Sunday, March 25, 2018

Detik kehadiran Jimbo the cat



Perkenalkan our new family members, JIMBO THE CAT ...Meowwwww!!! Aku pon macam tak percaya aku dah ada kucing sekarang..Punya lah lama teringin sangat nak bela kucing selepas kematian Laura Stella,kucing kesayangan aku 3 tahun lepas..Lama jugak aku ambik masa untuk move on, teringin nak bela kucing, tapi dalam masa yang sama takut kehilangan lagi..Cat lover je faham perasaan bila kucing kesayangan hilang weyyy..Macam hilang anak..Laura Stella dulu mati, seminggu lebih menangis je..Sebab aku memang rapat sangat dengan dia dari sebelum aku kahwin lagi, lepas kahwin dia tinggal umah mak aku, hari2 aku jumpa dia time lunch..Kalau aku tak balik sehari, mak aku cakap dia termenung je, makan minum semua taknak...huhuhu pantang dengar bunyi kereta, berlari dia kejar ingatkan aku datang.Sweet sangat kan..Binatang ni dia tahu kalau kita sayang dia , dia pon akan sayang kita..Paling takleh lupa masa aku bersalin Dak iqy, dudk wad 5 hari..Balik dari hospital selepas 5 hari, nak berkepit je dgn aku, nak duduk atas riba je mintak belai..sedih aku masa tu.

Jimbo ni pon aku taktau camne boleh terbuka hati nak bela dia, padahal sebelum ni banyak kucing yang sesat datang rumah aku ni, tapi aku bagi makan gitu jelaa, takde lak rasa nak bela terus, sebab aku tak reti nak bela kat rumah flat..Taktau nak letak mana kucing ni..Tak reti..Tapi aku tengok jiran aku tu relax je bela kucing lebih dari 3 ekor, elok je dia bela walaupon rumah flat.So aku pon pernah jugak terlintas nak bela kucing, tapi Abi selalu spoilkan niat aku..Dia kata lecehlah apa lah..sebab dia tak minat sangat kucing ni..so niat tu terkubur macam tu je, walau pon beberapa ekor kucing dah datang singgah umah aku ni, tapi cuma sekadar persinggahan je laaa..Aku plak memang rajin melayan kucing2 yang sesat ni..Kucing orang pon ada sesat, aku bagi makan pastu aku lepaskan suruh dia balik rumah dia..Cuma sejak Dak Iqy dah makin membesar ni, dia mula menunjukkan minat dan kasih pada kucing jugak..Alhamdulillah mewarisi jugak minat dari aku..Mujur tak ikut abah dia..hahhaha..So disebabkan Dak Iqy ni sorang je takde adik lagi nak main kat rumah ni, so dia selalu lah bagi hint kat abah dia, dia cakap dia nak bela cat lah, nak bela fish lah, burung lahh..Sampai dia pernah suruh bawak balik itik kesayangan opah dia..hahahaha..Melampau lah nak bela itik kat rumah flat ni ..Masa balik Taiping haritu tu pon hampir2 terbeli burung serindit dengan sepupu Abi, biasalah abah Iqy tu kalau Dak Iqy tu punya request, laju je dia tunaikan..Aku ni punyalah berkurun berzikir nak bela kucing dia buat donno je...huhhh...

Berbalik pada cerita, nak dijadikan cerita dah tak jadi beli burung tu semua, Dak iqy ni hari2 lah duk bagi hint nak bela cat, kebetulan masa tu kucing singgah kaler oren tu selalu datang rumah aku, Iqy suka lah main, tapi bila abah dia balik, abah dia hantar kucing tu turun kat bawah..Meraunggg lah Dak iqy..huhuuhu..Masa tu ada drama lah sikit Dak iqy ngan abah dia..Dia cakap abah tak sayang iqy lah apa lah..Bagus jugak Dak iqy buat drama macam tu, lepas tu ada satu hari Abi cakap nak cari kucing bagi kat Iqy buat main..Perghhhh seronok nya aku masa tuuuuu..Lama aku tunggu Abi cakap camtu..hahahahha..Dak iqy jugak berjaya lembutkan hati abah dia..hurmmm..

