Followers

Tuesday, March 28, 2017

Semalam punya cerita

Semalam Isnin kan, awal pagi tu macam biasa je, aku pon macam semangat lain machiam je nak pergi kerja, tak macam hari hari isnin yang lain..hahahahaha..Bangun pagi pun tenang je, mybe sebab tido cukup takde mimpi yang buat aku rasa tido tak cukup, kadang2 mimpi pergi shopping kat mall lah, pastu tetiba sedar dah pagi, dan2 je aku rasa macam penat semacam, macam tak tido semalaman...hahahaha korang penah rasa macam tu tak? Ke malam2 aku bertukar jadi penanggal??? Choiiii merepekkk je aku ni.

Pagi tu pon keluar umah awal sikit, awal 5 minit je pun nak kecoh..huhuhu..Sampai opis bos masuk lambat sikit, time nak dekat lunch time baru bos masuk, masuk2 je mood dia kelaut, aku dah menyampah dah nak melayan, dia suruhnya aku fotostat pastu suruh setup kasik kecik sikit lah, bila tanya just nak kompom kan je, tu pon kena marah.Eyyy tak faham..Aku sabar je...Kang tak tanya ,silap ke hape kang, aku jugak yang kena, salah ke aku tanya untuk double konpom kan, tak salah kan..Sebab dia selalu je buat mistake, contoh cakap  nak order 5pcs..Pastu kelam kabut suruh fax order secepat mungkin, bila aku dah submit order kat supplier, dia sesuka hati je suruh cancel order..Kalau aku jadik supplier pon aku marah.Pastu yang nak jawab, aku jugak..Dia tahu bagi arahan je..Ermmm tahu lah boss..Tapiiii hurmmm ntahlah..malas pikir..ni nak citer pasal lain ni..

Tepat je pukul 1 aku chau chin chau dari opis, ingat nak chow awal sikit, bos plak lambat keluar..adehhh..so tunggu lah sharp2 pukul 1 baru keluar, sebab nak pergi pejabat pos, pos barang customer..sampai je pejabat pos mak oiii ramainya umat manusia kat Pejabat Pos harini..Aku parking jauh sikit, bawak barang2 semua, tutup pintu kereta macam biasa.Kereta aku ni alarm rosak, so kena tutup secara manual lah, guna  kunci.Bila dah kunci pintu, teringat plak pen tertinggal kat dalam, buka pintu balik, amik pen, tutup pintu.Pappp!!!Alamakkkk!!! Kunci tertinggal kat dalam..Sebab aku tutup secara tekan punat tu, then kunci plak aku tertinggal kat atas seat.Adehhh bodohhhhnya lahai..Bencinyaaaa careless bebenor, masuk ni dah 2 kali dah jadi macam ni.Stressss mak nok..

Aku cuba relax, dan masuk ambik nombor kat PEjabat Pos, lamanya nak tunggu, dalam 60 orang lagi..Mana sempat sejam ni.Kepala otak dok fikir kereta je ni..terus call mak mintak tolong amik aku, nasib baik Tasha belum pergi kelas lagi, so dia yang amik aku kat situ.Kitorang terus pergi PJ , amik kunci rumah kat asben, sebab kunci rumah sekali dgn kunci kereta aku.Dah amik kunci umah balik rumah amik kunci spare kemudian pergi pejabat pos balik, nombor tadi dah terbuang, terpaksa amik nombor baru, jenuh tunggu 50 number lagi kat depan..Perghhhh mereput aku kat situ sampai pukul 5.30 petang, nasib baik dah siap2 inform Wendy aku half day harini..Ingat nak masuk lambat, tapi dah pukul 5.30, memang takkk lah aku nak masuk opis balik.Buang masa je..hahahahaha..

Hadoiiii, serabut betul harini..Semoga harini lebih baik dari semalam, dan semoga aku tak cuai lagi, menyusahkan diri sendiri dan org lain je.Mujur ofis dekat dengan area rumah, buatnya aku tertinggal kunci masa kat tengah2 bandaraya ke, tak ke lagi menyusahkan je.Mujur adik aku sudi tolong, kan ai dah belanja u kebab tadi kan, suka tak suka tak???hahahaha..

Monday, March 27, 2017

Dak Iqy terberak kat 7eleven



Dugaan sungguh minggu lepas, sehari lepas kes Dak Iqy kena "piap" dengan hanger tu, hari Jumaat dia buat onar lagi.Balik kerja macam biasa aku terus ambik dia kat rumah pengasuh,  dan macam biasa dia mesti ajak singgah rumah nenek dia,tapi harini jumaat , aku nak singgah kedai beli bahan masak untuk standby weekend nanti.Aku takdelah singgah rumah mak aku hari tu, dan macam biasa sepanjang jalan Dak Iqy melalak terjerit jerit sebab tak singgah rumah nenek dia.Aku layankan aje, sebab dah insaf kan petang tu sebab piap dia semalam.hahahaha...Tak dapat singgah rumah nenek, dia tuntut ajak singgah kedai plak.Adehhh...

Aku singgah 7Eleven nak cucuk duit.Tengah aku cucuk duit, tetiba je Dak Iqy menjerit kat belakang aku sambil pegang perut dia jerit " Iqy, sakit perut" ...Pastu dia cangkung dan cakap "Iqy nak berak"...Ahh sudah, aku cecepat dukung dia, dengan harapan dia dapat tahan sampai kat rumah, tak jauh dah rumah pun.Aku  sambung cucuk duit, duit dah keluar, amik dan terus blah, masa tu dah ada bau dah..Adehhh mesti dah terkincit ni.Nasib baik bukan jenis cecair tu, kalau tak habis baju aku kot..hahahaha..

