Wednesday, April 19, 2017

Makin lemau nak kerja

Hallu harini Rabu dah kan, semalam aku MC lagi..Muahahahaha..harini plak mulanya ingat nak sambung MC tapi banyak kerja tak setel lagi kat opis, so aku inform boss aku masuk lambat sikit, lepas hantar Dak Iqy, singgah beli nasi lemak bawak ke rumah mak.Join mak brekpes sekali.Pastu lepak borak2 kejap dengan mak, pukul 10 baru masuk opis, dah macam opis bapak aku dah aku buat wey...muahahahaahahah..Oklah kan masuk lambat dari tak datang terus, ko nak mana??hahahah.
Entahlah makin takde hati nak kerja, perasaan dah takde hati nak kerja ni sebenarnya dah lama wujud dah pun, sejak dari lepas bersalin Dak Iqy lagi, tapi dalam taknak dan lemau nak kerja, Dak Iqy sekarang dah 3 tahun dah pun, dan aku masih bekerja walaupon mood nak kerja tu dah totally out..Yer aku tau, kat luar sana punya ramai orang berebut-rebut nak cari kerja, susah nak dapat kerja, aku yang dah ada kerja ni nak berhenti plak, mesti ada yang tak sependapat dengan aku kan.huhuhu..Tapi entahlah weyy, kalau hati tu dah tawar, buat lah camne pun, bagilah 1001 tips untuk bersemangat ke tempat kerja pun, pendirian aku tetap sama je.hahahahah
Camne ek korang yang sebelum ni bekerja tetiba buat keputusan berhenti kerja, kot boleh share pengalaman korang, cara korang manage kewangan tu camne, aku pon bukanlah jenis yang kuat berbelanja sangat pon, walaupon bekerja, setahun sekali je dapat merasa beli baju baru, kasut baru, maklumlah gaji kecik, so aku memang berkira sikit dengan diri sendiri.Nak ikutkan bukan berkira sangat, dah memang cukup2 makan je, takkan nak berbelanja lebih dari kemampuan plak kan.Sentiasa ukur baju dibadan sendiri.Pernah lah duduk bincang dengan asben, pasal ni, cuba buat kira-kira, tolak itu tolak ini, alaaa tak lepas weyyy kalau aku berhenti kerja.Tapi camne korang boleh,??Ada yang lagi susah dari aku pon, boleh je buat keputusan berhenti kerja..kenapa aku tak boleh haaa???Cer bagi pendapat sikit, bagi tips ke, boleh aku tiru sikit2, ikut hati, harini jugak aku nak berhenti kerja tau..

Dulu aku ni seorang yang workholic tau, zaman lepas sekolah, kerja apa yang aku tak buat, jadi waiter, jadi cashier, kerja jaga game funfair, jadi promoter kedai baju, masa tu kerja je dalam kepala aku.Sampai kurus cengkung badan aku tau , mana tak nya hari2 buat OT, pergi subuh balik tengah malam, dalam seminggu cuti sehari je tu pon cuti pergi tempat kerja jugak...huhuhuhuuu..Tapi sejak dah jadi mak2 dan sejak umur dah diambang 30an ni plak tetiba semangat kerja makin merudum.Hurmmmm..Patutnya makin kerja kuatlah kan...hahahaha..

Harini pergi kerja muka toya je.Buat kerja pon takde feel, badan je kat opis, hati ni dah melayang2 kemana hala tak taulah...Nasib baik sempat beli stock choclate untuk drawer kat opis.Heavennnn giler dapat makan coklat hari2..Nyummmnuumm


Wednesday, April 12, 2017

Surirumah separuh masa


Mueheheheee...tak dapat jadi surirumah sepenuh masa, dapat jadi part time surirumah pun boleh.Biasanya cuti hujung minggu macam ni lah baru boleh merasa jadi surirumah sepenuh masa ni.Kalau hari bekerja tu faham faham jelaa, balik kerja dah penat, dengan kerenah anak lagi, dengan nak masak lagi, kadang tu tak terlarat nak kemas rumah dengan betul2 proper punya.Kemas2 gitu je buat sedapkan mata ,so bila tiba hari cuti ni lah nak berkemas rumah, menvacuum, lap perabot, kemas dapur, kemas peti ais, kemas bilik segala.Pfffttt memang penat jadi suri rumah ni, tapi jadi surirumah yang dalam masa yang sama bekerja jugak penat giler.



