Followers

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017

Dak Iqy & boxer

Lama tak cerita pasal Dak Iqy, sebab terlalu banyak cerita pasal dia sampai tak sempat nak tulis satu2, perkembangan anak2 ni terlalu cepat kan?, tak terkejor mak nya..huhuhuu..Share cerita yang mana sempat jela ek.hahaha..Ada yang suruh share apa aktiviti Dak Iqy ni kalau kat umah, dia kan anak tunggal, takde adik takde abang, mama dan abah dia je kawan dia.Tu pon kalau weekend yang abah dia kerja, berdua jela dia dengan mak singa dia ni..hahaha..Kehidupan Dak Iqy ni sama je macam budak2 lain, walau takde adik or abang or kakak dan kawan2, hobi dia tetap satu.Iaitu main, main dan main..Cuma Dak Iqy ni kena selit aktiviti makan dia yang sehari 4 kali makan nasi..Iyerrr badan je cikeding, kuat makan hoiii...

Yang kata Dak Iqy kurus sebab mak bapak dia tak bagi cukup makan tu, mehh nak cilii mulut tu..Hamboii2..korang taktauu aku ni nak masak pon bergaduh2 tau dengan budak bertuah tu.Kalau dia dah sebut dia lapar tu, kau tak payah lah nak bagi alasan, nasi tak masak lagi lah, ayam keras lagi lah.Blaaa...bla...blaaa..Memang tak lut dah..Dia akan berzikirr cakap lapar, lapar lapar sampai kau siap masak.Stress okey memasak dalam keadaan yang camtu..hahaha..Aku suruh dia mandi pon dia bagi alasan dia tak larat sebab lapar..Kau rasa??? Drama king sangat budak ni tau..Tu yang mak dia selalu je nak menyinga tu..hehehe

Dan tahun ni berita gembiranya, Dak Iqy dah fully free diapers..Tahun lepas dah start , tapi tidur malam pakai lagi..Tahun ni sejak dah 3 tahun bulan 3 haritu, terus dia dah taknak pakai pampes dah..Dah pakai spenderrr okey.Baru2 ni belikan dia boxer..Excitedd nak tengok dia pakai..haahhaha..maklumlah mak dia spesis mudah terhibur, anak pakai boxer pon terhibur..hahahaha..Bukan apa tau, nampak dia dah bujang sangat bila pakai boxer tu..Besar dah anak bujang aiii...Sebakkk tetiba..Pelik betul bila dah jadi mak2 ni, sekejap terhibur sekejap sebak terharu bagai, anak pakai boxer je kot...kemonnn Nory..hahahaha..

Makin besar ni makin manja, kalau dulu selalu gaduh je dengan mama, sekarang ni gaduh2 lepas tu kamceng balik, sweet je dengan mama..Tapi dengan abah tetap macam dulu, super mengada2..Nak abah jeee...grrrrr...Kalau abah balik lambat dia yang membebel dan tarik muka (taknak kawan) lebih2..Ehh mama pon tak macam tu tau ..Abah balik kerja je, terus check beg abah, nak "upah kena tinggal", paling koman pon kena ada sebatang lollipop, kalau tak merajuk ngan abah..Eh perangaiiii sangat.Tapi salah abah lah sape suruh ajarr anak "upah kena tinggal" bagai..Tapi aku pon terikut2 dengan "upah kena tinggal" ni tau, maksudnya kalau aku keluar kejap tanpa Dak Iqy, mesti balik belikan anak something, tak kisahlah mainan ke , aiskrim ke, lollipop ke..Tu yang Dak Iqy dah terbiasa tu.. mak pasrah nakkk..

Dak Iqy ni kalau nak tahu, dia sejenis yang banyak cakap bila bangun dari tidur ..Aku stress pepagi nak gi kerja, dia sibukk membebel itu ini, macam2 dia cerita, aku dengar jelaa, pastu kalau tak respon, dia sound, kenapa mama diam, cakaplah, Iqy tak dengar..Tapi kalau bangun tidur petang, moody, taknak cakap..Orang buat apa semua salah dimata dia..Erghhh malas nak layann..hahahhaa..

Wednesday, December 9, 2015

Sumpah terharu

 
Scene anak beranak 2 hari lepas, masa tu Abi ajak pergi isi minyak kereta, alang-alang tu nak jalan-jalan amik angin malam sekali lah, saje nak reward dak Iqy yang sibuk sangat ajak "kuar..kuar.."(keluar) tu..Bingit telinga..Kebiasaan dak Iqy ni, tiap kali aku sibuk bersiap nak sumbat botol susu lah diapers lah dalam beg dia, time tu lah dia dah tentu arah, tengok semua dah siap, dia takut sangat orang tinggal dia.Dia mulalah buat onar, mintak dukung lah, mintak air lah, nak bawak mainan lah, aku berdiri celah tu, dia pon berdiri celah tu jugak, dah macam melekat je kaki aku ni sedangkan yang aku ni tengah sibuk ke hulu ke hilir..Sambil bersiap, mulut ni dok membebel je lah kat dak Iqy ni, dia biasa lah kalau aku marah buat muka tak bersalah je, pastu cebik-cebik muka sambil cakap "mama...baby..mama..baby.." kalau dia sebut macam tu maknanya suruh pujuk dia lah..Dia tu sekarang ni bercakap macam budak umur 5 tahun je.Aku buat tak layan je kalau tengah sibuk..Kalau rajin aku pujuk lah, pujuk pon ada cara, nak gendong macam baby tu, pastu tunggu aku sebut "alololooo sape buat baby mama ni" sambil usap muka dia, lap air mata dia..Haaaa camtulah setiap kali nak pujuk dia..Dasarrr anak manja terlebih dossss!!hahahahah
 
Pastu kan dalam tengah aku marah-marah dia sebab dia terselit kat celah meja, sebab tak reti duduk diam, dia bangun sendiri dari tempat terselit tu, sementara aku plak dah siap masuk barang-barang dia dalam beg dan tutup zip, dia nampak je aku angkat beg , terus dia berlari ke handbag aku yang tergantung kat kerusi, dia seluk tangan dia dan ambil purse (beg duit) sambil hulur kat kat aku dan cakap "Mama..mama..Nah!!"..Perghhh rasa nak berjurai air mata ni, rasa tersentuh hati sangat taktaw nape, terus hilang rasa marah.Aku pon tak sangka tindakan dia macam tu sekali tahapnya..SubhanALLAH..bertuah punya anak..Kalau tak memang tertinggal lah purse aku tu..Yang musykil nya macam mana Iqy taw yang aku lupa bawak purse aku..Pastu pandai plak tu godek handbag aku cari purse aku dan bagi kat aku..Ya Allah bijakknya kau nakkk oii..Sorry terpuji anak sendiri plak.Puji sikit jeee..Sebab aku macam terkejut tengok tahap perkembangan dia yang bagi aku terlalu awal untuk peringkat umur dia yang belum cecah 2 tahun pon lagi..Banyak lagi sebenarnya perlakuan Iqy yang kadang-kadang buat  kami laki bini tersenyum sesame sendiri.
 