Masa aku bergegas nak keluar pintu 7 Eleven, cashier tu panggil aku, sambil tunjuk selonggok taik.Haaa bila plak Iqy berak kat situ..Rupanya masa dia cakap nak berak tu, ondspot dia berak dan keluar ikut seluar pendek dia..Tapi peliknya seluar dia tak kena banyak sangat.,aku dukung dia pun tak kena baju aku.Dia sakit perut taktau makan apa, sensitif betul perut dia tau..Salah makan sikit, sakit perut.Tetiba je sakit perut dan terus berak..Biasa dia pandai tahan sampai balik rumah, dia memang free diapers sekarang..Perghhh...pastu aku terus bersihkan taik Dak Iqy kat atas lantai 7Eleven tu..Nasib baik setempat je taik nya..Kalau berterabur sana sini, mantikkk aku..Mujur takde customer lain masa tu..Nasib baik aku tak singgah Tesco sebelum tu, kalau tak lagi haruuu dia buat onar kat Tesco..Pestaimm kena macam ni..Mengundang sungguh perangai dia sekarang ni..Ya Allah berikanlah aku kesabaran yg maha tinggi untuk lalui fasa ini..inilah peringkat kemuncak dalam membesarkan dia..Aku kena kuat beb..kuattt kuatt..tkmau emo tak tentu pasal lagi..Urghhhh!!!

Friday, March 24, 2017

Dak Iqy melampau ke atau aku yang melampau ?


Semalam aku perang besar dengan Dak Iqy.Ya Allah , sangat menguji kesabaran semalam dengan perangai dia, aku balik kerja , penat otak penat badan, dia plak buat perangai, campak barang, jerit sana sini, aku cakap dia lawan..Hoiiii naik temperature aku weyyy.Kalau selama ni hanger tu buat syarat je tunjuk bagi takut, semalam aku ter"piap" juga kaki dia sikit, urghhhh ntah jin apa yang merasuk aku semalam.Dak Iqy meraung raung, terkejut kot sebab sebelum ni tak pernah kena "piap" pun dengan hanger tu, gertak je.Abi yang tengah mandi pun meluru keluar bilik air, leraikan aku dengan Dak Iqy.Kalau Abi tak leraikan tu, mau teruk Dak Iqy semalam..Ya Allah ...

Aku penat, aku stresss, dengan kerja, dengan kerja rumah, banyak benda nak kena fikir, fikir masalah,  so bila aku penat, memang benda kecik pun boleh buat darah aku naik, habis dah istigfar segala..Entahlaaa..Dak Iqy plak time tu lah nak tunjuk perangai, aku tahu dia nak kan perhatian seharian tak jumpa aku, yer aku tahu tu.Tapi aku ni manusia biasa, sabar ada limit.Aku tahu tu budak2, mesti ko cakap dengan budak2 pun nak berkira..hurmmm camne nak cakap ek, aku stresss weyy..stresss sangat..Lepas dah piap Dak Iqy tu, aku masuk bilik jerit sekuat hati sambil tekup dengan bantal.Legaaa...Tapi lepas tu perasaan bersalah menyelubungi diri..

Tapi aku ni jenis keras hati.Dak Iqy masa tu abah dia yang uruskan, aku tak layan langsung dia..Dia berkali kali pujuk aku, sambil hulur tangan, "mama, sowwyyy arr mama,mama sowyy ar"..Tak cukup dengan english, dia translate ke BM plak, "mama, mintak maaf lah mama" "Iqy dengar, iqy dengar" hahahaha..Iqy dengar tu maksudnya dia cakap lepas ni nak dengar cakap aku lar..Selalu kalau marah dia,aku suka tanya dia " Iqy dengar tak mama cakap ni" dia selalu geleng kepala, sakit hati kite taw..Tapi ni sebab nak mintak maaf, dan2 cakap dia dengar..Aku diam membatu, tak cakap apa.Dalam hati dah lembut dah, saje jual mahal..I am queen okey kat rumah, so kena velagak jual mahal sikit,hahahaha..Dalam hati sempat dok compare Dak Iqy dengan Abah dia..Ternyata Dak Iqy lagi terer pujuk mama.Tak macam abah, pujuk sekali tak makan jugak, lantak situ, terkontang kanting lah aku merajuk sengsorang..muahahahahah..Dan akhirnya kite plak pujuk dia..Eh dah kenapa??huhuh

Hari ni kat opis, asyik terbayang2 je kes "piap" dak Iqy tu.Aku taknak buat lagi dah weyy...Cukuplah sekali, kesian anak aku.Mama bukan manusia sempurna nak..kadang2 kesabaran tu tak mampu nak kawal.Syaitan plak dok api2..Astaghfirullahhalazim.~~Yer memang salah mama, ikutkan perasaan sangat.Tak pandai control emosi sendiri.Tu memang kelemahan mama pun.

"MAMA MINTAK MAAF, SAYANG "

 Please lepas ni behave sikit boleh tak..Kalau hari2 boleh meroyan mama tau..Takut plak nak tambah anak lagi..Takut tak boleh kawal emosi nak mengamuk je..Dah lah minggu ni serabut je kat opis..Aku pening, stress dan hurmmm.Lagi hangin bila Abi plak  macam tak faham situasi kite, kite plak ditarbiahnya balik..Tau tak kite ni stresssssss!!!! Bukan saje saje suka nak "piap" anak..Alhamdulillah takde kesan apa pun kat kaki Iqy, sebab aku still boleh control lagi tahap  ke"piap"an hanger masa tu.Kalau ada kesan , memang aku sendiri takleh nak maaafkan diri aku..

LEBIUUU SAYANG MAMA..MAMA MINTAK SOWWYYY EK..Nanti mama belanja mainan okey...

