaman aku sepanjang 5 hari minum EPHYRA ni, badan aku rasa ringan je, bangun pagi tak rasa lesu pun.Walaupon masa hari pertama minum tu, takde perubahan apa-apa pon yang aku rasa, tapi masuk hari kedua baru rasa perubahan kat diri.Tak sabar nak habiskan 30 sachet..Cumanya kena banyakkk minum air kosong, sebab minum EPHYRA ni cepat haus, tapi dia tak buat badan kita rasa panas, cuma rasa haus je.Tapiii ok apa, minum air kosong banyak2 kan bagus untuk kesihatan dan kecantikan.Dan sekarang tengah ada promotion taw sempena hari raya,sekotak berharga RM197 je selepas diskaun tapi kalau beli 2 kotak dapat diskaun lagi, RM380 dan percuma beg organizer.Untuk dapatkan promotion tu, korang just email je order korang ke info@oceanlife2u.com beserta nama tajuk blog aku Nory Zoulkefle.

Untuk lebih info mengenai EPHYRA ni korang boleh tengok sendiri video youtube kat link bawah ni.

http://www.youtube.com/watch?v=4HBwvtDzp3E

http://www.youtube.com/channel/UCCTsCLa_voTpEbSEceypFoQ


Untuk order, klik kat kat bawah ni yer.:

WEBSITE : www.oceanlife2u.com
FACEBOOK : http://www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : ephyra2u
No.Tel : 019-399 9238 / 03-4141 7889 


Saturday, July 27, 2013

Resipi Murtabak Meggi Paling Simple



Bulan-bulan puasa ni, mesti tiap hari pening nak masak juadah apa time berbuka nanti kan.Dan kalau spesis macam aku, kalau dah pening-pening taktaw nak masak apa, jawapannya ke bazar jela..Tapi kalau pergi bazar pon, aku beli yang aku dah taw tahap kesedapan dia je, sebab yang menjual kat bazar tu peniaga yang sama je tetiap tahun, so, senang nak cam mana makanan yang boleh dibeli dan sedap..

Macam aku laki bini plak, jenis yang lapar tengah-tengah malam,walaupon time berbuka dah tibai makan macam2, tengah2 malam mesti selongkar dapur cari makanan lagi..hahaha..Abi lahh ni.Time Abi selongkar-selongkar dapur, dia nampak ada meggi terus dia cakap nak buat murtabak meggi, aku pon syiotttt amik kamera nak snap2, cehh bukan nak nolong, nolong tgkap gambar plak dia kan..hehehe..

Bahan-bahan guna apa yang ada je, atau erti kata lain, nak perabih stok-stok bahan makanan yang ada..heeheh...Ok meh tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.:


Meggi Kari - 2 bungkus
Telur - 2 biji
Bawang merah - 2 ulas
Bawang putih - 2 ulas
Daging burger - 2 keping ( hancurkan/potong dadu)
Kicap manis (masin pon boleh)
Cheese - 1 keping (tak letak pun takpe)
Sos Cili

Cara-cara nya :



1. Hiris bawang putih dan bawang merah.


2. Rendam Meggi sampai kembang (lagi kembang lagi bagus)- tapi ikut selera masing2 lah.


3. Daging Burger dipotong dadu ataupon hancur2 kan.


4. Panaskan minyak


5. Sementara tunggu minyak panas, gaulkan meggi yang dah kembang tadi dengan perencah megi kari.


6.Tumis bawang putih dan merah bersama daging burger tadi.


7. Pecahkan 2 biji telur dalam Meggi yang digaulkan dengan perencah tadi tu.


8. Gaulkan bagi dia mesra antara telur dengan meggi tadi tu.


9.Jangan lupa kicapp,aku guna kicap cap jalen botol merah ni..


10.Gaulkan daging dan bawang tadi dengan kicap.


11.Pastu angkat daging yang dah digoreng dengan bawang tadi masukkan dalam bekas meggi tadi.Gaulkan sebati juga..



12.Panaskan minyak, jaga api yer...Jangan besarr sangat api nya.