Segalanya bermula pada pertengahan january awal tahun aritu, masa tu aku baru je buat keputusan drastik dengan berhenti kerja secara mengkhinzir buta...hahhahaha..Maknanya segala perbelanjaan isi rumah akan mengalami kemerosotan.Segalanya kena cut cost..Tapi satu pagi tu, bangun pagi nak siapkan Dak Iqy pergi sekolah aku dengar bunyi anak kucing kuat.Tapi aku ingat mungkin kucing jiran kot, takpon kucing kat bawah tu dah beranak.Tapi bila aku dengar betul2, macam dekat depan pintu umah aku..Ahhh sudahh..Aku pon bukak pintu intai, sekali seketul budak comey berbulu hitam putih, betul2 kat depan pintu rumah aku..Punyalah banyak rumah, rumah aku jugak kau nak sesat kan..Selalu pon camtu..hahahha..Cuma bezanya kalini, kali pertama aku pandang dia, terus aku jatuh cinta...Rasa nak bela tu membuak2, padahal masa tu aku struggle dok pikir macam mana kehidupan lepas ni..hahah..Tapi ntah lah aku kuat mengatakan , ada sebab kenapa tuhan tu hantar kucing ni kat rumah aku bukan kat rumah orang lain, ya dia lah pembawa rezeki..Sebelum ni aku kerja, aku rasa aku tak mampu kot nak beli pasir kucing, makanan kucing..tapi berbeza sangat bila aku dah berhenti, Jimbo plak datang dalam hidup aku..Alhamdulillah, tak pernah kebulur lagi anak bulus tu, hari2 wet food, ayam rebus,ikan rebus..Ada je rezeki yang datang..Rezeki bila member aku bagi sangkar kucing free je weyyy...Ya Allah smooth je perjalanan dalam proses nak bela jimbo masa tu..Dak Iqy pun sejak ada Jimbo, banyak lah aktiviti dia, aku latih dia anggap Jimbo macam adik sendiri, bagi Jimbo makan, aku sebut diri dia abam kat Jimbo..Saje latih dia jadi abang, senang ada adik nanti taklah kekok sangat///hahaha.


Ni Jimbo selepas sebulan dibawah jagaan aku..Makin bahagia dia, berak kencing semua orang cuci, makan minum semua orang sediakan ,,,amboiii sangat kan..hahaha..Tapi dia ni sejenis yang hyper 24 jam...Pantang lah tengok jari bergerak sikit, nak terkam je kejenyaa..Kadang geram, tapi aku terhibur walaupon calar2 tangan aku dibuatnya..Dia tak garang, tapi dia suka main. dia manja sangat dengan aku, sebab aku suka manjakan dia..Sayang weyyyy...Macam anak sendiri ..notty tetap kena marah jugak macam abam dia..Kadang aku rasa macam ada anak kecik balik, dia ni jenis kalau aku takde , contoh dalam toilet ke, dia punya mencari aku memekak satu rumah..Bila tahu aku kat dalam toilet, dia tunggu depan pintu sampai aku keluar..Pastu suka mintak dokong, kalau tak layan, dia sendiri panjat badan aku pastu beretenggek kat atas bahu aku....Alahai Jimbo, camnelah tak sayang..
Walaupon hitam, tetap handsome dimata mama ...hahahahaha..Kucing kampung je uolss, tapi kite tak kisahh, asalkan kucing, kita sayanggg...Sedangkan Nabi pon sayangkan kucing..Betapa istimewanya kucing niii kan..


