Followers

Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Universal Studio Singapore - Masih di JB, aktiviti malam hari.


Pheww ,tarik nafass sikit, cuba untuk teruskan entry ni, penat weyy buat "assignment" pasal USS ni, tapi best, sambil draft sambil senyum meleret terkenang saat2 manis time we'olls bersama aritu..auwww!!Ni nak citer pasal malam pertama kitorang kat JB, masa ni dorang2 semua dalam perjalanan dari KL.Petang tu lepas redeem tiket bas Odyssey, kitorang naik bilik tidoo, ngantokk wey, dahlah malam sebelum tak cukup tido, eksaited punya pasal..Kitorang bantai tido sampai pukul 6.30ptg, pastu siap2 kejap tunggu lepas maghrib kitorang pon keluar untuk dinner.Restoran yang paling dekat,semua dah tutup, aku pon tak faham kenapa cepat bebenor tutopnyer, padahal baru pukul 8mlm kot.

Kitorang jalan depan sikit, kitorang dah google siap2, dan restoran yang terdekat adalah Restoran Singgah Selalu..Tapi nak pergi menghala ke restoran tu, memang azab giler, sebab kitorang terpaksa melintas highway, yup!!! highway...bukan jalan kecik tapiii jalan yang besar dan banyak cabang, dah lah lampu jalan tak berapa nak terang.Kitorang tawakkal jela, perut dah berbunyi ni, macam mane pon perut kena isi jugak, so, kitorang terpacak lah kat tepi jalan tu tunggu jalan betul2 clear, pastu baru kitorang melintas, lintang pukang aku lari time melintas tu.hahaha..Dah melintas kena panjat divider plak, pastu melintas lagi, pastu terjun longkang plak, gilerrr adventure, nak pergi makan je kot..hohoho
Dan akhirnya setelah melintasi segala rintangan, kitorang berjaya jugak sampai ke restoran ni, hurm menarik jugak tempat ni, lebih kurang macam Rasta kat TTDI tu, ada live band, pastu macam2 jenis makanan ada.Tapi yang tak bestnya, mybe aku order salah tempat kot, nasib aku tak baik, sebab makanan yang sampai semua tak memenuhi selera anak tekak aku, tapi dalam tak sedap tu, aku telan jugaklah..Masa baru sampai , sebotol air mineral diberi secara percuma.Macam taw2 je tekak aku haus time melintas highway tadi..hehe..

Ramai jugak orang kat sini, mybe sebab suasana restoran ni yang happening kot, oleh kerana aku ni pecinta muzik, so, kitorang lepak lama jugak lah kat sini layan band, walaupon makanan tak sedapp, tapii air dia sedappp..huhu.Pentas tu betul2 kat tengah2 restoran tu, nampak tak? nampak tak? heeee



Aku order Nasi Goreng Ayam, Abi dgn Tasha order Nasi Goreng Singgah Selalu..Alahaiii biasa2 je rasanyer, kalau ade restoran lain better korang try restoran lain, tapi kalau takat nak layan band sambil minum2 boleh datang sini, bersantai sambil layan shisha ke kan..huhu


 ABC tu sedappp jgak, Abi yang order, tapi aku yang perabihkan aiskrim die..Abi bukan suka makan manis2 ni..ehehhe..So, biar aku selamat kan dulu aiskrim tu..hehhehe..


Lepas dah makan2, dah puas dengar lagu, kitorang pon balik ke bilik, dalam perjalanan balik, ternampak Pusat Karaoke "Suara Ok", aku pon ajak Abi pi usha harga dulu, murahhh beb, murahh..puas hati lah..Kalau ko check in kat tune hotel , boleh jalan kaki je dari hotel, tak jauh pon, kitorang pilih standard room yang berharga RM15/sejam..Kitorang amik 2 jam..Lebih kurang pukul 1 pagi baru kitorang balik..Puas giler dapat karokk...Hoooo hoooo uwooo huoo...Muka aku poyooo habiss...Tengahh feeling tuuu...Jangan kacoo..kihkihkih

Info :

Restoran Singgah Selalu
36 D,E,F, Batu 33/4
Jalan Skudai 
80200 Johor Bahru
Tel : 07-2418 217

             &

Suara Ok Danga Bay
G-01,Blok 7,Danga Walk
Jalan Skudai
80200 Johor Darul Takzim.
Tel : 07- 235 8868

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total yang hangus malam ni  :
Makan malam = RM39.20 (3 org)
Jajan2 untuk makan dalam bilik = RM16.00 *Abi kuat makan jajan
Karaoke standard room (2jam) = RM30.00
Air Mineral = RM3.00 (3 botol)
-------------------------------------
Jumlah = RM88.20
-------------------------------------

