Followers

Showing posts with label Fans Abam Iqy. Show all posts
Showing posts with label Fans Abam Iqy. Show all posts

Wednesday, November 11, 2015

Terima kasih daun keladi

 
Aku berkenan lama dah nak pakaikan Iqy jubah.Ada survey jugak kat online shop, fuhh harga boleh tahan jugak, telan air liur aku..Gulpp!!Hampir cecah seratus sekali pos segala..Fikir 40 kali jugak aku nak beli ke tak? Kalau beli baju aku pon boleh dapat 2,3 helai..hahahah..
 
Haritu ada sorang peminat Iqy ni haaa, wassap aku bagitau yang dia ada pos baju untuk Iqy, memang dia ada mintak size pon sebelum ni, alih-alih barang sampai, aku lak excited, sekali tengok jubah ni..Ya Allah dik, susah-susah jee..Speechless hakak..Terima kasih banyak-banyak dik non..Dah dua kali dah dia bagi hadiah kat Iqy, taktaw nak ucap terima kasih macam mana lagi.Ngam ngam soii je dengan badan Iqy.
 
Dia baru je dapat baby girl, teringin nak anak lelaki katanya.Takpe dik, lelaki ke perempuan ke sama je..Usaha lagi untuk yang seterusnya..InsyaALLAH.. Akak dulu pon masa mengandung memang kepinginn sangat anak sulung lelaki, Alhamdulillah Allah makbulkan, moga-moga second baby nanti dapat baby girl pulak...Aminnn..Pastu dah boleh tutup kilang...Eh??hahaha
 

Wednesday, October 7, 2015

Iqy macam Arrian,anak Tomok ke??

 
Haritu saje-saje lah check hashtag #rizqyhafiyaish kat Instagram, alih-alih ada jugak yang guna hashtag dak Iqy ni, kemain kekecik dah ada peminat.Hadoiiii..Walaupon tak pernah kenal pon si pemilik instagram itu, aku halalkan je lah gambar Iqy yang dah dicilok dari insta aku tu.hahaha...Takpe kalau digunakan untuk tujuan baik apa salahnya kan.Kalau digunakan untuk tujuan serta niat tak baik, takde sebab lah untuk aku tak ambik tindakan kan.
 
 
 
Ada lah dua,tiga keping gambar yang diupload ke  akaun instagram pemilik tu ..Terbaca salah satu komen yang mengatakan dak Iqy ni seiras muka Arrian anak Tomok tu..Hahahahah yeke.???.Bukan pertama kali, tapi dah banyak jugak orang cakap benda yang sama.Aku je yang macam teragak-agak, takkan lah sama kot..Tapi memang masa peknen dak Iqy suka sekodeng gambar dan aksi Arrian tott kat instag Tomok..hahahahah kantoiii..Dan aku ni merupakan salah seorang dari jutaan or ribuan peminat fanatic Tomok masa dibangku sekolah dahulu..kihkihkih
 
 
Gambar ni pon antara yang adik Akiff ni upload kat instag dia..Sampai sekarang aku tak kenal pon sape adik Akiff ni, semoga dia gunakan gambar-gambar Iqy  untuk perkara dan tujuan yang baik-baik sahaja..Doakan jugak dak Iqy ni jadi budak yang bukan indah rupa sahaja, biarlah perangai pon indah sekali,sekarang ni kemain lagi perangai mengada-ngada dia..Adehhh...hahahahaha..