 

Wednesday, October 7, 2015

Rizqy di ruangan mandi manda Majalah PA&MA

 
 
Walau secoit je gambar dak Iqy terselit kat dalam majalah tetap akan buat aku teruja jugak.Mana-mana mak pon akan merasa camtu kan.Tipu lah cakap ko tak teruja..Podacittt... Ni merupakan kali keenam dak Iqy muncul di dada majalah.Aku plak gigih kumpul satu-satu ,koyakkan dan laminated konon2 nak buat gallery kat bilik dia.hihihi..Mak ko ni memang gigih..Kalini Iqy muncul dalam ruangan 'Mandi Manda' majalah PA&MA keluaran September 2015.Gambar dak Iqy time tengah mandi ,kecik lagi masa ni dalam 5,6 bulan..Badan pon gebu gebas lagi.huhuhu  

Friday, August 7, 2015

Manja atok


Mentang-mentang lah cucu bongsu.Kemain ko bolot kasih sayang semua orang ek.Orang kedua yang dak Iqy rapat selepas abah dia adalah atok dia.Tapi Iqy sebut 'Awuk'..puas ajar sebut atuk,last2 bunyi awuk je yang keluar.Okeylah tu asal ade bunyi..hahaha..Dengan nenek plak dia suka mengada2..very the 'attention seeker'..Suka buat-buat muka sedih nak suruh nenek pujuk..EEeee nyampahh taw..gedik sangat..pastu bila ajak balik,macam histeria terjerit-jerit taknak balik.grrrr..
Bila abah takde, atok plak jadi mangsa.Jenuh lah atok nak kejar waktu solat lagi,nak layan dia pakai songkok lagi.Dahlah tertonggok betul2 depan atok..Bila tegur suruh ketepi mencebik terus nangis..NAk suruh orang pujuk..Dia taw mesti nenek akan pujuk punya, kalau mama dia jangan harap nak pujuk.Nangislah ko sampai esok,sebab mama dah taw dah ko tu auta je lebih..hahahhah.

Tuesday, January 20, 2015

10th Monthsary

 
17 Januari 2015, genap 10 bulan anak bujang aku ni.Dah besor dah anak mama,dah besar ni macam-macam perangai ada.Adehhh garu kepala aku tengok perangai dia.hahaha..Buas kemain toksah citer lah.Uishh tak sangka 2 bulan je lagi nak cecah setahun jagung, alahai rasa macam baru je lepas pantang lahirkan dia..Kejap betul setahun ek.
 
10 Bulan ni dia diserang gatal-gatal satu badan, ingatkan campak,pergi hospital doctor kata bukan campak sebab dia tak demam, tu pon aku risau jugak tu, sebab Iqy ni dah lama tak demam, last demam masa umur 6 bulan aritu, Tu pon demam biasa je, bukan demam panas.Bukanlah nak mintak anak demam or sakit, cuma risau bila dia lama tak sakit, tetiba demam teruk je nanti, mintak jauhlah hendaknya.Cuma dugaan nak masuk 10 bulan ni, dia kena gatai-gatai plak, kesian tengok dia menggaru, siang dia dok menggaru je, nasib baik malam dia tido lena tak pernah merengek sampai ke pagi lagi, tang situ memang aku puji lah..hehehe..Bab lain memang takkk lar..Dia dah macam-macam sekarang ni, bkn macam masa dia baby dulu, betul lah orang kata, anak makin besar makin berat tanggungjawab nak jaga.Sape kata anak makin besar makin senang dijaga, banyak cabaran nya okey.Tak dinafikan, memang berat tanggungjawab sebagai ibu bapa ni, jadiii,hargailah ibu bapa anda..Ecewahh..
 
Sejak dah 10 bulan ni, Alhamdulillah dah ada 8 batang gigi, 4 atas dan 4 bawah..Berat plak, 11.7kg..Yupp memang berat..Dah lah jenis kalau berjalan takmo duduk dalam stroller, nak taknak kena dukung jugaklah, esok mama dah tua tak boleh jalan, ko tak dukung mama, siappp ko Bobot..hahahaha..
 
Dah pandai membebel jerit2, kadang tu saje je dia jerit..Grrr..Perangai baru sekarang ni dah pandai taknak balik rumah, biasa aku amik dia dari rumah baby sitter berjalan menuju ke pintu rumah, sekerat jalan dia dah mengamuk dah lembikkan badan dia menghala ke tangga ajak turun bawah.Belum lagi citer aku masuk rumah kunci pintu, dia dah mengamuk2 taknak masuk, yang rajin layan dia paklang n maklang aku, mujur sebelah rumah sedara sendiri, dengar Iqy melalak takmo balik, terus dukung Iqy bawak jalan.Haishhh jenuh camtu.Sekarang ni tiap petang, kalau abah dia keje pagi, mesti tunggu kat bawah round2 naik motor, suka lah tu sampai tertido-tido..Balik rumah melalak..Grrrrr...Rasa nak cepuk2 je kekadang taw..
 
Makin garang n kepala hangin, yuppp sebijik macam mama kauuu..Yela baik aku mengaku kan..hahah..Like mama like son.So bila anak mengamuk takleh lah nak marah sebab anak mengikut perangai sendiri kan, takleh nak salahkan anak, redha jela..huhuhu..Henpon abah dia dah selalu sangat jadi mangsa balingan padu, kesiann henpon abah.huhuh.
 
Paling suka iklan UTC, Asmaul Husna, dan azan..Time tu je dia akan duduk diam2, kalau orang lain bising, dia akan marah..Garangg weyy dia ni..Iklan mee maggi tu suka benor dia tengok budak pempuan comel tu, nak awek camtu lah tu.Kalau tengok iklan tu mesti senyum2 gatai.Eeee sunat kang baru taw.haha..Dan suka joget goyang bontot n kepala bila dengar lagu Karoot Komedia..Pandai plak tu dia tiru gaya orang tu berdikir barat..kelakar...
 
Nak tulis pasal dak iqy ni memang tak akan habis.Yang pasti apa yang boleh aku simpulkan, aku sekarang dalam zone mencabar..Mencabar okey jaga anak yang baru nak belajar explore macam-macam ni.Memang kena kuat fizikal n mental..Aku kadang tak kuat jugak, tu yang selalu jadi tarzan kat rumah kalau tinggal berdua je dengan dia..hehe
 
 
 
 
HAPPY 10TH MONTHSARY, BOIPREN MAMA..
MAMA LOVE YOU
mmmhmuahh!! 

Friday, November 21, 2014

Rizqy tempat ketiga "Peraduan Senyuman Bayi Paling Menawan".


