Followers

Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Percutian ke Krabi Island - Part 10 (Bajet keseluruhan)


*Sambungan dari entry Percutian ke Krabi Island - Part 9 (Malam terakhir)

Fuhhhh!!!Akhirnya dah sampai ke Final part entry pasal percutian ke Krabi ni..Pergi Krabi bulan 6, sekang baru siap.Dari perut kempis, sampai perut dah memboyot dah..hehehe..Gigih memerah otak nak mengarang semua entry..Ingat senang nak ingat balik.Nasib baik ada catit sikit2, mana yang terlupa cilok dari geng2 lain, biasanya cilok dari Eida lah, dia je yang paling detail dalam bab2 ni..hehe..


Ok untuk entry penghabisan stok ni, aku nak bentang bajet keseluruhan, mari kita lihat berapa yang hangus..Mybe senarai barang2 shopping ada yang tak detail, tapi jumlah perbelanjaan tak lari pon, tetap sama.Jangan risau..Sebab sampai sana, memang seratus peratus guna duit THB yang aku tukar tu je, banyak mana yang aku tukar, banyak tu jugaklah yang aku belanjakan dari mula aku jejak kaki ke Krabi, dengan segala bayaran pakej2 aktiviti yang kitorang buat, makan,shopping sampailah aku jejak kaki ke Malaysia semula, baki yang tinggal pon duit syiling THB je..hehehe..Memang berhemah sungguh aku berbelanja..


Tiket AirAsia ke Krabi  : RM738.00 (2 person)
Minyak motor ke rumah Yaya : RM5.00
Teksi ke KL Central : RM18.40 ( Mila bayarkan dulu)
Shuttle bas ke LCCT : RM8 x 2 = RM16.00
Air Mineral : RM3.00
Transport dari airport Krabi ke Hotel :  RM55 (returns for 2 person)
Hotel Aonang Goodwill c/w breakfast 4h3m : RM258
Pakej Emerald Pool + Elephant Trekking + Hot Stream Waterfall : THB2000 / RM200
Tip untuk driver gajah : THB60 / RM6
Beli air oren Fanta kat pintu masuk Emerald Pool : THB20 /RM2.00
Beli jajan & rokok Abi : THB130 /RM13
Nasi ayam 2 pinggan (air free) : THB80 / RM8
Tambang tuktuk dari hotel+krabi town+aonang town : THB100 / RM10
Shopping serveniour & baju utk anak buah : THB900 / RM90
Air Kelapa : THB30 / RM3
Beli jajan kat 7E : THB90/ RM9
Waterproof Beg 5liter : THB300/RM30
Pakej Phi Phi Island untuk 2 orang : THB2200 / RM220
Fridge magnet Maya Bay : THB60/RM6
Frame Phi Phi Island : THB200/RM20 (2 PCS)
Makan di Chaba Thai : THB290/ RM29
Tambang tuktuk ke Aonang Town (pergi balik)-2 orang : THB80 / RM8
Pakej 4 island : THB800 / RM80
Kayaking : THB500 / RM50
Makan di Restoran Sareefah : THB310 / RM31
Full body oil massage + Thai massage : THB500 / RM50 (2 orang)
Beli t-shirt untuk buah tangan : THB130 x 4 helai = THB520 / RM52.00
Kaftan untuk mak : THB350 / RM35
Fridge magnet : THB200/ RM20
Jajan di 7E : THB700 / RM7
Makan dalam flight : THB300/RM30
Tambang bas dari lcct ke Jalan Ipoh : RM16 (2 orang)

TOTAL KESELURUHAN UNTUK 2 ORANG SELAMA 4H3M : RM2114.40

Ada yang tanya aku berapa banyak duit aku bawak untuk berbelanja di sana, aku tak bawak banyak pon, memandangkan tiket flight, booking hotel semua dah bayar sebelum sampai ke Krabi lagi, jadi aku hanya tukar duit sebanyak RM1260 sahaja, ikut rate tukaran masa tu dapatlah THB12000...Jumlah itu jela yang aku gunakan sepanjang percutian aku ke Krabi.Jumlah itu boleh cover untuk aku laki bini, untuk bayar pakej2 aktiviti kat sana, duit tu jugaklah untuk makan-makan, duit tu jugaklah untuk shopping..Jimattt kan..Banyak aktiviti dapat buat, shopping pon puas hati..Kalau korang yang jenis duit kepuk2, mesti lagi best shopping kat sana..murahhhhh sangatt...Aku berbelanja ikut kemampuan aku je..hikhikhikhik
So, total RM 2,114.40 tu dah termasuk sekali dengan duit belanja RM1260 yang aku tukarkan ke Baht..Murahh tak??Jimatt tak??


