Followers

Showing posts with label pregnancy journey. Show all posts
Showing posts with label pregnancy journey. Show all posts

Friday, May 19, 2017

Rupanya kembar tiga

2 May 2017

Tibalah hari untuk rujuk ke hospital plak.Aku ke hospital putrajaya, paaaling dekat dengan rumah.Sampai sana, dorang suruh pergi Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya plak.Tak ramai tahu pasal Pusat Bersalin ni kan.Kat sini dorang terima yang bersalin normal dan tak banyak risiko dan komplikasi je.Tapi best kat sini, semua doktor perempuan, semua baik2, lemah lembut jee bercakap, tenang je hati ni.Orang pon tak ramai, tak kena tunggu lama sangat pon.Cuma pendaftaran kena bayar RM30.Tapi puas hati, dorang check detail punya.Walauponnn sengsara jugaklah aku kena mengangkang je sepanjang masa kat situ..Dorang check ikut bawah kan..Hurmmmm..

Masuk bilik rawatan, doktor scan dulu, mula2 scan ikut atas, aku pon tak cakap yang aku pregnant kembar, sebab aku nak doktor tu tahu sendiri, sebab aku pon macam tak yakin dengan doktor kat Sofea tu, hhahahaha...padahal betul je apa yang doktor kat klinik sofea tu cakap.Cuma nak kan second opinion, aku nak doktor lain plak umumkan kat aku pasal kes 2 kantung tu.Sekali doktor tu cakap, ehhh 2 kantung, kembar yer??Aku senyum je, sambil cakap "hurmm ye kot" ..Saya pon baru tahu semalam, tapi macam tak sure lagi" hehehe...oooo yela, memang ada 2 kantung ni.takpe kite scan ikut bawah yer sebab nampak macam ada something, tapi tak clear sangat.Aku cuak lagi, ntah2 ketumbuhan kot..Haishhh aku ni, asyik fikir camtu je..Risauuuu..

Aku tak selesa scan ikut bawah tu, ngiluuuu...Hahahahaha...Tapi redha jelaa yang mampu, sekali taraaaa...ada 3 kantung semuanyaa..Dah kecoh dah dalam bilik tu, makin ramai nurse masuk nak tengok..Teruja tgk kembar tiga kan.Aku blur lagi, taktau macam mana nak react.Macam tak caya, betul ke tiga??Doktor mulanya takut2 nak sahkan ada 3 kantung, so aku kena naik atas plak jumpa doktor lagi senior, dan dia pon sah kan, yup sah 3 kantung..Tapi satu kantung je yang paling besar, lagi 2, kecik lagi..Maybe awal2 dah tak boleh survive, so tak menjadi..

Doktor pon dah sahkan yang takde heartbeat dah, dan kandungan disahkan tidak menjadi, dan kena tunggu process keguguran jadi sendiri.Sama ada dia turun sendiri, atau kalau tak turun semua, kena cuci (D&C).Nurse2 kat situ semua baik2, dorang tenangkan aku, dan doakan aku tak kena D&C, harap keluar semua secara natural.

Masa tu Abi pon taktau lagi pasal kembar tiga ni, sebab suami takleh masuk dalam masa scan tu.So masa doktor nak terangkan tu barulah boleh panggil Abi sekali, doktor cerita lah pasal kandungan aku yang dah tak menjadi tu, baby tak boleh nak survive, dan doktor bagitau husband sambil tunjuk kertas scan, tunjuk ketiga2 kantung tu, sambil cakap kalau menjadi insyaAllah kembar tiga, tapi baby tak boleh nak survive, sebab tu dia tak menjadi.Mungkin dia banyak sangat masing2 cuba nak membesar, tapi mungkin faktor kurang vitamin, rahim tak kuat atau tak boleh nak tampung, thats why baby tak menjadi kot.Still tak dapat nak simpulkan sebab apa yang sebenarnya menyebarkan si kembar tiga kami tak dapat diselamatkan.Mungkin sampai disitu sahaja rezeki tertulis buat kami.Tapi aku tetap bersyukur sebab jadi hambanya yang terpilih untuk merasai pengalaman mengandungkan kembar tiga.Alhamdulillah walau hanya 10 minggu 2 hari menumpang dalam rahim aku, aku tetap rasa happy bercampur sedih.huhhuhuhu

Tercengang jugaklahh laki aku, aku dah tercengang awal2 dah sebab aku dah tau dulu masa scan kat dalam bilik tadi tu kan..Sampai berpandangan sesama sendiri kitorang masa tu, haaaa apa kite makan ek ???Sampai tiga!!! Hahahahah..Walaupon sedih, tapi kami dah bersiap sedia awal, kami dah pon redha dengan segala keputusan.InsyaAllah ada hikmah semua ni.Bila tanya Abi, abang sedih tak??"Mau tak sedih, hilang 3 anak sekelip mata."Tapi takpelahh elok dia pergi seawal ni, dari dah cukup sifat, dan dia pergi, mesti lagi down masa tu kan.Hurmmm kami cuba untuk positif.

Ni jela yang aku sempat snap masa dalam kereta.Sebab lepas tu nurse dah terhilangkan semua kertas scan aku...alahaiii sayangnya...Mungin patient lain terambil kot..takpelahh, kalau ada aku suruh nurse tu simpankan..Nasib baik lahhh ada satu gambar ni buat kenangan..Nampakkk tak 3 kantung tu..1 besar dua lagi kecik je, yang tengah2 tu sempat membesar dulu, lagi dua awal2 dah takleh survive kot masa tu, tu yang kecik je..Wallahualam..

Thursday, May 18, 2017

Haaaa ada 2 kantung???

30 April 2017

Disebabkan kes brown spot aku tu dah makin teruk sebab makin banyak, sampai dah keluar darah macam period tu, terus Abi ajak check kat klinik, ingatkan nak check kat Klinik An-Nisa sebab first check & scan kat situ aritu.Tapi tutup plak haritu.Terus pergi klinik Sofea.Mujur bersepah klinik area umah aku ni.Dan aku memang suka pon klinik Sofea ni sebab mesin scan dia nampak canggih sikit, clear nampak.

Masa datang tu, takde pesakit lain, so cepatlah dapat jumpa doktor.Bagitau doktor pasal masalah bleeding aku ni yang bermula dari brown spot, sekarang dah makin banyak.Doktor scan, scan punya scan, tetiba muka doktor cuak, aku dah berdebar2 , kenapa plak ni.Doktor cakap "nampak macam....macam.."lama doktor nak habiskan ayat tu sambil berkerut dahi..aku dah cuak dah.Pastu doktor sambung lagi, "nampak macam ada something, kejap ek saya nak tengok betul2"..Lama dia pusing2 scan atas perut aku.Aku makin cuak, ahhh sudah..Doktor cakap lagi, "hurmmm multi sac, ada lebih dari satu kantung.Kalau ikut sini ada 2"..Aku blur dan terus tanya, "biasa kalau macam tu, maksudnya apa doktor??saya ada ketumbuhan ke?" Laju je soalan tu meluncur keluar dari mulut aku.Aku dah risau kot2 ada ketumbuhan ke apa ke kan.

 

Dan doktor pon laju je cakap " eh bukan, bukan, bukan ketumbuhan biasanya kalau 2 kantung ni twin lah.."Aku mana lah tau kan, blur plak tu masa tu, dalam fikiran masa tu takut ada ketumbuhan je.Tapi kalau ikutkan record scan aku sebelum ni, perkembangan baby macam dah terhenti, sebab size nya masih sama dgn size sebelum ni.Doktor cakap biasa kalau camni, kandungan dah tak menjadi.Hurmmmm sedihhh jugak aku dengar.Tapi kalau rezeki puan, insyaAllah kembar 2 ni .Camtulah doktor cakap..Pastu doktor tu buat surat refer ke hospital untuk check up seterusnya, kena scan ikut bawah, kalau nasib menyebelahi kami, mungkin boleh nampak heartbeat baby.Tapi kalau dah takde, memang kena redha jela tunggu kandungan tak menjadi tu turun sendiri.

Wednesday, May 17, 2017

6 week pregnant - keluar darah coklat

25 April 2017

Hari ni nak ikutkan tarikh scan aritu dah masuk 6 week..alaaa rasa macam lambat nya lahaiii..aritu aku kemain konpiden ingat dah 8 week plus2 gitu, sekali scan jauh beza dengan tarikh LMP..Frust tak dapat tengok jantung baby lagi, baby so kecik lagi..huhuhuuu..

Harini setelah cuti selama 5 hari, yupp minggu lepas aku saja amik cuti rehat..Walau takde morning sickness or apa2 alahan, aku tetap nak cuti rehat2 jugak, nak feel camne org rasa morning sickness jugak.Tapi aku bersyukur lah sebab dua2 peknen aku tak kena morning sickness.Tapi selera makan membuak2, tapi jenis yang makan sikit tapi berkali2 tu, kalau sebelum ni aku jenis yang banyakk makan sekali harung, berbeza bila dah peknen ni, aku masih kuat makan, tapi jenis yang makan sikit2 tapi kerap lapar..Sama macam Dak Iqy dulu juga, jenis lapar tengah2 malam buta.Nasib lah dapat shuben yang tak pernah sekali pon merungut tiap kali aku paksa dia beli makanan tengah malam, kadang time dia dah tidur pon.Ya Allah berdosakah aku???