Alhamdulillah, Iqy menang lagi dalam 'Peraduan Senyuman Bayi Paling Menawan" kat FB.Ekceli masuk peraduan ni tak letak harapan tinggi pon untuk menang, masuk just suka-suka je sebab ramai plak PM suruh masuk kan Iqy, ramai jugak supporter dak Iqy ni taw, dah boleh bukan Fanclub kalau gini,kahkahkahkah,.Keputusan diadili 30% undian like dan 70% pilihan juri.Aku kalau undian like macam tak berapa nak gemar dah memancing like, dulu rajin lah zaman bujang dulu, banyak masa free kan.Tapi yang buat tertarik 70% pilihan juri tu, maknanya kalau undian sikit pon still ada harapan cerah untuk menang.Dah lah yang masuk ni berganda-ganda lagi comey-comey belaka, hampir 2 ratus orang taw yang join peraduan ni, yang undian paling tinggi cecah 10ribu like, giler ahh, aku terus tak layan dah..Aku pon tak share sangat gambar Iqy ni suruh orang like, sebab dah give up..Rasa macam tak boleh menang dah.


Alih-alih masa 19 November tu tetiba terperasan kat wall dorang dah umumkan pemenang.Mulanya aku buat dekk je, sebab tak rasa macam Iqy boleh menang, sekali eh macam kenal je pemenang tu..Rupanya Iqy terpilih sebagai pemenang tempat ketiga, yang undian ribu-ribu langsung tak tersenarai pon.Maknanya betul lah, 70% undian daripada juri yang memilih.Alhamdulillah, tak sangka dalam ratus-ratus yang join Iqy terpilih walau hanya tempat ketiga, tapi setakat ni Iqy masih memegang rekod tanpa kalah..Bukan nak riak taw, just sharing perasaan je.Iqy ni memang dari dalam pantang dah dilatih beraksi depan kamera, sebab tu dia pantang nampak kamera tersengih-sengih macam kerang busuk.Kalau pergi mana-mana plak, peminat dia dah macam peminat retiss plak, aku plak yang naik segan, aritu pergi makan kat kat Seksyen 7, masuk je restoran tu kebetulan time lunch, awek-awek yang tengah lunch boleh menjerit-jerit teruja sambil panggil2 Iqy,sampai pergi kat meja nak main n dukung Iqy, orang lalu lalang pandang pelik je, agaknya orang tanya apa lah yang spesial sangat budak tu..?hikhikhik.Aku memang jakun sikit lah, sebab sebelum ni sebelum takde Iqy, aku pegi mana-mana, takde plak orang jerit-jerit teruja sambil tekup2 muka cakap Ohmaiii ohmaiii...hahahaha,,So, bila dah ada Iqy ni, aku macam kejutan budaya sikit.Tu baru citer kat restoran, belum citer kalau aku pegi klinik, pegi bank, petugas yang tengah kerja kat kaunter pon boleh bangun dari tempat duduk nak usik Iqy je, haishhh kang boss ko marah ko jangan salahkan aku plak ek.hahah..Dan soalan yang lazim orang akan tanya, "adik ni ada mixed blood ke?" Jawapannya ko rasa??? Memang takde mixed blood pon, kebetulan je muka dia Pan Asian gitu, mungkin sebab masa peknen kan dia aku obses tengok gambar2 anak mat saleh, anak arab semua, dan aku selalu amalkan doa Nabi Yusof..Hihihihi..Ni semua pinjaman Allah kepada aku n Abi..Lahirnya Iqy membawa tuah dalam kehidupan kami, terima kasih pada yang kasih dah sayang pada Iqy.Doakan Iqy jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia akhirat,Tu je yang aku minta..Keindahan wajah dia merupakan satu bonus je untuk dia, semua tu pinjaman, harap peribadi dia pon seindah wajahnya juga kelak, insyaALLAH..aminn

*bukan entry masuk bakul angkat sendiri yer, ramai yang tanya, so aku jawab kat blog jela, lebih privasy gitu, kalau orang baca pon, anggap jela aku bermonolog sendiri, aku segan nak mengaku anak aku hensem comey apalagi nak puji anak sendiri, tapi entry ni aku sekadar menjawab soalan, harap yang bertanya dapat jawapan seandainya terbaca entry aku ni,yela kalau citer public sangat pon contohnya "apa petua ko dapat anak hensem putih gebu mcm Iqy tu?" pastu kalau aku jawab "ooo aku amalkan doa nabi yusoff masa ngandung dia," msti orang kata laaa nak showw off lah tu dia selalu baca quran..Haaa tu yang aku taknak tu..Bila citer kat kat blog, yup mesti ada yang cakap belakang jugak, tapi niat asal aku bila Iqy besar nanti dia kan baca apa kisah dia masa kecik-kecik dulu.Tu jeee...Dan, kalau tak suka, toksah lah baca blog aku kann..Tak paksa pon,,Yang pasti anak-anak yang dilahirkan ada keistimewaan dia yang tersendiri, semua baby lahir-lahir je dah cutee, memang tak dinafikan..Ni pon malas nak citer detail-detail, kang orang muntah..Kadang-kadang aku taktaw nak jawab apa,hakikatnya aku mahupon Abi takde darah campuran.Kalau belah mak aku ada campuran Baba Nyonya Cina + Bugis je.Tu pon generasi dulu-dulu lah, tiba tang aku takde dah tempias baba nyonya bagai tu..Kalau belah Abi, Abi cakap takde jugak.Tapi macam ada, tapi yang pasti bukan keturunan mat saleh or arab or pakistan..Walaupon orang selalu cakap Abi macam mat saleh lah, macam banggali jual karpet lahh, pasrahh jela..Abi plak kalau orang cakap Iqy macam anak mat saleh, dia jawab Iqy ni cicit mat saleh bukan anak mat saleh sebab atok Abi nama Salleh..hahahahah...Sioottt je Abi.

SO, HAKIKATNYA IQY  BERDARAH CAMPURAN MAMA + ABAH DIA SAHAJA..Takde mixed blood mat saleh ke pak arab ke, pakistan ke,seperti yang digembar-gemburkan.Eh cakap takde mixed blood pon orang cakap poyo taw, kononnya ingat aku nak berahsia lah kengkonon..dah memang takde takkan aku nak cakap ada..kang lagi kena hentam teruk..hahaha..Tak paham aku ni kengkadanag, jawab salah tak jawab salah..Bila jawab kata nak menunjuk2 perasan anak ko sorang je hensem, comey bagai, tak jawab kang kata poyo nak berahsia lah plakk..Haaa sekarang aku dah jawab...Lama giler peram jawapan ni, kalau tak puas hati meh kaji susur galur asal usul kami laki bini,,kikikikikiii..

dan sebagai sebagai penutup

              TAHNIAH ANAK MAMA..(entry dah melalut saje pinjam entry ni untuk jawab soalan)

Tuesday, November 18, 2014

8 bulan


17 Mac 2014 - 17 November 20124 
Happy 8th Monthsary Rizqy Hafiy Aish.Hadaplah entry celebrate monthsary Iqy ni tetiap bulan.Nanti dah masuk ulang tahun, kira tahun plak yer, time tu dah tak gigih dah mama nak mengira bulan.hihihi..
Bulan ni seronok giler dapat jaga Iqy secara full time, sebab mama dah berhenti kerja.Seronok kan dapat besarkan anak depan mata, 24 jam ngadap dia je.Nak-nak plak sejak dua menjak ni Iqy dah banyak tunjuk perangai baru, makin panjang akal, yela dah besar kan dia tu.

