Saturday, March 30, 2013
Kes buang kucing di kawasan pembuangan sampah
Friday, March 29, 2013
Tips Packing Baju Jimat Ruang untuk Backpackers
Thursday, March 28, 2013
Pertama kali berjauhan dengan Abi
Selama hampir 2 tahun kami berumah tangga,inilah kali pertama kami berjauhan.Petang semalam masa kat opis, Abi call bagitaw jiran sebelah rumah mak mertua meninggal.Jiran tu bukan sekadar jiran je tapi merupakan bapa angkat Abi.
Abi bagitaw dia kena balik kampong lepas waktu kerja nanti dan esok (harini) dia cuti kecemasan.Aku tak dapat nk ikut sebab minggu ni aku memang tak boleh cuti sebab boss aku dua2 outstation.Kecuali kalau kematian keluarga tdekat macam ibu bapa baru boleh ambik cuti kecemasan tu.So, nak taknak terpaksa lepaskan Abi balik kampong sorang2..
Perasaan pertama kali berjauhan sangat2 menguji kami.Rasa kekok tidur sorang2.Paling syahdu masa Abi nk bertolak,cium tangan,peluk Abi kuat2,Abi pesan suruh jaga diri elok2.Paling haruuu bila Abi pun menangis sekali bila tengok bini dia menangis macam nk lepaskan laki dia pergi berperang.Padahal sehari semalam je kot..huhuhu...
Baru sekarang aku faham camne perasaan isteri2 yang berjauhan dengan suami..Alahaiii.susahnya nk describe perasaan tu.Ni baru sehari semalam,kalau seminggu,aku rela berhenti kerja terus..huhu..
Mata abi merah2 menangis mengalahkan aku plak..Abg mesti rindu kat syg kan..Syg laaagi rindu kt abg.Tak sabar tunggu abg balik petang nanti...
Sebelum pergi, siap bekalkan Abi 'anak tudung' yg baru aku pakai pergi kerja semalam.Abi cakap,nanti abg rindu kat syg,abg boleh cium 'anak tudung' syg ni...Uwaaaa....sedihhhnyer...Malam tadi aku tidur rumah mak aku, susahnyer nak lena, sebab biasanya Abi peluk time tidor (hahahaah)..Tidor dengan Laura (kucing aku), baru peluk sekejap, dia dah bangun nak berakk pulak..Haishh macam2 lah Laura ni..
*tak sabar tunggu Abi balik petang nanti.....rinduuuuuuuu Abi sangat2
Wednesday, March 27, 2013
Bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga
Masa ni, kitorang berjemaah jalan kaki menuju ke Cactus Valley, memasing muka ceria lagi.Maklumlah baru sampai, so, gambar memasing semua teruja gilerrr laa..
Ni kat depan entrance Cactus Valley, yang tak larat jalan kaki, aku suggestkan bawak kereta terus naik ke atas, sebab kat atas ada disediakan parking, termengah2 jugaklah nak mendaki bukit ni kalau jalan kaki..hehe..
Keterujaan masing2 makin menggila, tak sah kalau tak melompat depan kamera..Hahahaha..
Cactus Valley ni bukan ada cactus je taw, straberi pon ada, sayur-mayur, semua ada, serveniour pon ada dijual, bunga-bunga pon ada, so, explore sampai habis yer, jangan separuh jalan je, kena rajin berjalan sampai ke atas nun..hehheehe
Kalau dah sampai CH, tak sah kalau tak bergambar dengan "monumen" stoberi ni kan..So, layankan ajeeee....
Mak dengan papa dah penat dah, sampai je kat atas terus urut2 badan atas kerusi urut tu..hehehe..Sementara yang lain, sibuk main game dan makan2..
Nak petik stoberi pun boleh, tapi aku tak petik pun, sebab mahal, baik beli kat pasar malam, lagi murah, tak payah susah2 nak petik sendiri...Tapi kalau nak rasa pengalaman memetik stoberi sendiri apa salahnya, cuba lahh...Tak salah punn...heeee
Masa ni dah turun dari Cactus Valley, sebab pihak apartment dah call bagitaw bilik dah ready untuk check in, so, kitorang pon check it out cepat2, tapii depa2 ni semua sempat lagi posing kat Jeep vurokk ni.Siap buat pose ala2 'Lahad Datu' lagi...hahahaa..
Lepas dah check in, kitorang lepak2 dulu rehatkan badan, memasak kat dapur, makan kenyang2.Dah siap mandi semua, lepas Isyak kitorang sekali lagi keluar berjemaah berjalan kaki menuju ke Pasar Malam Brinchang, pasar malam sangattt lah dekat dengan apartment kami, cuma satu jela, masa pergi laju je turun bukit, time balik, phewwww memanjat bukit dengan tangan kiri kanan penuh dengan "hasil rembatan"..huhuhu...Pasrahhh jela Bedahh oii...