Bukan time peknen je tau, kalau tak peknen pon memang dia macam tu, aku je kekadang sampai tak sampai hati nak kejut dia, try jugak tahan lapar..Tapii dah peknen ni, takleh nak tahan2, kalau tahan takleh tidur, pastu emooo je selagi tak dapat makan...hahahahahaha...Bertabahlahhh encik laki yer...
Okey2, nak cerita ni haritu masa start keje selasa aritu, masa kat opis, pepagi macam biasa sampai opis mesti nak ke toilet, peknen kalini aku perasan yang aku kerap kencing.huhuhuuu..Pastu masa dalam toilet terperasan ada "brown spot" kat panties..ermm betulke nama dia brown spot, dia macam tompokan kaler coklat gitu.nak kata aku makan coklat, tak mungkin sampai kena panties kan..okey tak kelakoo..so tetiba cuak, sebab first time kan, masa Dak Iqy dulu takde, tapi tak  cuak sangat mulanya sebab pernah terbaca tu antara tanda2 awal kehamilan gitu..Aku menung depan PC..Walau tak cuak, tapi ada perasaan risau jugaklah, masa tu perut takde rasa sakit.Tiba petang sikit, start rasa sengal2 sampai sakit2 pinggan aku.Tapi darah dah stop.Aku cuakk jugaklah..Terus rasa bersalah sebab dah 3 hari culas makan acid folic, taktau effect dari tu atau apa kan..Nak.kata buat kerja berat takde jugak, cuma sehari sebelum tu , aku buat kerja rumah yang biasa2 je, vaccuum n mop lantai satu rumah, tapi takdelah angkat berat apa2 pon, sebab Abi ada kat rumah, aku buat kerja rumah pon sebab bosan plak baringg je satu hari, tu yang buat jugak kerja rumah sikit2, tu pon ada hati ajak Abi alih katil bagai, uishhhh nasib baik tak buat..

Sempat whtsapp Za tanya dia sebab setahu aku dia pernah kena masa dia peknen dulu, dia kata dulu dia keluar masuk hospital pasal benda tu..hurmmm aku cuak balik..balik tu inform abi, abi ajak gi klinik aku cakap taknak, sebab dah tak keluar darah lagi, cuma perut sengal2 dan sakit pinggang je, aku baring je sampai lepas isyak baru larat bangun tu pon sebab tetiba nak makan aiskrim, hahahah ko dah kenapa?sebab nak makan terus jadi sihat, hilang dah sakit pinggang tu.Pastu mintak nasi goreng ayam medan selera plak,terpaksalah Abi keluar hujan2 pergi beli..Alaaaa kesiannya, tapi terpaksa jugak suruh, sebab perut lapar kemain sampai rasa nak telan orang.hahaahha..

Esoknya bangun pagi check panties tgk takde darah dah, perut pon tak sakit dah..Sampai opis pinggang plak sakit, adudududuuuuu...Mungkin faktor usia kot kan, dah tua2 ni biasa lah..Positif jelaa..Abi whatsapp tanya kondisi, aku okey je cuma pinggang je sakit..Tengoklah kalau ada keluar darah lagi , baru pergi klinik.Doa banyak2 moga adik baby kuat dan sihat..Mama dah ada nama dahni untuk adik baby tau...hekhekhekhekkkkk...

Tuesday, May 16, 2017

Mengandung kalini pon takde alahan, yeayyyy hakak suka!!!


17 April 2017

Alhamdulillah harini genap 8 minggu 3 hari bermaksud dah genap 2 bulan dah adik baby dalam perut.Still tak percaya lagi, setakat tarikh 17 Apr 2017 ni cuma beberapa orang yang dah tahu pasal berita mengejut ni.Mula aku bagitau mak aku, mak aku plak tak pandai simpan rahsia terus bagitau maklang sebelah rumah aku, then papa dan adik aku pon tahu.Hari yang sama, Abi dah annouce kat grup adik beradik dia.Tau2 je adik ipar aku wassap, terkezutt hakak tau..hahahahaa..Terus ajak adik ipar join sekali dengan harapan ada geng lah beranak hujung tahun nanti..hahaha ko dah kenapa, beranak pon nak ajak geng.Takuttt lettew!!!..

Pastu weekend aritu, Abi plak bagitau kat Along aku, dorang kan member kamceng, lagilahh tak boleh simpan rahsia, Along aku dah tahu, dah tentu lah dia menganjing aku..hahahaha..Sebab before ni aku selalu je mengelak kalau orang tanya bila nak beranak lagi.Sekarang dah tak boleh nak elak lagi lah..Hadap jelaaa..hahaahhaha..Eh tapi seronoklahhh peknen kalini, rasa lebih disayangi, lagi2 Abi jadi lebih over protective gitu..Dak Iqy lari2 pon Abi suruh main tempat lain jangan dekat2 dengan aku , takut Dak Iqy lompat atas aku..hahahaha...Terus rasa nak beranak tiap2 tahun..hahahah..Sejak dah tau peknen ni, segala kerja rumah semua Abi take over, sebelum ni dia akan tolong2 mana yang aku tak sempat buat, tapi sejak dah preggy lagi ni, Abi suruh biar je semua nanti dia setelkan..Tenkiuuuu Abi..

Dan yang paaaling bestnya peknen kali kedua ni, sama macam peknen kan Dak Iqy dulu, takde muntah2, takde morning sickness semua, cuma kepala je cepat pusing.Pening je memanjang..Pastu keje asyik nak melepek je, tak muntah pon badan rasa letih je, kenapa ntah, rasa nak baring je, balik dari kerja je, terus syiottt landing depan TV.Syiokkk ooo..Tapi tak tido pon, cuma rasa nak berbaring je sentiasa.Minggu lepas pon aku amik cuti 3 hari untuk berehat.Sambung terus sabtu ahad, syiookkknya cuti 5 hari..Harini start kerja lemauuu, tapau kuih siap2, sebab time peknen ni, perut setiap masa mintak diisi.

Pasal jantina plak, aku tak lah berharap sangat, tapi naluri aku kalini kuatttt mengatakan baby girl, taktaulah kenapa terlalu yakin.Tapi kalau keluar baby boy, tetap terima tetap sayang jugak..Tapi naluri aku ni kuat bebenor, tak taulahhh kenapa, kalau betul alhamdulillah lah..Korang doakanlah aku dapat baby girl kalini , boleh aku tutup kilang sementara.Kalau ade rezeki umur 35 nanti plak nak lagi sorang..Kemainnn lagi planning nya..hahahahah

Monday, May 15, 2017

Entry bertarikh 10 April 2017

10 APRIL 2017

Ni entry pertama aku untuk second pregnancy kalini.Uishhh macam tak percaya, sebab tak sangka tahun ni Allah nak bagi rezeki anak plak.Nak ikutkan planning asalnya tahun depan lah nak beranak nya, sebab kalau boleh nak jarak 4 tahun dengan Dak Iqy.Tapi kita ni hanya merancang, Allah sebaik2 perancang, dia tahu apa yang aku perlu, nak ikutkan pening jugak fikir, boleh ke aku survive dengan anak dua nanti, anak sorang pon cukup2 makan  je, tapi Abi selalu positif , katanya insyaAllah rezeki anak tu ada.Aku pon cuba untuk positif..huhuhuuuu..

Bukan nak menolak rezeki, bukan nak merungut, nak ikutkan pada awalnya aku macam tak berapa happy, bila piyed lambat menjelma.Taktau lah apa yang aku fikirkan.Tapi bila muhasabah diri balik, barulah aku excited tetiba, dan tetiba konfiden giler yang kalini mesti baby girl..Ehh kau dah kenapa???hahahaha

Mulanya tu memang susah nak percaya yang aku peknen, tapi instinct aku kuat mengatakan aku peknen, walaupon masa tu tak kompom lagi, aku pon malas nak beria buat UPT.Sebab aku nak sangat kalau boleh nak peknen dalam bulan 6 keatas so due date aku tahun depan 2018, so jarak dengan Dak Iqy 4 tahun lah kan.Tapi tu lah, sape lah aku nak menidakkan kerja DIA kan.

Last piyed 17hb Februari 2017, dan itu merupakan bulan pertama aku bebas dari "family planning", konon nak start ber"ttc" semula lah, sebab sejarah aku sebelum ni kan memang asalnya TTC.Aku tak macam orang lain yang subur kahwin2 je terus lekat, amik masa 3 tahun jugak nak dapatkan Dak Iqy dulu.So aku sangka peknen kali kedua nanti pon mesti amik masa jugak nak "jadi", sebab tu aku bersedia awal, tapi tu laahhh tersilap timing plak.hahahahaa...Tak sangka plak first month percubaan ber"ttc" terus lekat, padahal dah avoid waktu subur..huhuhuuu..

