Tuesday, January 19, 2016

First World Hotel,Genting Highlands | Booking online lebih murah

 
Sebelum aku mulakan entry percutian pendek aku ke Genting Highlands baru-baru ni, aku nak share dulu tips dapatkan harga murah untuk hotel penginapan.Sebab ramai yang PM aku tanya berapa harga hotel?Aku booked hotel ni pon last minit, lebih kurang seminggu sebelum tarikh pergi, tu pon planning last minit, sebab masa aku godek-godek laman web Resort Word Genting, terjumpa harga yang bagi aku murah giler, kena pulak time tarikh yang kitorang nak pergi tu,  aku tanpa berfikir panjang terus booked on the spot.Gelojohh tak, gelojoh tak?hahahah..Harga bilik masa tu hanya RM60 sahaja, tanpa kos tersembunyi, cuma disebabkan aku nak check in awal, aku kena bayar RM5 sahaja..Ok lah tu kan..Total semua semua penginapan satu malam di hotel First World, RM65 sahaja..Murah kannn??Korang boleh terjah laman web http://www.rwgenting.com/ untuk tempahan bilik, tapi harga berubah-ubah taw, kalau kena nasib korang baik dapatlah harga bilik murah macam aku tu, RM60 sahaja..hehehe
 
http://www.rwgenting.com/
ni kaunter "self check-in", kalau korang check-in kat kaunter kena cas RM15 kalau tak silap, better korang "self check-in" je, FREEE...
 
Salah satu tips untuk mengelakkan daripada dikenakan caj tersembunyi, korang boleh check-in di kiosk yang disediakan, first time ni aku check-in guna kaunter "self check-in" ni.Rasanya kat Hotel ni je yang ada disediakan kaunter "self check-in" kat Malaysia ni, ke ada hotel lain lagi yang aku tak tahu, cer bagitau aku..hehehe..Kalau korang taktaw nak guna mesin tu camne, jangan risau ade petugas yang akan membantu korang.Sekejap je prosesnya, masukkan no ic, confirmkan booking,terus keluar "pass/excess card" untuk bilik yang ditetapkan.Nanti akan keluar resit yang tertera no.bilik.So dah boleh terus heret bag naik lift ke bilik kita.Yeayyy!!!Senangkan..Tapi disebabkan aku nak check in awal, so kena tambah RM5 bayar kat mesin tu jugak.
 
 
Kitorang dapat bilik kat Tower 1, tingkat 24.Tingkat paling atas sekali.Abi cakap dulu tingkat 24 ni class VIP..Abi siap tanya lagi betul ke sayang booked harga RM60..?Hehehehe...Dulu memang class VIP , sekarang dah standard class dah kot..hehehe..Dulu Abi pernah kerja kat sini, dia cakap dulu ada buffet kat tingkat atas ni, dia selalu curi2 bawak naik makan atas rooftop hotel..Ishhh ishh nottyyynya..Tapi sekarang dah takde dah buffet tu.

 
Kat First World Hotel ni memang banyak bilik, beribu-ribu kot..Antara hotel yang paling banyak bilik kat Asia kalau tak silap.
 
 
Contoh standard room kitorang, ada twin bed, tapi kitorang cantumkan katil tu jadi satu..

masuk bilik je dak Iqy isi minyak dulu...hehehe..Dia yang rasmikan katil dulu..huhu
 
Comel je biliknya, selesa lah untuk kami 3 beranak ni.Bilik air pon bersih, bilik takde bau hapak.Selesa lah tido..Aircond takde sebab guna aircond semulajadi yang sememangnya dah sejuk pon..Ade kipas siling je, tu pon sejukkkk..Bestt...best...best..Ada TV terlekat kat dinding, dak iqy sibuk nak tengok Didi & Friends, mana nak cekaunya astro kat sini yanggg oii...huhuu..Bilik standard je pun..
 

Bergambar dulu sebelum keluar balik untuk ke indoor theme park..Perut pun dah berkeroncong..huhuh


 
Sempat guling-guling lagi dengan budak manyak cekadak ni..huhu..
 
 
 

Friday, January 15, 2016

Hujung minggu ke Zoo Negara

 
Awal bulan haritu berkesempatan bawak dak Iqy berkunjung ke Zoo Negara.Bulan disember haritu kan, abah Iqy kerja je memanjang sebab hujung tahun kan, memang susah lah nak dapat weekend bersama.Tu yang plan awal tahun baru nak bawak dak Iqy jalan-jalan luang masa bersama-sama mama dan abahnya.Abah Iqy ni nak ikutkan bukan suka jalan-jalan ni, tapi disebabkan kesian kat anak terperap je kat rumah, maka dia gagahkan jugak diri..Untonglahhh Iqy dapat abah macam tu..Patutlah Iqy sayang abah lebihh..hukhukhuk..Mama pon sayang abah lebihhh..hehe.
 
