Saturday, February 28, 2015

Penuh dan serabut

 
Ekceli kann, aku dah serabut dengan susun atur playroom dak Iqy ni.Bilik dah lah besar sekangkang semut je, tapi barang-barang dia je dah penuh satu bilik, dah takde ruang nak duduk.Tak boleh nak salahkan sesiapa, memang salah ibu yg mengandung..hahaha..Pergi mana2 kepala ingat kat anak je, anak pandai sesuatu je, contoh macam pandai meniarap, mesti aku belikan something, dah pandai merangkak pon beli something, tumbuh gigi sebatang pon nak belikan something sebagai reward untuk dia, walaupon dia tak taw apa-apa pon, bukan reti mintak apa-apa lagi, mak apak dia yang lelebih dengan alasan masa kekecik dulu tak merasa semua ni..kikikiki..
 
Pastu bila bilik dia dah jadik serabut camni, aku sendiri yang pening mana nak sumbat dah..hahaha..Nampak tak dak Iqy pon tengah pikir tu,nasib baik dia pandai bawak diri, suka betol dia duk dalam "castle" dia tu, jangan taktaw, kitorang laki binik pon join masuk sekali, main rumah-rumah katanya. muahahaha..Abi pon selalu main COC dalam tu sambil teman Iqy main..kiikkikkiii..
 
Nanti iqy dah start pandai mintak2 belikan mainan nanti, masakkklah kitorang..Sape suruh ajar kan..kikiki..Abang aku selalu pesan, jangan manjakan anak dengan permainan, nanti menyesal tak sudah, kalau dia berguling2 mintak mainan ko taknak belikan..Alamakkkk..Betoiii ke???Tapi ni lah namanya penangan anak sulung..Untung kan jadik anak sulung ni..tapi aku anak nombor dua pon untung jugak, setiap anak tu kan ada rezekinya..hehehe..

Friday, February 27, 2015

Part 1 : Rizqy Turns 1 - Checklist

 
credit picture from google.
Weee..Aku sedang mencounting hari demi hari sempena anak bujang to'ang2 aku tu nak cecah usia setahun jagung.Besarr dah anak bujang aku, setiap bulan tak pernah jemu kira monthsary, tak lama lagi aku kira tahun jela,setahun hanya sekali..Jenuh lah mama nak kira hari, bulan , bintang semua.Walaupon mak ko yang seghonok sangat duk kira hari bulan bintang bagai tu kan, haaa sape suruhh??hahaha
 
Bila nak cecah umur setahun jagung ni dan memandangkan dialah satu-satunya permata hati mama dan abah dia, maka mama dan abah sepakat nak buat party kecil-kecilan khas buat pengarang jantung cinta hati mama abah ni.Cuma party kecil-kecilan je, yang pasti akan menjadi kenangan buat Rizqy bila dah besar nanti dapat sambut besday dikelilingi orang-orang tersayang.Amiinnn..Ikutkan hati memang teringin nak buat party yang bertema, panggil badut, buat game segala, tapi mama buat ikut kemampuan je, asalkan buat dari tak buat langsung, ye dokk..hikhik..
 
So mari lah kita memikiorkan bersama apa yang akan ada di majlis itu nanti, ni baru nak buat majlis hari jadi, belum kenduri bersunat lagi, belum kenduri sambut menantu lagi, belum kenduri akil baligh lagi (ehh akil baligh pon buat kenduri ke, over mak ko niii, mihmihmih).
 
Tarikh & Masa
Memandangkan 17 Mac jatuh pada hari selasa, so aku cadang nak anjakkan sikit tarikh besday party Iqy nanti, aku plan nak buat 04.04.2015 hari Sabtu.Masa plak dah tetapkan nak buat pukul 3petang dan keatas, tiada had masa, datanglah duduklah sampai tengah malam pon takdo hal punya, dan makan jela apa yang ada.InsyaALLAH cukup juadah untuk tetamu-tetamu nanti.OK setel.
 