Monday, November 4, 2013

Percutian Ke Krabi Island -Part 9 (Malam terakhir di Krabi)

*Sambungan dari entry Percutian ke Krabi- Part 8 (4 Island + Kayaking by long tail boat)

Balik je dari buat pakej 4 Island, kitorang terus naik bilik,mandi-mandi dan bersiap, tak dan nak rest pon, malam terakhir kot, kena rushing, sebab taknak bazirkan masa yang tinggal secoit je tu.So,soal badan penat, letih dan sebagainya semua tolak tepi, masing2 semangat kental okay..hehehe..Perut plak laparr kemain, memang dalam kepala pikir nak makan jeni.


Kalini kitorang pakat nak makan kat Restoran Sareefah, kitorang jalan kaki je dari hotel, tu pon couple yang tinggal dekat hotel yang sama ngan kitorang tu yang suggestkan makan kat situ.Aku order nasi goreng Thai sama dengan Abi, air teh o dengan air milo ais..Total harga untuk 2 orang  THB310 bersamaan RM31..


Lepas dah kenyang, kitorang plan nak buat massage plak, orang kata kalau sampai Thailand, tak buat massage, memang rugi, memandangkan badan masing-masing pon dah penat dengan aktiviti yang padat 3 hari berturut-turut, jadi massage ni sangatt lah sesuai untuk kitorang, Kitorang ke Dara Massage, tak jauh dari hotel.Harga tersangatlah murah kalau nak bandingkan berurut kat Malaysia.Terasa betul dorang urut, sedap je rasa ringan badan.Aku amik oil massage , Abi plak Thai massage..Yang lawaknya, suami2 yang menjerit tak ingat dunia kena urut, bini2 relax je..Suasana kat Dara Massage time tu dah rupa wad bersalin dah, lepas sorang,sorang mengerang kesakitan.Dorang kata Thai Massage ni sakit..hahahaahah..Tapi sedap lepas kena urut, badan rasa ringan je.Abi lah yang cakap, tu yang balik Krabi terus "melekat" tu...wakakakakakaka...


Abi ngan Andi berurut kat dalam bilik, keluar-keluar bilik, Andi terhencut-hencut jalan, Abi plak tersengguk-sengguk berjalan. masing2 macam baru lepas kena belasah dengan Tailong je..hahaha...Kesiann...kesiann..Total massage2 kat sini untuk 2 orang THB500 bersamaan RM50 je..Murah kan...


Sambil-sambil menunggu suami2 berurut, kitorang ketawa mengekek2 dengar Syafiq, Hadi n Mcdee menjerit2, siap ada yang melepas angin lagi..Siapa??hahaha ada lahh...tetttt!!!



Lepas habis mengurut, kitorang terus ke Aonang Town, repeat shopping untuk kali terakhir katanya, memang all out lah shopping malam ni, sebab esok subuh2 dah nak balik dah kan, so, perabihlah duit mana yang tinggal.Memang kitorang all out malam tu, sampai kedai dah tutup kitorang duk tercanguk lagi kat situ, siap duduk bersila lagi sementara tunggu tuk-tuk..

Sampai kat hotel, kitorang tak terus naik hotel, suami2 semua dah serrender dulu naik bilik.Tinggal aku, Mila, Yaya, Eida n Sheila je kat lobby, tapi sheila serrender masuk bilik dulu, so tinggallah kitorang berempat berborak sedar2 dah pukul 3 pagi dah..huhuhu, beg semua tak kemas lagi ni, naik bilik tengok Abi dah selamat berlayar krohh krohh.,aku kemas2 apa yang patut, dapatlah lelap mata sekejap sebelum bangun balik untuk bersiap balik, awal2 subuh dah kena bertolak ke airport..huhuh...Sedihh taw nak tinggalkan bumi Krabi, ada rezeki nak bawak baby lah nanti.Harap2 murah rezeki anak mama nanti, nanti kite jalan2 lagi k ..hehehe..