13.Tuang je semua bahan-bahan yang dah digaul sebati tadi ke dalam kuali.Penyekkan macam dalam gambar diatas gune belakang sudip.


14. Kalau pro macam Abi, bolehlah try lambung2 guna kuali tu..Aku pernah buat, terpelantinggg kuali ke mana, telur kemana..hahahahah..So, terpaksa mengalah, Abi je yang teror..heheh



Dah siapppppp!!!!! Boleh makan dengan sos, nak lagii sedap letak cheese kat atas tu pastu sumbat dalam oven..perghhhh lagi sedapppp...


Taraaaaa!!!Selamat mencuba..



Friday, July 26, 2013

Iftar bersama blogger di Flora Kafe



Sebelum apa-apa, aku mintak hampun banyak-banyak, hari baik bulan baik ni, siang-siang buta aku hapdet entry yang penuh dengan gambar makanan yang boleh buat air liur korang menjejes,tapi camne pon aku tetap kena hapdet, ini amanah orang beb, orang berbudi kita berbahasa, orang panggil ajak makan free, kita kena lah berbahasa di entry..Tak gituuu..hehehe..Anyway, special thanks untuk kesekian kalinya pada Flora Kafe especially Mell yang sudi menjemput kami untuk food review sempena Ramadhan ni.Kalini lebih kurang 10 orang  blogger yang menjoinkan diri yang boleh dikatakan semuanya terdiri daripada bini-bini orang dan mak-mak orang, kecuali Boni dan Faizal lah , dorang je yang datang single mingle..hehe.Flora Kafe ni menyediakan buffet ramadhan taw sempena bulan mulia ni, buffet yang terdiri dari macam2 jenis menu, dan  air zam-zam dan juga kurma untuk setiap customer yang datang berbuka puasa kat Flora Kafe ni.Harga dari RM45++ je seorang untuk dewasa dan RM20++ untuk kanak-kanak.


Ni antara menu yang ada kat Flora Kafe.Macam-macam ada, ada sayur campur, masak lemak putih, sotong masak hitam, kari kepala ikan, ayam masak merah, heyyy macam-macam ada lah..Sampai tahap tak taw nak makan apa dah, time berbuka aku berbuka makan buah n kuih-muih je dulu, dah lama sikit baru start makan nasi plak.Oh yer masa untuk makan sampai pukul 10.30mlm, makan lah sampai lebam,takde sape nak marah..hehe


Kami si kembar empat baru nak start "kayuh" slow-slow...Makannn , makannn, dan makannn..Yang baju biru tu Ieda n Andi, pastu aku n Abi, baju merah  yang over acting tu , Syafiq husband Yaya, pastu Yaya, pastu Mila n Mcdee..Eh Boni pon adaaa...hehehe..


Selain dari lauk pauk yang sedap-sedap, buah-buahan pon ada sebagai pencuci mulut, ada pisang, ada tembikaiii, kuih muih pon macam-macam ada, eiii tak taw nak makan apa dahh..naik muncettt peruttt byk sangat makan..


Air plak ada 3 jenis, yang kaler hitam tu air mata kucing, yang hijau tu nama dia unik, Jimmy Asmara kauuu..hahaha..dan yang last sekali air kosong bersama hirisan lemon.Tapiii paling fofular air Jimmy Asmara lah..Asal letak je habis, asal habis je letakk balik..heheheh..


Ni sudut ulam-ulaman, bagi penggemar ulam-ulam mesti suka kan..Tapiii aku takkk makan sayur dan ahli kerabaat sayur yang lain termasuk ulam-ulam..Sebab tu aku tak awet muda...Kau nak cantik, makan lah ulam banyak2, jangan jadi macam aku..hehe


Ni sudut kuih muih dan manisan, ada karipap, puteri mandi, kuih ketayap, pisang sira dengan gula melaka, dan roti jala, dannn macam-macam lagi.


Part ni aku paaaaalllliiinggg suka, rojak buah, feberettt aku, aku 14 kali ulang makan rojak buah ni, sukaaa giler dengan kuah rojak dia, terbaeeekkkkk...