Macam pakai tuxedo....Gewammmmnya lahai..Muka tu redha je, innocent je, padahal hyper 24 hours non stop budak ni..kadang aku geram jugak, aku sumbat dalam sangkarudinnn (sangkar) ..Masa tu meowww meowww buat muka sedih nak keluar...hahahhaha...Terhibur aku weyyy..



wajah terkini JIMBO THE CAT, selepas 2 bulan dibawah jagaan aku..makin besar makin besar plak telinga dia tu...ahahhaha..bulu ekor panjang, bulu telinga pon panjang..taktaulah mak dia kahwin dengan kucing baka apa..Tapi mak dia aku kenal, selalu datang umah aku sebelum ni..Tapi mak dia dah tak kenal dia weyyyy, dia ketuk nya kepala Jimbo..siottt betoll mak dia tuu..hahhaha..Abi lah sibuk suruh bagi dia jumpa mak dia, takut dia rinduuu...Masalahnya bila aku bagi dekat mak dia, Dak Jimbo menggelupur menyorok kat aku, dia grip aku taknak lepas, mak dia plak taknak accept dia dah, so biar jela dia bahagia dengan akuu..Jangan cakap aku pisahkan hubungan mak dengan anak plak..hahahha.

so, begitulah serba sedikit detik2 penemuan Jimbo the cat..Anak bongsu aku ni...ntah bila nak bagi adik betul kat Dak Iqy, setakat ni dia tak mintak lagi nak adik..heheheheh...So, kasik can mak dia watlek watpiss dulu..Mujur dia anggap Jimbo tu macam adik dia, adalah nampak ciri abang2 dia tu sikit...muehehehehe...

  


Thursday, March 22, 2018

Rizqy turns 4 , HAPPY BIRTHDAY MY SONSHINE


YA ALLAH, cepatnya budak ni besar, tau2 je dah 4 tahun..Gitulah ayat mak2 bila tiba bitrhday anak, betul weyyy, cepat sangat rasanya masa ni berjalan.Dilahirkan tanggal 17 Mac 2014 tepat jam 9.09 malam pada hari Isnin . Beza 2 hari je dengan anak Dato CT , si comel pipi merah2 tu..Kalau ikut fakta yang lahir bulan Mac ni popular orangnya, hahahaha.Ada betul nya jugak, Dak Iqy tu cukup ramai peminat..Pergi pasar malam pon, orang duk tegur dia, siap sebut nama lagi, aku pon tak kenal ntah sape2 ntah, camne dia kenal Iqy pon aku taktau..Paling terkini digilai kakak2 jual teh cincau..hahahah..Siap dapat nama jolokan "anak mat saleh" lagi, kalau aku beli sorang2 tak bawak Iqy,memasing dok tanya mana Iqy..Dah aku plak naik segan bila nak beli.. 

Happy Birthday dear SONshine..MOga sentiasa dilindungi Allah, diberi kesihatan yang baik, diterangkan hati dalam menimba ilmu, dilembutkan hati dalam menerima hidayah Allah,moga yang baik2 untukmu anak..Mama selalu marah2 tu bukan tanda kebencian, tapi tanda sayang..





Sedutan ucapan mama untuk Iqy kat facebook..Terkesan jugaklah wish tahun ni ala2 sebak sikit, sorry sayang no cake, no celebrate , no hadiah, etc...sobb...sobbb..Plan nak clebrate lewat sikit tunggu awal bulan ke kononnya..Tetiba lepas tu, neklang Iqy (sebelah rumah) whatsapp cakap nak sponser kek untuk Iqy malam nanti..Ya Allah, engkau dengar doa budak kecik tu ya Allah...sungguh budak2 ni suci macam kain putih, mudahnya Allah makbulkan doa2 mereka kan..Terima kasih banyak2 neklang Iqy,yang selalu ambil berat pasal Iqy , sayang Iqy macam cucu sendiri.Terima kasih sebab buat Iqy tersenyum malu ,  terharuuu agaknya dah besar kann, dapat jugak potong kek dihari lahirmu..Mak sebak nakkkk..Syukur dikelilingi orang yang baik2, semoga neklang sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat.



Ya Allah, taktau nak react camne, segan ada, terharu ada .. Rezeki awak lahhh si pembawa nama RIZQY...Dah besar nanti jangan sekali2 lupa jasa baik orang, dan jangan sekali pun penat buat baik dengan orang..