kami dah sampai
 
harga tiket masuk Zoo Negara
 
Kitorang pergi 3hb Januari aritu, hari Ahad.Pagi-pagi dah bangun sebab plan nak gerak awal pagi sikit, kang tengahari panas pulak, dan takut hujan.Gerak dari rumah pukul 9.30pg, siap-siap brekpes semua, sampai sana lebih kurang pukul 10.30pg, sampai je terus beli tiket, nasib baik tak ramai sangat orang haritu.Harga tiket sekarang jauh beza dengan harga tiket zaman aku kekecik dulu, dulu zaman aku, tak sampai 10 hengget pon, sekarang ni tiket masuk untuk dewasa RM32 kanak-kanak RM11 , tapi disebabkan Iqy bawah umur 2 tahun, takdelah dikenakan bayaran.Total kena bayar RM64 untuk aku dan Abi.Tu tak termasuk harga tiket tengok panda lagi, aku tak beli pon, sebab nak tengok binatang-binatang biasa je.hihi..Tapi kan, aku tak sarankan korang pergi zoo dalam masa terdekat ni,sebab bagi aku harga tiket macam tak berbaloi sebab tak banyak haiwan pon , takde persembahan/ pertunjukan haiwan, takde akuarium penguin yang besar macam sebelum ni, semuanya under renovation, patutnya kalau renovate, tutup jela zoo tu sementara waktu, tak pun, turunkanlah harga tiket tu, melampauu sangat taw..Baik pergi "Farm in The City" kat Sri Kembangan tu.
 
First time Iqy jumpa Acik Zirafah..hehehe..

Mama dia yang teruja lebih
 
Mujurlah ada gajah, tapir, harimau dan sebagainya tu yang mampu buat Iqy berpuas hati..Next time jelah kita datang lagi untuk tengok persembahan haiwan plak..Paling lawak masa jumpa gajah, Iqy panggil "Jahh..oo jahh", macam panggil kengkawan je.Siap nickname plak tu..Yang gajah tu pon macam faham je, elok je datang dekat dengan Iqy..hahaha..Sebelum nak pergi Zoo ni kan, mak aku siap pesan lagi "Dik, sebelum masuk zoo tu baca doa sikit, Iqy tu pestaim tengok binatang besar2, kang dia terkejut plak tengok binatang besar2 tu"? ..Mengekekk aku gelak dengar mak aku pesan camtu..Aku pon tak terpikir sampai camtu sekali..hahaha..Tapi Iqy memang tak terkelip mata jugaklah masa pestaim tengok binatang2 besar tu..Tapi dia teruja sangat sebab dia memang pencinta haiwan macam mama dia.hehe
 
Contoh gambar yang berharga RM30 sekeping.
 
 
Lepas je beli tiket, dah pakai gelang , kitorang terus masuk ikut pintu masuk, masuk-masuk je, kite akan dipanggil bergambar dengan prop-prop yang disediakan, kitorang pon posing jela.Beli nya taktaw lagi nak ke taknak..Dah nak balik baru pergi tengok gambar, aku beli sekeping je buat kenangan, tu pon RM30 sekeping.Pasrahhh mak nak..Huhuh..
 
tiket naik train..


dah mamai dah dia
 
Masa baru sampai, kitorang pilih untuk berjalan kaki sebab energy masih full lagi kan.Hehehe..Kalau korang nak naik train yang disediakan pon boleh tapi kena bayar , sekarang harga untuk seorang dewasa RM7.00 kanak2 bawah 3 tahun Free.Kitorang naik train masa dah nak balik, masa dah round habis satu zoo berjalan kaki, dah penat baru naik train, masa tu dak Iqy pon dah mamai-mamai ayam kena angin sepoi-sepoi atas train tu..hehehe..
 

comeyyy je pak pir tu posing




mama!! besar nya lembu tu..


jahhh oh jahhh..


 
 
Kafe dan restoran ada disediakan tapi macam biasalah harga memang mencekik kedarah, sebab tu kitorang dah siap makan dari rumah, dan kitorang planning nak balik tengahari time lunch, so boleh lunch kat luar.Ngam-ngam time nak balik , Iqy dah jerit mintak nasik, abah Iqy beli nugget buat lapik perut dia dulu, aku pon ada bawak biskut Tiger untuk dia.Dalam pukul 1tghari kitorang pun keluar dari Zoo..Dalam perjalanan nak ke parking kereta tu, dak Iqy melalak2 taknak balik,punyalahh tak sanggup nak tinggalkan "sedara mara" dia kat zoo tu..hahahaha..Last-last pikul jugak dia sumbat dalam kereta, bagi susu tersadai terus tido.
 
Aku malas nak type panjang2, kite layan gambar je aci tak??hahahah..
 
 
Masa ni matahari tengah terpacak atas kepala, panas kemain..Lepak sini kejap lepaskan penat.Penat weyyy jalan kaki dalam kepanasan..Dak Iqy dah macam pakai blusher dah pipi dia tu..Merah kemain..