Tuesday, March 21, 2017

Sambutan Ulang tahun Dak Iqy yang ke-3 versi bajet RM50



Alhamdulillah walau takde sambutan beria untuk tahun ketiga Dak Iqy ni, tapi sambutan ala kadar tetap diraikan demi anak bujang to'ang to'ang kesayangan weolls ni.Nak ikutkan tahun ni memang tak plan nak buat sambutan besday Dak Iqy macam 2 tahun berturut2 sebelum ni.Sebab utamanya memang aku tak malu nak cakap yang bajet nan hado...hahahah..Ala nak malu apa kan, tak mampu buat cara tak mampu, buat apa nak susah payah tunjuk diri senang hakikatnya susah diri sendiri yang tanggung.huhuhuu..Takpe aku memang jenis yang sentiasa ukur baju di badan sendiri.Ada rezeki lebih, boleh buat, kalau cukup makan je, pepandailah buat ala kadar, janji buat yer dak??


Kalau nak ikutkan just wish je, pastu tiup lilin je kat umah, tapi hati mak mak ni lain sikit, tak sampai hati plak.Nak jugak raikan dia.Nak jemput reramai kat rumah, hurmmm bajet tak cukup..muahahahha...Maka mohler kite buat sambutan ala kadar versi bajet RM50.Iyer beb, aku tak tipu, dengan bajet RM50 pun kau dah boleh gembirakan hati anak kau.Alhamdulillah..Tengok senyuman dia masa kita nyanyikan lagu besday dan tengok dia tiup lilin atas kek pon dah cukup buat hati ni puas dalam terharu..Sorry sayang, ni je mama termampu..Ada rezeki kite buat makan2 yer ajak ramai-ramai.Tahun ni kite buat ala kadar je.Itupun cukup bermakna bagi mama dan abah.Happy Birthday anak mama..




Okey meh nak share bajet RM50 untuk sambutan hari lahir ala kadar ni.Dah lah ala kadar, bajet tak sampai RM50 lak tu, makan kat KFC plak tu, siap ada kek bajet, siap ada gift lagi,siap boleh buat tema superhero lagi..Haaa percaya tak semua tu tak sampai RM50 pun untuk 3 beranak..heheheh...Okey aku share ek..

Mini Kek bajet Doraemon Captain America - RM5.30 (beli kat HERO supermarket)

Gift Small Toy - Captain America - RM3.99 (beli kat HERO supermarket)

KFC - Set Mini Bucket 5ketul ayam add on air milo dan Nugget (untuk Dak Iqy) = RM38.90


Haaaa murah kannn,tak sampai RM50 pun kan? Tapi kite kira lump sum je laa RM50.Dengan RM50 je dapat membuatkan anak kite gembira.Kalau rasa takde bajet nak celebrate besar2an, bolehlah cuba tips bajet dari aku ni..hehehhehe

excited sangat dengan kek dia..hehehe

Masa sampai je kat KFC terus pilih meja yang kat tepi dinding, Abi beratur beli ayam, aku set up kek letak lilin siap - siap, Abi sampai je, terus nyalakan lilin dan start nyanyi, Dak Iqy dah tersengih sambil pandang muka mama dan pegang tangan mama, alahaii touching mama tau.Mama tahu Iqy suka kan, seronok lah bila diraikan..Kite pun pernah jadi budak, so kite boleh tahu perasaan budak camne kan.hehehe..


Dah tiup lilin, bagi hadiah "sementara", aku sempat beli toys Captain America tu masa kat Hero untuk dijadikan "hadiah sementara" ..Dak Iqy memang peminat superhero..Walaupon dah biasa beli benda alah tu, tapi dia tetap excited tiap kali dapat yang baru..hahahaha..Jadiklah buat syarat je kan..hehe..Disebabkan Dak Iqy dah siap makan nasi kat rumah, so dia memang mintak nugget je.Lagipon dia tak suka makan ayam..huhuhuu..Nuget makan plak, pelik aku..Gitulahhh citernya..Saje abadikan kat blog, dah besar nanti ada kenangan untuk dikenang.Boleh throwback umur setahun sambut macam mana, umur 2 tahun camne, umur 3 tahun camne plak..Gituuuu..

HAPPY BIRTHDAY MY 'SON'SHINE..MAMA LOVE YOU!!!

Monday, March 20, 2017

Short Vacay : Cameron Highlands


Short vacay kedua untuk tahun ni, bersama dengan family tersayang.Acara wajib setiap tahun dalam family aku, memang wajib pergi bercuti sama2, tak kisah jauh ke dekat, asalkan bercuti, macam tahun ni percutian bajet kami ke Cameron Highlands, lamanya tak pergi Cameron Highlands, 3 tahun lebih jugaklah.Last pergi masa Dak Iqy dalam perut 4 bulan.Kuat tau mak buyong jalan masa tu  turun naik bukit, steady je.

belanja selfie seketul ,dalam perjalanan masa ni..

Percutian pendek ke Cameron Highlands kalini bergabung dengan family maklang aku (jiran sebelah rumah)..Aku sewa apartment  yang selalu aku booked kat Brinchang tu, cuma kalini owner yang berlainan, owner yang biasa tu fully booked plak masa tu.huhuhuu...Tapi apartment nya tetap best, luas, besar dan selesa..Satu apartment ada 3 bilik, ngam2 sumbat kami 2 family ni..Oh yerr  apartment yang aku sewa ni terletak betul2 kat Brinchang, namanya Crown Imperial Court Apartment .Kalau nak ikutkan sebelum ni ianya lokasi yang sangat strategic sebab betul2 berhadapan dengan pasar malam Brinchang yang happening itu,jalan kaki je dah sampai tak perlu susah payah cari parking..Tapi masa aku pergi ni, nasib kurang baik, sebab aku baru tahu yang pasar malam dah berpindah ke tempat lain, 2km dari pasar malam sebelum ni.Hurmmmm ruginya...Malam takde aktiviti nak buat, nak pergi naik kereta malas sebab mesti susah parking..huhuhuu..Last2 makan malam kat restoran area situ je.Next time dah boleh kot sewa apartment selain area Brinchang ni..Dulu selalu aim area Brinchang je, sekarang Brinchang dah kurang happening dah uolls..huhuhuuu..

dorang selfie tak tunggu kitorang..Ni jela gambar reramai yang ada, walaupon aku takde dalam gambar, takpe lahhh janji kenangan itu ada..hehehehehe...Love u olls..