Dia dah pandai fahami apa yang orang cakap, misalnya bila dia berdiri, nyanyi lagu ketiyak kepopo mesti dia joget sambil goyang-goyang tangan n tersengih macam kerang busuk.hihi..Pastu bila cakap "Iqy pandai..." dia akan tepuk tangan sambil tersenyum bangga.Pandai sangat lah tu.hikhikhik..

Belom pandai merangkak tapi sedang berusaha keras ke arah itu.Esok lusa pandai la tu..Aku pon dah kurangkan penggunaaan walker kat dia, nak bagi dia belajar merangkak dulu.Kalau duduk dalam walker dia, dia punya laju kemain.Pastu terkinja-kinja dalam walker tu nasib baik tak roboh walker tu.hahah.

Dah pandai ajak jalan, kalau duduk rumah lama sikit mulalah ajak dukung sambil badan mengerekot tala ke pintu.Pantang tengok orang bersiap, lagi-lagi kalau aku tengah duk sarung tudung, dia dari dalam walker terus rempuh aku dengan kejam nya pastu tarik baju aku takmo lepas, pastu merengek-rengek mintak dukung, takut benor kena tinggal.

Dan lagi satu sekarang ni dia dah pandai "touching", pantang orang sebut "amboiiii dia tu", uwaaaa melalak.Tapi aku suka buli dia, saje je "amboi' kan dia, sebab dia akan nangis manja gitu, geram je tengok..hikhikhik.

Makan plak sekarang dah pandai memilih nak makan yang sedap-sedap je yang ada rasa je.Dan paling buat aku terharu dia hanya nak makan bubur masakan aku je.Masa pergi kuching aritu aku terlupa bawak blender n makanan dia, so aku order bubur ayam je kat restoran, tapi dia takmo makan.Sampai muntah2, aku try bagi Heinze pon dia takmo makan sambil kerut-kerut muka.3 hari kat Kuching, selera makan Iqy menurun, dia rindu masakan aku.Alololo suweettt taw tak..Balik je dari Kuching, aku masakkan bubur untuk dia, banyak dia makan,Ternyata dia dah terbiasa dengan masakan mama dia.Aku memang berniat supaya dia akan ingat n rindu dengan masakan aku sampai dia besar nanti.Walaupon dia dah kawen nanti, biar dia duduk dekat-dekat je dengan aku, jangan duduk jauh-jauh..hikhikhik..

Aku tak nafikan aku seorang mama yang garangggg!!!..Selalu je kena marah dak iqy tu, tapi marah seorang mak, tak luak mana pon, anak pon tak takut, dah kena marah pon cari mama jugak, meleset kat mama jugak macam takde benda berlaku.Bila dah berjiwa mak2 ni, kadang nak marah pon tak sampai hati, alahaiii anak.Tapi tu lah hikmah dia sejak aku berhenti kerja ni, aku mampu kawal emosi aku.Aku lebih tenang bila berhadapan dengan Iqy yang semakin meningkat naik tu, mula-mula aritu stress jugak,tapi stress tu taklah seteruk stres pegi bekerja.hihi.Tapi sekarang, dah takde dah dengar aku marah-marah Iqy, dah faham dah peel dia camne kan..hahaha..Cuma selalu kena "amboiii" je, saje suka buli anak sendiri..hahahaha...

Tapi sayangnya, aku takleh lama jadi surirumah ni, aku kena kerja jugak untuk sama-sama Abi besarkan Iqy..Nak dia ada kehidupan selesa takmo cukup-cukup makan je,insyaALLAH sedang mencari-cari kerja baru, aku kena berkorban masa menjaga anak seperti sebelum ni balik, maafkan mama Iqy, takpe2 nanti mama reward bawak Iqy gi jalan-jalan selalu ek..

Sepanjang proses pencarian kerja ni, enjoy giler okey, gi intebiu bawak anak taw.Kehulur kehilir pegi cari kerja bawak mak aku n anak.Saje bawak Iqy sebagai sumber semangat nak cari kerja.Asal gi intebiu je niat untuk anak.Berkat nama anak RIZQY.alhamdulillah semua intebiu yang aku pergi aku dapat.Cuma sekarang tinggal aku je nak pilih nak kerja yang mana satu.Alhamdulillah Allah permudahkan proses pencarian kerja aku..Berkat hangkut anak kehulur hilir lah ni.Tenkiu Iqy tenkiu Mak tenkiu Abi, orang-orang yang sentiasa support apa pon keputusan yang aku buat..Syukurr...

Dah melalut dah citer lain..Okey moh layan seketul dua gambar-gambar budakbujang 8 bulan tu..Gigi dah ada 2 batang sekarang kat bawah.Kerja dia asyik nak mengokak orang je.Asal dukung dia gigit bahu, kalau tengah tido, selamber dia je gigit tangan orang, gigit kepala lutut orang, bila bagi tangan dia sendiri, taw plak dia gigit slow-2..Grrrr..


Ma!!!Nak ashik tanbah satu!!




HAPPY 8TH MONTHSARY BOBOT MAMA!!!

Tuesday, October 21, 2014

Walker untuk Rizqy

Ni hadiah sempena Iqy genap 6 bulan, bulan lepas.Genap umur 6 bulan dapat dua hadiah, satu dapt "makan", kedua dapat walker..Ingat senang ke aku nak bodek abah Iqy ni suruh belikan walker untuk Iqy, susah wey susah..Kena merajuk-rajuk dulu baru dapat..Kadang aku pon konpius ,sape yang nak naik walker ni sebenarnya, aku ke Iqy, hahaha..Mak dia plak yang lelebih dah kenapa kan..hehe..Sebelum orang hentam pasal keburukan walker ni biar aku cerita dulu ok..Ikutlah pendapat masing-masing, pendapat aku, takde masalah pon walker ni asalkan kaki anak dah cukup kuat untuk  berdiri tampong badan dia, so takde masalah kaki bengkok ke apa, yang penting sebagai ibubapa, kena sentiasa pantau lah, janganlah ko biarkan je 24 jam anak ko dalam walker tu..Macam Iqy ni, aku taknak dia skip alam merangkak, so aku kurangkan aktiviti dia main walker ni, kalau sebelah siang dia dah main lama kat rumah ibu dia, balik kerja aku tak naik kan dah walker tu, aku letak je dia golek-golek kat bawah, biar dia belajar merangkak dulu sebelum berjalan.Biarlah ikut step by step kan..Nampak hasil jugaklah, sebab dia sedang belajar nak merangkak sekarang ni..Dah angkat-angkat bontot dan goyang-goyang, cuma belum maju kedepan lagi..Asyik kebelakang je..hehe.



Ni masa hari pertama abah dia belikan walker baru untuk dia, sebelum ni dia guna walker kat rumah ibu dia je..Sejak abah dia tengok sendiri dia naik walker tu, barulah abah dia bagi green light belikan walker tu, semangat tu, aku balik kerja je, terus ajak aku pergi beli walker untuk Iqy.hehe..