Sabtu haritu, baru lah ada masa terluang nak melipat baju , mula2 vacuum satu rumah dulu, lap perabot, pastu mop lantai, dalam masa yang sama dah siap2 mesin baju bajan, mujur Abi cuti weekend ni, so dia yang tolong sidai kan, masak pon dia yang prepare, oohhh thats why aku suka kalau abi cuti time weekend , so aku tak rasa diri ni macam amah sangat.hahahahah..Abi ni dia memang spesis suami yang sentiasa memahami, tak payah suruh, dia sendiri akan volunteer tolong setelkan kerja rumah.Syukurrrr, aku patut bersyukur dengan kelebihan suami yang satu tu.Tu pon selalu mengeluh laki aku macam ni lah macam tu lahhh..Nak perfectt je manusia ni kann..hahahah..Aku sendiri pon tak perfect mana..Pigidaaaa...Aku sambung mesin baju Dak iqy plak, sampai sekarang aku masih asingkan baju bajan Dak Iqy kalau membasuh, sidai pon aku yang sidai, sebab baju bajan Dak Iqy, aku je tau cara nak sidai camne, heheheehe..Orang lain takleh masuk campur..muahahaha..


Ok dah setel semua, lepak depan tv, lipat baju bajan yang seminggu menggunung itu..Sakit mata dah aku ni tgk gunung ganang baju tu, takleh tahan, gagahkan diri jugak melipat.Oh yang ni aku tak bagi Abi tolong, sebab cara lipat abi dengan cara lipat aku berbeza, aku cannot accept..hahahahaha...Pernah dulu dia tolong lipat, tapi aku kirai balik dan lipat semula.Entah aku pon tak faham nape aku macam ni.Mungkin ada sindrom OCD sikit2 kot..Tapi masih tak terlalu serius lagi lah..hehehehe...

Dak Iqy dah terlepas kat rumah sebelah, melepak rumah Neklang dia.Lepas tu tak reti2 balik siap ikut paklong n paksu dia beli cendol durian lagi, punyalah suka sampai halau aku suruh tinggal kat rumah diam2.Bertuah punya anak.huhuhuhuuuu..Kemain dah macam orang bujang2 plak dia, kawan dengan orang bujang je.Kemain sangat..Pagi tu dia mengamuk tak tentu pasal, aku dah sakit kepala dah dengan kerenah dia, mujur Abi ada, bawak dia keluar pergi kedai, bagi aku reda sikit emosi aku ni.Gerammmm wey..Bila dia balik, barulah sejuk sikit hati ni.Kalau tak sebelum tu aku rasa nak telan2 je dia..hahahaha..


Ingat petang nanti nak bawak Dak Iqy main kat playground, kasik dia happy2 sikit, bosan agaknya cuti2 terperuk je kat rumah,tapi dia tidur plak..huhuhu.. aku ni kadang time weekend suka memerap kat umah, sebab malas nak bersiap2 nak keluar tu..Duduk umah lagi best aku boleh fokus kemas rumah je, seronok je tengok semua teraturrrr..Kalau keluar kang, kepala ni tak tenang je serabut fikir rumah bersepahlah apa lah..Susah betul jadi seketul Nory Zoulkefle ni..urghhh..

Tuesday, April 11, 2017

Lunch date dengan kak Zila


Khamis dan Jumaat lepas, dua hari berturut2 lunch dengan Kak Zila, ex-opismate Trio dulu.Memang selalu pun lunch dengan Kak Zila, tapi kadang tu lama jugak tak lunch sama sebab aku selalu balik rumah mak aku.Khamis aritu dekat2 time lunch, Kak Zila call, ajak lunch sama, gaya cakap macam ada masalah je.Mesti dia stress tu.Biasanya kalau dia stress , aku lah tempat dia meluah, sebab dulu kitorang kan dah biasa meluah antara satu sama lain.