Entry sebelum klik link di bawah
Universal Studio Singapore - Perjalanan Bermula
Universal Studio Singapore - Tune Hotel & Odyssey Bus (Penginapan & Transport ke USS)

Thursday, April 11, 2013

Universal Studio Singapore - Tune Hotel JB & Odyssey Bus (Penginapan & transport ke USS)


Sorry lah tajuk je USS, tapi sekeping gambar kat USS pon takde kat sini, aku tengah cuba nak tulis rentetan peristiwa betul2 dari keluar rumah sampai lah masuk ke rumah semula.Dan aku cuba nak kira balik berapa kos2 yang terhangus sepanjang percutian ini.Sememangnya ini percutian bajet, so, aku cuba bajet sebajet2 nya..Walaupon rasa nak meninggal tengok total keseluruhan sebenarnya, nasib baik aku buat step by step, bulan ni booking hotel, bulan depan beli tiket uss, bulan lagi satu beli tiket flight, gitulah gamaknya..Cer bayang kalau sekali harung, memang aku serrender beb, aku bukan orang kaya, poket kepuk2, tapi dalam hati gedik nak bercuti jugak, so, aku redah je dengan bajet ciput, asalkan kaki dapat jejak ke sana..hehehe


Percutian ke USS, obersea gitu, ramai ingat aku stay kat sana, tapi tidakkk sama sekali, aku sentiasa ukur baju di badan sendiri, aku tahu yang aku hanya mampu stay kat dalam negara (JB) je, dan naik bas masuk ke Singapura (USS).Itukan lebih jimat..Aku booking online, ni pon eida tolong book kan, sebab dia antara yang paling rajin dan paaaling suka buat kerja2 remeh temeh ni, salutee habiss kat dia taw..Terjah je laman web tune hotel ni (http://www.tunehotels.com/myuntuk booking online, biasanya harga booking online jauh lebih murah dari harga walk-in.Aku tempah aritu pon kira last minit jugak lah, masa tu harga dah naik sikit, sebelum tu lagi murah.3hari 2malam aku stay situ berharga RM143.65 (tax include) je.Tapi bilik semata2 bilik saja, air-cond, toiletteries, internet, tv, kalau nak, kena add-on dan bayar lah.Aku tak tambah apa2 pon, sebab bukan 24 jam aku duduk dalam bilik tu, guna untuk tidor dan letak2 barang je.So, kalau nak jimat, ikut tips aku ni ekk..Takyah add-on apa2..Sedapp je tidoo, siap berdengkur2 lagi..krohhh krohhh krohh..


Ni masa baru sampai dalam pukul 3.20ptang,perjalanan dari airport Senai ke Tune hotel mengambil masa selama 20minit.. Sampai2 je terus check-in, dia cuma mintak IC je, rekod kita semua dia dah ada dah, tak amik masa yang lama pon, pastu terus dapat kunci,kitorang pon terus naik ke bilik..


Oleh kerana , aku tak bawak towel mandi, so, akhirnya aku terpaksa "add-on" jugak beli towel, bukan lupa bawak, tapi mmg sengaja taknak bawak, taknak bg beg berat.hihi..Towel ni sehelai RM6 je, siap free beg "tune hotel" yang dalam dia ada towel, conditioner dan sabun.Tapi aku tak guna pon sabun dia, aku kan bawak toiletteries aku sendiri..hehe..Aku nak kan beg tu je..hehe..Towel boleh bawak balik takyah pulangkan.


Kitorang dapat bilik bernombor 214, yang berada di tingkat 2..banyak rupanya bilik kat hotel ni, tapiii semua size comel2 je, ruang utk solat pon terhad, time rukuk montot langgar dinding..hahaha..Tapii okeylah, pandai dorang gunakan ruang yg terhad utk mendeko, macam cermin untuk bersolek, die tepek je sebesar2 alam kat kepala katil,senang nak mekap2..hehe


Aku pilih bilik yang twin bed, yang ada 2 katil single, 1 katil untuk adik aku, satu katil lagi untuk aku dan Abi, kitorang dah biasa tido himpit2 ni, muat2 je kitorang tido berdua atas katil single tu, siap ade lebih ruang lagi...hahahaha....Lagi rapat lagi mesra gitu...auwww!!Bilik air dia plak, kecik je cinonet tapi selesa lah, yang penting tahap kebersihan adalah tiptop.Hair dryer pon ada disediakan.Tempat penyangkut baju semua ada, kipas pon ada, so, takyah add-on aircond pon dah sejuk dah..Nak iron baju, iron tak disediakan dalam bilik, tapi kalau nak jugak, boleh turun ke tingkat 1 ada bilik khas untuk menggosok.Tapi aku tak pergi pon, aku bawak semua baju2 yang tahan kedut, takyah susah2 nak gosok..hee