Lokasi
Ekceli ada keserabutan sedikit dalam memilih lokasi, plan asal nak buat kat rumah mak aku sebab rumah mak aku lebih besar plus rumah bawah senang orang duduk makan, selesa lah sikit kan, tapi last minit tukar plan, kitorang decide nak buat kat rumah sendiri, sebab lebih baik dirumah sendiri kan, lagipon kalau buat kat rumah mak aku, bajet kena besar, mak aku ramai kenalan, jiran dia je dah sekampong, so aku tepok poket aku dulu, okeyy tak mampu, mampu buat dirumah sendiri dengan bajet yang ada je..kihkihkikihkih..Janji adooo..pegang prinsip tu je okey, so takdelah telan air liur sangat..hahaha..Cumanya nak bagitaw awal-awal la, rumah sewa aku tu kecik jeee, maybe akan bersesak-sesak sikit., nasib baik sebelah rumah maklang aku, so sedara mara boleh sumbat sana separuh..Okey setel.
 
Bilangan tetamu
Tetamu yang akan dijemput dalam lingkungan 50-80 orang.Ramai ke??sedara mara aku ramai, so ni kira anggaran je la.Kalau aku jemput korang, korang nak datang tak? Jemputlah datang yer korang semua, bukan ajak2 ayam taw, ikhlas ni..Tapi nanti aku kompomkan tarikh betul2, nanti aku announce yer.Kalau tak dapat datang takpe, send je hadiah...kahkahkahkah....(gurauuu lahh wey,jangan amik hati).Tetamu semua terdiri daripada keluarga terdekat, jiran terdekat dan kawan-kawan terdekat je.
Ok setel.
 
Tema
Aku kan dari Iqy dalam perut aku dah berangan nak buat tema Pilot.Tapi sekarang macam nak tukar tema plak, nak tukar tema carca merba,hahaha..Abah Iqy suka tema super hero, macam batman, superman, aku ikutkan ajeee..Tapi tema takdelah terikat dengan tema sangat, tengoklah nanti camne.Sebab aku ni jenis tak tetap pendirian, kejap nak Roary The Racing car, kejap nak Pilot, kejap nak tema Superman, haisshhhh last2 apa pon tak buat, belasah jela tema carca merba.Pon okeyyy
Okey tak berapa nak setel.
 
 
Pre-Birthday Photoshoot
Ekceli tak penting pon session ni, tapi macam biasa mak budak ni memang excited, nak2 plak si anak bujang aku tu memang gemar bergambor, ko hengat ko shantekkk???kikikiki..Okey mama kasik can ko bergambor puas2 dalam studio.Masa cuti CNY haritu aku dah booked session untuk Pre-Birthday Photoshoot dia.Nasib baik mood dia baik dan sangat memberi kerjasama dengan fotografer.Fotografer pon jadik seronok tangkap gambar dia.Nanti aku upload gambar fotoshoot dia.Belum siap lagi gambarnya.huhu.
Okey setell
 
Menu
Masih dalam perbincangan tapi dah senaraikan pon, menu2 wajib harijadi lah macam biasa.Chocolate fountain wajib lah ada.Nak rasa Chocolate Fountain by Ms Ieda kite bolehlah rasa nanti, dah rasa kenalah booked pakej dengan dia sekali, aku dah masuk ni dah 2 kali amik pakej Chocolate Fountain dengan Ieda ni.Memang tak carik lain dah, carik dia je, asal ada party-party ke cari dia je.Kejor dia kejor..hihih.Menu lain macam roti jala n bubur kacang, mak aku tolong buatkan.Nasi lemak mungkin ada kot.Tapi tak janji lah.Tengoklah apa yang jadi nanti.
okey tak berapa nak setel
 
Goodies
Goodies ni aku dengan penuh kasih sayangnya merelakan diri nak buat sendiri, kengkonon nak DIY sendiri lah, barang-barang dah beli dah, tapi satu hape tak usik lagi, takpe banyak masa lagi, kena buat time Iqy tido, kalau tak, dia kompom nak sibuk sekali, habis dikirai-kirai nyer nanti, haishhh..Bahan-bahan yang akan diletakkan dalam goodie tu macam biasalah jajan2, ingat nak letak alat tulis, tengok pada bajet lah nanti..Ngehngehngeh,,Aku planning nak letak dalam tippuware, pastu hias2 sikit lah atas tu bagi nampak kelainan sikit.hihhiihi...Citer macam aku ni rajin sangat lah plak, padahal planning je kemain, tapi satu hape tak usik lagi..hahhaaha..
okey setel
 