Kitorang set nak lunch kat Restoran Johan, aku okey jelaaa, sambil makan sambil bergosip, geram aku dengar kak zila mengadu pasal kerja yang makin hari makin melampau2.Semuanya punca dari sorang minah ni, yang dulu jadi punca aku stress sampai berhenti dulu tu, aku ingatkan dah berubah lepas aku berhenti, rupanya makin teruk dan makin naik tocang.Ya Allah, tak baik tau aniaya orang.Kak Zila tu punya lah stress sampai dah nak resign sebab tak tahan jugak.Maybe lepas dia kahwin nanti dia terus blah dari company puaka tu.Ekceli company tu tak puaka, yuppp perempuan tu yang puaka.Astaghfirullah~~~Seronok sangat ke kerja aniaya orang ni.Tak berkat rezeki kak oiii..Ko nak kerja senang, dok mengangkang je, orang lain kau pijak2 camtu.Ya Allah, jauhi lah aku dari mengenali orang2 yang camtu lagi.Takmau tambah dosa membenci orang ni.Aku ni bukan jenis yang senang2 nak benci orang, tapi kes ni dah melampau sangat.

Aku percaya cerita2 kak Zila ni sebab aku sendiri pernah alami situasi kena aniaya masa kerja kat situ dulu.Masa tu aku memang under perempuan tu, orang atasan dia kipasss baik punya, sampai dorang tak nampak langsung kebaikan kau, tapi kesalahan kau yang sikit je dorang akan perbesarkan..Dan dia, yang kerja mengangkang sahaja, orang nampak dia yang bekerja keras.Yang dapat nama diaaa...ko rasa???sape boleh tahan kerja dengan orang macam tu??Dah berapa orang sebelum dan selepas aku, semua tak kekal lama, yang kekal hanya dia yang semakin hari semakin berpengaruh besar kat company padahal jawatan ko dengan dia sama je...Tapi yang separuh mati buat kerja, tanggung risiko, kauuu...Kau rasa???

Aku kesian dengan kak zila dan Farah, macam2 kak zila cerita kat aku.Aku tak tahu nak cakap apa, nak api2 kan pun tak, cuma boleh suruh kak zila sabar jela.Dia dah lah pening dengan urusan persiapan kahwin dia, stress dengan kerja lagi, aku faham sangat camne serabutnya kepala dia sekarang.Aku dulu pon, hari2 sakit otak kerja situ, gaji tinggi pon hati tak tenang buat kerja bila ada orang buat aniaya camni.Moga Kak Zila kuat semangat hadapi cabaran ni, doa yang baik2 jela untuk perempuan tu.

KFC Tasik Prima, Puchong

Hurm citer pasal lunch plak, esok tu hari jumaat kitorang lunch sama lagi.Kalini kat KFC, makin lembab plak sistem order kat KFC ni, lepas order nak tunggu nombor plak, dah macam MCd..Dahlah lembab, aku tak faham nape dorang tukar sistem macam ni, rasa macam lagi lambat adelah.Sistem biasa macam sebelum ni pon okey dah, order terus dapat makanan, takyah nak tunggu giliran lagi, 2, 3 kerja..Buang masa je tau tak..

Monday, April 10, 2017

Pantang pergi petrol pump


Aku ni kan ada satu habit yang pantang pergi petrol pump, tak kisahlah samada nak isi minyak atau nak ke ATM semata, mesti nak masuk dalam kedai beli coklat.Reward untuk diri sendiri gitu.Aku dengan coklat memang tak dapat dipisahkan, kalau dah beli coklat mesti bawak pergi office , tak bawak balik sebab nanti berebut dengan Dak Iqy..hahhaha...Bukan kedekut, tapi aku nak privacy, makan secara tenang dan aman gitu..hahahha..Keji betul perangai mak ko ni..Tapi aku tak kejam, untuk anak tetap ada habuan dia time balik kerja nanti, masa tu peruntukan untuk dia sorang pun dah boleh cover harga coklat aku untuk seminggu tau...Dia dalam sehari je pun boleh, masuk kedai, kutip-kutip letak kat cashier,silalah bayar, ko berani lahh nak letak balik apa yang dia amik, bergegar satu kedai nanti.Tapi aku selalu positif, belanja anak ni murah rezeki, sebab tu aku tak berkira sangat kalau Dak Iqy mintak pape, tapi yang termampu jelaa.Sebab aku tahu dia lah pembawa rezeki, lepas belanja dia, mesti sale masyukk je, ada je customer PM nak order barang , nak transfer duit lah..Alhamdulillah..Pastu ada duit lebih kang, aku offer dia lagi nak beli apa..Haaaa gituuu...