Aku mula syak aku peknen masa besday Dak Iqy 17 March lepas , ngam2 sebulan lepas last piyed aku tu, kalau ikutkan cycle piyed aku dah normal dah lepas bersalin dulu, kalau lewat pon sehari dua, tapi biasanya awal dari tarikh bulan sebelum tu.Tapi masa 17 March tu, takde tanda2 piyed nak datang pon, aku dah start syak dah, sesuatu sangat aku ni.hahahhaha..Tapi watlek watpis dulu, cuba sedapkan hati, alaaa kalau peknen mesti muntah2, padahal masa Dak Iqy dulu pon mana ada aku muntah2 diawal peknen.Tapi yang aku perasan, aku jadi makin lemau, cepat penat, balik kerja melepekkkk je depan tv, pastu tetiba suka tido depan tv, dengan Abi dan Dak Iqy join sekali bentang toto tidur kat depan tv ruang tamu,aku lagi suka kipas berbanding aircond, sebulan jugaklah tak tido dalam bilik aircond, jimat letrik aku bulan ni.hahahaha

Sampailah nak masuk bulan kedua lewat piyed.Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba, perut plak jadi cepat berangin, malam2 mesti nak sapu minyak angin, minyak cap kapak, segala minyak lah aku suka.Petanda yang paling menguatkan lagi telahan aku yang aku ni peknen adalah perubahan sikap Dak Iqy yang tetiba tantrum tahap maha dasyat, sampai aku stress giler hadap perangai dia, baling2 barang, jerit tak tentu pasal..Haishhh...Aku dah makin percaya dengan naluri aku yang aku sedang peknen, selera makan pun membuak2, pastu nak makan yang manis2 je, boleh kata tiap kali weekend mesti ada je desert yang aku buat.Puding sumi lah, puding karamel lah, haishhhh macam2 sangat.

Tibalah hari paling bersejarah, cewahhhh iaitu pada hari Isnin 10 April 2017, masa tu dah dekat 2 bulan dah piyed tak kunjung tiba, sesat kemana lah agaknya tu kan..hahahahaa..Sebelum tu, Abi memang hari2 menyakat cakap aku peknen, suka tengok aku muncung sedepa tau.Aku bukan tak suka, tapi macam terkejut poyo sikit lah kan..ahahahahha..Bila Abi nyakat tu aku jadi rimas lah, sebab benda tak kompom lagi kan..huhuhuu..




Pagi Isnin tu, kat opis aku saje prank Abi, aku cilok gambar UPT positif kat gugel, pastu aku send kat Abi..Abi terkonooo beb..Jahat betul aku..Pastu time lunch citer dengan Kak Zila yang aku prank laki aku pasal upt test tu, Kak Zila sound aku, "ko seronok lah nyakat laki ko, nanti betul2 ko peknen, padan muka ko"..hahahaha..Pastu aku terkedu, alamak kalau betul2 camne, terus pergi watson beli upt, sampai opis masuk toilet, masa ni ntah kenapa jantung degup laju giler macam baru lepas marathon tau tak.Huhuhuu..Pastu terus titis urine kat test kit tu, perghhhh berdesuup wey, takde nak seperais2 nya, masa dia berdesup tu pon dah nampak terang benderang 2 line merah weyyyy..Ya Allah!!!!, aku peknen beb..Berapa kali aku ketuk test kit tu, memang betul 2 line.hahahahaha..Maka sah lah aku peknen.Terus buat kerja pon dah tak tenteram dah.Kalau sebelum tu aku macam tak sedia je lagi kan, tapi lepas dah tengok 2 line tu, tetiba jadi excited kemain, happy giler2.Tak tau nak react camne.Aku tak bagi tau Abi lagi, sebab malu tadi dah prank dia kan, sekali petang aku plak prank kan diri sendiri..hahahaah..


Aku wassap kak zila je, sebab dia yang nasihatkan aku tadi kan, terus dia cakap, gud job Nory..Tulaaa lain kali jangan suka prank orang..Prank laki sendiri plak tu, kan dah betul2 jadi.Apa2 pon tahniah dari akak..huuhuhuu..Pastu takde sape yang tahu termasuklah mak aku, balik kerja singgah rumah mak pun aku tak bagitau.Sebab tak sabar tunggu Abi balik kerja nak bagitau dia.Tapi reaksi dia masih macam pagi tadi, happy je semacam, mungkin kesan prank pagi tadi kot.Dia ingat aku main2 lagi, dah tunjuk test kit tu pon dia tanya, sayang punya ke tu..hahahaha..


*kalau korang baca entry ni, ni entry peram tau, sebab second preknen ni aku lebih low profile takmau heboh2, bukan tak happy, aku happy sangat tapi saje nak buat seperais.Taktau lah menjadi ke tak, sebab aku jenis yang susah nak sorok perasaan teruja itu..heheheheh.Doakan yang baik2 yer..InsyaAllah due date aku hujung November nanti.Harap sangat adik baby keluar time besday aku 19 November , boleh share kek besday..hehehe..Entry ni mungkin akan di publish selepas 1st trimester ..So kalau korang tengah baca tu, perut aku maybe dah makin maju kedepan dah sekarang..hehehehe...Entry basi takpe , tapi kenangan tu takkan basi..


masa ni adik baby baru 7 week dalam perut mama, moga keluar nanti cantik macam Lopa eh...Ehhhh mak ko ni..!!!



Sekian dari,
Mak anak dua to be 😘


Thursday, May 4, 2017

Berpantang Mode is ON


Haiiii korang!!!!Ada yang rindu, ada jugak yang perasan blog hakak ni dah makin sunyi lately, tahu2 je dah berpantang, mesti ramai tertanya2, bila masa plak aku mengandung, huhuhu...Maaflah untuk peknen kali kedua ni, banyak sangat surpriseeee, sampai tak sempat nak bagitau, lagipon aku memilih untuk lebih privacy untuk peknen kali kedua ni, tapiiii jangan risau, aku still update cerita dari mula aku mula expect yang aku mengandung sampailah tau2 je dah gugur pun sekarang ni.Sebab aku dah draft sesiap, cuma tunggu masa je nak publish.So kalau entry2 tu dah publish nanti, korang anggap jelaa tu entry fresh dari aku tau, takde niat nak rahsia2 sangat pon, hakak bukan retis dik non, cuma awal2 peknen tu macam shock sikit, susah nak percaya yang tetiba diri ni termengandung..Ehhh!!!hahahaha

Dan sekarang masih shock lagi, masih sedih lagi, masih terbayang lagi diri ni dirodok2 kat bahagian bawah tu..Adehhhh ngeriii..Takdelah sakit mana tapi sumpah rasa tak selesa sangat, bila bawah kite tu di godek2 dikorek2...haishhhh takmolah mengenangkan lagi..Harap2 lepas ni taknak dah lalui pengalaman keguguran lagi.Harap2 masih diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung lagi.Dan aku laki bini pon masih terkejut dengan satu-satu berita, kejap twin, tetiba rupanya triplet.MasyaALLAH..Jammed otak aku kejap, susah nak hadam.Aku pregnant triplet..????Susah nak percaya..Mak aku pon terkejut beruk masa aku cakap , mak doktor cakap adik gugur, tapii ..bukan 1, bukan 2 tapiiiii tiga, makk!!..Haaaaaa!!! TIGA!!!Melopong mak aku kejap.hahahah

Oklahhh nanti tunggu entry schedule aku keluar ek next week, sebab aku dah set time siap2, malas nak edit balik..Entry dari mula dapat tau peknen , dapat tau twin, dapat tau triplet plak, dan tau2 gugur..Tunggu ek...Since aku up status kat FB pasal berita keguguran triplet aku tu, ramai yang PM tanya apa petua, tips, dan apa aku makan sampai boleh jadi triplet ni?Otak aku tengah jammed lagi ni, jenuh nak ingat balik apa aku makan, rasanya aku makan macam biasa je, takde makan apa2 supplement tambahan pun, sayur pon aku tak makan..Ni semua kuasa Allah, kalau dia kata jadik, maka jadiklaaa...Kun Faya Kun..Tapiiii kalau tanya laki aku, hehehehhhhhh...taktaulahhhh tapi ada jugak something yang dia makan sampai termengandung triplet ni (kebetulan je kot, mungkinlah mungkinnnn)..Tapi taktauulah sejauh mana kebenarannya..Tapi nak try boleh je cuba kan...Nantilahhh aku share..next entryyyy ek..Kot lepas ni aku boleh jadi usahawan dengan jual makanan tambahan tu nanti...hahahahah..Jauh sangat aku fikir tu...heeee...

Aku sekarang on MC 7 hari, nak pantang bebetul, jalan still kepit2, sebab ada "jalan" buka masa gugur tu, doktor ada seluk tengok bukaan, so rahim dah kena godek2 ni, kena jaga jugaklah, pantang makan, pakai stokin, tungku, urut, legaaa rasa badan..Ikutkan nak tambah MC lagi je, nak pantang lama sikit, nak rehat puas2..Hurmmmmmm..

SEE U NEXT ENTRY YA!!!! MUAH CIKED


Monday, May 19, 2014

Aktiviti lepas pantang 44 hari


Alhamdulillah, 30 April 2014 haritu genaplah 44 hari aku berpantang..Yeayyy dah boleh gantung stokin..Kemain bergelinjatt tak sabar nak gi jalan2, hari ke 44 aku dah ajak Abi keluar, Abi balik kerja awal haritu, Abi sampai je rumah aku n Rizqy dah siap dah nak ajak kuar, lagipon memang Abi dah janji pon nak bawak jalan.Kitorang ke IOI Mall je, misi utama nak cari stroller, sebab masing2 dah lenguh tangan dukung si Rizqy yang makin debab tu..hahaha..Dah tak kisah stroller jenis apa pon, padahal plan nak cari kaler merah, Abi siap sound awal2 lagi, "syg, kalau takde kaler merah pun, kite sambar jela apa yang ada ek''huhu..So,aku terpaksa redha..Kaler turqoise je yang ada, ikut hati berkenan sangat dengan SCR6 kaler merah, tapi Abi tak suka, dia kata seat dia tak comfort..So, pilihan kedua SCR2, kaler merah plak habis, so rembat jelah kaler yang ada, turqoise pon turqoise lah..huhu..Mama gigit jari jela nak oiii...Ni sape yang nak duduk dalam stroller sebenarnya ni??Mama ke Rizqy??kihkihkihkih...