Awal subuh kitorang dah ready kat depan hotel, 2 bijik van dah sedia tunggu kami untuk di bawak ke airport, sementara tunggu flight, aku sambung tido lah apa lagi, ngantokkk nya lahai..Dalam flight plak, teringin nak merasa nasi lemak pak nasir yang orang cakap sedap tu,Abi plak order Green Curry Chicken, guna duit THB terakhir yang aku berjaya selit dari hari pertama lagi, takut terlajak belanja time shopping..hehhe..THB300 je untuk 2 set.Dan akhirnya kami selamat mendarat di LCCT dengan selamat, dan berakhirlah honeymoon secara berjemaah dari kami.hehehe


Hello Malaysia!!
beg balik dah beranak-ranak...huhuhu
*oleh kerana citer dah lama sangat peram, bajet keseluruhan aku bentang sekali lah di last entry yer..InsyaALLAH..Doakan aku rajin up entry ni sampai khatam, sebab nak sambung entry Cameron Highlands plak.hehehe..

Friday, November 1, 2013

Percutian Ke Krabi Island -Part 8 (4 island & Kayaking by Long Tail boat)

*Sambungan dari entry sebelum Percutian ke Krabi Island- Part 7 (Shopping di Aonang Town)

Dah masuk pun hari ketiga, uwaaa esok dah nak balik, cepat betul masa berlalu kalau pergi bercuti ni, tapi kalau kerja, nak tunggu time lunch pon masa berjalan macam siput vavi..huhuhu...sabor jela mak jemahh..Mengikut plan yang kitorang buat, harini kitorang sepakat membawa berkat nak buat aktiviti 4 Island & Kayaking..Ekceli mulanya Eida n Andi je yang nak buat kayak, kitorang bukan taknak, cuma takut tak cukup masa je, tapi bila dah jumpa pakej yang kena and sesuai pada masa, so we all pon setuju nak join Eida buat kayaking sekali, heyyy mana boleh depa berdua je berkayak, i oll pon nak jugak berkayakk...hikhikhik..Harga untuk pakej 4 Island ni THB400 seorang dan Kayaking plak THB250 seorang, so total aku laki bini kena bayar untuk pakej ni THB1300 lebih kurang RM130 duit kita..


Sebelum bergerak ke pantai, kitorang breakfirst seperti biasa kat lobi hotel, isi perut kenyang2, aku boleh plak gi makan telur 3 suku, ikutkan pagi2 aku takleh makan sangat, perut kompom meragam.Lepas breakfirst kitorang terus di bawa untuk naik long tail ke 4 island, sebelum naik long tail boat tu kitorang diberi penerangan terlebih dahulu, dari gerak gaya dia cakap, buat kitorang cuak je, duduk dalam boat (sampan) kena duduk diam2, jangan terkinja2 macam naik speed boat, sebab tahap untuk sampan tu terbalik adalah tinggi..masa duduk dalam boat sampan tu,jarak dengan air beberapa inci je, perghhh tapii mula2 je takut, dah lama2 seronokk macam biasa je..Siap main simbah2 air kat Abi lagi, konon2 sweet lah tu..hahahahah..


hebat tak dorang??eh hebatt tak fotografer??hahaha...kan dah cakap, dorang ni kalau suruh berposing, menjadiiiikkk aje..



Video kitorang dalam long tail (sampan)..boleh bayangkan tak?

Sebelum naik long tail atau lebih senang aku panggil boat sampan ni, sempat lagi lah kitorang berposing2 dulu..Macam biasa kalau bab bergambar, aksi sang suami yang selalu berjaya, buatlah aksi apa pon , cantik je dalam gambar.Ke sebab sang bini2 yang lebih pro mengambil gambarr..Haaaa no komen..
Masuk je dalam boat sampan, kitorang dapat port yang tak best dekat dengan enjin yang asap busuk diesel tu.Heyy masing2 pening lalat, perut aku dah start meragam, orang lain sibuk duk mabuk laut, aku sibuk dengan perut yang nak terberakk ni..Adehh spoil mood, ni semua pasal telur 3 suku tadi, demmyuu!!!! telur..