Bab coklat ni plak, kalau beli coklat wajib kena ada coklat Cadbury yang Edition Marvelous Creation tu..Ada dua jenis kan, satu lemon, tapi aku tak suka yg ada lemon tu, aku suka Jelly popping candy, kalau makan dalam dia ada coklat macam smarties tu, pastu ada letup2, meriah dalam mulut..Aku ketagih betul dengan coklat tu, Dulu aku suka Black Forest, tapi lepas dah cuba yang jelly Popping Candy ni, ketagihhh weyyy..Tu yang kena makan sorng-sorang tu, baru ada feel..Makan coklat pon kena ada feel okey..Peminat cekelat je faham situasi ni..hahahhaha..



Lagi satu aku suka KIT KAT, ooo yang ni pon Dak Iqy suka, sebab tu kalau beli Kitkat kena beli lebih sikit, boleh share dengan Dak Iqy, tapiiii Cadburyyy no sharing2 okey..muahahahaahahah...Kebetulan masa aku beli tu ada promo pack, siap ada free gift "coin small beg" lagi..So aku beli pack promo tu, ada 4 koleksi tapi idoklah aku nak beli keempat2 koleksi tu,beli satu jelaa..heee



Friday, April 7, 2017

Tetiba rajin ke dapur

Ni citer weekend lepas, entah dari mana datangnya semangat nak ke dapur.Biasa tu kalau weekend, betul-betul masak lauk untuk Dak Iqy je, lepas perut dia dahlah, aku tak makan pun takpe.Aku ni jenis yang kalau takde makanan, aku boleh je teruskan hidup, tapiii kalau ada makanan, dah kenyang pun aku rasa nak makan lagi selagi tak habis.Buruk nau perangai kan..Kadang tu time weekend aku malas nak masak lauk aku, pagi2 tu aku masak lauk sup sayur je untuk Dak Iqy, sebab Dak iqy ni spesis nak makan yang berkuah2 je.Macam aku plak suka berlauk, macam ayam ke, ayam masak merah ke, tapi Dak iqy tak suka ayam..huhuhuhu..So biasanya aku akan masak lauk aku dan Abi time petang dekat2 masa Abi nak balik kerja nanti.Sebab biasanya Abi kerja time weekend, kalau ada weekend yang Abi tak kerja, tugas aku jadi lebih mudah lah, sebab Abi akan masak dari pagi sampai ke malam punya stock makanan, meriah perut hakak tau..hahahaha..

Sebelum kukus

Tapi weekend haritu terlebih rajin plak, dari hari tu dok mengidam nak makan puding karamel, hari2 gugel resipi, senang je pun cara nak buatnya tu, bahan-bahan pun senang nak dapat, dan tak renyah sangat nak ayak2 tepung ke hape, tapiiii tu lah, kerja senang pun bertangguh nak buat, dari sehari ke sehari nak buat tak buat-buat.Tapi weekend haritu, kebetulan mak bagi sepapan telur ayam kampung, gred A plak tu, jenuh nak pikir camne nak bagi perabih telur-telur ni nanti.Last-last terus rasa nak buat puding karamel .Nasib baik semua bahan ada,sebab dah siap2 beli sebelum tu, cuma tak buat je lagi..hahahaha..



Sebelum tu brekpes dulu pagi tu, ayam KFC ada lebih 2 ketul Abi beli malam sebelum tu, aku panaskan dalam oven, pastu panaskan roti2 yang aku beli semalam, jadikklah buat alas perut pagi2, kenyang sampai ke malam gamaknya..hehehehe..