Rizqy first outing, alhamdulillah tak banyak ragam, teruja lain macam sampai terbeliak biji mata ternganga mulut, hahahaha...Nangis mintak susu je, lepas tu tidoooo...haishhh senang betul, sempat jugak mama tibai ayam KFC 2 ketul...hahahahah...


Tudia sampai terselak baju nampak perut boroi segalaa..Apalah mama ni kann..


Alahaiii, sayu plak tengok gambar ni,,macam tak percaya yang aku dukung tu anak aku, anak yang aku kandung 9 bulan, anak yang aku tunggu selama hampir 3 tahun...Syukur Ya Allah kerana kau amanahkan aku anugerah terindah ini..


Abah n Rizqy..Sape kata anak lelaki yang muka seiras dengan bapaknyer tak sekepala???Rizqy dengan abah dia rapat giler okay, sekarang ni pantang lah nampak abah dia lalu depan dia, mesti melalak minta dukung..


Ni gambar second outing, lokasi plak di One Utama,Damansara..Abi cakap nak bawak Rizqy tengok tempat mama n abah dating masa muda2 dulu..hahaha...Macam biasa Rizqy takde meragam, sesekali merengek minta susu ataupon dia bosan duduk dalam stroller, then mintak dukung lah apa lagi.Bila dah tido, campak balik dia kat dalam stroller..hehee


Singgah makan kat Kluang Station, hot milo tak tinggal...Geramm je nak minum aisss..Lambatnyer 100 hari...


Ni plak 3rd time outing, kalini Rizqy n abah ikut mamanya mencari rezeki..hihihh...Ada sessi food review bersama blogger kat Wangsa Walk masa ni, hangkut Rizqy jugak, biar dia taw nilah kerja part time mama dia selain jadi kerani cabok..Mana lah taw dah besar nanti Rizqy nak jadi bogger jugak ke kan..hehehe.


Dan seterusnya, hampir setiap hari bawak Rizqy ke Tesco kat area rumah ni, Kalau dia boleh cakap mesti dia cakap apa lah mama ni bawak orang gi Tesco je, bosann taw, bawaklah pergi Pavilion ke, sunway pyramid ke,,hahahaha...Dan macam biasa hobi si Rizqy ni sejibik macam mama dia, kuat tidooo..hakhakhakhak.


Wednesday, April 9, 2014

Pengalaman bersalinkan Rizqy Hafiy Aish

Baru harini ade masa nak taip pasal pengalaman bersalin.Cerita bab bersalin ni semuanya bermula macam ni..Hari Sabtu (15 mac) tu bangun pagi rasa mcm tak sedap hati..Naluri ibu tu kuat kan..Tetiba rasa macam eh aku ni macam dh nak bersalin jeni, walaupon tkde tanda2 lagi..Terus laju2 kemas beg baju aku untuk letak dalam kereta..Patutnya dah lama dah prepare tapi ntah knapa haritu rasa mcm dah nk dekat bersalin je..Kelam kabut kemas beg, time tu lah nk cari pad maternity, time tu lah lipat baju kain batik segala..huhu..Petang tu plak sempat gi umah along join besday party kecil2an anak buah..Sempatlah merasa kek coclate moist kan..Sekarang sila pasrah jela ek..haha..

Esoknya 16 Mac 2014, tetiba rasa nk tengok wayang sesangat sbb weekend lepas tak jadi tgk wayang..Kebetulan Yaya n Mila mmg plan nak tgk wayang jugak..Laju2 ajak dorang datang ioi mlm tu jugak, Eida pon join sekali..Syiokknyer dapat jugak tengok wayang dengan kesayangan semua..Sebelum masuk wayang Mila ajak makan pizza..Tenkiuuu mila blnja kitorang..Kenyang baby dalam perut..kitorang tgk citer Non Stop citer pasal flight kena hijacked, mcm kes MH370 plak..huhu..Masa dalam panggung, aku dah rasa perut mcm tk selesa dah..Dalam panik2 layan movie, selamber je buat donno dgn sakit yang ada..Bila keluar dari panggung, makin rasa tk selesa kat perut dan kat ehem2..Rasa rengat2 je..Tapi still boleh tahan lagi, lepas tgk movie dorang nak balik dah, tapi aku ajak dorg lepak kat mamak sebelah IOI lagi..Dorang pon ok je..Melepak la kitorang sampai kul 1 pg..Sambil borak sambil gelak sambil tahan sakit..Sesekali terdiam menahan sakit, pastu sambung gelak sembang lagi..haha..

Aku mmg tak bagitaw sape2 pon yg aku dah start rasa sakit tmasuklah Abi..Sebab aku ingat sakit biasa je. Sampai umah dekat kul 2pg..Abi masuk tido dulu sbb subuh kna bangun gi keje.Aku kan dah start cuti..Aku tgk tv layan berita awani pasal MH370..pastu aku masuk tido..tapi tak boleh tido, perut makin kuat sakit..Nak pusing kiri susah nak pusing kanan susah, terlentang pon susah...Tapi still tk kejutkan abi..Aku menahan sakit sambil layan berita awani smpai subuh..Kejut abi gi keje, Abi tanya nape muka pucat mcm tahan sakit je..Barulah aku ngaku kat abi yang aku dah sakit..Abi trus tipon tmpat keje bagitaw dia cuti emergency.Tapi dalam dok sakit2 tu , still degil tkmo gi hospital lagi..Puas abi pujuk suruh gi hosp cepat tapi aku sempat lengah2 masa lagi kemas rumah..lipat kain walaupon jalan pon dah terngensot2..huhu..pukul 7.30pg dah siap mndi semua, sempat lagi celet lipbalm kat bibir n pakai bedak n pakai maskara lg..Abi sempat perli lagi..hahaha...Dalam dok panik nak ke hospital dalam kereta teringat nak singgah umah mak dulu..Kot lah mak nak ikut sekali kan.sempat lagi tu...Sampai umah mak..mak dah cuak dah sampai hmpir2 taknak mandi nak trus gi hospital..Tapi aku berjaya mengcoolkan mak aku untuk mandi dulu..hehe..Lebih kurang kul 8.30pg aku smpai kat wad bersalin hospital serdang..

Sampai kt kaunter kena daftar dulu.Tunjuk buku pink n ic.Jangan lupa bawak kad nikah sekali, nanti suami takleh teman masuk labour room..Macam kes aku, terlupa nak bawak kad nikah, Abi balik rumah semula ambil kad nikah.Duduk kejap pastu nurse panggil suruh tukar kain batik..Aku pon tukar..pastu masuk dalam dia timbang berat n check air kencing..Pastu tunggu kt ruangan menunggu kat dlm labour room tu..Tapi aku mintak tggu kat luar ngan mak n abi sbb bila duduk dalam tu tgk org tahan sakit buat aku lg sakit..Bila tgu kat luar ngan mak n abi atleast aku lupa sikit pasal sakit tu..huhu..Time ni ade selera mkn lg.sempat gak mkn nasi goreng abi belikan..hihi..

Tak lama pastu nama aku dipanggil..Aku pon masuk nurse suruh baring untuk buat ctg..nurse ckp contraction kuat..Doktor nk seluk nak tgk berapa bukaan serviks..Perghhhh sakit siot kena seluk, terkepit2 aku dibuatnya..Seluk yg pertama doktor cakap dah bukak 3cm..Phewww....
Aku kena tunggu lagi..doktor cakap pukul 2 nanti dia akan repeat seluk..dr pukul 11 ke pukul 2 tu mmg aku tk banyak jalan sgt pon..duduk je borak2 ngan mak n abi..pukul 2 doktor seluk lg baru buka 4cm..huhu...pastu aku dh tk sggup dah kna seluk..aku masuk dlm wad labour room..aku banyakkan bjalan..makin lama contraction mkin kuat..berpeluh2 tahan sakit time contraction tu dtg..doktor ckp klu sakit mkin kerap bgtaw doktor...aku sengaja tahan sakit lama2 dgn hrapan pasni doktor seluk je aku dah boleh bersalin...lebih kurang kul 7 lebih cmtu...Aku dh makin tak tahan sakit..aku serah diri untuk diseluk..alhamdulillah dah 7cm dan aku boleh ditolak ke labour room..sebelum tu doktor pecahkan air ketuban..panas je rasa air ketuban tu mengalir..seminit lpas tu sakit yg menggila tu datang..perghh rasa nk meneran yg tkleh dicontrol..rasa nk teran tp tkleh teran...sakit dia tuhan je taw..
Pukul 8 lebih cmtu aku ditolak masuk ke bilik bersalin..Time ni sakit sangat2 tapi takleh nk teran lagi sebab bukaan serviks blom cukup 10..perghhh nk menunggu cukup 10 tu kemain la lama bg aku..surah nabi yunos je yang termampu dibaca.Abi kat sebelah sampai menangis2 tgk aku tahan sakit.Abi citer dia paling seram dengar bunyi gerakan baby kat monitor tu, apa arr nama dia CTG ek..aku pon taktaw, tapi abi cakap dengar bunyi baby tendang macam nak pecah monitor tu,tu yang buat Abi sedih mengenangkan sakit yang aku lalui saat tu..Ahhh sebakk kauu...Aku plak smpai tkde air mata nk menangis dok menahan sakit..Abi kat sebelah tak henti2 baca surah dan doa kat telinga aku..Masa ni aku rasa memang berjuang antara hidup dan mati..sakittt nyer...sakitttt...