Banner
Majlis simple2 je tapi siap berbanner dah kenapa??Alaaa memang simple pon, saje je sempena first time Iqy sambut besday ni, nak lah meriah sikit, biar simple asal meriah..Tahun depan save bajet sambut anak beranak duduk kat umah diam2 je..Tapi kan ..aku tak tempah pon lagi bannernya, sebab tunggu gambar siap dulu.Cer korang suggest katne tempat tempah banner yang best,murah dan berkualiti.??TQQQ..=)
okey tak berapa nak setel
 
 
credit picture from google
 
 Lagi apa lagi ek??Urmm rasanya ni je dulu yang ada dalam kepala otak.Yang lain-lain baru nak pikir.Nanti aku kongsikan preparation yang tak seberapa ni yer,bolehlah buat panduan bagi korang2 yang nak buat majlis simple untuk anak korang.Aku buat ikut bajet aku je.Dont expect more taw.kihkihkihkih..
 
 
 
 
 

Wednesday, February 25, 2015

11th monthsary

17 Februari 2015 genap 11 bulan usia anak bujang to'ang2 aku tu..Macam tak percaya secepat ini masa berjalan ek.Bulan depan dah setahun,tapi masih terngiang2 lagi tangisan pertama dia dalam labor room.Masih terbau lagi bau hospital yg buat aku rasa serik nak pergi hospital lagi,bkn serik nak beranak lagi, tp serik sbb aku berkampung lama kat hospital masa tu.hari2 dok tanya doktor bila aku boleh discaj..kompom doktor tu berbulu dengan aku ..nasib kaulah doktor..haha.
11 bulan yg penuh dengan masam manis.Lasak budak lelaki dengan budak pempuan berbeza weyy..Penat toksah kata la wey ..bkn nak merungut,tp kalau ko nak kata aku merungut pon lantak kau la..kesahh plak aku..haha..
 
Dak Iqy sekarang dalam fasa suka buat sepah rumah..Makin besau makin manja meleset.Grr..kadang rasa rimas tapi tak layan kesian plak.Belum pandai berjalan lagi,ade la 2,3 tapak, selebihnya dia malas..Dia lagi suka merangkak,since doktor kata jangan risau kalau anak lambat jalan, sbb bayi yang lagi lama merangkak, lebih genius..so aku pon biar jela dia merangkak, sejak dia mrangkak dari 7bulan aritu aku dah stop bagi dia main walker,walaupon aku terpaksa jadi singa n tarzan terjerit satu rumah,aku biar je dia merangkak.hihi..
 
Perangai memang ikut aku.Garang weyy.Camne aku marah dia cmtulah dia marah orang,dahlah suka mengusik orang, kalau cium pipi orang, dia pakej gigit sekali,so hati2 la kalau tetiba dia nak cium pipi kau.haha..
 
Mulut makin kuat membebel,kadang2 dengar mcm bunyi Arab pon ada..dahlah pitching tinggi,tiba dia nak membebel time tengah2 malam,aku rasa nk cepuk2 je dia takut mganggu jiran plak..hihi.Dah pandai sebut beberapa perkataan, mama, abah, achu, satu, selebihnya bahasa dia yang dia sendiri je paham.Kalau layan dia cakap, sampai subuh pon tak habis, dia je yang bercakap..Dah pandai ikut apa orang buat, pandai aminkan doa, kalau cakap aminn, dia sapu tangan kat muka dia sambil sebut aminnn ikut bahasa dia la..Pandai nyanyi ( haaa yang ni ikut mama) hewhewhew..
 
