Ramai yang teringin mengandung anak kembar.Kembar secara semulajadi selalunya berlaku apabila ada sejarah kembar di dalam keluarga.Berikut adalah petua untuk memperoleh anak kembar.Ini sekadar info je, kita hanya merancang Allah yang menentukan.InsyaALLAH...
- Kembar berlaku apabila ada sejarah kembar di dalam keluarga, biasanya sebelah wanita.Juga dikatakan bahawa, kembar biasanya melangkau generasi.Contohnya,datuk& nenek kita ada anak twins, so cucunya iaitu kita berkemungkinan juga melahirkan kembar.
- Menambahkan sedikit berat badan secara sihat.Wanita yang overweight dikatakan berpeluang mengandung anak kembar.Tetapi kalau menambah berat badan secara tidak sihat akan mengurangkan peluang mendapat kembar.
- Folic Asid perlu diambil setiap hari sebelum mengandung.Sangat penting.
- Mengmbil produk-produk tenusu.Kajian menunjukkan bahawa, produk tenusu dapat meningkatkan peluang untuk mengandung kembar sebanyak 7 kali.
- Memakan "cassava root".Cassava dikatakan dapat meningkatkan hormon subur dalam badan wanita.Cassava juga dipercayai mengandungi kandungan yang menyebabkan hyperovulation.Pada sesiap yang tidak yahu, cassava adalah nama bagi ubi kayu.
- Tunggu sehingga lewat 30-an.Wanita berusia lewat 30-an cenderung untuk hamil kembar.
- Mempunyai anak ramai.Lebih ramai anak,lebih tinggi peluang mendapat kembar.
Memang seronok anak kembar.Tapi risiko semasa mengandung kembar sangat banyak.Menurut laman web Hospital Wanita Metro,kehamilan kembar mempunyai banyak komplikasi yang perlu diberi perhatian.Antaranya:-
- Kelahiran pre-matang dan terus menjurus kepada bayi pre-matang.
- Darah tinggi
- Kencing Manis
- Kecacatan
- Keguguran & byk lagi.
No comments:
Post a Comment
* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)