Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu






Ombak Rindu antara filem yg dinanti2 kan oleh peminat genre jiwang & sedih ni, termasuklah aku.Tapi kebanyakan nyer smua nak tgk Ombak Rindu sbb Aaron Aziz.Tapi aku nk tgk Lisa Surihani okay.Orait berbalik pade citer, smlam aku & hubby cuti, sje je amik cuti nak dating puas2 kan.Hehe..Memang plan nk gi tgk movie pun, bgun pagi2 aku bsuh kain dulu, hubby lak readykan brekpes.Pastu tghari sikit kitorg masak lak utk lunch, mmg nak mkn kenyang2 kt umah baru kluar.Nnt xde lah laparr je kt dlm pggung kan.Dah kenyang2 , relax jap tgk tv, pastu trus bsiap ke Ioi Mall..Ioi jelah yg plg dekat pon.Alamanda pun dkat gak, tp dah biasa kat gsc ioi ni je.





Sampai2 je trus gi beli tiket, kitorg beli yg pukul 4.35 punyer, so ade mase kurang sejam lg sementara nak tggu, kitorg jalan2 dulu satu Ioi yg x berapa nk besar sgt tu.Hihi..sekali tgk jam lg 10 minit nak start terus gi beli popcorn lak, smpat gak "seludup" cotton candy beli kt kedai sebelah.Nasib baik muat dok dlm beg.Heehee..

Sinopsis Ombak Rindu :
Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Citer dah habis, jom layan gambar2 poyo ni dulu..Ngee~~~













No comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)