Dah pandai protes ajak keluar jalan, kalau duduk rumah satu hari, kompom dia mengamuk ajak keluar, lagi-lagi kalau dia tengok aku tengah bersiap pakai tudung segala, dia dah start dah tak tentu arah mintak dukung je...grrrr..Tetiba kan hati jadi sayu, macam tak caya dah hampir setahun Iqy muncul dalam hidup aku dan Abi..Tenkiu sayang kerana menceriakan hari-hari mama dan abah..#moodsebak #jiwamak-maksangatsekarangnitaw hukhukhuk
 
HAPPY 11TH MONTHSARY BOBOT MAMA...
 

Friday, February 6, 2015

Kat mana tempah T-shirt nama sendiri?

Since ramai yang tanya kat mana aku tempah baju yang ada print nama sendiri macam yang Iqy pakai dalam gambar di atas, maka terhasillah entry ni.Aku rasa kat mana-mana pon ada service untuk printing baju custome made ni, tapi aku suka tempah dengan sorang kakak senior aku ni, sebab suka dengan kualiti kain dia, dan size dia sesuai dengan Iqy.Sebab kadang-kadang size sama, tapi tak kena dengan badan.Macam dengan akak ni, aku suka kualiti kain dia yang baik dan sejuk bila pakai, basuh berkali-kali pon still tak kembang.
 
Korang boleh tempah design korang sendiri, nak letak nama ke, nak letak gambar apa ke, semua boleh.Tapi aku ikut design yang sedia ada je.Just tepek nama Iqy je..Harga RM25 sehelai..Korang boleh terjah Instagram @GOBOCBABY..Macam-macam design yang comel2 dan kiut miut, aku kalau masuk page tu, kompom meroyan taktau nak beli mana satu..heehehhe..
 
Mohler terjah @GOBOCBABY, gayakan anak korang dengan baju "berprintkan" nama sendiri.baru ade "kelassss"..Baju macam Iqy pakai ni, ada nama penuh Rizqy Hafiy Aish dan perkataan "I was born on 17 March 2014".
 

Monday, February 2, 2015

Cabaran menjadi seorang mama

 Ni merupakan pengalaman pertama aku bergelar seorang mama, dimana semua wanita pernah dan akan melalui pengalaman pertama tu, jujur cakap, bukan semudah yang disangka.Makin hari makin mencabar, seiring dengan pertambahan umur anak tu sendiri, anak bujang aku sorang ni, masa baru lahir sampai 6,7 bulan macam tu, aku still boleh handle lagi, tapi sekarang dah 10 bulan ni, uihhh boleh tahan gak tahap mencabar dia.Perghhh..Lepas satu, satu perangai baru dia tunjuk.Tahap kesabaran aku kadang2 flat jugek, urut dada je tahan sabar, huhuhu..Dengan kepala hangin dia, dengan garang dia tu, perghhh tapi dalam kepala hangin dia n kuat mengamuk dia tu, terselit sifat dia yang manjaaaaa sangat2 tu.Manja dia tu tahap jenis nak meleset je lagi2 lepas bangun tido, bila nangis, nak berpujuk,tetiba plak kang dia datang kat kite, sua muka mintak ciom, kadang2 tetiba dia nak ciom pipi kite siap pakej gigit sekali, nak2 plak sekarang ni dah makin jelas sebutan dia panggil aku mama, manja je nada suara dia panggil, kadang2 bila tengah marah pon cair dengar dia sebut "mamma, mamma"..Tak jadik nak marah..huhu..Kalau budak pempuan manja Nampak sweet gitu kan, ni anak lelaki yang manja terlebih, ok ke ek??Padahal selalu je kena marah , tapi kalau nangis, tetap cari aku jugak, masa tu lagi terharu, terasa kuat sungguh ikatan seorang ibu dan anak, patut lah orang kata anak lelaki ni rapat ngan mak, walaupon mak dia segarang singa, abah dia plak jenis yang ikutkan aje kata dia, tapi dia tetap rapat ngan aku jugak, abah dia tempat mengadu je kalau mama dia keraskan hati  takmo layan tangisan dia tu, ko rasa aku mama yang kejam tak?kihkihkihkihkih..
 