Kitorang gerak dari Puchong hari sabtu pukul 8pg.Cadangnya nak berhenti sarapan kat hentian Rawang, sekali dah sampai, baru tahu yang RNR Rawang dah tutup sebab renovation.Terus lajak ke hentian Tapah, ingatkan boleh bertahan, tapi semua dah kebuluran, along aku tumpang kereta aku, sepanjang perjalanan merengek lapar, cehhh ngalahkan budak2, anak2 dia pon steady je..hahahaha...Dia cakap "aku dah janji dengan cacing aku nak makan kat Rawang, ni dah lajak jauh, cacing aku dah merajuk"...hahahaha along bongok taw!!!Sampai hentian Tapah, kitorang sarapan siap2, konon nak singgah sarapan kat Ladang Teh, tak jadi, sebab masing2 dah tak tahan lapar tahap gigil2 dah..Takut naik bukit kang, muntah plak sebab perut kosong..hahahahha...Aku okey je, sebab aku memang tak makan pagi..So cacing aku tengah tido lagi time tu..muahahahahhaha...

Kitorang exit Simpang Pulai, tol dari Putrajaya ke Simpang Pulai RM29++ ..Aku isi minyak RM40.Lepas lah sampai Brinchang, pastu sampai Brinchang isi lagi RM50, cukup2 sampai rumah dah menyala lampu merah.Jalan naik ke Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai ni selesa sikit berbanding jalan Tapah, yang lebih adventure dan bahaya kalau hujan, silap2 boleh masuk gaung...phewww ngilu kepala lutut aku..ahhahaha..Destinasi pertama aku plan nak singgah Ladang Teh Sg Palas, oleh kerana aku yang tahu jalan, aku kat depan sekali, malangnya masa kitorang masuk simpang ke Ladang teh Sg Palas tu, lagi 2 kereta tak perasan kereta kitorang, dorang dah terlepas simpang, kitorang plak masa tu dah separuh jalan baru perasan yang lagi 2 kereta takde kat belakang.Call suruh papa uturn balik, tapi dorang tak jumpa, padahal betul2 kat depan dorang berhenti tu je..ahhahaha...Last2 kitorang patah balik, lepak kat mall baru buka.Ada macam2 game, masa tu Dak Iqy dah siap main dah segala game kat situ sebab dia naik kereta dengan sepupu aku, sebab ada " kakak" cantik kat kereta tu, dia admire sangat dengan tunang sepupu aku tu, nak melekattt je..Aku plak tak sedap hati nak lepas dia naik kereta berlainan.Tapi kalau masuk kereta aku, dia melalak sepanjang perjalanan "nak kakak, nak kakak "katanya..aduiii pening kepala aku.


Gambar 3 beranak yang susah nak dapat...huhuhuhu...Mak pasrah nakkk!!

budak ni menguji kesabaran sangattttt tau...Kecik besau kecik besau je aku tengok dia..hahahahah

Bumblebee ni boleh gerak2 tau...Teruja mak nokkks...huhuhu
Last2 semua dah malas nak pergi Ladang Teh Sg Palas tu, baru plan nak makan scone kat situ..Arghhh melepas..Lepak je kat mall tu layan Dak Iqy main, aku pon join sepupu sepapat main kereta langgar.hahahaha..Teringin jugak beb.Mana boleh tahan..heeee..Tengok jam dah dekat pukul 2, call owner apartment inform yang aku dah sampai dan tanya bilik dah available ke belum, dia cakap boleh, so kitorang terus gerak ke apartment.

view dari balcony...Dak Iqy dah dapat kakak, lupa dah meleset kat abah, nasib mama kuat leset jugak...hahahahaha...Yeayyyy mama abah punya...#Iqyjanganjeles

Setel amik kunci terus angkat barang2 naik
ke apartment..sessi pilih bilik masing2..aku pilih paling kecil sesuai lah untuk aku tiga beranak ni.Setiap bilik ada 2 biji katil queen.Besar biliknya..Bilik aku je satu katil queen.Mak , papa, maklang n paklang kongsi satu bilik, satu bilik lagi adik aku dengan tunang Asri, dengan 2 orang anak buah aku..Dan satu bilik lagi bilik aku 3 beranak, yang bujang dan along aku tido kat ruang tamu.Sampai2 je kat apartment, terus makan meggi cup secara berjemaah..hahahaha..Lapar plak sejuk2 ni.Rehat2 kejap pastu pukul 5petang kitorang jalan kaki ke Big Red Strawberry, hurmmm takdelah dekat sangat, tapi okeylah nak exercise kan, kat situ best sebab kitorang suka lepak kat cafe atas tu, makan aiskrim.strawberyy...Tapi sebab kitorang lewat sampai cafe dah nak tutup dah, tak sempat nak makan aiskrim sundae strawbery, Tasha je sempat merasa lepas tu habis dah..Dapat rasa aiskrim batang strawberry tu je..Tu pon menyesal beli sebab tu lah punca Dak Iqy dan anak2 buah aku sakit perut muntah2, Dak Iqy start muntah2 dulu, dia ngadu sakit perut.Perut dia memang sensitif dengan makanan tak bersih ni, cara masak tak betul ke, atau air tak masak ke..Mesti dia dapat detect dulu.Kesian Dak Iqy muntah teruk petang tu sampai ke malam, jalan kona2 macam ular tu dia boleh tahan, tapi dengan aiskrim yang airnya mungkin tak dimasak ni dia tak tahan, esoknya tu anak buah aku plak yang muntah2 punca dari aiskrim tu jugak.So korang hati2 kalau nak makan aiskrim tu tau.kalau perut sensitif, takyah lah makan.hehehe..Kang sakit perut potong mood nak bercuti..heeee..

kat Cameron pun jumpa hero spiderman feberet dia tu..





