Followers

Showing posts with label karaoke. Show all posts
Showing posts with label karaoke. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Terjebak dengan "Smule Sing" pulak

 
 
Sape sini kaki "karokk" angkat tangan, memang boleh geng dengan aku lah ni..Jom kite karokk jom..Sekarang ni aku tengah kemaruk giler bayang dengan app "Smule Sing", korang boleh donlod kat playstore sekarang untuk android..Pastu add lah aku @noryzoulkefle hokayyy..Boleh lah kite berkolaborasi bersama, ecewahhhh..Aku ni nak kata handal sangat menyanyi tu idok lahh.Suara standard Siti Nordiana je, wakakakakak.Ferasannn sangat, takde maknanya, suara ii macam siti sifir ade laaa...satu darab dua, duaa!!dua darab dua , empat!!hahaha ..Alaaa suka suki je menyanyi hilangkan tension.Dulu zaman sekolah muka aku jela kalau bab persembahan nyanyian kat atas pentas tu, sampai cikgu perli awak lepas sekolah nanti takyah masuk U , awak masuk akademi fantasia je..Hukhukhukhuk..Taktaw nak gelak ke nak sedih..kikikikiii..
 
Okey jom donlod, jangan lupa taw add aku..search je "noryzoulkefle" pic profile pakai shawl kaler fink tu taw...hehehe..Selamat ber"smule sing" semua...

Friday, April 12, 2013

Universal Studio Singapore - Masih di JB, aktiviti malam hari.


Pheww ,tarik nafass sikit, cuba untuk teruskan entry ni, penat weyy buat "assignment" pasal USS ni, tapi best, sambil draft sambil senyum meleret terkenang saat2 manis time we'olls bersama aritu..auwww!!Ni nak citer pasal malam pertama kitorang kat JB, masa ni dorang2 semua dalam perjalanan dari KL.Petang tu lepas redeem tiket bas Odyssey, kitorang naik bilik tidoo, ngantokk wey, dahlah malam sebelum tak cukup tido, eksaited punya pasal..Kitorang bantai tido sampai pukul 6.30ptg, pastu siap2 kejap tunggu lepas maghrib kitorang pon keluar untuk dinner.Restoran yang paling dekat,semua dah tutup, aku pon tak faham kenapa cepat bebenor tutopnyer, padahal baru pukul 8mlm kot.

Kitorang jalan depan sikit, kitorang dah google siap2, dan restoran yang terdekat adalah Restoran Singgah Selalu..Tapi nak pergi menghala ke restoran tu, memang azab giler, sebab kitorang terpaksa melintas highway, yup!!! highway...bukan jalan kecik tapiii jalan yang besar dan banyak cabang, dah lah lampu jalan tak berapa nak terang.Kitorang tawakkal jela, perut dah berbunyi ni, macam mane pon perut kena isi jugak, so, kitorang terpacak lah kat tepi jalan tu tunggu jalan betul2 clear, pastu baru kitorang melintas, lintang pukang aku lari time melintas tu.hahaha..Dah melintas kena panjat divider plak, pastu melintas lagi, pastu terjun longkang plak, gilerrr adventure, nak pergi makan je kot..hohoho
Dan akhirnya setelah melintasi segala rintangan, kitorang berjaya jugak sampai ke restoran ni, hurm menarik jugak tempat ni, lebih kurang macam Rasta kat TTDI tu, ada live band, pastu macam2 jenis makanan ada.Tapi yang tak bestnya, mybe aku order salah tempat kot, nasib aku tak baik, sebab makanan yang sampai semua tak memenuhi selera anak tekak aku, tapi dalam tak sedap tu, aku telan jugaklah..Masa baru sampai , sebotol air mineral diberi secara percuma.Macam taw2 je tekak aku haus time melintas highway tadi..hehe..

Ramai jugak orang kat sini, mybe sebab suasana restoran ni yang happening kot, oleh kerana aku ni pecinta muzik, so, kitorang lepak lama jugak lah kat sini layan band, walaupon makanan tak sedapp, tapii air dia sedappp..huhu.Pentas tu betul2 kat tengah2 restoran tu, nampak tak? nampak tak? heeee



Aku order Nasi Goreng Ayam, Abi dgn Tasha order Nasi Goreng Singgah Selalu..Alahaiii biasa2 je rasanyer, kalau ade restoran lain better korang try restoran lain, tapi kalau takat nak layan band sambil minum2 boleh datang sini, bersantai sambil layan shisha ke kan..huhu


 ABC tu sedappp jgak, Abi yang order, tapi aku yang perabihkan aiskrim die..Abi bukan suka makan manis2 ni..ehehhe..So, biar aku selamat kan dulu aiskrim tu..hehhehe..


Lepas dah makan2, dah puas dengar lagu, kitorang pon balik ke bilik, dalam perjalanan balik, ternampak Pusat Karaoke "Suara Ok", aku pon ajak Abi pi usha harga dulu, murahhh beb, murahh..puas hati lah..Kalau ko check in kat tune hotel , boleh jalan kaki je dari hotel, tak jauh pon, kitorang pilih standard room yang berharga RM15/sejam..Kitorang amik 2 jam..Lebih kurang pukul 1 pagi baru kitorang balik..Puas giler dapat karokk...Hoooo hoooo uwooo huoo...Muka aku poyooo habiss...Tengahh feeling tuuu...Jangan kacoo..kihkihkih

Info :

Restoran Singgah Selalu
36 D,E,F, Batu 33/4
Jalan Skudai 
80200 Johor Bahru
Tel : 07-2418 217

             &

Suara Ok Danga Bay
G-01,Blok 7,Danga Walk
Jalan Skudai
80200 Johor Darul Takzim.
Tel : 07- 235 8868

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total yang hangus malam ni  :
Makan malam = RM39.20 (3 org)
Jajan2 untuk makan dalam bilik = RM16.00 *Abi kuat makan jajan
Karaoke standard room (2jam) = RM30.00
Air Mineral = RM3.00 (3 botol)
-------------------------------------
Jumlah = RM88.20
-------------------------------------

Entry sebelum klik link di bawah
Universal Studio Singapore - Perjalanan Bermula
Universal Studio Singapore - Tune Hotel & Odyssey Bus (Penginapan & Transport ke USS)