Haiiiii...harini hari apa ek?harini hari selasa kan..kan...berapa haribulan ek? 19 haribulan kan..Bulan berapa ek?? Bulan November kan...Kenapa ek dengan harini??hihihi..Apa daaa sendiri tanya, sendiri jawab..Harini genap lah umur aku yang ke 16 tahun..Alhamdulillah...Eh 26 tahun laaa...Selalu lupa diri taw..hikhikhikhik..
Alhamdulillah, 26 tahun dah hidup sebagai seorang Nory Zoulkefle.Anak kepada Puan Noridah dan Encik Zainol..Syukur masih diberi kesempatan menikmati kehidupan sehingga ke hari ini..
26 tahun yang lepas, mengikut cerita yang mak aku ceritakan semula kat aku, pada tarikh ini lah aku dilahirkan,tepat pukul 2.30 petang aku dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Mak aku cakap, masa aku lahir tu, semua nurse-nurse dok puji2 aku cakap aku comel, putih melepak macam anak cina, sampaikan nurse tu ingat mak aku tertukar anak dengan anak cina, sebab perbezaan warna kulit mak aku n aku masa tu kot..Wallahualam, tu mak aku yang cerita, bukan aku yang reka2 sendiri..uhhuhu..Tapi bila dah besar, takdelah comeyy mana pon, maniss tu ada lahh..wakakakakaka....
Pastu plak , mak aku cakap, asal pergi mana2 je atau kenduri, mak aku boleh relax, sebab orang akan berebut-rebut nak dokong n gomol aku..huhuh..So, mak aku boleh relax lenggang kangkung je..Siap ada yang pinjam bawak balik rumah lagi..hehehe..
Tu citer masa kecik-kecik, dah besar aku macam orang lain jugak, jalani kehidupan macam kanak2 dan remaja lain..Pernah jatuh cinta, pernah putus cinta, standard lah remaja kan time tu..hikhikhik..Umur 20 tahun, aku temui cinta sejati aku, dan alhamdulillah dia jodoh aku dan sekarang dah jadi suami aku dah pun.hihihi...2 tahun kahwin, kami diuji dengan ketiadaan anak, tapi kami berjaya lalui ujian itu sehinggalah keajaiban berlaku bila aku disahkan mengandung bulan 8 aritu..Syukurrrrrr Allah dengar doa kami..Dan sekarang aku sedang meniti detik-detik indah untuk bergelar seorang mama bulan 3 nanti..Doakan yer..
CEPATNYA MASA BERLALU......~~~
Doa aku, semoga Allah permudahkan segala urusan aku didunia dan diakhirat, moga dikurniakan rezeki yang berkat dan halal, moga dikurniakan anak yang soleh solehah, dan semoga dikekalkan kebahgiaan di dunia dan juga di akhirat nanti..
AMIINNNN~~~
"SELAMAT HARI JADI UNTUK DIRI SENDIRI"