Aku tergerak hati nak pergi beli kat kedai mainan sebelah JPN Puchong Utama, kat situ mainan budak memang murah-murah lah..Time pergi plak ngam-ngam memang tengah ada sale..Paling murah RM50++ , tapi Abi berkenan yang ni, tambah duit sikit je..RM99..Nampak kukuh sikitlah..Tak besar sangat dan tak kecik sangat, sesuai dengan keluasan rumah kami yang sekangkang semut tu je..hihih..


Suka lah tu dapat hadiah..Dah ushar dah hadiah baru yang akan di"pow" kat abah dia, Nampak macam abah dia pon berkenan..Tungguuu...Mama abah kumpul duit dulu ok..hehe


Ni masa celebrate sempena Iqy tumbuh gigi sebatang, kemain gigi tumbuh sebatang pon nak celebrate..Giler mak ko ni..hahaha..Dah nama pon #peminatfanatikanaksendiri.,nak wat camno kan..Sempena gigi tumbuh sebatang, mama abah, atok, nenen, neklang, toklang, achu Amy n Ashu Tasha bawak Iqy main walker kat Dataran Putrajaya..Haaa mainlah  puas-puas..Tapi Iqy terkelu lidah bak kata omputih "speechless" sebab luas sangat tempat tu, biasa main kat dalam rumah, jalan sikit langgar pintu, jalan sikit langgar kerusi, haa sampai sini, dia termenung lama, tengok je orang main, lama jugak dia dok diam camtu je, dah lama sikit baru dia berani explore, tu pon dekat-dekat je, alih-alih pantang nampak abah, terus mintak dukung..Penat kot jalan guna walker tu..hehehe..



IKLAN : RUANGAN TAPAK IKLAN UNTUK DISEWA (bawah header).BERMINAT SILA HUBUNGI elfekluz1921@gmail.com

Thursday, October 2, 2014

Toncet



Ginilah rambut Iqy terkini, panjang dan lebat, kalau tengok rambut belakang dia dah cecah bahu dah..Iqy memang dilahirkan dengan rambut yang lebat sempurna, alhamdulillah..Siap pakej sideburn kiri kanan lagi masa baru lahir, tu yang dapat gelaran "baby hensem" masa kat hospital dulu..Jejaka hot ni masa kat hospital, sampai sekarang masih "Hot & Spicy" lagi..kehkehkehkehkeh..

Lepas pantang dan lepas kenduri majlis kesyukuran, rambut Iqy digondolkan botak licinnn aummm gitu.Nak ikutkan sayang nak botakkan, tapi demi kebaikan aku pasrah je, tapi alhamdulillah harini cukur, esok dah rasa tajam2 dah kat kepala dia, cepat betul tumbuh.Dalam masa seminggu dah nampak naik je rambut dia macam baldu.Legaa bila tengok rambut dia tumbuh sihat semula,.Dan sampailah sekarang, rambut Iqy dibiarkan begitu saje, sekali je abah dia pernah trim sikit rambut kat tepi telinga dia sebab dia asyik garu telinga dia sampai luka, geli rambut masuk telinga kot..



Ni paling latest hari Ahad aritu aku ikat toncet kat rambut dia..Alololo dah macam gigirl lah plak..Elok plak dia tak tarik, suka agaknya rambut kena ikat, rasa legaa je agaknya..Plan nak biar panjang rambut belakang dia tu..Nak kasi nampak rock kapak sikit, sebab muka dia "jambu" sangat kan..hewhewhewewhew..



Wednesday, October 1, 2014

Dah pandai apa sekarang?



Sejak dah masuk usia 6 bulan ni, setiap hari ada je benda baru yang Iqy ni tunjuk..Kalau sebelum ni aku risau jugak dengan perkembangan Iqy ni, cepat jalan ke anak aku ni, cepat merangkak ke anak aku nanti, cepat berjalan ke tak anak aku ni? Masa 3,4 bulan dia aktif yang so-so je, tak seaktif macam bayi2 lain yang seusia dia disebabkan faktor badan dia yang agak tembun tu.Anak buah aku yang tua sebulan dari dia pon dah melasak tak reti duk diam dah, tapi Iqy still slow n steady je, jenis macam abah dia tak suka tunjuk kelebihan diri kat orang, suka tunjuk kat mama abah dia je.Kalau pergi rumah nenek ke, rumah sesiapa ke, dia statik je macam tak pandai apa-apa lagi, padahal kat rumah dia aktif jugaklah, asal sikit meniarap..Bila kat rumah orang, orang tanya anak ko dah pandai apa? Aku cakap lah dah meniarap..Tapi Iqy tak meniarap pon, orang mesti ingat aku menipu..Grrrr...

Tapi dah masuk 6 bulan ni, alhamdulillah, dia dah makin berani tunjuk kelebihan dia, dia dah makin lasak..Alhamdulillah anak aku normal, tapi nauzubillah baru aku taw camne penatnya bila dia dah start tak reti duduk diam, lagi2 sejak dah pandai bergolek2 ni, taw2 je dah bergolek bawah meja..Kusss semangatt!!!Taw2 je dia dah tarik2 barang kat kabinet tv..Pufffttt...Time tu lah cakap kat diri sendiri, ha.. rasakan ko nak sangat tengok anak ko melasak kann, silalah bertabah mengemas rumah tonggang tonggek..Tu belom pandai berjalan lagi tu, merangkak lagi..Hurmmm..Takpe...takpe...sel-sel otak Iqy sedang berhubung tu..Sel-sel urat mama plak rasa nak tercabut ni..hahahah..

Monday, September 22, 2014

Rizqy dalam Majalah Pa&Ma

Ingat lagi tak aku penah up entry pasal Iqy menang tempat kelima Peraduan Bayi Comel Majalah Pa&Ma..Haaa lupa lah tu, okey boleh klik sini Pemenang Kelima aje pon..Tapi masa tu baru diumumkan kat website Pa&Ma je, sekarang baru keluar kat majalah Pa&Ma..Alaaaa gambar seketul secoet je pon, tapi aku nak gebang jugak.teruja sampai tahap beli majalah sekali 3 terus..Macam biasalah satu untuk simpan, satu untuk letak kat tempat kerja abah dia, satu lagi untuk di framekan..Tak aci lah gambar mama masuk paper elok je di frame, gambar anak yang seketul secoet tu pon nak kena frame jugak, buat kenangan..Bukan selalu dapat masuk majalah kan...hehehehe...


Buat tatapan peminat2 Iqy samaada di blog, IG mahupon di luar sana, bolehlah dapatkan majalah Pa&Ma keluaran Oktober dipasaran sekarang..Tapi  gambar Iqy kecik je lah pon..hahahaha...


Tudiaaa...Secoett je kan gambar Iqy..Nasib baik gambar muka penuh setepek, nampak lah jugak dari jauh..hehehe...Jadiklah dari takde kan...