 
Aku selalu berdoa mintak Allah tingkatkan kesabaran aku, kalau boleh aku takmo langsung marah dia kalau dia notty, tapi dah jadik mak2 kan, mak2 memang terkenal dengan sifat garang kan..kahkahkahkah, aku plak kalau ko nak taw, memang jenis yang kepala hangin jugak, that's why anak mengikut tu..wakakaka..Abi plak selalu pesan nak marah anak, nak rotan anak bila dia dah umur 10 tahun ke atas nanti, peringkat umur sekarang ni layan anak macam raja.Macam raja okey, macam RAJA..ko dengar tu nory..??huhuhuhu.Abah jelah layan macam RAJA okey, mama tetap layan macam "ANAK", dimana kalau buat silap, mesti kena marah jugak, mesti kena dengar jugak mama membebel2..Tu wajibbb...ahahhahaha..Tak boleh jugak kalau mama n abah layan macam raja je, kena lah contra baru dia ade rasa respect sikit.Biar dia cuak sikit ngan mama yang macam singa ni..hahaha..Padahal sikit pon dia tak takut..Cehhhh 
 
 
Bila dia dah start melasak ni kan, buatkan aku tak terpikir lagi nak bagi dia adik dalam masa terdekat ni..Sebab nak handle dia sorang pon, aku dah serabut tahap orang anak 10 dah.Dengan manja dia yang tahap maximum tu, aku rasa kalau ada adik, mau dia bergayut je kat kaki aku, mana nak godek dia,mana nak godek adik dia lagi..hahahaha..Yang abah dia kemain request lagi 5 orang..Phewwwww...Katanya nanti dah tua, seronok tunggu anak ramai balik raya berkumpul kat rumah bakar lemang., hahahah..Alaaa takde beza lah anak ramai ke sikit, janji dah ada sorang ni pon aku dah bersyukur sangat2 dah, tapi kalau diberi rezeki nak jugak sorang lagi, takmo lah bagi Iqy ni pulun kasih sayang sorang2 je, biar dia berkongsi kasih sorang sikit ngan adik dia nanti, tapi tunggulah Iqy dah sekolah darjah satu nanti..hahaha..Nanti dia boleh tolong mama jaga adik sekali.Kan..kann...kan..tapi tu perancangan, kalau ditakdirkan awal dari tu aku terima je, kalau takde, aku redha Iqy jadi anak tunggal kami berdua.Dia sorang pon dah cukup menyerikan lagi hidup aku ni, yang kadang2 aku rasa macam ada anak 10 orang sekarang ni,hahahah..

Selalu kan, lepas dah marah2, bebel ngan dia, bila dia tido mesti rasa kesal sangat, time tu aku usap ubun2 dia, cium dahi dia , pipi dia, alaarrr nak menitik rasa air mata mintak maaf ngan dia.Tapi bila dia dah bangun,aku pon start jadik singa balik..Acaner tu??.wakakaakaka...Sabor jela Iqy oiii...
 
 
Yang pastinya, aku seronok dengan pengalaman pertama ni, walau terkadang tak lepas jugak dari termengeluh, nak buat camne, aku bukan manusia sempurna, ada jugak cacat cela sana sini. Dan aku bukan mama yang sempurna dan terbaik, banyak benda aku kena belajar lagi,cuma aku cuba nak jadi yang terbaik, walau ko dah ada anak 10 sekalipon, ko belum tentu sempurna, mesti ada cacat cela,jangan nak membongak cakap ko pandai sangat jaga anak.hahaha..Aku sulee ko nanti..Garang tak garang tak..kihkihkihkih
 
Untuk anak mama, tiada harapan lain selain nak yang terbaik untuk anak mama, walau kite tak mewah mana, cukuplah mama n abah dapat sediakan yang mana termampu je untuk Iqy..Biar kite dengan cara hidup kite je yer, jangan terikut2 kemewahan orang lain, mama abah bukan orang senang, yang mana termampu mama n abah cuba usahakan ok.InsyaALLAH.Semoga menjadi anak yang berjasa pada kedua orang tua yer, bukan wang ringgit yang mama harapkan, cukup dapat lihat Iqy berjaya didunia dan di akhirat kelak.Amiinnn..Sedihh lah taip entry ni.wuwuwuwuwu...