Phranang Cave
Haiii monyettt..

Tu lah boat sampan (long tail boat) yang kitorang naik..
Tempat pertama yang kitorang berhenti adalah di Phranang Beach/Cave, perghh turun je dari boat masing2 berkejaran ke toilet, toilet tak berapa nak bersih pon, pejamkan ajee mate ni, asalkan "hajat" dapat dilaksanakan.huhuhuhu..Lepas hajat terlaksana, barulah boleh senyum2, main2 ngan monyet, hikhikhik..Takde apa pon kat sini, gua batu kapur je yang ada, pastu tarikan dia maybe monyet2 yang berpeleseran kat tepi kaki lima tu, nak tangkap gambar kat gua tu pon Abi tak bagi, dia cakap takut apa ntah..Heyy suka taw takut2 kan kite..hukhukhukhuk..



gambar lompat WAJIB ada!!!!!


poyoo tak we oll,hehe..kadang2 poyo itu perlu..P.O.Y.O tu kan maksudnya (Proud Of  YOurself)...hihihi


kitorang stop kat sini, tempat penggambaran filem....apa ntah?!!

amacam??ada gaya pengkayak professional tak??kahkahkahkah
Lepas dah puas bergambar, kitorang naik boat sampan semula dan dibawa ke next station iaitu Poda Island..Mujur time ni perut dah tak meragam, mabukk pon tarak, cuma kebulurrr jela..Sampai2 je, kitorang soruuuu dulu, makanan disediakan sekali dalam pakej ni, dan jangan risau,ianya HALAL..Taktaw lah nak cakap sedap ke tak, sebab tengah lapar kan, aku bedall jela..hahaha..Lepas makan, kitorang akan buat aktiviti berkayak plak, dalam boat kitorang tu, cuma grup kitorang je yang amik pakej Kayak ni, so, grup kitorang jela yang berkayak masa tu..Orang lain tengok telan air liur jela..hehehe..Kayak ni aku dah pernah main sekali masa kat Port Dickson, so dah taw lah serba sikit cara2 nak handle dia kan, lagi2 bile berdua kan, kerjasama tu penting..Bila ombak kuat sikit, aku biar Abi je kayuhh, hahahahah...Kerjasama ke tu??muahahaha..

Aktiviti kayak kitorang ni diketuai oleh Mr Dome, yang pendiam tapi sporting orangnya..Sempoii habiss tu,kemain laju giler dia dayungg..Terkedek2 we all kejar dia..hehehe..Kitorang stop kat satu tempat macam kubah yang diperbuat daripada buluh, katanya ada satu filem baru je selesai buat penggambaran kat situ, tapi lupa apa nama filem tu..Kalau tengok pada gambar, memasing mempoyokan diri lagak macam seorang peng"kayak" professional..hahahha..Kelass ko jahh..

Inilah rupa bentuk Chicken Island..Ada rupa ayam ke ek??
bermanja-manja dengan ikan..


ikan mengerumuni muka kami....terujaaaaa siot...siap gigit2 pipi lagi..haishhhh...gataii punya ikan..hehehe
Lepas dah 1 jam berkayak, kitorang patah balik ke boat sampan kitorang dan di bawa ke next station, Chicken Island..Kat sini kitorang bersnorkeling plak, heyy aku dah jatuh cinta dengan snorkeling taw, nak lagi..boleh tak??Nak tiyum2 ikan, padahal geli tahap cipan...ada hati nak bermanja ngan ikan plak..hihihih.Jangan terkejut kalau pergi Chicken Island ni tak nampak sekor pon ayam mau pon anak ayam kat situ, nama je Chicken Island, tapi takde ayam pon kat situ, bukit tu je yang berbentuk ayam, tapi aku tengok macam bentuk siputt je..hekhekhek..bedall jela..Kitorang bersnorkeling puas2 kat sini, masing-masing tak lepaskan peluang bergambar dengan ikan..Banyak jugak ikan kerumun kat kita bila dipetik2 jari kat dalam air, paling tak menahan siap gigit2 jari lagi..Terkejuttt hakuu..