Dak Iqy dah macam orang eskimo dah...pergi Cameron je kot..hahaha


masa ni dah start pucat dah muka Dak Iqy sebelum dia mandikan abah dia dengan muntah...huhuhuhuhuhu...

Dapat rasa aiskrim ni je...Tapi hati2 tau, perut sensitif elakkan makan ni banyak2, sakit perut nanti..Macam Dak Iqy, kesiannn muntah2 lepas makan aiskrim ni, tapi ada yang makan okey je..Tengok pada tahap sensitiviti perut korang lah...hehehehe

Malam tu dorang semua pergi makan, aku anak beranak balik apartment setelkan hal Dak Iqy, Abi dah bermandi muntah Iqy dah masa tu.Tukar baju semua, sapu minyak angin kat badan dia, pastu dia tertidur..Makan minum taknak, hampir nak balik malam tu jugak, tapi try lagi sapu minyak, bagi minum air banyak2..Pukul 2pg camtu, dia nampak sihat sikit lepas dah muntah banyak kali, dia bangun mintak roti, habis seketul roti dia makan, lapar lah tu..Pastu bagi minum air banyak, terus dia sihat bergelinjat macam takde pape berlaku, padahal sebelum tu satu rumah dok risaukan dia.Lembik gilerrrr..Esoknya terus sihat walafiat..Tu lah satu kelebihan dia, dia kuat lawan penyakit, sesetengah budak dah demam dah kalau kena camtu, tapi alhamdulillah balik dari Cameron takde plak demam..Kuat macam mama ni, susah nak demam..alhamdulillah moga kesihatan yang baik sentiasa mengiringi Dak Iqy sampai dia besar panjang nanti.InsyaAllah..

brekpes stoberi cicah cekelat bebbb!!!!

Esok tu plak, mak n the geng pagi2 dah bangun pergi ikut papa beli madu asli katanya, papa memang kalau datang Cameron suka beli madu kat sini.Yelaa kat bawah susah nak dapat madu asli kan..Kat sini murah pun murah.Boleh tawar menawar lagi.Mak plak siap2 shopping sayur buah semua dah..Balik bawak stroberry dengan coklat..Dah pepagi buta kitorang brekpes stoberi cecah cokelat.Kemainnn lagi..hahahahaha...Mujur cacing aku behave tak meragam..Tapi ada jugak rasa tak sedap perut semacam je...Tapi malas nak layan..hahahaha..Kitorang pon bersiap2 nak check out, nak singgah Kea Farm untuk shopping ..yeayyyy!!!..Aku suka shopping Kea Farm ni sebab murah.Ko jalan lagi kedalam, lagi murah kau dapat.Macam aku beli sayur untuk stock dak Iqy dan bagi kat pengasuh, kalau area depan tu 7 bungkus RM10, aku jalan kedalam.lagi, 10 bungkus RM10..Aku baru masuk satu jenis sayur, Abi panggil aku, cakap kat depan sana 11 bungkus RM10, terus aku letak balik sayur tadi..hahahaha...Tamakkk betul..Pastu beli jagung 2 longgok RM15 je..Mak aku beli kat pasar lain, 1 longgok RM10..See jimat aku kan..Jagung sama je dengan jagung mak aku..hehhehe..Mak aku dah menyesal beli awal2..Tulaaa sape suruh tak tunggu..heheheheh..


Dak Iqy plak dari semalam duk tuntut janji aku nak belikan dia patung bantal spiderman tu..Aku nak compare harga pon tak sempat, last2 beli jugak sebab dia dah meraung2 hentak kaki sampai bergegar satu Kea Farm tu dengan suara dia tu..Ko taktau suara anak aku tu memang memanjang high pitch je..urghhh...Beli jugaklah seketul RM25..bila dah beli jumpa satu kedai ni RM23 je..alahaiii...RM2 pon rugi tau...hahahaha..Pastu aku beli strawbery, 7 kotak camtu..5 bungkus RM20..yang pack kecik 3 RM10..Malas nak beli banyak2, takut turun kang buah rosak plak..Beli yang nak makan dan bagi kt orang je..huhu..Lagi aku beli keledek kecik2 kaler pepel tu, aku suka keledek tu, sedapppnya makan panas2, sekilo RM7..Pastu buah feberet aku, buah jeruk jambu yang kaler merah dan hijau tu..2 bijik RM10 , 4 bijik (2bungkus) RM18..Ermmmm heavennya kalau dapat borong buah ni banyak2..Tapi beli sikit jelaa, poket tak berapa nak tebal plak..Hahahahahaha...

Masa tengah syok2 shopping, kasut aku putus plak..Ada kasut spare dalam kereta, nak beli memang tak lahh..Membazir je kann..Tapi nak pergi kat kereta jauh plak, perghhh masa ni lah aku rasa laki aku suami palingggg sweet pada abad semesta ini..hahahah..Abi bagi selipar dia kat aku, dan dia berkaki ayam dan kami pun sambung shopping..Kau rasa??Ya Allah gentelman giler laki aku...Rasa macam jatuh cinta pandang pertama plak..Walaupun banyak sebenarnya yang sweet kat laki aku tu, tapi takmo lah war2 kan, kang ada yang menaruh hati plak kat asben hakak..Choiiiiiiiii...mintak simpang lahh..Tapi moment tu memang aku akan kenang lahh..Mak aku marah aku buli laki sampai camtu..Bukan aku yang paksa, dah dia yang offer kan..Kalau ko nak tolak ke.??hahaha..Sambung shopping sambil berkaki ayam.Abang, abang satu dalam sejuta tau...Abang memang winnnn...muahciked...#baekkkpunyakipas