Wednesday, September 17, 2014

Rizqy setengah dozen



Harini genap setengah dozen umur Rizqy bersamaan 6 bulan..Weeee cepat betol.Rasa macam baru je karang entry dia 5 bulan aritu, ni dah entry untuk 6 bulan plak..Alahaiii anak, cepatnya membesar..Sekarang dah start nak melasak dah, tak lama lagi mama kurus lah dok kejar dia je sana sini..Dah pandai tak boleh kena tinggal sekejap, aku nak ke dapor pon dia dah bising..Kecoh satu rumah..Nak tengok muka aku depan mata dia je, haishhh satu keje umah tak jalan kalau camni,.

Oh yer, bulan ni excited sangat sebab Iqy dah start makan, maka jadual harian mama pon dah bertukar.Sekarang dah kena bangun pagi2 masak bubur nasi untuk Iqy.Kenapa tak bagi puree buah??Bagi jugak, tapi aku ikut nasihat nurse suruh bagi bubur nasi dulu, pelan2 ajar dia makan puree buah plak, lebih berkhasiat gitu kan,

Aku bagi Iqy makan awal dua hari sebelum dia masuk umur 6 bulan, konsider dah 6 bulan lah tu..First aku try bagi puree avocado, avocado ni makanan pertama yang terbaik untuk bayi katanya, tapi tak ramai yang taw, mak aku pon macam pelik nape aku bagi puree avocado..Tapi aku dah explain dah kat mak aku yang avocado ni banyak vitamin yang baik untuk baby, yela orang2 dulu ni percaya bahawa nasi sahaja yang mampu mengenyangkan..Mungkin bagi pandangan dorang, kalau bagi buah mana nak kenyang budak tu, padahal okay je sebenarnya..Tak semestinya budak tu merengek je tandanya lapar kan..Tapi aku pasrah jugak, dalam dok bagi puree avocado, aku selit jugak bagi bubur nasi, kang orang cakap aku tak sayang anak plak, bagi makan buah je...alahaaiii...kdg2 serba salah dibuatnya...hahhaah..

Rasa macam nak beli walker untuk Iqy, tapi abah dia macam tak berapa nak bagi kelulusan je, memang ada dengar pasal keburukan walker baby ni tapi dibolehkan bagi bayi 6 bulan ke atas sebab kaki dah makin kuat..Kalau umur 3 bulan dah naik walker, pikir lapan belas kali jugak aku...hahahah...Alaaa acaner ek ?? Rasa macam nak gi beli walker tu petang ni jugak..Tapi abah Iqy....hurmm hurmm hurmm...




Friday, August 29, 2014

Rizqy cucuk 5 bulan

Saje nak update pasal Iqy kena cucuk sempena 5 bulan..Bulan ni appoitment Iqy kat Klinik Kesihatan (KK) lari sikit dari tarikh sepatutnya Iqy 5 bulan.Biasanya selang beberapa hari je lepas dia genap usia bulan kan.Iqy 17hb genap 5 bulan, tapi appointment 26hb, aku kerja half day Rabu aritu, Abi plak kerja shift pagi, so tengahari dah balik kerja, boleh join gi KK sekali.

Balik kerja 12.30 terus amik Iqy dari rumah babysitter, lepas tu terus lepak rumah mak aku dulu, tunggu Abi balik, appointment kul 3ptg, sempatlah dak Iqy tidur seround, tu pon tak lena tidur, asyik kena buli je dengan maksu Tasha dia.Pukul 3 pergi KK, uihhh ramai plak orang, jenuh nak menunggu, Iqy plak dah "banyak kerja" sekarang ni, nak berdiri tepuk2 meja lah, pusing sana pusing sini, nasib baik dia tak meragam, aku rasa dah boleh kot bawak dia masuk panggung tengok wayang, hahaah..Paling koman pon dia mesti tertidor punya dalam panggung nanti, dia macam nyamuk, kena aircond je tidurr..hahaha..

Macam biasa kat KK, mesti kena lalui step by step barulah setel sume boleh balik, bila nama Iqy dipanggil, kena bogelkan Iqy untuk timbang berat dan ukur tinggi, oiiihh ni memang Iqy suka lah kalau part buka2 baju ni, makin ligat lah dia berpusing2 , nak pakai baju balik pon susah.pffftt...

Berat Iqy untuk 5 bulan ni :

Berat : 9.3kg
Tinggi : 69cm

Alhamdulillah , berat badan Iqy ideal gituu, sesuai dengan ketinggian dia..Walaupon orang ternganga mulut bila dengar berat dia yang dah hampir sama dengan seguni beras tu..hahaha..Alhamdulillah tak obes..Sepanjang dok menunggu giliran tu, ramai yang menegur Iqy ni, susah jadi budak hensem ni taw..hahah..Bila cakap umur Iqy baru 5 bulan, mesti orang terkejut..Badan dia panjang , Sadoo plak tu, orang ingat budak setaun  dah dia ni, tapi bila dokong, lembik lagi, baru orang percaya dia baru 5 bulan..hehehe..Nurse2 kat situ plak dok panggil dia "anak arab", siap panggil "pak syeikh" lagi..hurmm hentamlah labu, arab pon arab larr.Taktaw lah kenan pak arab mana dia ni..pfffttt..

Lepas dah timbang semua, nurse pon bagitau lah yang bulan depan Iqy dah boleh start makan bubur nasi.Nurse cakap genap je usia 6 bulan, terus bagi Iqy makan, aku exciteddd weyyy, excited sangat bila tak lama lagi anak dah start makan, tak sabarrr tunggu Iqy genap 6 bulan.Tapi hurmmm rasa cepat sangat masa berjalan, rasa tak puas lagi jaga dia masa kecik ni..hehe, tak lama lagi dah besar, dah berjalan, dah berlari, nak ke tak lagi dok berkepit ngan mama, alahaiii sindrom mak2 sangat aku ni taw..

Lepas dah dengar penerangan dari nurse tu, bawak Iqy ke bilik suntikan plak untuk cucuk kat peha gebu dia tu.Sebelum kena cucuk, sempat lagi nurse tu perah2 peha Iqy yang montok tu, sampai merah2 peha dia, geram punya pasal..hahaha..Dia dah start meronta2 dah time aku pegang peha dia tak kasi bergerak, ni baru kena pegang peha, belum kena cucuk lagi..Pastu sappp!!! nurse suntik jarum kat peha Iqy, reaksi Iqy ...Hurmmm, cool n steady macam takde menda berlaku je, ke sebab lelemak kat peha tu tebal sangat sampai cucuk jarum pon tak rasa..ihkihkihkih..Gud Boyy anak mama..Sedut gas kemain nangis lagi, cucuk montot macam takde menda berlaku je..Heyyy autaa lebih taw budak ni..Kadang2 mama konpiuss taw tak..


Layan ekeperimen dari mama dulu..Iqy pasrah je diperlakukan apa saje kat dia..Terserlah ke"azroyy"an nya kat situ, dengan kie dekat dahinya, amboiii mama dia tengok pon cair tawww..Ni kalau posing kat motor abah dia lagi mengancammm ni..Okey tggu next "eksperimen", tau lah mama dia kerjakan nnt..heheh


Ni gambar sebelum gi cucuk montot, main selfie2 ngan Ashu Tasha dia..Balik dari klinik, mentidooo dalam kereta, ubat cucuk tu mengantuk ke atau Iqy dah memang ngantuk??huhu..