Bila aku makin tak tahan sakit aku sempat mintak air nak minum sebab tekak aku kering sangat, tapinon hadoo, kat dalam tu takleh makan n minum, pasrah jela aku, doktor pon seluk lagi..elok je doktor cakap full 10cm aku pon terus teran..satu bilik tu kecoh bg sorakan kt aku suruh push..aku cakap aku nk berak..yer puan..puan berak je..teran mcm berak..aku pon teran sekuat hati..tapi aku tk pndai meneran.aku tetiba konpius teran berak n teran baby..byk kali aku push tk kuar2 jugak..ade ar dkat lebih 10 kali..Abi bisik kt telinga, syg kena kuat, kita nak tengok rizqy..Aku jd makin kuat..yang aku taw last aku teran semahu mahunya sampailah rizqy keluar..Abi ckp laju gila rizqy meluncur keluar..nsb baik doktor smpat sambut...huhu...

Betul org cakap, bila baby keluar semua sakit hilang serta merta...siap senyum2 lagi time tgk baby kat atas dada..keluar2 je baby berak atas perut aku..bertuah punya anak..tengah syiok2 tgk muka anak yang lahir2 je dah terbuntang bijik mata dia yang beso tu..doktor bgtaw aku byk tumpah darah dan koyakan besar kena jahit kat bilik bedah..aku blur2 sebab tk rasa pape pon time tu..aku pon redha jela ditolak ke OT untuk dijahit..huhu...3 jam jugaklah proses mnjahit tu...aku bersalin pukul 9.09mlm (17 Mac 2014) setel jahit pukul 12 lbh.
Selama 3 jam aku kat dalam OT, aku kena bius separuh badan..Memang tak rasa apa, cuma rasa katil bergoyang2 je.Kaki aku plak kena gantung mcm daging salai..phewww ngeri bila ingat balik..Nasib baik kena bius.Aku time tu memang mamai giler, aku tido tapi tak lena sebab asyik ingat kat baby je.Aku tak sempat susukan baby lagi.Dan terpaksa redha anak aku diberi susu formula masa aku kat dalam OT..

Lepas siap proses jahit tu aku ditolak ke private wad dalam labour room.Aku tak request pon private wad ni tapi sebab aku special kes agaknya kan..Wad ni best sebab suami boleh temankan 24jam..Kalau wad biasa suami takleh temankan kena ikut waktu melawat.2hari jugaklah aku menginap kat wad tu, dan selama 2 hari tu jugaklah Abi temankan aku, suapkan nasi kat aku, ikatkan rambut aku, lapkan badan aku, basuhkan berak baby.Semua Abi setelkan..Sampai nurse2 kat situ semua puji Abi, sebab sentiasa ada disisi anak bini sehari suntuk..hihihi..Aku sayu sangat sebab byk susahkan Abi..Tapi abi sikit pon tak pernah merungut..Dia tak pernah tunjuk pon yang dia penat ke hape..Setiap minit setiap saat dia ada je disaat aku perlukan dia.Tetiba rasa menyesal, rasa byk sgt dosa kat Abi..Tapi rasa bertuah sgt sebab Allah jodohkan aku dengan insan semulia Abi..Alhamdulillah..Yang tak bestnya duduk kat wad ni orang lain tak boleh masuk melawat.Hanya suami sahaja..kesian mak aku, dari aku blom bersalin dia tunggu sampai dah bersalin 2 hari pon dia tk dapat jenguk aku.Tapi mak tetap datang hospital jugak walau kena tunggu kat lobi je..Hari2 mak kirim lauk untuk aku, aku memang tak usik langsung mkanan hospital, aku tunggu nasi n lauk dari mak aku je.Itupon sungguh buat aku terharu..Time kasih makk...

Hari ketiga aku dah boleh transfer ke wad biasa.So..ahli keluarga lain boleh datang melawat aku.Tapi paaalllinggg tak bestnya, suami takleh teman 24jam..Kena ikut waktu melawat..Itupon Abi selalu curi2 masuk 15minit, biasanya Abi akan masuk sampai kena halau dengan guard..Sampaikan guard tiap kali nak check mesti check kat katil aku dulu...hahaha...cian Abi...
Duduk kat wad biasa ni memang mencabar, lebih2 lagi time malam pertama...Abi takleh temankan, aku agak kekok nak uruskan baby n diri sendiri.Dengan keadaan diri yg lemah lagi, malam kalau baby nangis nak susu, kena bangun dari katil angkat baby dari baby coat pastu nyusukan dia, memang mencabar sebab malam sebelum2 tu Abi yang banyak tolong kan, kalini semua kena buat sndiri.Abi datang subuh2, aku menangis mengadu bila boleh keluar wad ni..Tiap kali doktor round buat check up, tiap kali tu jugak aku tanya..Bukan apa, selagi duduk kt wad ni, selagi tu la aku tak boleh nak berpantang dgn sempurna, badan aku habis kembang masuk angin, kaki aku bengkak mcm kaki gajah sepanjang 5 hari kt hospital.Aku rasa lg lama aku kat wad, boleh meroyan aku.Hari rabu tu doktor kata baby ada kuning, doktor pasang lampu biru kat baby coat n jemur baby..Tapi kejap je, petang tu doktor ambil balik lampu tu.

Esok tu still tak boleh discaj lagi.Stress nya lahaii..Dan akhirnya, hari jumaat aku dah boleh discaj.Tu pon aku kena check jahitan dulu ..Doktor check kata jahitan banyak yg dah kering.Alhamdulillah..Berak pon dah..Siap doktor test kemut kan montot lagi...haishhh pasrah jela haku siap nak test2 kemut bagai..hahaha...asalkan aku boleh balik..weeee...

Petang tu aku dah siap2 dah tukar baju nak balik.Tunggu abi setelkan bil kat kaunter pastu Abi datang bawak weelchair..Yeayyyy merdeka...dah boleh balik..Mak n Tasha pon ada sekali jmput aku balik..
Gitu lah pengalaman bersalin aku.Komplikasi yang aku alami ni namanya 3rd degree tare...koyakan yang banyak sehingga melibatkan injap najis..Jahitan perlu dibuat didalam bilik bedah..untuk kehamilan seterusnya tk digalakkan bersalin normal.
Nanti aku story pasal pengalaman  baby kena warded kat NICU sebab jaundice.Semuanya berlaku dalam pantang..huhu...


Tuesday, April 1, 2014

Kehidupan baru bersama Rizqy Hafiy Aish

Hollaaaa....Lama dah tak update blog.Dan mungkin ramai dah taw yang aku dah pon selamat bersalin 2 minggu lepas (17 Mac 2014)..Yup..awal 2 minggu dari due date 29 Mac 2014..Baby tak sabar nak kuar..Sempat lagi melepak tengok wayang n borak2 kat mamak malam sebelum bersalin tu..huhu..Lepas jugak hajat nak jumpa semua kesayangan  Mila, Eida, Yaya n hubby2 semua. Ieza je tak dapat join , maklumlah busy ngan baby kecik, takpe iolls faham..heee...Tenkiuuu kat Mila sebab belanja pizza malam tu..Sempat jugak berpizza sebelum veranaks kan..Sekarang stress je hari2 makan lauk dalam pantang...huhu...sabor jela...kata nak kurus kan...hahaha...

Cerita pengalaman bersalin plak, macam2 cerita ada..Macam2 dugaan yang aku tempuh.Betul lah orang kata, setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza, macam aku memang nampak macam takde masalah sepanjang mengandung, tapi lepas bersalin, aku banyak komplikasi, dengan tumpah darahnya, dengan masuk darah nya, dengan koyakan yang banyaknya, dengan anak kena kuning nya, Ya Allah, susah nak terima mulanya, dengan keadaan diri yang lemah lagi, anak kena warded sebab kuning tinggi, memang sangat2 menguji perasaan kami suami isteri tengok anak kena cucuk sana sini..Tapi dalam semua ujian yang Allah bagi ni, aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa berada disisi saat susah dan senang, 2 minggu Abi cuti uruskan hal aku n baby yang asyik kena ulang alik hospital, dengan aku yang kena tahan wad 5 hari nye, bayangkan setiap hari, subuh2 Abi dah bangun berulang ke hospital melawat aku n anak..Mak n family pon banyak membantu lagi2 mak aku yang susah payah jaga aku sepanjang dalam pantang ni.Dari soal makan sampai pakai stokin pon mak yang sarungkan, rasa nak nangis sebab tak mampu nak balas jasa mak..Terharuunya...Tak sabar nak habis pantang..Nanti aku update cerita pengalaman bersalin plak,

Now, nak perkenalkan arjuna beta, RIZQY HAFIY AISH BIN ZULKEFLE.Yezzza!!!Inilah dia pemilik nama baby R yang digembar gemburkan sebelum ni...Maksud nama Rezeki Yang Memuliakan Kemakmuran Hidup..Aku memang suka dengan nama Rizqy, sebab makna dia pon rezeki kan..Rezeki yang dinanti selama hampir 3 tahun.Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk anugerah terindah ni.
Ramai kata rizqy ikut muka Abi, warna mata pon ikut Abi kaler coklat..Semoga Rizqy cepat sihat dari kuning, sekarang kuning dia dah turun tapi still kena pantau lagi kat KK..


Lahir2 je dah pandai buka mata besau2 ,paling tak tahan bila dia pandai senyum senget macam Abah dia..teringat senyum senget Abi time Abi ngurat aku dulu2...wakakakakaka....Like father like son..