Balik dari pasar malam, ada sambutan Hari Jadi anak2 buah aku dan sambutan Ulang Tahun perkahwinan maklang & paklang aku.2 bijik kek Chocolate Indulgence (secret recipe)..Kenduri kek kitorang malam tu..hehehe..Gambar takde sebab masa nyanyi lagu "Happy Besday", kitorang tutup lampu, barruuuu lah romantikk gitu, tiup lilin dalam gelapp..Alaalala sweettt nyer..Nak celebrate anniversary mcm tu jugak lah nnt.hehehe.
Keesokkan hari nya kitorang bangun awal, sarapan siap2, pastu pukul 11pg dah check out awal2, boleh je kalau nak check out lambat, sebab owner dia jenis yang tak berkira, tapi disebabkan kami tak punya banyak masa nak jalan2 satu CH, so, kitorang check out awal dan terus sambung bershopping dan cuci2 mata sekitar CH.Kitorang singgah Kea Farm beli sayur-mayur, jagung manis, dan strawberi untuk bawak balik.Aku tak shopping banyak pun, maklumlah tengah simpan duit nak pergi bercuti lagi...hehe..So,aku telan air liur jela, lagipun CH ni bila2 boleh pergi lagi, so tak ralat sangat kalau tak dpat shopping banyak2 masa tu..hehehe..Tapiiii dalam tak shopping, bonet kereta penuh jugakk..huhuhu..No komenn!!
Lepas siap bershopping, kitorang pun gerak turun , plan nak singgah Ladang Teh Sungai Palas, tapi sebab hujan lebat, kitorang pun turun jela, tapi sampai sekerat jalan, hujan dah berhenti, kebetulan masa tu dekat dengan Ladang Teh Bharat (ikut Tapah), so, kitorang pun berhenti jugak amik gambar seketul dua.Yang lain semua dah terlepas turun ke bawah dulu, so, kitorang je lah yang sempat singgah sini..hehehe..
And last sekali, just nak tepek gambar "tuan tanah kedaung" bersama dengan suami tercinta.heheeheh...
Kalau korang perlukan bantuan untuk membantu korang merancang percutian yang lebih teratur, korang direct contact ke laman web ni SOTA.TRAVEL
Yela, kadang2 tak semua orang punya banyak masa nak uruskan sesebuah percutian, so, nak lagi cepat, senang, dan teratur, serahkan je pada yang pakar untuk uruskan percutian korang, dah semestinya korang akan lebih berpuas hati.
-SEKIAN-
Tuesday, March 26, 2013
Suamiku is Chef !!
Ramai yang kata, "wah untongg lah ko Nory, suami Chef, mesti selalu makan sedap2.." ataupon ade jugak yang cakap "eh nory, ko mesti tak reti masak sampai sekarang kan, laki ko kan chef"..Eh halllluuu...tak semestinya okay, aku pandai masak jugak cuma tak lah sehebat mana, takat nak bagi hilang lapar tu, insyaALLAH, boleh je aku masak...hehehe
Kat rumah, memang jarang masak pon, maklumlah hidup berdua ni, makan kedai jela senang..hehe..Tapi kalau weekend tu baru lah kami ke dapur..Bab tolong menolong memang aku takde masalah sangat dengan Abi, bab kemas rumah pun alhamdulillah Abi selalu tolong aku ringankan kerja2 aku, bab memasak pon sama, kalau hari biasa aku memasak, time weekend kalau Abi cuti, Abi yang take over kerja2 di dapur..
Tapi lately, asal weekend je, asal Abi cuti je, kitorang memang tak lekat kat rumah,ada je tempat yang nak dituju, asal ari jumaat je, aku dah pening mengadap beg pikir nak bawak baju apa...hehehe..Tapiii aku sukaaaa...Suka berjalan, tak kisah lah kemana, asal dapat keluar dari rumah bawak beg besau, aku dah lompat bintang dah...eheheheheh
Monday, March 25, 2013
10 lapangan terbang paling menakutkan di dunia
Saturday, March 23, 2013
Penginapan murah di Cameron Highlands
Kalau korang perlukan bantuan untuk membantu korang merancang percutian yang lebih teratur, korang direct contact ke laman web ni SOTA.TRAVEL
Yela, kadang2 tak semua orang punya banyak masa nak uruskan sesebuah percutian, so, nak lagi cepat, senang, dan teratur, serahkan je pada yang pakar untuk uruskan percutian korang, dah semestinya korang akan lebih berpuas hati.