Followers

Saturday, March 23, 2013

Penginapan murah di Cameron Highlands


Halluuu friend...hawau you today??ahh dah kenapa plak nak ber"skiping2" bagai ni..adehh..Semasa korang sedang membaca entry ni, aku mungkin sedang sibuk di kenduri rumah kakak ipar aku..Ekcewahhh...Harini aku kat Sekinchan, rumah kakak ipar aku,ada kenduri sikit.Entry ni "auto-publish" jer senang..
Haritu kan aku bercuti ke Cameron Highlands dengan family aku, so aku nak kongsikan sikit apartment yang kitorang duduk untuk 2 hari 1 malam.Kitorang menginap dekat Crown Imperial Court yang terletak di Brinchang.Betul2 kat belakang petronas Brinchang.Apartment ni dimiliki oleh orang melayu kita, islam plak tu, satu yang aku suka dengan rumah ni, pemilik hanya menerima customer yang beragama islam je.So, soal kebersihan adalah "tiptop".

Haa ni aku serta kan sekali name card apartment ni.Apartment ni under pengurusan Sufi Muslim Holiday Apartment Cameron Highlands.,tapi korang jangan konpius plak, sebab apartment ni terletak didalam bangunan Crown Imperial Court tu, cuma nama je berbeza.Jangan ko cari Apartment Sufi plak, memang tak jumpa lah.So, nak senang, cari je Crown Imperial Court tu, kompom tak sesat.Bab harga plak, tu haaa , dah siap tertera kat name card tu..Murahh kan..

Rumah yang kitorang dapat ni mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak, ruang tamu, dan balkoni, pendek kata, macam2 ada.Dengan bayaran yang mampu bayar, aku rasa apartment ni memang sesuai sangat untuk family yang datang ramai2,macam kitorang 3 keluarga besar, bila bergabung..Meletoppp!!Eh dah macam Adam ngan Stacy plak ek..hehe..


 Yang ni ruang tamu dia, selesa sangat, nak lagi luas, boleh alih kerusi2 tu semua ke tepi..Pastu ko nak main galah panjang kat situ pon boleh..Tade hal punya..TV dilengkapi Astro sekali, takde caj tersembunyi pon.Ko layan lah sampai lebam, takde sapa nak marah pon..huhu


Ni pulak ruang dapur dia, dilengkapi dengan peralatan memasak, periuk belanga semua ada, tapi ko dah pakai, jangan ko pikul bawak balik pulak, orang punya tu, orang dah bagi pinjam, kita kena lah guna dengan seeloknya..betul tak??heee..


Terdapat 3 bilik dalam rumah ni , setiap bilik ada almari, katil dan alat solek,siap ada extra tilam lagi.Bilik utama pulak siap ada biik air dan balkoni lagi..Perghh teringin plak nak beli rumah camni..Eh tetiba...


Ni plak gambar bilik air. gigih tak aku tangkap gambar satu2..heeeheh..Yang tak best satu je, tekanan air slow, mandi tak puas..Tapi memang bersih, ko nak bersila kat dalam tu pon takde hal..
Dan yang pasti, memang selesa giler duduk apartment ni, tido pon lena, maklumlah malam tu hujan, masing2 tido dengan lenanya...sejuukkkk weeyyyy...tak caya tengok keterujaan mereka2 yang sengal ni...hahahahah...tak boleh blah muka masing2...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kalau korang perlukan bantuan untuk membantu korang  merancang percutian yang lebih teratur, korang direct contact ke laman web ni SOTA.TRAVEL
Yela, kadang2 tak semua orang punya banyak masa nak uruskan sesebuah percutian, so, nak lagi cepat, senang, dan teratur, serahkan je pada yang pakar untuk uruskan percutian korang, dah semestinya korang akan lebih berpuas hati.



17 comments:

  1. memang bersihhhh :)
    dah kenapa gambar bawah sekali tu,haha

    ReplyDelete
  2. cameron best dah 2-3 kali pegi . last pegi bulan 12 2012 . rsnya penginapan tak mhl sgt. dan sgt selesa.

    ReplyDelete
  3. x spi lg. xtau bile nk spi nye ni

    ReplyDelete
  4. tgk gambar pun tahu selesa.kalau pi ramai2 blh sewa sini kan

    ReplyDelete
  5. bestnye..........................

    ReplyDelete
  6. nanti bolehla mila pegi bawak family huhu...

    ReplyDelete
  7. wah... bestnye jalan2 .. saya dah update... cuti2 di Bukit Bendera

    ReplyDelete
  8. murah ea.. okla tu..nmpk cntik gak..hihi..

    p/s: yui p indon bulan 4 ni..sama ke destinasi? hihi

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum nory, best kalau g ramai2 ni. hehehhee

    ReplyDelete
  10. nice sharing dear.. kalau gie dgn family mmg sesuai sangatlah tu kan...

    ReplyDelete
  11. nice sharing..hihi sabaq je la :)

    ReplyDelete
  12. Nk tanya, aprtmnt ni tigkat bape? Lawa tak viewnya? -lin

    ReplyDelete
  13. nak tanya..dapur untuk memasak disediakan ke tak....?
    ke kena bawak dapur masak sendiri...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapur semua ade . periuk , kuali senduk pun hado . hehe :) tak yah bawak ape² . bawak baju jee .

      Delete
  14. Blh mintak contact no owner homestay ni?

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)