Bila dah ada anak ni, naluri ibu tu makin kuat, makin cepat sensitif lagi2 bab sakit demam anak ni..Asal sikit nak nangis, asal sikit nak nngis..Tapi alhamdulillah, setakat ni Rizqy sangat mudah dijaga..Menangis pon senang nak pujuk, sumbat nenen diamlah dia..Moga Rizqy terus membesar dengan sihat.Rizqy lah satu2nya permata hati mama abah, mama nak rizqy taw yang mama n abah akan buat yang terbaik untuk Rizqy..InsyaAllah..Cepat sihat yer sayangg..Susah hati selagi result air kencing n darah rizqy tak keluar lagi..Doakan rizqy cepat sihatt yer, amiiinnnn....

Friday, March 14, 2014

Check-up 37w5d


Semalam punya kisah, aku memang cuti sebab ada check up kat Klinik Kesihatan (KK) harini, kan dah masuk 36 minggu, so check up dah jadi seminggu sekali selagi tak bersalin..Semalam Abi masuk kerja tengahari, so dia temankan aku pagi semalam pegi KK..Macam biasa sampai2 je ramai jugak orang, ramai yang bawak anak, tapi ibu mengandung takdelah ramai sangat, bagusss, cepat sikit boleh setel, aku sampai pukul 8.20pgi, pukul 9.40 dah setel sume, tu pon terlambat sikit sebab nurse tu boleh ajak bersembang plak, dia dok meluah perasaaan kat aku, stress dengan kerja dan orang atasan katanya..hehehe..Aku layankan aje..Yang kelakarnya, dari berdua je dengan nurse tu, datang lagi 2 orang nurse join sekaki..hahahah...Tak pasal2 aku join sekali makan ketupatt..Bukan mengumpat, dorang just meluah je, takpeee aku fahamm..heheh..

Result check-up, macam biasa semuanya baik-baik aje..Air kencing ok, HB ok, BP pon okay..Kaki je dah bengkak, tapi beranak nyer tak lagiii...Minggu depan 19/03/2014 ada appoitment ngan doktor, tu pon kalau tak bersalin lagi lah..persoalannya, bila nak bersalin ni..Tak sabarr plak rasanya.haritu kemain berdebar-debar, sekarang dah tak sabar2..Berjalan dah merata-rata dah, hari2 turun naik tangga, perut pon dah turun, tapi sakit je belum ada lagi..Babyyy..seronok ke duduk kat dalam tu??Jom keluar jom, mama dah tak sabarr dahni.InsyaALLAH mama n abah dah bersedia nak timang baby anytime je...Keluarrrr cepatt2 yer..Oh yer, minggu ni aku last kerjaa...Minggu depan dah start cuti dahhh...Kalau ikut jangkaan scan, due date aku jatuh 19/3/2014 ni...Tapi kalau ikut LMP , due date 29/03/2014...Hurmm just wait n see jela bila baby nak kuar..Aku pon kadang2 macam tak ready je nak bersalin lagi, tak reti dok umah diam2, tak macam orang tengah sarat menunggu hari plak..keje nak berjalann je, gi pasar malam pon selamber je jalan kaki berbukit2..Tapii tanda2 nak beranak takde jugak lagi...huhuhuh...Tak sabar nak cutiiii....yeeeehhhhaaaa.....Macam tak percaya je tinggal beberapa je lagi nak jadi mak budak...Can i be a good mother???? InsyaALLAH...i willll....

Thursday, March 6, 2014

Menghitung hari dengan membusykan diri di opis


Wuhuuuu...Blog tersadai untuk kesekian kalinya, nasiblah dapat tuan yang macam biskut, kejap rajin update, kejap malas update blog..huhuhu..Oh yer, aku dah masuk zone "menghitung hari" sekarang ni..Nurse cakap awak bila2 masa je boleh meletup ni, mak aku pon dah tegur yang perut aku dah turun, turun camne tak pasti plak aku kan..Orang sekeliling semua dah warning aku, JANGAN suka merayau sorang2 lepas balik kerja..hahahaha..Aku ni lepas balik kerja suka merewang sorang2 kalau nak taw...Muka tak bersalah je..Saje release tension lepas balik kerja, tu pon kalau Abi balik kerja kul 8.30 malam lah, kalau Abi balik kerja awal, aku balik rumah dulu ajak Abi jalan2..Macam semalam, seharian duduk rumah kerja aku mentidooo je, lemau badan..Terus ajak Abi gi IOI, bukan nak shopping pon, nak berjalan je, baru rasa sihat je badan, satu IOI aku jalan, relaxx je, nak masuk 37 minggu peknen ni kan, perut memang rasa berat, tapi aku kalau bab berjalan, terus lupa yang aku tengah sarat..Abi asyik dok bebel suruh jalan slow2..Minah ni bukan boleh percaya, berlari pon dia bolehh..hahaah...

Cerita kat opis plak, sekarang dah ada new staff yang akan gantikan tempat aku sementara aku cuti bersalin nanti..Tapi untuk memudahkan kerja dia, aku setelkan siap2 kerja2 yang tertangguh, taknak lah dia pening kepala plak nanti, aku suka mudahkan kerja orang, orang je tak suka mudahkan kerja aku...pfffttt..Sabooo jela..

Eh sambung lagi citer kat IOI tadi, mulanya memang nak jalan2 saje, tapi sampai sana kan, Abi yang shopping sakan taw, beli baju lar, beli seluar lahh, Abi siap offer aku sekali shopping, tapiii kalau saat2 sekarang ni memang nafsu shopping aku dah berkurengg..Yela badan pun kembang sana, kembang sini, nak beli baju pon taktaw nak beli size apa, nak beli seluar pon, ntah boleh ke kekal dengan size yang lama..Kang beli tak muat acaner plak..Last2 aku beli spender baruu je, kahkahkah..Beli spender pon nak citer kan...lalalaalalaaa...Jadikklah,,,asalkan ada yang baru..Baiikk giler aku semalam, berhemah sungguh aku bershopping,..takpe Abiii...simpan je duit untuk lepas pantang nanti, taw lah aku nak mintak apa nanti...kahkahkahkah...(gelakk jahat)..

Tinggal beberapa hari je lagi ni.Perasaan taktaw nak cakap camne, excited ada, takut ada, berdebar-debar ada, tapi buat watlek watpeace jelaa...Bayangkan macam nak berak taik kerasss je..huhuhuhuh...Nanti dah beranak, iollss umumkan pada semua yer..InsyaALLAH..Tenkiuu pada yang selalu bertanya khabar, terharuuu sangatt..Doakan aku selamat bersalin yer..Tak sabarrnyer, muka anak aku nanti ikut sape lah agaknya,,,ikut mama ke ikut abah..Biar hencemm macam abah, omeyy macam mama ok..Ihikkk geli plak puji diri sendri..ahahahaha

Friday, February 28, 2014

Dekorasi dinding bilik baby

Nak citer pasal perkembangan terkini bilik baby R, lepas semua kelengkapan perabot dan perkakas untuk bilik ni dah berjaya memenuhi ruang yang ada, siap kena sound dah dengan Abi jangan beli pape lagi dah, bilik dah lah sempit, barang2 makin banyak.Tu pon ada hati nak usha2 barang2 baby lagi.Disebabkan perkakas untuk bilik dah takleh beli lagi dah sebab keadaan ruang yang terhad, so kita kasi konsentrate kat bahagian dinding plak, kalau feature wall (ke picture wall arr?) dah takyah pening2 dah.Ternyata idea stripe gabungan kaler pink purple tu mendapat reaksi positif dari semua tetamu yang datang melawat, siap ada yang nak upah suruh buatkan lagi...hehehe...

Kalini nak berkongsi idea dekorasi dinding untuk bilik baby plak..Mungkin boleh bantu korang yang tercari2 idea nak letak apa kat dinding yang kosong ni..Ligattt kepala hotak ni dok memikior nak tepek apa kat dinding yang kosong ni, baby tido muka ngadap ke dinding ni plak tu, so kenalah ada something yang boleh menarik minat dia kan, biasalah budak2..hehehe...Tengah cuci2 mata kat FB hakak gojess 
(Pinky Momma), eh2 terjumpa plak sticker wall + light ni, macam cantik je macam comel je..Macam sesuai je tepek kat dinding yang kosong ni..Laju2 order ngan akak pink, murah je taw beli ngan akak pink ni, selain sticker wall + light ni, macam2 mainan lagi yang akak pink jual, semua nyer dijual dengan harga mampu poket..Pi lahh terjah wall FB akak pink kite..heheh..Aku takleh terjah selalu, kang papa kedana aku, semua nak beli...hehehee


Gigih aku pasang sendiri weyy, tak sabar tunggu Abi yang pasangkan, aku sendiri yang tepek, cuma tang sangkut lampu je mintak tolong Abi..hehehe..


Dinding ni dah penuh dahh..Penuh dengan binatang je, nampak sangat mak baby seorang  pecinta binatang...hehehe..Comeyyy kan zirafah tu..Yang tu beli kat Mr DIY je...Beli dan tepekkk..Senang...

Nanti aku share lagi perkembangan terkini yer, ada yang tak siap lagi...Kelambu baby coat tak pasang lagi.Harap sempat pasang before bersalin,,nanti bersalin pantang kat rumah mak, dua bulan tak dapat jenguk bilik ni..Habis pantang je, baby R dah ready nak check in kat bilik ni..hehehe




Tuesday, February 18, 2014

Bukaan serviks diibaratkan...