 
Tak masuk tengok panda pon, bergambar dengan patung panda pon jadiklah..

 
Rehat bawah pokok, sini je yang ada angina, sejuk sikit..

 
 
Perasan tak banyak gambar Iqy dengan abah je, sebab Iqy dengan abah kan umpama magnet..Nak meleset silakan pergi kat abah yer...hahaha..Dah lah kuat "cenekel", jalan sikit dah penat pastu mintak dukung..Mama memang surrender lah kalau suruh dukung..Abah sado takpe lah..muehehehe sado lah sangatt..

 
Dengan abah lagi..

 
yuppp masih bersama abah yang sentiasa melayan setiap inci kerenah dan ragam si anak bujang sorang ni...

 
Dannn lagi masih setia dengan abahnya tak berenggang seminit pon..



 
Tu je laaa ikan yang ada, tak banyak macam dulu..Lepas renovate nanti banyak lah kot ikan-ikan baru..

 
Haaa baru ada gambar dengan mama, tu pon mama pinjam untuk bergambar je, pastu mama passing Iqy kat abah semula..hahaha




 
Dalam banyak-banyak binatang, rusa ni je yang kitorang berkesempatan usap , belai dan bermanja-manja..Manja rusa ni taw, rusa ke kancil haaa...aku pon konpiusss..hahahaa...Kacuk rasanya..Rasa nak bela je..Comel angat..
 
 
 
 
Sekiann lah lawatan kami ke zoo Negara pada hari itu..Next entry nanti aku up entry percutian ke Genting Highlands plak..Dah berpanas-panas kat zoo, kite tukar angin sejuk plak..hhehehe
 
 
 
 

Tuesday, January 12, 2016

Terjebak dengan "Smule Sing" pulak

 
 
Sape sini kaki "karokk" angkat tangan, memang boleh geng dengan aku lah ni..Jom kite karokk jom..Sekarang ni aku tengah kemaruk giler bayang dengan app "Smule Sing", korang boleh donlod kat playstore sekarang untuk android..Pastu add lah aku @noryzoulkefle hokayyy..Boleh lah kite berkolaborasi bersama, ecewahhhh..Aku ni nak kata handal sangat menyanyi tu idok lahh.Suara standard Siti Nordiana je, wakakakakak.Ferasannn sangat, takde maknanya, suara ii macam siti sifir ade laaa...satu darab dua, duaa!!dua darab dua , empat!!hahaha ..Alaaa suka suki je menyanyi hilangkan tension.Dulu zaman sekolah muka aku jela kalau bab persembahan nyanyian kat atas pentas tu, sampai cikgu perli awak lepas sekolah nanti takyah masuk U , awak masuk akademi fantasia je..Hukhukhukhuk..Taktaw nak gelak ke nak sedih..kikikikiii..
 
Okey jom donlod, jangan lupa taw add aku..search je "noryzoulkefle" pic profile pakai shawl kaler fink tu taw...hehehe..Selamat ber"smule sing" semua...

Monday, January 4, 2016

Permulaan entry 2016

Hallluuuu...Hai geng!! Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua.Amacam tahun baru? Ada azam baru tak? Ke carry forward je azam tahun lepas yang masih tak tertunai lagi tu..Jangan tanya apa azam tahun baru aku, sebab nanti korang dapat jawapan yang agak "cliché" dari aku..hahahha..Sebab aku ni tak tetap pendirian, azam berubah-ubah, kalau orang lain renew azam setahun sekali, aku tibai renew azam hari-hari..hahaha..Lesen pon tak renew lagi taw..So azam yang pertama sekali, nak renew lesen yang mati bulan sebelas haritu dulu, pastu baru fikir azam baru..muahahahaha.. 
 
Tak sangka umur pun makin meningkat, baru je sambut besday bulan sebelas haritu, tup-tup masuk tahun baru, automatik umur bertambah dengan sendirinya..hahahaha..Pelik aku..Iqy pon 2 bulan lagi nak cecah usia 2 tahun, macam tak percaya dah besau dah anak bujang toa'ng2 aku ni.
 
Cuti tahun baru haritu tak kemana sebab Abi kena kerja, biasalah Abi tu, time orang kerja dia cuti, time orang cuti dia kena kerja.Tapi semalam (Ahad), tetiba Abi cakap dia cuti, terus planning nak bawak Iqy pergi melawat "sedara" kat Zoo Negara.hahahah..Ni memang last minit planning, ikutkan plan asal nak pergi minggu depan, tapi dah alang-alang Abi cuti, kite pergi jela.
 
So, pembukaan tahun baru 2016 ini, kami anak beranak telah menerjah Zoo Negara..Anda bila lagi...?kahkahkahkah..
 
 
Belanja sekeping gambar kenangan kat Zoo Negara ..Don't say hakak not umbrella...hikhikhihikhik