Followers

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, May 17, 2017

Alhamdulillah, 6 tahun sudah

 

07 May 2011 ~ 07 May 2017

Alhamdulillah genap 6 tahun usia sebuah perkahwinan, 6 tahun dah jadik bini orang dan 3 tahun jadik mak orang.Masih lagi anak sorang, walau hakikatnya, kalau dihitung2, hujung tahun ni 5 dah anak kitorang, sebelum Iqy pernah gugur sekali, baru2 ni pon dah kehilangan triplet.Allahu banyak dugaan kitorang , lepas satu-satu, dari tahun lepas lagi, Rezeki agak sempit sikit dari tahun sebelum ni, hari2 berdoa moga Allah limpahkan rezeki seperti air mengalir buat kami, nak juga merasa senang dalam kebahagiaan, tapi jauh disudut dihati ni, aku bersyukur disebalik ujian yang Allah turunkan ni, menguatkan lagi ikatan kasih sayang kami suami isteri, nak ikutkan aku ni kalah jugak dengan emosi sendiri, tapi Abi banyak support, walau tak support dari wang ringgit dan kesenangan  tapi sokongan dari dalam tu yang buat aku terharu dan bersyukur sangat.Dalam saaat jatuh terduduk,tak sape tahu, yang dengar mungkin sekadar mendengar, tak merasa apa yang kami lalui, nak cerita lelebih kang kata minta simpati, biarlah aku pilih untuk mendiam diri, biar kami laki bini je tau kan.Kang orang kata, eleh kata susah , elok je pergi makan sedap2, tapi cerita sebaliknya orang tak tahu, yang makan sedap2 tu, makan free, orang belanja, food review.Aku kan hakak blogger..hahahahaha..Syukur jadi blogger, selalu dapat makan sedap2, EHHH!!!!

Okeyyy stoppp citer sedih2, nak raya ni..Kena happy takmo sedih2..hehehehe..Sempena ulangtahun ke 6 ni, aku tak mintak banyak, semoga kasih sayang kami kekal begini sehingga hujung nyawa, semoga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah buat kami sekeluarga agar kami lebih bahagia bolehlah honeymoon kat obersea..hahahaha ko dah kenapa??Sesekali tengok gambar kahwin best pulak, kurusnya aku masa tu, selim melim.Suka tengok diri sendiri, cun jugak ek...kahkahkahkah #rasanaklempangdirisendiri 

Untuk asben, redhakan lah isterimu sentiasa, terima kasih untuk segalanya, pengorbanan dan usaha mu untuk beri yang terbaik buat keluarga kita, walau pon selalu merasa dirinya gagal dalam meyenangkan anak bini, tapi percayalah, abang sentiasa menang dihati kami, abang kaya, kaya dengan kasih sayang yang tak terbelah bahagi.Ya ALLAH, rahmatilah suamiku, berkatilah usaha dan segala pengorbanannya.Murahkan lah rezeki suamiku Ya Allah, bukakanlah pintu2 rezeki untuknya, dan permudahkanlah segala urusannya didunia dan akhirat.Ringankan segala bebanannya, dan lapangkan lah dadanya serta kabulkan lah segala doa dan permintaannya kecuali permintaan "NAK BINI BARU"..Ehhhh!!! #lempangnakkkk? hahahahhaa..Nak anak lagi boleh dipertimbangkan..Ngeeee~~~~OKBAIII



HAPPY 6th ANNIVERSARY ZUL & NORY

#doayangbaikbaik #insyaALLAH #tilljannah











Wednesday, August 24, 2016

21 August

21 August hari Ahad haritu adalah hari jadi Abi yang ke 34 tahun..Eh dah tua rupanya Asben kite ni.Nape rasa macam baru 24 tahun je..Ehhh ehh ehh..

Takde celebrate apa pon, maklumlah tengah bulan, tu je la ayat cliche org bergaji kecik macam aku ni..hukhukhuk..Tengah bulan memang sangat menduga.mueheheheheh...Tapi hidup tetap perlu diteruskan.Abi plak kerja pada hari kejadian dia tu,  cadangnya nak beli kek kecik untuk seperaiskan Abi time dia balik kerja nanti, tetiba jiran sebelah a.k.a mak lang aku ketuk pintu hantar kek indulgence Secret recipe..Kebetulan paklang aku punya besday selang sehari sebelum besday Abi, rumah bersebelahan tarikh lahir pon bersebelahan.hikhikhikhik..Nak dijadikan cerita, aku pon tak jadi lah keluar beli kek, guna je kek yang maklang aku bagi tadi tu..Ala buat syarat je kan.

Nak hilangkan rasa ralat tak dapat belikan kek untuk Abi, aku ajaklah Abi dinner kecil-kecilan malam tu, aku memang tak masak pon haritu, makan luar lah weolls sempena besday Abi.Tak dapat belanja mewah2, dapat belanja Abi makan nasi dengan sup tulang feberet dia je..Oklah tu kan..Janji ada jugakk..

Happy birthday My Soulmate, makin bertambah usia ni makan bertambah kasih dan cinta syg kat abang.chia chia chia..Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, diperluaskan pintu rezeki, diberi kesihatan yang baik, dan semoga terus menerus menjadi suami dan abah terbaik buat keluarga kecil kita.Aminnnn...