Tengah sarat2 ni, makin rajin lah menggoogle segala info pasal bersalin, tipu lar cakap tak takut..Sumpahh aku takut..Perjuangan antara hidup dan mati..Sekarang aku dah nak masuk 35 minggu..Minggu depan dah 36 minggu, dah start counting days dah..Bila2 je boleh beranak..Phewww makin nervous kalau dok menghitung hari ni, cuba tenangkan diri kalau boleh taknak tengok kalender, tapi gatal jugak nak tengok kalender..Tak sabar pon ada sebenarnya, tapi dalam masa yang sama takooootttttt....huhuhu

Meh lah nak share camne bukann servik diibaratkan, selalunya asyik dengar orang dok cakap jalan dah terbuka 2cm lah, 4cm lah..Tapi tak terpikir plak besar mana ukuran tu kan...Jom tengok gambar kat bawah ni...sumber dari FB...



Oooo...baru taw.Ada yang cakap nak tunggu 10cm tu dia punya sakit, nauzubillahhh...Tapi yang bernasib baik, sakit je taw2 dah terbuka 8cm, sakit tak lama dah boleh teran baby dah...Nasib aku taktaw camne, hanya mampu doa, doa, dan berdoa ..


Wednesday, February 5, 2014

Check up di Klinik Kesihatan Dengkil - repeat scan


Semalam aku ade check up kat Klinik Kesihatan Dengkil, yupp tak memasal macam kerap plak aku kena gi check up kan, aritu kat KK Pulau Meranti, tempat biasa aku check up tetiap bulan, situ best sebab dekat ngan rumah satu, pastu plak orang tak ramai, service smooth n steady je, tak sampai sejam dah setel..Tapi disebabkan kat situ takde doktor, so aku kena gi KK Dengkil jugak semata2 untuk jumpa doktor je, ikutkan hati rasa nak ngelat je, yela semata2 nak jumpa doktor n repeat scan je, tunggu berjam2 dari pagi sampai tengahari baru nama dipanggil, masuk bilik je scan sekejap je pon, doktor cakap semua okay, awak boleh balik, perghhh macam tak berbaloi je aku tunggu berjam2, tapi bila sampai turn aku, gitu2 aje..alahaiii sabor jela..Nasib baik Abi sentiasa menemani, aku datang pukul 8 pagi, pukul 10 camtu ajak Abi keluar gi minum milo ais tabur , naik kematu dah montot menunggu dengan tersengguk2nya tahan ngantuk, aku bukan boleh duduk lama2, ngantukk siot, kalau berjalan aku steadyyy, jauh mana pon tade hal..hahaha,,Sempat singgah kedai henpon beli power bank lagi, hehe..

Lebih kurang kul 12.15tgahri barulah nama aku dipanggil, lama kan nak kena tunggu.Nurse n doktor2 kat sini tak dinafikan semua baik2, tapi satu je masalah, service lambattt sangat..Tapi nak buat camne, redah jela..Orang senang arr cakap, eleh kalau tak tahan gi lah check kat swasta, sekarang ni swasta n goverment sama je, swasta pon kadang lambat jugak..So, alang2 semua lambat, baik aku pilih check up kat goverment yang sememangnya lambat tapi duit tak kuar satu sen pon.hahahaha...Dengar macam berkira sangat lah plak kan, tapi ko kena faham, selagi kita diberi pilihan, kita berhak memilih, so ko jangan banyak bunyi ngan aku ek...hikhikhik..

Lepas setel scan, alhamdulillah semua dalam keadaan baik, kepala baby dah kat bawah, uri ditempat yang betul, doktor cakap lagi beberapa minggu je dah cukup bulan, dah boleh get ready untuk bersalin, kalau rasa sakit2 or perut mengeras, dah boleh terus ke hospital..Huhu..

Balik check up, lapar lah plak, kalini ikut je mana Abi nak bawak gi makan, syaratnya takmau area puchong je,kihkihkih sebab dah biasa sangat kan..Abi pon bawak pi USJ, tu pon dia main jalan je, Abi bukan terer pon bab jalan ni, saje je nak uji dia, last2 eh sampai area USJ, kat Taipan tu banyak kedai makan, singgah makan kat situ jela..

Balik dari makan, singgah Tesco plak, Abi pon teringin nak powerbank jugak, tadi taknak beli sekali..huhu..Kesudahannya, kalau dah sampai Tesco, lain dicari lain dibeli nya..huhuhu..Biasalah tu kan...Dalam perjalanan balik, singgah beli air kelapa kat tepi jalan dengan goreng pisang..Sedapnya minum air kelapa panas2 ni, balik rumah relax2 jap pastu mandi sebab panas sangat, pastu tido sampai ke petang..Dan yang tak bestnya, arini dah start keje balik lepas 6 hari cuti CNY.Uwaaa macam tak cukup je cuti 6 hari...




Tuesday, February 4, 2014

Persediaan Berpantang : Bengkung


Dah hujung2 trimester ni, baru lah terhegeh2 nak cari barang untuk diri sendiri plak, tapi lega jugak, sebab barang2 kelengkapan baby semua dah ready, cuma barang2 keperluan diri time dalam pantang nanti je..Bengkung ni memang sinonim dengan ibu2 dalam pantang kan, antara kelebihan berbengkung ni adalah :

- mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta emmudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan bengkung dan ubat yang sempurna.

- membantu mengempiskan perut & bahagian berlemak yang terdapat pada peha & punggung . Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi.

- bengkung yang baik juga mempunyai diameter yang panjang daripada bawah paras payudara hingga ke bawah pinggul, kerana dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim serta membataskan pergerakan.

Aku beli bengkung keluaran Sendayu Tinggi, Amme Corset namanya, sebab ciri2 nya memang yang aku mahu kan..Panjangg dan bertali..Aku beli kat kedai jamu, harga asal RM40 tapi dapat kurang RM38..Taktaw lah tempat lain boleh dapat lagi murah ke tak, sebab yang ni aku tak servey pon, main beli je..Rasanya murah lah kot..Sebab pernah tanya masa kat expo haritu, sehelai RM50 tuuhh..huhu


Cara pemakaian bengkung pon ada di tunjuk di luar kotak bengkung ni, berkobar2 nak pakai ni, tak sabar nak kurus n slim balik...agagagaga...


Ini rupa bengkungnya, panjang dari bawah payudara sampai bawah pinggul, cara ikat bentuk zic zac, sebelum pakai basuh dulu okay..Kain bengkung ni diperbuat daripada kain belacu bermutu tinggi yang tahan lasak dan tak mudah koyak..Tapi aku tak try lagi, nanti aku dah try aku bagitaw kebaikan2 nya okay..

Lagi..apa ek barang keperluan dalam pantang, set bersalin??Ni pon tengah pening, nak amik set shaklee ke, set jamu..Ade tengok set jamu yang paling murah jenama Afiat ke apa ntah, RM80 je, tapi tak beli lagi, set shaklee pon okay jugak, tapi dia vitamin semata2 je..Takde yang tepek2 kat dahi and kat perut tu..Ke kena beli dua2..Haishhh...pening2...Set menyusu shaklee pon okay jugakk, tapi mak cakap takyah membazir, nanti urut je ne*en tu , banyaklah susu nya..Hurmmm okay dengar cakap mak jela dulu, kalau takde susu baru beli kan..huhu

Monday, February 3, 2014

Genap 32week memegang title "mak buyong"


Macam tak caya je, genap 32 minggu bergelar "mak buyong", rasa macam baru semalam je buat test upt naik 2 line, arini perut dah membusung ke depan..Ni gambar semalam balik dari kenduri kawen member..Nak pergi kenduri pon dah tak taw nak pakai baju apa dah.Nasib baik sehari sebelum tu sempat pergi Tesco, hahaha beli baju kat tesco je beb, lantakk lahh..kesah plak aku kan, yang penting murah siott, dan yang paling penting muat2 je..Siap main teka-teka lagi dengan owner jual baju tu, dia tanya aku dah berapa bulan??Aku suruh dia teka, dia teka aku baru 4 bulan weyyy...hahaha..Bila aku cakap dah 8 bulan, terkejut dia..Kecik sangat ke perut aku ni, aku rasa besarrr je..huhuh..Last2 dia bagi diskaun , aku tak mintak diskaun pon dia bagiii...Ingatkan harga tetap, rezekii jangan ditolak, ye tak??heheh..

Bila dah masuk 32 week peknen ni, takde apa yang beza sangat pon, aku still aktif buat aktiviti harian aku, cuti 6 hari untuk CNY memang aku manfaat kan betul2, hari2 ada je tempat aku pergi, kadang2 ikut mak n papa aku, kadang kuar berdua je ngan Tasha..Abi kerja, dia pon tau aku bukan reti duk umah diam2, so awal2 dia dah izinkan aku gi mana2 pon, asalkan jangan keluar n drive sorang2 je..Cuma sekarang ni aku kerap kena pedih ulu hati, doktor cakap normal sebab baby makin membesar, Doktor suruh makan gaviscon, tapi aku tak makan pon, aku tahan je..Aku memang sepanjang mengandung ni tak pernah ambil sebarang ubat tahan sakit or panadol pon (vitamin je aku makan,obimin,asid foik n iron tablet), kalau kena sakit perut (cerry berry) pon, aku tak makan ubat, aku minum air banyak2 je, nanti hilang sendiri, dan alhamdulillah sepanjang mengandung ni, aku tak pernah lagi kena demam, selsema or batuk..Aku syak antibiotik aku kuat kot walaupon tak makan sayur..hahahaha..