Dak Iqy dah start buat "onar",,,,harharharhharrr...#hambar

Ni je seketul gambar kat ladang teh...kesian kannn

Dah setel shopping sampai terputus selipar, kitorang pon gerak turun ikut jalan Tapah..Sebab plan nak singgah Ladang Teh yang kat tepi jalan tu, walau pon nak ikutkan aku lagi suka ladang teh sg palas, tapi faham sebab jalan dengan warga emas kan, kesian mak aku nak jalan panjat tangga bagai, so dapat singgah ladang teh Bharat ni pon okey sangat, pekena teh tarik dengan Strawberry Cheese Cake..Tak sempat bergambar tiga beranak kat ladang teh, sebab Dak Iqy dah start buat onar, nak makan aiskrim lah, turun kat ladang teh tu dia cakap panas lah apa lah ..urghhhh...Cerewett...Last2 lepak je kat cafe minum teh tarik dan strawbery cheese cake..huhuhuuu..Ada lah sekeping gambar aku berlatar belakangkan ladang teh..Jadiklah dari takde kan.hahahahha...

Belanja jela gambar dorang yang bergambar kat Ladang Teh..Sedapkan hati sendiri, takpe next time boleh datang lagi, masa tu Dak Iqy dah behave sikit lah...hahahahaha
Lepas tu kitorang gerak turun ikut jalan Tapah..Adventure giler, rasa jauh plak ikut jalan ni..huhuhuu..Tertido sepanjang perjalanan, tau2 je dah sampai Hentian Tapah, dorang semua berhenti makan, aku takde selera nak makan, Dak Iqy plak buat perangai, dia memang tak suka tempat makan ni..So better aku duduk je dalam kereta.Pastu gerak singgah rumah mertua kat Behrang, bagi buah tangan dari Cameron, sembang2..Maklumlah jarang jumpa besan2 ni..hehehhe...Alang2 tu mak n papa nak ziarah sekali.Dorang gerak balik dulu, kitorang balik lambat sikit, along aku pon tak kisah balik lambat sebab dia tumpang aku kan, dia kata takpe kitorang pon lepak2 lah dulu, sempat makan malam sekali, sebab Dak Iqy sibuk nak makan nasik air, tadi masa orang makan, ko taknak, sekarang baru tahu lapar..huhhhh!!!..Lebih kurang pukul 10malam kitorang gerak balik Puchong..Sampai rumah 11 lebih..Alhamdulillah..Selamat semuanya..Tamatlah sudah percutian singkat kami sekeluarga..Sebelum puasa ni ada satu lagi short vacay.Mak aku tu jenis main planning je, aku plak jenis yang menurut perintah, tolong booked kan aje...hehehehe...Semoga dimurahkan rezeki selalu agar dapat selalu luangkan masa dengan family tersayang..Aminnnn..

Lena Dak Iqy tido berpelukan dengan Spiderman dia tu...huhuhuhu...







Friday, March 17, 2017

Dak Iqy Turns 3



17 Mac 2014 - 17 Mac 2017

Alhamdulillah, genap 3 tahun RIZQY HAFIY AISH BIN ZULKEFLE harini.Tak sangka aku dah ada anak bujang.Rasa macam dia baby2 je lagi..Maybe sebab sejak makin besar ni, dia makin mengada-ngada perangai dia kot..Sebab tu aku still rasa dia macam baby2 je lagi..hahahahha..Tak sangka dah 3 tahun.Cepatnya lahai, tup2 aku up entry Dak Iqy dah masuk sekolah plak nanti, yelaaa masa kan cepat sangat berjalan..Jujur aku cakap pengalaman jadi mak budak ni selain satu pengalaman paling indah dalam hidup, ia jugak satu cabaran baru buat aku.Mencabar okey membesarkan anak ni.Banyak bermain dengan emosi, lebih2 lagi nak handle sikap anak yang berubah2 ikut perubahan usia ni..MashaAllah kadang aku kalah wey, kalah dalam mengawal emosi aku sendiri..Terlalu ikutkan perasaan, rasa nak bertukar jadi hijau je setiap masa, hahahahah..Dak Iqy ni yang ikuti perkembangan dia dari lahir, dia adalah bayi yang sangat baik dan mudah dijaga, Ya Allah masa tu aku lah mak yang paling bertuah sekali, dapat anak yang tak banyak ragam, jarang sakit demam, tak berjaga time malam, kalau orang kata ada anak kecik ni tak cukup tidur, tapi aku alhamdulillah, tidur aku cukup masa Dak Iqy baby dulu..

Tapi lepas masuk usia setahun, dia balas dendam weyyyy..hahahahaha...Dia keluarkan semua ragam2 dia yang tersimpan selama ni..Haaaa ambik kau..Kelauttt aku wey..Susah nak terima kenyataan masa tu.tapi tu lah bila aku muhasabah diri balik, aku sedapkan hati sendiri, takpelah masa kecik dia dah cukup baik dah kasik ko rehat cukup2, sekarang ini masa kau untuk tumpukan sepenuh perhatian kat dia.Yupppp!!!Dia memang nak kan perhatian sepanjang masa, mungkin sebab dia sorang kot..Ramai jugak nasihatkan aku, suruh tambah anak lagi, bagi Dak Iqy adik, biasanya budak ni kalau dia dah ada adik, dia behave..Yeke ke weyyy???Betul ke ni??Aku bukan apa?Aku bukan taknak bagi dia adik lagi, tapi aku cuakkkk, takut dapat adik kang dia lagi menjadi2 sebab perhatian dah tak sepenuh kat dia,mau meroyan aku nanti..Hurmmm lagipun hakikat sebenarnya, aku sendiri yang tak ready lagi untuk yang kedua kali...Hukhukhukhukkk...Tapi kalau ada rezeki aku tak tolak lah, tapi selagi boleh rancang, aku cuba rancang..Kalau boleh biarlah Dak Iqy masuk sekolah dulu..Erkkk masa tu tak tua sangat ke aku nak mengandung lagi???hukhukhukhukkk..Kotlah masa tu nanti, Dak Iqy dah semakin matang, mungkin tak payah bagi adik pun takpe kan...hehehehehe..Jadi anak tunggal kan besttt..