Stock sebulan


Rutin baru setiap bulan, aku suka beli sekali harung untuk sebulan terus, senang sikit.Iqy punya stock susu sebulan 4kg-5kg, maknanya 4 kampit atau 5 kampit.Kadang2 4 kampit je sebulan, kadang2 ujung bulan kena beli lagi sekampit..huhuhu..

Iqy sekarang dah fully minum susu formula, jangan nak hentam aku plak ek, setiap yang terjadi mesti ada sebab2, bukan saja2 nak bagi anak susu formula.Dan jangan terlalu berbangga dapat fully breastfeed anak, sebab rezeki kita lain2..Dah rezeki aku takat tu je nak buat camne kan..Aku pasrah..Mybe anak kedua nanti rezeki susu badan aku mencurah2 plak.InsyaALLAH..Doakan ekk..

Tapi aku berjaya ajar anak aku "tak berbuai" dan "tak berputing".Tapi aku takde plak nak bangga2 , gebang2 kat orang lain yang aku handal sangat ajar anak tak berbuai dan tak berputing.yelaa mungkin anak pertama aku ni jenis yang senang dijaga tanpa perlu buai dan puting, tapiii aku selalu pikir camne lah anak kedua nanti, orang kata lain anak lain peel dia, kite takleh nak samakan anak kite dengan anak orang lain, mungkin anak kite selesa tidur tak berbuai dan berputing, tapi anak orang lain yang terpaksa diberi buai dan puting, takkan kite nak hentam mak nyer plak, dah itu jalan terbaik untuk anak dia, mungkin kalau anak dia tak berbuai dan berputing, anak dia akan menangis melalak sampai pagi, haaa takkan dia nak biar je anak dia menangis, mesti lah nak cari solution kan, kalau aku ditempat mak2 yang camtu pon, aku dah tak pedulik apa pandangan orang lain dah, lantak lah kalau nak berbuai pon , lantaklah kalau nak berputing pon, asalkan anak aku diam tak menangis..Kalau anak menangis je tak henti2, yang susah hati sape, mesti mak ayah kan, bukan orang yang hentamm kite tu nak jaga...hahahah..

So, pendapat aku, jangan memperlekehkan cara orang lain jaga anak dorang.Jangan lah pandang "enteng" ibu2 yang bagi anak minum susu formula, janganla pandang "slack" kat ibu2 yang ajar anak tidur berbuai dan berputing.Semuanya mesti bersebab, jangan suka menghentam orang tak tentu pasal..Macam ko je ibu yang paling perfect kat dunia ni, macam ko sorang je sayang anak ko, ooo yang bagi susu formula ni tak sayang anak lah ek...Yang bagi susu ibu tu sayang anak, heyy takleh lah cakap camtu, jangan cepat menghukum orang, tapi apa2 pon aku tetap respect ibu2 yang berjaya breastfeed anak2 dorang..Tahniahhh korang..Doakan adik Rizqy nanti dapat merasa susu badan selama yg diperlukan..InsyaALLAH...

*nak citer pasal stock susu je tapi dah meleret2 ke cerita lain..Sorry ehh!!.hikhikhik

Friday, August 22, 2014

First Time Rizqy kena sedut gas

Susah hati kan kalau anak sakit, lagi2 first timer mama macam aku ni, cepat panik, walau anak selsema sikit je, dan2 tu jugak hangkut bawak gi hospital.Sekarang ni batuk selsema demam bukan boleh buat main2, macam2 kes sekarang ni...Risauu aku..

Ni citer hari Rabu baru2 ni, aku MC pagi tu..Pagi2 pihak talent agency call bagitau Iqy terpilih untuk casting iklan,tu yang aku terus MC tu,,(tu nanti aku citer)..Lepas settle bawak Iqy gi casting semua terus pegi Hospital Assunta..Nasib baik jarak studio casting dengan hospital dekat je..


Lepas register, macam biasa kena timbang dulu..Mak oiii dalam tak sihat, berat naik boleh tahan jugak ko ni Iqy oii..9kg sempena usia 5 bulan...hahaha..Lepas tu giliran jumpa doktor plak, doktor cakap nafas Iqy tak berapa nak cantik, kahak banyak, takut masuk paru2 nanti kena jangkitan kuman plak, dan paling takut sekali boleh kena asma..So, doktor suggestkan sedut gas, dulu aku ingat pesakit asma je yang kena sedut gas ni, rupanya gas ni berfungsi untuk cairkan kahak jugak rupanya, tapi ramai jugak yang kata tak elok sedut gas ni? Nape ek? Aku tanya doktor, doktor kata takde side effect apa pon cuma membantu cairkan kahak je..Aku try sedut jugak, bau macam daun sirih..Doktor cakap OK, aku pon OK kan aje..Kalau dengar cakap orang, macam2 pendapat, kang aku yang pening..Kang anak aku lagi bertambah teruk sakit kang..Baik aku dengar je cakap doktor tanpa banyak bunyikk..


Melepettt je kat abah, tengah tunggu misi datang nak pasang menda alah tu kat hidung dia..Muka Iqy stresss je..Mainan tu pon tak mampu nak senyumkan Iqy time ni, macam tau2 je..huhu



Ok misi dah datang sediakan apa yang patut..


Iqy kena sedut 2 kali selang setengah jam..Yang first round tu Iqy meraung mnjerit teruk..Mula2 aku pegang Iqy, Iqy meraung2 teruk, Abi cakap biar dia plak pegang Iqy..Bila dia pegang, dia plak yang nak menangis dengar anak meraung2 camtu..Aku?? Menangis meraung dalam hati je, aku kena kuat..Dah kalau mama abah anak semua menangis, lagi lemah lah anak tu kan..Nasib baik mak ko ni jiwa kental tauuu..Padahal aku sebelum jadi mak2 ni, aku cepat menangis, cepat tersentuhh, tapi bila dah jadi mak2 ni, kental semacam jiwa aku..Giler tak sedih tengok anak meraung2 camtu, tpi aku kuatkan hati kuatkan semangat nak yang terbaik untuk Iqy, biar nampak macam kejam sikit paksa Iqy pakai menda alah tu, tapi tu semua untuk kebaikan dia..Lagi pon doktor kata, lagi elok dia menangis sambil sedut gas tu lagi senang gas tu masuk..Hurmm...Tapii jiwa kena kentalll okeyy....Sedih weyyy sekarang ni pon rasa nak nangis bila ingat balik..Papa aku sampai termimpi2 Iqy lepas tengok video Iqy nangis sedut gas tu..ALLAHHH...!!!Ciannyer..



Lepas setengah jam, kena sedut lagi, tapi masa tu iqy dah tidur atas pangkuan aku, Iqy kalau tido ko buatlah apa pon dia lenaaa je, hihihi..Kali kedua tu okay je dia sedut sambil tido..