Lepas brekpes,maka busy lah aku kat dapur buat puding karamel..Yang bestnya first trial, not bad lah, menjadikkkk tau puding karamel hakak..Sedap plak tu, manis je.Cuma gula dia je kurang kuning, sebab aku tak reti masak gula hangus, aku guna salah teknik dah, dah siap buat, baru Abi ajar cara betul,maklumlahhh first trial kan, mohon maaf kan...Aku ni kan suka manis, so memang aku jenis yang suka manis-manis ni, biasa aku beli kat bazar ramadhan, puding dia tu tawar, kuah gula plak sikit je, huhuhuhu,,Kalini  haaa, puding ada manis lite2, kuah lagi lah manis...perghhhh sedapppnya...Aku makan sorang je, Abi makan jugak, tapi sepotong je, sebab dia kurang gemar manis-manis ni, Iqy lagi lah, tengok pelik je, dia taknak makan, makan lah kau nasi sup sayur mama tu, lagi berkhasiat, yang manis-manis ni biar mama makan..hehehehe..Kirim kat mak aku 3 slices, mak cakap sedap suruh buat lagi, dia cakap tak cukup 3 slices..hahahahah..


Bila dah berjaya buat dessert sendiri, mulalah duk gugel resipi2 lain plak, sekarang kan banyak resipi yang senang2, aku plak suka cari yang boleh kukus2 je, sebab aku takde oven, microwave buat panas2 lauk tu ada lah, nak bakar kek tak lepas, so aku gugel resipi yang kukus2 je, sekarang ni dalam perancangan nak buat apam susu plak, alahaiii tekak ni macam2 tau sekarang ni..Kena extra rajin lebih sikitlah camni, mau tiap kali weekend aku duk mengukus je nanti..heheehehehehe...pastu kan teringin nak buat puding sumi plak untuk Dak Iqy, semoga ku rajin menjelang weekend nanti...Fuhhhh fuhhhh fuhhh..

Jangan tanya resipi ek, sebab malas nak type..Korang gugel je, berspah-sepah resipi keluar, ada yang tak guna telur, ada yang guna telur, letak strawberi bagai..Lantakk situ lah, aku pilih resipi paaaaling simple dan senang je..heheheheh, janji dah selamat masuk perut..




Thursday, April 6, 2017

Kena "paw" dengan Dak Iqy

Dak Iqy ni kan memang WIN bab mengepaw ni..Yang selalu jadi mangsa, aku lah.Tiap kali balik kerja lepas amik dia kat rumah babysiter, kalau tak singgah rumah nenek dia, mesti mengamuk, pastu kalau pujuk mesti nak upah.Upah dia mainan jela.Ye salah aku yang ajar dia suka beli mainan ni.Tapi nasib baiklah aku ajar dia beli mainan dia kat kedai RM2 je, kalau ajar beli kat ToyRus, mufliss lah mak ko ni nak oiii...hahahaha..


Boleh kata selang sehari mesti kena singgah kedai RM2 ni, asal dorang topap je mainan baru, Dak Iqy lah orang pertama yang borong banyak2.Dia bukan jenis nak beli seketul ni, paling sikit pon 2 ketul mainan okey..Haritu  baru masuk mainan baru Spiderman, memang feberet dia lah, masa tu beli tiga pcs je, pastu kat rumah dia tuntut lagi dia kata "mama, Iqy nak spiderman banyak2".."Tu kan dah beli banyak tu"..Dia jawab apa tau " Iqy nak banyak lagi, nak five sambil tunjuk lima jari dia siap kira satu persatu jari dia tu, punyalah nak bagi aku faham suruh beli banyak2..


Esok tu, ingatkan dia lupa , masuk je kereta, terus dia cakap "yeayyy!!! Iqy nak beli mainan banyak2"..urghhh baru nak ngelat, dia ingat plak.Tulahh budak kan, jangan sesuka hati tabur janji kat dorang, dan jgn sesekali korang mungkiri janji tu, tak pasal2 hidup diselubungi misteri nanti..hahahahah...Okey nasib baik lah kedai RM2 kan, okey aku turutkan aje.Dah janji nak beli 5, tapi beli 4 je, sebab aku beli whisker 1 nak buat puding karamel..hahahaha..Nasib baik dia tak bising sebab tak cukup 5..hahaha..Dia borong spiderman 3 pcs dgn 1 pce bomba..Kat rumah kalau dikumpul2 mau dekat 5, 6 bakul kot..Tapi banyak dah jadi OKU lah, ade yang patah tangan, patah kaki..haha..


Dak Iqy memang suka susun macam ni, lepas susun dia akan tenung sambil tersenyum, tak tau apa yang dia dok imagine kan..hehehe, seronok sangat kot dapat susun semua superhero2 dia macam tu..hehehe