Tuesday, April 14, 2020
PKP sambung lagi
Friday, April 10, 2020
Celebrate sekali harung - March babies
Banyak yer yang berlaku secara kebetulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan, macam tahu2 je dah susah nak berkumpul lepas ni, sempat juga meraikan hari lahir untuk semua family member aku yang kebanyakannya lahir bulan MAC. Anak buah aku, Dany & Awish, Dak Iqy, Papa aku .. termasuk yg unofficial family member lagi, bakal adik ipar Hairiel .. Ramai kan bulan Mac, so nak jimat kite raikan sekali harung.Walaupon bila tiba tarikh lahir sebenar akan ada kek lagi dan sambutan kecil2..Contohnya Dak Iqy lah tuuuu...Grrrr gerammm je aku dgn budak ni..Dah 6 tahun ni makin banyak cekadak, dia request nak kek lagi , nak sambut dia sorang je.. Ngada kann..
Tahun ni dah booked awal2 hotel Ancasa kat PD..Tak jauh pon.Mak aku selesa kat situ je..Maka kami pon pergilah awal bulan Mac haritu. Aktiviti kami banyak indoor je sebab masa tu tengah hangat jugaklah isu Covid19 ni, tapi masih boleh berjalan lagi cuma elakkan tempat crowded.Tapi kami memang banyak duduk dalam apartment je masa tu..Biasa kalau datang situ, mesti makan ramai2 kat mana2 restoran ke, tapi sebab keadaan diluar tak berapa elok, jadi kami masak siap2 dari rumah dan sambut je besday anak beranak.Cuma keluar beli kek je..Mujur ada kedai kek Melayu ..Takde lah was was nak makan..heee..
Takdan nak deco beria2, ini je belon yang sempat aku beli..tu pon takdan sampai malam, habis pecah dah belonnya..lantakkk situ..haha..
Disebabkan tahun lepas, kongsi satu biji kek je, budak2 komplen nak kek sorang sebijik..Anak aku lah tuuuu...erkkkk..Maka, hamiklahh korang sorang sebijik kek atas nama sendiri..Nak jugakkk kan..silaaa silaa..
Dan terakhir sekali Atok kepada cucu-cucunya (20hb March 1957)
Terselit sorang dak Februari, Dicha...Untuk mengelakkan tiada drama airmata, kite selit lah dicha sekali..hahahaha..
Jom bergambar beramai2 plak, alhamdulillah complete semua 11 beranak .. Tak ramai pon family aku .. Macam family2 lain jugak, asal berkumpul mesti lah happyyy kan..
Monday, April 6, 2020
Siriyesssslah Tahun 2020 kena berkurung dirumah sahaja?
So yang mana dapat beli, wajib selfie satu kaliiii...dasyat okey aura si Gardenia niiii...
Makin kaya lahhh Uncle Slocumm & Auntie Rosie...hahahhaha...
Ok dah baiiii...dengar kata PKP akan disambung lagi, mungkin tahun beraya didalam rumah sendiri sahaja...REDHAAAAAAA.......
Sunday, April 5, 2020
Hello 2020 | Dak Iqy dan Pra Sekolah
2 ketul sepupu..satu sekolah, satu kelas, satu rumah tapi tak satu kepala, hahahha..kerja nak bergaduh aje..kalau baik pon seminit je..bila cuti rindu2an, bila jumpa gaduh...grrrrr.... |
Cantik je perancangannya..Senang lah aku pickup dorang sekali harung.Kalau tak jenuh nak kena pegi balik, ambik dan hantar sorang2, kalau dorg berlainan sessi..Disebabkan cikgu2 pon dah tau yang dorang berdua ni sepupu, cikgu bagi dorang satu kelas pulak, ikutkan aku nak dorang asing2 kelas,takut dorang bosan, kat kelas muka ko, kat umah pon muka ko, kat umah nenek pon muka ko...hahahaha.. nsb baik cikgu tak bagi dorang duduk sebelah2.. kalau tak lagi jemu lah masing2 mengadap muka masing2 sampai ke besar..haha..