Hurmmm entry ni pasal nak wish birthday Dak Iqy je, tapi dah melalut-lalut.Maafkan hakak yer.Dan harini, tepat je tarikh 17 Mac 2017, terus wish kat Dak Iqy, "Happy Birthday Sayang"..Sambil nyanyi lagu birthday..Sorry takde kek, mama belum gaji lagi, tengah bulan kot...hahahahaha..Kite celebrate lewat sikit nanti k..Pastu dia cakap dengan abah dia "Abah, abah jangan pergi work tau" alololllooo sweet je tak bagi abah pergi kerja, yang aku ni dia suruh gi kerja ...banyak cantik...hahahaha..Pastu aku promis lah kat dia, yang aku takkan marah dia untuk satu hari (17 Mac) ni..Dia buat salah apa pun aku senyum je...Tapi gerammm je rasa nak marah jugak, tapi simpan esoklahhh..Alaaa bukan saje2 nak marah, jadik mak2 ni kena tegas sikit, kalau tak makin tak dengar kata..huhuhuuu...

HAPPY BIRTHDAY SUPERHERO MAMA!!

💖 💖  RIZQY HAFIY AISH 💖 💖

mama & abah love youuuu, sayang anak mamabah toa'ng2 ni..walau mama selalu marah2, selalu je amukan puaka, suara macam halilintar, tapi ketahuilah sayang, mama buat semua tu bersebab.Nak Iqy jadi manusia yang berguna, dengar kata, makan nasihat serta hormat orang..Jangan kecam mama okey..Apa2 pun Iqy tetap anak mama dunia akhirat..Anak yang mama kandung 9 bulan dalam perut mama .

LEBIUUUU ANAK MAMA!!!!





Tuesday, March 14, 2017

MEKAP MURAH | LIPSTICK MATTE COLLECTION


STICKY POST 
ENTRY BARU SCROLL KE BAWAH YER.!!!
TQ!

ANASTASIA LIPSTICK MATTE

💖 RM 15 / pce

Not Include Postage




MELTED MATTE LIPSTICK

💖 RM15 / pce

Not Include Postage



MEET MATTE HUGHES LIPSTICK

💖 RM 15 / pce

Not Include Postage


KYLIE 4in1 SET

💋 Lipstick
💋 Lipliner
💋 Eyeline pencil
💋 Sharpener

RM 18 / Set

Not Include Postage



ENERLASTING LIQUID LIPSTICK

💖 RM 15 / pce

Not Include Postage




HUDA BEAUTY LIPSTICK MATTE (4IN1)

💖 RM 35 / Set

Not Include Postage



WINE LIPTINT

💖 RM 15 / pce

Not Include Postage
NENHONG KOREA LIPBALM 

💖 RM 15/ pce 

Not Include Postage




KYLIE LIPSTICK ROLL

💖 RM15 / pcs

Not Include Postage




KYLIE LIPSTICK MATTE (4in1)

💖 RM 33 / set

Not Include Postage



👇
👇
👇
👇
 ðŸ‘‡ 



Untuk maklumat lanjut dan barangan lain sila kunjungi 


Untuk order sila whatsapp ke :

017 - 344 8400 (Nory) 





Monday, March 13, 2017

Tips ajar anak "free diapers" / Toilet Training



Alhamdulillah sekarang ni Dak Iqy dah free diapers dah..Cuma tak sepenuhnya lagi.Tidur malam still pakai lagi, sebab aku tak beli lagi cadar waterproof, hahahaha..Nak ikutkan Dak Iqy boleh je kalau tak pakai pampers time tido malam, cuma aku je tak yakin, maklumlah aku ni kerja pagi, buatnya dia terkincit ke kang jenuh aku nak jemur tilam bagai, kang lambat plak pergi kerja.Tapi Dak Iqy ni bukan nak puji sangatlahh, tapi alhamdulillah dia budak yang sangat cepat belajar.(sorry terpuji anak sendiri)

Aku start train dia pon nak ikutkan dah terlambat, dah nak masuk 3 tahun pun, tapi sebab kurangnya kesedaran tu yang start ajar lambat tu ..hahahahaha..Tapi takdelah terlambat sangat kan..Kalau nak tahu, aku ajar Dak Iqy cuma 2 hari je..2 bulan yang lepas, memandangkan aku ni mak yang bekerja, so aku cuma ada masa time weekend 2 hari tu je untuk ajar Dak Iqy.First day je dia dah cemerlang dah, cuma sekali je terkincit, tu pon sebab dia terlupa nak bagitau, bila dah terkencing baru dia bagitau, "mama, Iqy kencing"..dah meleleh dah pon, masuk hari kedua dia lulus cemerlang.Cuma mulut ni kena rajin bertanya " Iqy nak kencing tak" , sekerap yang mungkin sampai dia sound aku balik " dah lah tu mama, Iqy taknak kincing dah". Sentap mak nak!! .hahahahaha...Benganglah tu dengar mama tanya soklan sama je setiap minit..