Keesokkannya plak doktor suruh datang lagi sedut gas lagi, nak cepat baik punya pasal, sanggup aku berulang alik Puchong-PJ..Sampai je boleh terus masuk sedut gas takyah tunggu giliran, memula risau jugak takut Iqy melalak macam semalam, puas aku kepit dia ketat2 tak bagi dia meronta2, alih2 eh elok je dia pasrah sedut gas tu, siap senyum2 angkat kening lagi..Gud Job bebeh..Barulah macho tak nangis..

2 hari ulang-alik ke hospital, mama Iqy dapat ramai kawan, semua patient suka tegur Iqy, cina india melayu semua tertarik kat Iqy ni, semua dok panggil budak hensem, budak hensem..hahaha..Yang dia pon kemain senyum2 senget dengan orang..Siap ada kesan lipstik lagi kat pipi Iqy, kasanova sangat taww...Ish ish.ishh..Tu dengan orang tak dikenali tu, belom lagi bawak dia kat department Abi, lagi teruk dia kena gomolll dengan kawan2 sedepartment Abi kat hospital tu..ahahaha..Nasib ko lah nakkk...



Ni video second day, cool and steady je dia...Kemainnn lagi ko kann...

Tuesday, August 19, 2014

Photoshoot Rizqy tema pilot (Captain Rizqy)

Dari Iqy dalam perut, ter"berangan" nak Iqy jadi pilot dah besar nanti..Dah lah masa ngandungkan dia suka sangat kalau isu2 pasal kapal terbang ni, masa tu plak tengah hot isu pasal MH370, ari2 overnight tengok astro Awani nak tau perkembangan pasal MH370 ni, padahal sebelum2 ni aku bukan jenis yang suka amik port pasal isu2 ni, lagi plak nak bersengkang2 mata tengok berita pasal isu tu sampai ke pagi, padahal esok tu nak keje..Memang takkk arrr kan..Tapi bila ngandungkan Iqy, aku kemain suka nak taw setiap perkembangan MH370,,Semualah pasal penerbangan ni,kapal terbang ke, jururterbang ke, isu hijack lah..Smpaikan malam sebelum bersalin Iqy pon sempat tengok wayang citer pasal kapal terbang kena hijack tu..Apa ntah tajuk lupa dah..Sambil tengok Iqy dah meronta2 kat dalam perut sibuk bagi hint yang dia nak keluar esok tu, hurrmm balik dari tengok wayang boleh sambung layan astro awani lagi sampai subuh, masa tu perut dah start sakit2 dah, tapi khusyukk dok layan astro Awani..Sok pagi tu baru pegi hospital, malam tu keluarlah Captain Rizqy aiii tu...hehehe..

Tapi ni angan2 mama dia je, dah besar nanti aku akan bagi kebebasan kat dia untuk pilih kerjaya apa yang dia minat, even dia kata nak jadi pekerja kilang sekali pon, asalkan ianya kerja yang halal, aku terima je..heee..

Ok moh layan gambar Captain Rizqy yang bakal menggantikan Zill Faezrul dalam drama Rindu Awak 200%...hahhaa..Gambar ni aku amik kat IOI Mall, boleh pilih costume apa nak pakai then shoot.Masa photoshoot ni, Iqy paling kecik sekali..Masa tengah shoot, ramai orang kerumun tengok aksi dia..Kelakar pon ada..hehehe..


Ni dah macam Inspektor SAhab plak..hahahah


Sebelum fly, kite makan buah dulu ek..


Kantoiii...Captain fly bawak teddy bear...anak mak sangat taw...!!!Awek lari nanti sayangg oii...hahah


Trademark senyum senget ikat tepi satuuu!!!


Captain ketottt..


Ni dah macam penjaga kanak2 melintas plak..Stopp!!!Stop!!! Kanak2 sekolah sedang melintas..Sila perlahankan kenderaaan anda...hahahahaah

Kalau berminat nak photoshoot macam ni untuk anak korang, boleh pergi kat IOI Mall, kat ruang legar tu je, RM10 untuk sekeping gambar 4R..Tapi aku amik pakej 5+1 =RM98.Dapat 5 keping gambar 4R & 1 keping gambar besar..10R kalau tak silap..Saje nak buat kenangan untuk Iqy..Jadikan semangat untuk dia kejar cita2 sebagai pilot, padahal tu cita2 mama dia yang create...hahaha..Sesuka hati ko je kan nak tentukan cita2 anak ko kan Nory..Ntah2 dia nak jadi tukang masak macam abah dia jugak...hehehe..Mama jugak yang untung, ada 2 orang tukang masak kat rumah, mama goyang kaki jela..hahah

Friday, August 15, 2014

Rizqy Stylo Mylo







Bak kata Abi, aku ni suka buat "eksperimen" kat Iqy, suka gayakan dia.Ni nasib anak lelaki, kalau anak perempuan ni lagi aku gayakan macam2.Aku selebet takpe, tapi anak kena styloo, smart sentiasa..Sampai tahap nak tido pon kena smart2..hahaha..Nak gi umah mak aku yang sekangkang kera tu pon kadang2 aku melarammkan dak Iqy..Mak aku selalu cakap, alaaa Iqy ni dah pakai smart2, hensem2 bagai, pegi rumah nenek je pon..hahahaha..Hade makk kesahh??

Aku suka buat #OOTD (Outfit Of The Day) Iqy kat Instagram (follow lah @noryzoulkefle)..Tapi bukanlah niat nak menujuk2 ke takk, tapi sekadar berkongsi, sebab aku pon suka tengok OOTD anak2 orang lain jadikan sumber inspirasi gituu..Tak de plak aku cakap dorang menunjuk2 ke hape..Yela lain orang lain pandangan nyer kan..Yang penting tak baik bersangka buruk kat orang..Tak semestinya upload gambar anak sentiasa bermakna nak menunjuk2 anak dia cantik comel, cer pikir positiff sikit..Biar terhindar dari PHD (perasaan hasad dengki).


Untuk OOTD Iqy kalini, Iqy memakai T-Shirt Baby Geek dari Instg Online Shop @Gobocbaby..Iqy pakai size 1year tu..Ngam2 je kat badan dia..Budak 5 bulan pakai baju budak setahun..Pffftt..Seluar plak dari Baby Kiko, size 2tahun...hahaha..Eh baby kiko aku beli sale murah2 je, takde makna nak beli yang mahal2 tu..Poket tak teball mane dik nuunn oii..Tapi selera tinggi..muahahaha...Kasut plak, nanti aku buat next entry sebab kasut ni paling ramai tanyaa,tiap kali gi beraya mesti ada yang menanya,tak kurang jugak yang PM bertanya, ramai berminat plak ngan kasut Iqy tu mungkin sebab special design ada nama "Rizqy" kat tapak kasut tu..Tapi ada jugak yang mempertikaikan kenapa nama di tapak kasut..Hurmm macam aku cakap, ikut lah pendapat masing2, nak ke taknak..Orang tanya aku jawab je, Nanti ek tggu next entry pasal kasut tu..