Tinggal 8 minggu je lagi, tipu lah kalau cakap aku tak takut, tak debar2, tuhan je taw beb..Abi lagi cuak, macam dia plak yang beranak, siap bagi semangat lagi, ajar cara teran lah, dia cakap, nanti sayang teran macam berak taik keras taw,,,hahahahha...Time sakit tu ingat muka baby ngan muka abg taw..huhu...Lawak ada, sayu pon ada...Uwaaaa, sumpah takuttt weyy...Ya Allah permudahkanlah segalanya...Amiiinn..


Thursday, January 30, 2014

Check-up 31w2d - awak kena kurangkan makan,hukhuk


Hari Isnin haritu aku half-day, appointment KK pukul 2petang, aku suka check up petang sebab tak ramai orang, sekejap je dah setel tak sampai sejam..Kalau check-up pagi, datang kul 8, dekat kul 11 baru setel, pastu nak masuk opis mesti lemau giler, half day petang best, lepas check up boleh balik tidoo..hahha..

Sampai KK awal 5 minit, pintu dah buka, dah boleh start amik nombor.Tengah tunggu turn, ternampak member aku, Ria, dia pon check up sekali time tu, dia sama bulan preggy ngan aku, beza beberapa hari je due date kami.Tapi kesian dia, boleh kata2 hari2 kena ulang alik klinik dan hospital amik darah, sebab dia ada kes kencing manis tinggi.Gigih dia ulang alik KK, dengan kerja nya lagi..Aku yang sebulan sekali ni pon asyik merungut je, syukur nory syukurr...Belajarlah bersyukur, asyik nak merungut je..huhuh..Yela orang kata lain orang lain peel nya, mungkin rezeki aku Allah permudahkan semuanya, tapi taktaw lagi rezeki anak kedua nanti cmne, buatnya kena ulang alik macam kes member aku ni jugak, naya aku..Berhenti keje lah aku jawabnya, dah kalau asyik nak kena ulang alik hospital ngan KK je..huhuhu..

Macam biasa sampai2 je, kena kencing dulu, air kencing ok takde masalah, cucuk hujung jari plak check HB, alhamdulillah 11.4, normal..Pastu check tekanan darah,pon alhamdulillah normal, check berat, OMG!!!patutnya boleh naik sekiloo je sebulan nory oi..Ko dah terlebih 0.5kg dah ni..Alaa naik sikit je kot, sampai hati nurse suruh aku kurangkan makan disaat selera aku tengah membuak2 ni..Cian anak aku, makanan kena catu..Citer kat Abi, Abi pon cakap nurse kejamm, suka suki je nak catu makanan bini n anak dia..hahahhaa..

Dalam bilik nurse sempat nasihatkan aku suruh kawal sikit makanan ni, walaupon naik 0.5kg je, tapi kalau tak kawal, boleh naik mendadak nanti..Nurse siap tanya, awak memang berselera makan ke sekarang??hikhikhik..Yela nurse oii, nafsu tengah membuak2 ni, ko boleh plak suruh kawal2, ingat sonang ke..2 orang punya nafsu taw tak??Yang kat "dalam" ni pon boleh tahan jugak dia punya demand, nak makan tak kira time..hehehe...

Lepas dah kena bebel ngan nurse, pergi bilik sebelah plak untuk ambik suntikan kancing gigi yang kedua sebab dah masuk 7 bulan lebih kan..Nurse pon dah start suruh aku kira gerakan baby, dan catitkan dalam buku pink..Masa nak inject tu, kebetulan jumpa nurse yang selalu check aku sebelum2 ni, dia cakap wahh dah besar dah perut awak, lama tak jumpa awak, kalau ade kes mesti selalu boleh jumpa kan..huhuhu..Mujurlah takde kes, ko ingat aku seronok sangat ke nak datang KK selalu..hahahaha..Sebulan sekali pon cemuihh taw...Sambil sembang sambil dia cucuk, mak aihh boleh tahan jugak sakit, tapi sambil bersembang sambil tahan sakit, rasa macam lama plak dia cucuk, banyak nau ke ubat nya..huhuhu...kembang kempis hidung aku tahan sakit sambil bersembang,,,hadoiiiyaii...Sabor jela hakuu..Dah cucuk siap tanya lagi, eh awak tak sakit ke? eh sakit plak hati kite ni..

Pukul 2.45petang, setell semua dah boleh balik, singgah beli goreng pisang bawak balik rumah mak.Sampai rumah mak, dukung laura bawak masuk bilik, tidooo sampai petang...Perghhh syiokknyer...Si Laura tido sampai terkehel2 kepala...Melampauu betul ngalahkan aku plak...Cehhh...



Tuesday, January 28, 2014

Cuci mata di Expo baby Midvalley


Wuhuuuu...Ada sesiapa pergi tak expo baby weekend aritu kat Midvalley..Aku kebetulan pergi sebab kebetulan pergi rumah atok aku, rumah atok aku berhadapan dengan Midvalley je, parking pon kat rumah atok je, pastu kitorang menapak jalan kaki, don worry mak buyong steadyy lagi jalan jauh2, naik tangga jejantas pon laju je, asyik kena bebel je dengan mak n Abi suruh aku jalan slow2 sikit, awak tu mengandung 8 bulan katanya...hahaha..baikk mak!! Nak kekal bertenaga macam aku, amalkan EPHYRA okay...Meh order ngan aku...hehehe..sempatt promote lagi kauuu kan..

Sampai2 Midvalley, terus pergi tingkat atas sekali, ramaii jugak orang, tapi still terkawal.Aku masuk ngan Abi, mak n Tasha gi window shopping dulu..Aku jadi blur plak bila orang ramai berasak2 ni, nak tengok barang pon tak dapat, berhimpit2, dahlah tak makan lagi, keje nak memaki orang je rasa,..hahaha..Konon nak cari car seat , kot lah ade murah2 ke kan. tapi harga biasa je sama je macam beli kat luar, takyah buat Expo pon takpe cmni,,huhu..Tapi aku tengok ramai yang borong pampers Mamy Poko, murahh agaknya, aku tak sempat tengok harga..huhuh..


Pastu ingat nak carik bengkung, jumpa satu booth ni tapi nak tunggu dia layan kite pon dah amik masa lama, malas plak nak menunggu, sepatah aku jawab, sepatah dia balas..Muka Abi dah lemauu je, tapi dia gagahkan diri jugak follow aku jalan pusing satu expo tu..Last2 aku pon lepu, taktaw apa nak beli..Pastu keluar kat pintu masuk, call mak aku, ntah kemana ntah dorang pegi, sekali terjumpa Yaya n Syafiq..Boleh terjumpa plak kat sana kan, dalam ramai2 tu..hehe..

Dah jumpa mak n Tasha, mak ajak makan kat Old Town White Coffee, isi perut dulu baru ada mood nak bershopping, takde arrr asyik nak moody je, aku punya peel sekarang ni, takleh lapar, kalau lapar aku hanginnn satu badan, memang keje nak maki orang je...Buruk benor perangaii...kuikuikui..


Dah kenyang barulah muka ada senyummm..boleh sambung berjimba lagi, habis satu Midvalley kitorang ukur, Abi sampai demam2 lah balik tu, merah2 biji mata dia, maybe terlalu penat..Tasha sampai melecet2 kaki..Aku n mak aku jugak steady, dasar anak beranak memang kuat berjalan kot..hahaha..Lepas makan , masuk Aeon Big, cari car seat, tapi mak aku cakap mahal plak, mak kata kat Aeon Big Puchong murah.So, tak jadik beli..Pastu masuk Jusco plak, cuci2 mata, keluar balik masuk Metrojaya plak, pastu masuk Giordano plak si Tasha shopping baju lah apa lah..Perghh kan dah kata, memang satu Midvalley kitorang ukur..hehe..

Pukul 6 petang baru kitorang keluar dari Midvalley, menapak jalan kaki sampai ke rumah atok sebab parking kat sana kan, kalau parking kat Midvalley, kompom parking full..Lepas tu kitorang singgah Tesco Puchong plak, kes cari car seat lagi tak habis2, kat situ plak tak banyak choice, plus harga pon tak menepati piawaian..hehe..Sempat pusing2 satu tesco lagi, si Tasha tunggu dalam kereta, tak larat katanya..Next, patah balik ke Aeon Big Puchong plak, camne pon car seat mesti kena beli haritu jugak..hahaha..Dasarrrr betul...


 Dan akhirnya dapat jugak car seat, mak yang sponsor, kita terima aje, hihih..Tenkiuu mak..




Disebabkan beli melebihi RM80 ke atas, mak layak buat dua pusingan roda impian tu..


Hasil pusingan dapatlah air epal n mug ni..Ok lah kan dari tak dapat pape..hehe


Haa 2 helai tight ni je yang aku berjaya beli dari expo kat Midvalley, sehelai RM5 , aku beli 2 helai je, sebab size S tak banyak yang tinggal , tinggal size besar2 je..huhuhu..Ni jela hasil rampasan di EXPO, lain2 just cuci mata je, baju baby pon dah banyak dah, beli buat syarat jeni kononnya ni..hehe...Eh dengar citer hujung bulan ni ade expo kat KLCC plak kan, pastu awal bulan 2 ade expo kat SACC Mall plak..Huhuhu...nak terjah jugak lah, tak beli pon takpe, dapat cuci2 mata pon jadiklahh kan..hehehe..

************************************************************************************



Iklan

Dapatkan produk EPHYRA  dengan harga "kasih sayang"..

Email ke:
elfekluz1921@gmail.com