Wednesday, February 24, 2016

Weekend di Aquaria KLCC

 
Yuhuuu..Weekend kembali lagi.Weekend yang ditunggu oleh aku dan dak Iqy adalah weekend yang kena time abah Iqy cuti..Time ni jela mama boleh bodek abah ajak keluar, dengan alasan kesian Iqy bosan duduk rumah je..Abah Iqy tu kannn, ko pepaham jela, kalau demi anak teruna kesayangan tu, semua pon boleh.Cer kalau mama yang request ajak pergi mana-mana, "haremmmm" dia nak bagi green light..hukhukhukhuk..Takpelaaa dah biasa pong..kikikikii..
 
 
Cuti hujung minggu kalini, aku dah planning lama dah nak masuk Aquaria ni, dari dak Iqy baby lagi, nak bawak masa tu dia bukan kenal lagi ikan-ikan tu semua.Dan akhirnya dengan umur sekarang ni yang dah nak masuk 2 tahun, aku rasa sesuai sangat dah.Aku usha tiket dari harga RM37 sampai lah time aku pergi ni, aku kena dengan harga RM47 untuk dewasa..Makkkk oiii mahalnya..Telan airliur banyak kali jugaklah..Tapi sebab dah lama teringin kan, pejamkan mata jela bayar.Dak Iqy free sebab bawah umur 2 tahun.Tapi biasanya dia ada buat promo time cuti sekolah, dapatlah harga tiket murah, tapi ramai lah orang nanti.
 
Lepas je bayar tiket, macam biasa dorang akan panggil bergambar dulu kat booth yang disediakan.Aku bergambar jela, belinya idok..Sebab mahai paling murah pakej RM68..Ikutkan hati nak jugak sekeping buat kenangan, tapi tak payahlah, tengok jela gambar kat kamera sendiri..hukhuk..
 
PIRANHA



  
Masuk-masuk je akan jumpa ikan piranha dahulu.Terus terbayang movie ikan piranha yang suka makan orang tu..huhuhu...scary ai tawww..Lepas tu ada satu kolam kecik ni, kita dibenarkan masukkan tangan dalam kolam dan sentuh ikan-ikan cantik tu.Tapi tak boleh tangkap taw.Ikutkan hati aku nak tangkap ikan pari yang bapak besar tu je, bawak balik suruh mak aku masak asam pedas.Perghhh terliurrr hokey..
 







 
 
Jalan-jalan lagi turun tangga, jumpa ikan dalam silinder ni..kilat-kilat kulit dia, cantik..Tetiba berangan nak ada akuarium silinder macam tu letak kat rumah..Perghhh...Tinggi bebenor cita2 ko kan Nory...hehehehe..
 










 
Saaat yang ditunggu adalah nak berjalan masuk dalam terowong akuarium ni.Terasa macam kita kat dasar laut dengan bunyi air nya..Tenang je..Terasa macam ikan duyung plak yang dikelilingi oleh ikan-ikan dan hidupan laut lain..Arghhhh kuat berangan betul aku ni..Dak Iqy masa mula-mula tengok ikan besar-besar, muka dia cuak semacam, terkejut agaknya.Biasa tengok "fish" kat dalam TV je, tak pon tengok ikan lampam hasil pancingan abah dan atok dia je.huhhu..Lama-lama baru dia bercakap dan sebut "fish","fish"..Menyembur2 air liur sebut "fish"..hahaha..
 


 
Ada sikit tips yang aku nak share, bagi yang bawak anak kecik, tak digalakkan bawak stroller.Sebab nanti leceh nak naik turun tangga.Lagipon ruang tak besar mana pon, buat semak je nanti.Lagi-lagi kalau pergi time cuti sekolah, lagi huru hara aku rasa..huhuhu..Pakai baby carrier oklah..Macam dak Iqy memang jenis "anti-stroller", dia lagi suka berdukung..Yang jadi mangsa mama abah dia lah..Adehhh..
 



 
Time kitorang datang ni, ngam-ngam soii time dorang tengah bagi ikan makan..Seronok tengok ikan-ikan kerumun kat penyelam tu.Rinduuu nak snorkelingggg main ngan ikan.Rinduu nak ikan datang serbu dan hurung muka aku..Arghhhhh rinduuu banget..Waktu bagi ikan makan pukul 12.00pm dan pukul 3petang..Ada sikit info aku nak share pasal ikan jerung yang hensem tu, ikan jerung hanya makan 3 kali sahaja seminggu, sebab dia memang jenis yang tak makan banyak walaupon nampak macam dia seekor pemangsa yang sentiasa laparrr je..Aku pon baru tahu pasal ni..Dulu cikgu aku takde bagi tau pon,hekhekhek..
 

muka bajet garanggg je...panggg!! kang haa...

scary hokeyyy tengok gigi dia..bape tahun tak gosok ni..?huhu
 
Sebelum keluar dari Aquaria tu, kita akan lalu di Kedai Cenderahati..Aku beli fridge magnet je buat kenangan dan jam dinding pelampung..Tu je...Ikutkan nak shopping macam-macam lagi, tapi laki aku dah jelling-jelling dah, dia taw bini dia memang suka beli benda2 merapu ni...hahahaha..So jelingan Abi itu berjaya membuatkan aku melawan bisikan syaitonirrojim untuk terus perabihkan duit lagi...Alhamdulillah..hikhikhikhik
 
Keluar dari Aquaria, Dak Iqy isi tank minyakk dulu..hehehe


Dia sendiri pilih nak naik kereta Hello kitty tu...Hilang macho 20% taw..hikhikhik
SEKIAN.