Yeayyyyyy..... dapat jugak potong kek on time .. Ekceli bulan mac ni, berderet tarikh lahir masing2, anak2 buah aku dgn papa aku pon bulan mac jugak..Tarikh semua dekat2 je..Alang2 kite celebrate sekaliii harung ekk...sharing is caring tak gitu...heheh



Orang2 kuat majlis, dah lah sponser kek, celebrate pon kat umah neklang, neklang yang prepare makanan semua, tapi abah Iqy goreng mee goreng jugak buat tambah2 menu, segan plak kitorang tak buat apa2, betul2 bawak badan je. Ya Allah neklang...tak terbalass rasanya neklang oiii..Allah je mampu balas atas semua kebaikan neklang sekeluarga..



org kuat yang membantu menjayakan majlis kecil2an ni...tenkiu kezen yg sewell...hahhaha


Yang sentiasa ada bila diperlukan....sayanggg semua..muahhh3...








malu2 plakkk dia nak tiup lilin....machiam2 budak ni..huhuh..


HAPPY BIRTHDAY , RIZQY HAFIY AISH .. 


Wednesday, March 21, 2018

TORA DATANG LAGIIIII

 

Perghhh rasa kekok plak bila lama tak menaip kat sini..Apa khabar uolls? Ingat lagi ke sape ni?? seketul blogger yang makin hari semakin sendu kekdahnya.Agak2 kenapa lama sangat aku tak jenguk blog kesayangan ni? haaa sape dapat teka memang terer lahh...Ok tak payah teka lah, meh nak bagitau ni haaa, bahawasanya aku dah pon hampir 3 bulan mengandung...WHATTTT????? Ok takyah nak percaya sangat, aku tipuu jee..Sebenarnya dah hampir 3 bulan aku bergelar suriramm ramm rammm , surirumah uolsss..Kerjaya idaman iolls, surirumah zaman sekarang boleh dikelaskan sebagai kerjaya jugak sebab bukan jenis surirumah yang duduk duduk saja..Surirumah zaman sekarang boleh katakan semuanya lagi ligat cari duit sana sini..Aku antaranya lah, memang dah set dalam kepala walau berhenti kerja, aku tetap kena bantu kewangan suami, dah lah aku spesis yang berhenti ikut suka je, takde notis takde apa, angkat kaki, cabottt...Cian laki terkuzut tetiba kena cover semua, ampunnnnn bang...hahahaha..

Sepanjang jadi surirumah ni, alhamdulillah tetap ada rezeki nya, walau tak banyak, tapi tak pernah lagi lah sampai tak makan..Buat bisnes sikit2, buat tempahan bouquet surprise, jual handbag, jadik uber part time, part time lain2, eh macam2 lah aku buat demi mencari duit poket sendiri,biar orang luar tak nampak kegigihan kita, takpeeee tak marah, janji family terdekat dan suami tahu betapa gigihnya aku, org luar nak cakap kite duduk saja, cakaplah wak..ada aku kisah..Cuma bila tak keje ni tak dapat lah nak menyimpan,maklumlah baru nak merangkak jadi surirumah bekerjaya...hahahah..Yang penting kite dapat bantu laki kite, boleh setel yuran sekolah anak, bayar bil astro pon dah rasa bangga wak..awak nak perlekeh jugak, silakan lah awakk...kan kite dah cakap kite tak kisah, cuma terkilan je dgn mulut bawang awak tu. 

Eh tapi kan aku rasa aku belum boleh lagi jadi surirumah, sebab aku ada target jugak..So nak kena kerja jugak walau apa pon terjadi sehingga lah tiba waktu matang untuk menjadi surirumah tetap.hahahhaha..Kite dah biasa dapat gaji tetap wak..Bila bergantung pada bisnes semata2, kita kadang jadik tak keruan memikior nak kejar sale lagi, nak buat kerja lain lagi, kite dah lah buat 5,6 kerja sekali gus sepanjang jadi surirumah ni...Untung sikit pon kita sapu wakkk..Rezekii tu kann..So aku rasa aku kena kerja balik, dan run bisnes as a part time. .Haaa baru lah tak usik duit bisnes..Aku akan terus bekerja, walaupon peratusan untuk aku berhenti krja secara mengkhinzir buta amatlah tinggi dan dijangka akan berulang lagi..hahahahha...Cumanya bisnes mungkin akan slow sikit lah, sebab weekdays kan kerja..Kalaulah boleh belah dua badan ni...urmmm...