 Lepas dah check-in dengan jayanya, dah tengok kondisi bilik cemana, letak barang siap2, kitorang pon turun balik ke lobi, untuk redeem tiket Bas Odyssey, bas ni lah yang akan bawak kami bersebelas ke USS.Opis Odyssey ni betul2 kat luar pintu lobi hotel, buka je pintu lobi, dah nampak dah opis Odyssey ni.Aku terus masuk jumpa staff yang bertugas kat kaunter tu, aku cakap nak redeem tiket, die cuma bagi aku satu borang untuk isi semua nama2 kami.Dan staff tu bgtaw yang esok pagi, kompommm kami akan dapat seat yang palingggg awal pukul 7.30pg.Kat sini ada satu tips, pendapat aku kan, kalau nak beli tiket bas ni, jangan beli thru online yang purchase sekali dengan hotel tu, murah memang murah RM25/pax je tapiii seat tak kompommm dapat paling awal.kalau nasib tak baik, dapat trip yang kedua, ruggiii masa beb..So, nak kompom dapat trip paling awal, bayar lah lebih sikit,RM30/pax je.Tambah RM5 je kot...huhuhu..Boleh direct call En.Sufian di 07-2323 092 untuk booking.

Inilah rupa tiket yang berjaya di redeem, satu tiket mewakili kami bersebelas.Tengok tu, tengok tu,we'olls dapat trip paaaaaaling awal iaitu pada pukul 7.30pg dan balik ke malaysia pukul 7.30ptang.Perghhh dah eksaited lompat2 bintang dah time ni..Masa ni Eida, Yaya, Mila, Sheila belum sampai lagi..So, aku lompat bintang sorang2..


Lepas setel redeem tiket bas, kitorang lepak2 je depan 7-Eleven tu, sambil minum2 and makan jajan..Mati kutu we'olls petang tu, nak jalan2 cuaca panas sangat.Abi plak kata harini taknak jalan jauh2 sebab nak kumpul tenaga untuk ke USS esok..Haaa nampak tak dia yang lebih eksaited...hahahha..Siap nak kumpul tenaga bagai..Oh yer, Tune Hotel ni kira strategik jugaklah tempatnya, dekat dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar, tapi kitorang tak makan situ pun,kat Puchong pon ade restoran ni.And rasa dia pon so-so je..huhu bolehh laaa..


Are u ready,bebeh???Buku merah (passport) jangan lupa bawak,sia2 je ko naik bas sampai imigresen baru teringat passport tertinggal, tak dapekk den nak nolong eh...Borang tu abang kaunter bas tu yang bagi,suruh aku isi siap2 nama penuh we'olls beserta No.IC..Aku tolong isikan untuk semua, senang sikit esok pagi terus je naik bas, borang da siap isi..Yeayyy!!!!

maaf yer entry selepas ni maybe belum sampai USS lagi..kuikuikui..Masih di JB..Aku nak citer pasal aktiviti aku masa kat JB, mana lah taw kot-kot korang nanti stay kat JB, malam pertama taktaw nak buat apa, boleh lah ikut aktiviti yang we'olls buat ni..kan..kan.kan..Sementara nak tunggu hari masuk ke USS tu.Takkan nak dok melangut je kat bilik.Mati kutuuuu beb...Baik balik tidor kat umah diam2..kuikuikui..

******************************************************************************

Total yang hangus dari turun teksi sampai habis entry ni:

Towel : RM12 (2 helai)
Tiket bas : RM90 (3 orang) - beli thru online-
Beli jajan dekat 7E : RM21.30
Rokok Abi : RM8.70
Hotel : RM143.65 (3h2m) - beli thru online-
-----------------------------------------
TOTAL : RM275.65





Universal Studio Singapore - Perjalanan bermula


Okay nak mula dah ni kisah percutian 3 hari 2 malam yang pada asalnya hanya kami bertiga, aku, Abi dan Tasha (adik aku), tetapi last minit menjadi percutian kumpulan seramai 11 orang semuanya, semua bawak suami masing, kecuali adik aku yang still under age takde pasangan lagi.hekhekhek.Dah rupa rombongan k-pop dah aku nengok, semua pakai seluar kaler-kaler.Well, kitorang kan suka kalerful2 ni..hikhik