Apa lagi yang ada??? Suka seafood??Sini pon ada..Nak ketam, nak lala, nak siput sedut, nak udang, macam-macam ada, heyyy kalau kat rumah aku dah terkam ketam tu dulu, senang aku ratah dengan rakusnyaaa..hehehe


Sambal lotek pon ada, ekceli pestaim dengar sambal lotek ni...Amenda ekkk...??Nampak cam menarikk jugak, nanti kau tryyy lah ek...Aku tak sempat try, sempat snap picture je..huhuhu


Dan ini diaaa, feberet aku lagiii, coklat fountainnn..Perghhhh menjejes-jejes cekelat dia taw..Sukaa angatt2, sedappp plak tu , rasa macam Coklat Fountain Ieda pon ada...So yummmmyyyy ok..


Bila dah kenyang kitorang di bawa ke tingkat atas plak untuk sessi penjelajahan Flora Kafe, Flora Kafe ni bukan setakat Kafe je, butik pon dia ada, nak suruh dorang arrangekan wedding pon boleh, butik ni berkonsepkan flora, banyak bunga2, dan palinggg suka tengok deko-deko kat dalam tu.Macam kat alam fantasi plak..huhuh..






Jangan risauu, lepas berbuka puasa boleh solat dekat sini, ni yang bagusnya berbuka puasa kat Flora Kafe ni, dorang punya servis sangatlah bagus, ruang solat pon dorang deko baeekkkkk punya untuk keselesaan pelanggan, siap ada lampu romentik2 lagi, siap karpet gebu lagiii, ko hade...Ruang solat ni terdapat di tingkat 2 bangunan ni.



Pemandangan dari tingkat atas, meja paling panjang tu tempat kitorang duduk, para-para suami duduk bersantai kekenyangann..


Nampak tak Abi, sempat lagi cover peruttt tu...ahahahaha..


Pestaim jumpa kakak blogger berdua ni, yang gojes berbaju merah tu Kak Julia (Ummi QI) dan yang comel kat belakang tu Kak Dayah.Dan yang hensemmm sekali tu, baby QI lah sape lagiii..Comelll tau tak awak ni...Rasa nak culik bawak balik je..Haishhh..

Ok, nampak cermin kan, jom bergambarrr...


Ada jugak sekeping gambar ngan dak encemmmm ni, sampaikan Mell ingat ni anak aku plak, mata sama katanya...hihihihih...Yeke???Harap2 lah dapat anak encemm macam baby QI ni nanti..amiiinnnn...Hye QI, rinduuu akak noryy tak?? (akakk lah sangattt,hikhikhik)


Dan perkenalkan barisan-barisan papparazzi terhormat..Masing-masing dengan gaya tersendiri..hehehe..Disebalik kehidupan seorang blogger, berdiri nya seorang suami yang bertindak sebagaii fotograferrr...hahahahahah...tak gituuuu???



Rasanya tiap kali ke Flora Kafe, gambar kat depan signboard Flora Kafe ni wajiibbbulghunnah mesti ada...hehehehehe....



Para-para blogger bersama Mell (orang kuat Flora Kafe).Dari kiri Boni , Faizal , Aku, Ieda, Yaya, Kak Dayah, Kak Julia(umi QI), Kak Amy, Mila, dan Kak Diya(pinky momma)




Alamakk gambar terlebih lentok plak kat bahu Kak Julia...heheeheh..bergambarr dulu sebelum bersuraiii...


Barisan suami-suami kacakk sedunia...


Eh dia main tunjuk-tunjukkk plak..


Kite pon nak tunjuk-tunjuk jugakkk...hehehe


Barisan bini-bini ku blogger, hahahaah boleh???Seronokk dapat iftar bersama-sama, semua sportinggg giler macam dah 10 tahun kenal je lagaknya..Takde pon yang sombong-sombong, nantiii kita jumpa lagiii ekk..See u next timeee bebehhh...

****************************************************************************************

Details of place :

Flora Kafe
Lot G-02-06,Ground Floor
The Ampwalk
218 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.


Booking / tempahan : Mell -03-2161 8010 / 017-302 4112  (disarankann untuk tempah dulu sebelum datang)