Kenangan manis sepanjang jadi surirumah hampir 3 bulan ni adalah aku rasa lebih tenang, dapat spend time dengan family..lebih2 lagi dapat teman mak aku breakfirst hari2 setiap kali lepas hantar Iqy pergi sekolah, bawak mak pergi check up, bawak gi pasar dan bawak pi IKEA...Hahahaha..Betullah orang cakap kalau kite buat mak ayah kite gembira, murah rezeki kita kan, tak kerja pon boleh belanja mak tau, kadang aku pelik jugak, beza masa aku kerja dulu , nak belanja sebulan sekali pon susah,sebab duit cukup2 je sampai ujung bulan.Nampak tak???.Dan aku dapat asah skill memasak aku, hampir tiap hari masak weyyy, tapi masak untuk Iqy jela...Petang Abi balik kerja, dia sambung masak plak..hahhaha..Jadik surirumah pon, Abi still tolong buat kerja2 rumah macam biasa..Tenkiuuuu Abi..

Pastu kan yang bestnya jadi surirumah ni, pagi2 takyah kejar masa nak bersiap, sebab aku paling malas nak bersiap, lagi2 bila kejar masa ni, macam sekarang ni, bangun pagi, fokus siapkan Iqy sorang je, pastu hantar sekolah, pergi breakfirst ngan mak, pakai biasa2 je udah, mekap pon takyah..Best betul..Pastu kadang2 balik  breakfirst , cuci2 mata kat Tesco atau Aeon Big dulu, tak shopping dapat berjalan pon dah seronok dah..Lepak borak2 ngan mak, baru balik masak, pastu get ready amik Iqy sekolah..Bagi Iqy makan, mandikan siap2, layan dia buat homework, pastu buat kerja2 umah sikit, kalau ngantuk, tido jap...Oiii bapak besttt...Walaupon jadi surirumah ni masa cepat nau berjalan, tahu2 je dah petang, dah malam..cepat betul masa berjalan kan..Tu kalau free takde tempahan, tapi kalau ada tempahan or amik stock handbag, aku hangkut mak aku sekali buat kerja.Mak aku memang suka ikut aku gi mana2.Kaki jalan mak aku niii..huhuhu..

Dan yang paling berharga nya adalah, dapat dekatkan lagi diri dengan pencipta..Bukan niat nak riak ke hape, tapi nak share antara "goals" aku bila jadi surirumah, aku nak perbaiki solat aku yg kadang buat kadang tinggal, amalan aku, mengaji aku, dhuha aku, semua yang aku tak sempat buat atau erti kata lain aku lalai sebelum2 ni, alhamdulillah DIA permudahkan urusan aku..Aku target nak khatam lagi sebelum start keje balik ni, sikit je lagiii ..Doakan aku tauuu...#roadtokhatam 

eh banyak tau nak share sebenarnya, tapi taktau nak citer mana dulu...Kehadiran Jimbo the cat dalam keluarga kecil aku, dia datang masa aku start berhenti kerja, masa aku tgh struggle taktau camne perjalanan hidup selepas berhenti secara mendadak ni, aku anggap dia pembawa rezeki, aku bela dia, sebelum ni tuhan je tau, betapa aku nak sangatttttt bela kucing lagi..Tapi selalu tak jadi sebab takut tak mampu bagi dia makan, padahal masa tu aku bekerja kot..Sekarang tak kerja, aku macam eh boleh ke aku bagi dia makan ni, kang kebulur plakk anak bulu ni..Tapi alhamdulillah , hari2 makan ikan rebus, ayam rebus dak Jimbo tu..Aku sendiri kagum beb...heheheheh

Nanti sambung sembang lagiiii...semputlahhh lama tak menaip...hahahha