Percutian kalini aku dah plan dari awal bulan Feb lagi kalau tak silap au, masa tu Eida yang tolong book kan tiket flight  ke JB untuk kami bertiga, pastu last2 minit eida kata nak ikut, mulanya dia nak pergi sorang je nak tinggal Andi (suami) dia sorang2 kat rumah.Last2 kitorang semua berpakat nak pujuk Yaya dengan Mila sekali,ramai2 lagi best kan, dah alang2 gitu.Pujuk punya pujuk, semua setuju tapi dorang naik kereta secara berjemaah menggunakan kedua2 kereta Yaya, Yaya ada dua kereta ok, tapi dia tak kedekutt pon.Baikk dak Yaya ni taw, walaupun kuat menangis, ada ke patut dia bantai melalak kat USS sebab tak dapat beli botol air kepala Bumblebee tu, siap hentak2 kaki lagi, si Syafiq geleng2 pale je nengok peel bini dia..hahahahah..



Hari Jumaat 5 April 2013, pagi2 lagi pukul 7 aku dah bangun, padahal flight pukul 2.05 petang . Eksaited giler, dah lah malam tu susah nak tido, si Tasha asyik dok wassap aku kata dia dah tak sabar, gedikkk siottt kau ni..hohoho..Aku pon sama sebenarnya, eksaited kemain..Lepas dah siap2, terus shoot ke rumah mak  pick-up Tasha, sambil tunggu dia bersiap, aku lepaskan rindu dengan Laura dulu sambil makan cekodok dengan air milo mak aku yang buat.Pastu tunggu along aku balik kerja jap, sebab dia yang akan hantar kitorang ke LCCT, nasib baik ada dia, dari aku upah teksi mahal2, baik aku upah abang aku sendiri..Pukul 10.30pg, along pun sampai rumah, bagi die brekpes siap2 dulu, pastu tepat pukul 11pg, kitorang pun gerak ke LCCT, mak pun ikut sekali.Laura je tak dapat ikut..Alololo cian dia.


Sampai je kat LCCT , perut plak dok nyanyi2 lagu Dondang Sayang, Abi dah ngadu lapar nasi katanya, tadi kat rumah makan cekodok je memang tak kenyang lah dia, kitorang pon makan kat Marrybrown, lepak2 sampai lah pukul 12.15tgh, kitorang pon check beg, terus tunggu flight kat dalam..Pastu pukul 1.25 petang, gate dah buka, so, kitorang pon berjalan menuju ke flight kami ..Teruja giler time ni, maklumlah pestaim, ko takyah nak gelak2 kan aku sangat ek, tipu kalau ko cakap ko tak teruja masa pestaim naik flight kan..hahahah.


Masa dalam flight Abi plak yang eksaited siap buat video lagi time flight berlepas dan mendarat..Elehh masa aku baru booked tiket aritu kemain lagi, takmau naik lah, tak payah lah, apa lah,..last2 dia yang teruja lebih dari bini dia..Adoii..Abi..Abi...hehehe..



Perjalanan ambil masa 50 minit, tapi tak sampai 50 minit pun sebenarnya, sekejap je dah nak landing, tak puasss rasanya..Ni nak kena repeat lagi pasni..Saja cari alasan nak bercuti lagi lettew..hehe..


Sampai je kat airport Senai,JB, kami terus menonong tanpa arah tujuan, dalam kepala dok pikir, ada ke transport yang nak bawak kami ke hotel ni, walaupon dah studi dah pasal ni, mengikut pengalaman yang aku dengar, dorang ambil teksi dari airport ni, so, aku pun tawakkal je ikut je signboard yang ade tulis teksi station, fuhhh nasib baik jumpa, terus nampak kaunter tiket teksi, sebut je destinasi mana korang nak pergi, dia akan bagi resit sekali dengan harga dan nombor teksi yang akan kau naik, kitorang keluar je, terus sorang abang teksi ni panggil kami, tunjuk resit, dia buka bonet, letak beg, masuk and zasss terus dia hantar kau betul2 depan pintu reception hotel..Perghh terbaekk punya servis..Harga RM44 dari airport sampai ke Tune hotel tempat kitorang menginap.



*******************************************************************************
Total yang hangus dari keluar rumah hingga ke depan pintu masuk hotel :

Upah along = RM50
Tol = RM4.30
Topap = RM10
Makan di Marrybrown (3 0rg) = RM33.45
Teksi airport- hotel = RM44
Flight tiket = RM270 (3 org) -thru online-
---------------------------------------------
Jumlah = RM411.75