
Ni masa baru sampai dalam pukul 3.20ptang,perjalanan dari airport Senai ke Tune hotel mengambil masa selama 20minit.. Sampai2 je terus check-in, dia cuma mintak IC je, rekod kita semua dia dah ada dah, tak amik masa yang lama pon, pastu terus dapat kunci,kitorang pon terus naik ke bilik..
Oleh kerana , aku tak bawak towel mandi, so, akhirnya aku terpaksa "add-on" jugak beli towel, bukan lupa bawak, tapi mmg sengaja taknak bawak, taknak bg beg berat.hihi..Towel ni sehelai RM6 je, siap free beg "tune hotel" yang dalam dia ada towel, conditioner dan sabun.Tapi aku tak guna pon sabun dia, aku kan bawak toiletteries aku sendiri..hehe..Aku nak kan beg tu je..hehe..Towel boleh bawak balik takyah pulangkan.
Kitorang dapat bilik bernombor 214, yang berada di tingkat 2..banyak rupanya bilik kat hotel ni, tapiii semua size comel2 je, ruang utk solat pon terhad, time rukuk montot langgar dinding..hahaha..Tapii okeylah, pandai dorang gunakan ruang yg terhad utk mendeko, macam cermin untuk bersolek, die tepek je sebesar2 alam kat kepala katil,senang nak mekap2..hehe
Aku pilih bilik yang twin bed, yang ada 2 katil single, 1 katil untuk adik aku, satu katil lagi untuk aku dan Abi, kitorang dah biasa tido himpit2 ni, muat2 je kitorang tido berdua atas katil single tu, siap ade lebih ruang lagi...hahahaha....Lagi rapat lagi mesra gitu...auwww!!Bilik air dia plak, kecik je cinonet tapi selesa lah, yang penting tahap kebersihan adalah tiptop.Hair dryer pon ada disediakan.Tempat penyangkut baju semua ada, kipas pon ada, so, takyah add-on aircond pon dah sejuk dah..Nak iron baju, iron tak disediakan dalam bilik, tapi kalau nak jugak, boleh turun ke tingkat 1 ada bilik khas untuk menggosok.Tapi aku tak pergi pon, aku bawak semua baju2 yang tahan kedut, takyah susah2 nak gosok..hee
Inilah rupa tiket yang berjaya di redeem, satu tiket mewakili kami bersebelas.Tengok tu, tengok tu,we'olls dapat trip paaaaaaling awal iaitu pada pukul 7.30pg dan balik ke malaysia pukul 7.30ptang.Perghhh dah eksaited lompat2 bintang dah time ni..Masa ni Eida, Yaya, Mila, Sheila belum sampai lagi..So, aku lompat bintang sorang2..
Lepas setel redeem tiket bas, kitorang lepak2 je depan 7-Eleven tu, sambil minum2 and makan jajan..Mati kutu we'olls petang tu, nak jalan2 cuaca panas sangat.Abi plak kata harini taknak jalan jauh2 sebab nak kumpul tenaga untuk ke USS esok..Haaa nampak tak dia yang lebih eksaited...hahahha..Siap nak kumpul tenaga bagai..Oh yer, Tune Hotel ni kira strategik jugaklah tempatnya, dekat dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar, tapi kitorang tak makan situ pun,kat Puchong pon ade restoran ni.And rasa dia pon so-so je..huhu bolehh laaa..
Are u ready,bebeh???Buku merah (passport) jangan lupa bawak,sia2 je ko naik bas sampai imigresen baru teringat passport tertinggal, tak dapekk den nak nolong eh...Borang tu abang kaunter bas tu yang bagi,suruh aku isi siap2 nama penuh we'olls beserta No.IC..Aku tolong isikan untuk semua, senang sikit esok pagi terus je naik bas, borang da siap isi..Yeayyy!!!!
maaf yer entry selepas ni maybe belum sampai USS lagi..kuikuikui..Masih di JB..Aku nak citer pasal aktiviti aku masa kat JB, mana lah taw kot-kot korang nanti stay kat JB, malam pertama taktaw nak buat apa, boleh lah ikut aktiviti yang we'olls buat ni..kan..kan.kan..Sementara nak tunggu hari masuk ke USS tu.Takkan nak dok melangut je kat bilik.Mati kutuuuu beb...Baik balik tidor kat umah diam2..kuikuikui..
******************************************************************************
Total yang hangus dari turun teksi sampai habis entry ni:
Towel : RM12 (2 helai)
Tiket bas : RM90 (3 orang) - beli thru online-
Beli jajan dekat 7E : RM21.30
Rokok Abi : RM8.70
Hotel : RM143.65 (3h2m) - beli thru online-
-----------------------------------------
TOTAL : RM275.65
Entry sebelum klik sini Universal Studio Singapore -Perjalanan Bermula