Lepas tu hari isnin, pergi rumah babysitter macam biasa lah pakai je pampers, aku pon tak bagitau pengasuh suruh tak payah pakaikan pampers sebab aku rasa macam terlalu awal lagi, dia pun masa tu baru belajar 2 hari je..Walaupon lulus cemerlang, tapi still tak yakin lagi, takmo lah nak susahkan babysitter plak nak mengemop satu rumah nanti kan.5 hari kat rumah pengasuh pakai pampers macam biasa lagi, tapi dia macam dah mula terbiasa, setiap kali kencing, walaupon pakai pampers mesti dia bagitau, kita plak kena cakap dengan dia " okey, Iqy boleh kencing sebab Iqy pakai pampers"..So secara otomatik dia faham sendiri , kalau pakai pampers dia boleh terus kencing, kalau tak pakai pampers kena buka seluar dan kencing di tandas.

Time weekend je, kat rumah mesti tak pakai pampers, tido siang pon berjaya tak kencing okey..Bangga mak nak!!Padahal siap2 alas kain batik takut dia terkencing time tido..Setakat ni alhamdulillah Dak Iqy berjaya tak kencing.Tido malam aku tak try lagi, tunggu lah aku beli cadar waterproof dulu.hahahahha..Sekarang pon dah puas hati sangat dah dengan pencapaian Dak Iqy.
Dia tahu mak dia ni jenis yang kalau ajar nak orang cepat pandai, tu dia rasa tercabar kot...So far, aku tak de masalah dalam mengajar Dak Iqy " bebas pempers" ni.Untuk adik2 dia nanti tak tau lah plak kan, mungkin ada cabarannya nanti.Sebab aku selalu baca blog2 yang dorang duk citer nak ajar anak2 ni bebas pampers mencabar, kena mengemop je 24 jam, kena beli spender kartun banyak2 lah, macam2 lagi lah..Sebab tu aku lambat ajar Iqy tu...(malasnya nak mengemop ) hahahaha..Kalau tahu lah Dak Iqy ni cepat pick up , masa baru lahir tu aku dah train dah..muahahahahha...Membongakk je keje mak ko ni..Dan lagi satu maybe sebab Dak Iqy ni faham mak dia ni bekerja, so dia kena cepat2 pandai berak kencing sendiri, mak tak sentiasa ada disisi nakkk!!!arghhh touching plak..Tapi memang salute habis mak2 yang sabar dalam melayan kerenah anak nak "free diapers" ni.Sebab aku bukan spesis mak yang penyabar sebenarnya, mak takuad nak!!hukhukhukk..Dak Iqy tu kalau tumpahkan air, berdesup dia pergi amik kain cecepat lap ,takut aku tahu, pastu abah dia nak mengadu kat aku, dia tutup mulut abah dia suruh jangan pecah lubang, apatah lagi kalau dia kencing merata kan..heheeheh..So thats why dia cepat belajar kot..Kalau nak anak cepat pandai sila jadik mak yang garang...hahahaha..Tapi jangan garang sangat okey..Jadik macam aku, garang tapi comeyy...ehhh!!!

Aku share sikit lah tips tak seberapa dari mak yang bekerja ni..heheheh..Pertama kali sebelum mula tak pakaikan pampers tu, ceramah panjang berjela sikit pasal apa, sebab apa , dan kenapa dia tak boleh pakai pampers lagi.Pastu pakaikan seluar pendek senang nak buka dan pakai semula.Mulut mak2 ni plak kena rajin bertanya setiap saat, minit dan ketika.."nak kencing tak?" , " jom pergi kencing"..Tanya je berulang2 kali sampai mulut berbuih pon takpe, kalau kau kena sound dengan anak ko pon ko pekakkan je telinga macam aku kena sound dengan Dak Iqy lah.Hahahaha..Paling penting kena kerap puji anak, macam Dak Iqy dia memang suka puji pujian ni, kalau aku lupa nak puji dia yang puji diri dia sendiri " mama, Iqy pandai kincing kan?"..Pastu wujud kan satu mentor untuk dia, bagi dia rasa oooo aku kena jadi macam dia jugak.Contoh nya cakaplah " eh kawan Iqy sipolan tu pandai tak pakai pampers, dia kencing pun kat bilik air, eeee pandaiinya dia..saje je bagi member panas"..Macam dak iqy kalau dengar aku cakap camtu, dia akan tanya aku balik " Iqy pandai tak??"...Pastu aku jawablah , "uishhhh Iqy lagiiiii lah pandai, pandai kencing pandai pakai seluar sendiri"..hurmmmm baik punya aku kipas dia.hahahahah...

Dan sekarang, kat rumah pengasuh pon dah tak pakai dah.Jimat dah pampers sekarang, duit pampers mama kumpul2 boleh beli handbag baru..Ehhh!!!..





Regards,
Proud Mom

Saturday, March 11, 2017

MEKAP MURAH | EYESHADOW COLLECTION


MISSROSE EYESHADOW PALLETE

 ðŸ’˜ 60 Colour Eyeshadow
💘 12 Colour Lipstick
💘 3 Colour Blusher
💘 3 colour Powder

RM 35 Not Include Postage



 MISS ROSE EYESHADOW

💘 18 Colour

RM 15.00 Not Include Postage

KYLIE EYESHADOW

💘 9 Colours

RM 20.00 Not AInclude Postage



DOSE EYESCREAM PALLETE

💘 10 Colours

RM 25.00 Not Include Postage




MORPHE EYESHADOW PALLETE

💘 RM35.00 Not Include Postage





HUDA BEAUTY EYESHADOW

💘 18 Colours

RM 30.00 Not Include Postage



THE BALM APPETITE EYESHADOW

💘 9 Colours

RM 25.00 Not Include Postage


NAKED 3 EYESHADOW

💘 12 Colours

RM 25.00 Not Include Postage



KYLIE EYESHADOW
💘 9 Colours
RM 20.00 Not Include Postage 
. . . . . . . 
. . . . . . . 
. . . . . . . 
Contact to Order :
WHATSAPP:
017 344 8400  (NORY)
EMAIL :
elfekluz1921@gmail.com
FACEBOOK :
RNZ PERFUME & BEAUTY LINE (klik)