Kami di Tup Island

Depa-depa ni semua, pantang suruh melompat...haha


Posing buli laki namanya ni...gasakkklahh...syg ringan kann...kan...kan..?

Geng bini vs Geng suami..hehehe...kitorang di tengah2 pemisah antara dua pulau...canteikkkk angat tempat ni..

Abi suruh amik berkat bergambar ngan anak mat saleh ni..alhamdulillah berkat membawa berkat, balik Krabi terus "melekat"...hihihihih
Lepas dah puas bersnorkeling kat Chicken Island, cepat2 naik boat semula untuk ke last destination iaitu Tup Island, Tup Island ni antara pulau yang cantik dalam banyak2 pulau, bukan takat cantik je, unik plak tu, sebab ada laluan ditengah2, macam pemisah laut,pastu boleh berjalan kat tengah2 tu n posing2..Pasir putihh haluss sedap je kaki memijak..Kat sini kitorang habiskan masa dengan bergambar sahaja,takde mandi2 pon, just celup-celup kaki je.

Pastu kitorang pon bergerak balik, tamatlah pakej 4 Island kitorang untuk hari itu, dalam boat masing-masing layan perasaan, layan mual, layan pening kepala, aku layan mata yang mengantuk je plus perut yang berbunyi2 kelaparan, seharian main air je, mau nyer tak lapar..Laparrr terukk okay.,


Jom layan video we all berkayak pulak.hehehe


Thursday, October 31, 2013

Percutian Ke Krabi Island -Part 7 (Shopping di Aonang Town)

*Sambungan dari entry Percutian Ke Krabi Island- Part 6 ( Phi Phi Island by speed boat)

Balik je dari buat aktiviti Phi Phi Island, terus naik bilik and bersiap tukar baju semua, sebab kitorang nak keluar makan plak, sehari suntuk main air je, kompom lah lapar kan, dah siap-siap macam biasa kitorang tahan tuktuk kat depan hotel, bagitaw driver tu kami nak pergi makan kat Pekan Aonang, tapi driver tu suggest bawak ke Restoran Chaba Thai, sebab kat Pekan Aonang tak banyak kedai makan sangat, kitorang setuju je la.Restoran Chaba Thai ni besttt sebab suasana tempat makan dia tenaang je dengan lampu malap suam2 kuku, alahaiii macam candle light dinner lah plak, siap ada WIFI lagi, boleh lah nak beronline sambil makan.Aku order Nasi Goreng Pineapple, Abi order tomyam dan nasi putih.Total harga aku laki bini makan kat situ THB290 /rm29.00.






Lepas dah kenyang, hari pun makin gelap, kitorang teruskan aktiviti perabih duit, shoppinggg lah apa lagi, kalini kitorang ke Aonang Town, semalam serang Krabi Town, kalini merasa perabih duit kat Aonang Town plak, suasana kat Aonang Town jauhhh lebih happening dari kat Krabi Town.Aku sempat merempit lagi kat jalan raya Krabi, sorang-sorang je bawak mini scramble, haaa luaran je nampak lembut, tapi dalaman aku adalah bikers kental..kihkihkihkihkih..Dah kiri kanan orang dok pandang semacam kat aku, pelik sangat ke tengok pompuan bawak mini scrambler..Ekceli tuan punya mini scrambler ni kawan Abi yang punya, baru je kenal sehari dua, dia dah berani bagi pinjam motor yang dia ubahsuai sendiri kat kitorang..Kemain lenjann lah kitorangg, nak2 free plak tu, takyah sewa-sewa skuter lagi, siap offer bagi pinjam untuk 3 hari lagi, tapii sebab motor tu ada dua je, takkan aku berdua je nak naik motor, geng-geng lain nak campak mana?Lagipon tak cukup masa nak round2 naik motor ni..Aktiviti sangat padatt.


comel giler mini scrambler ni..Rangggiii habisss...hehe
woiii pandang depan lah...hahaha
Shopping kalini aku beli t-shirt sedondon lagi untuk pakai keesokkan harinya untuk aktiviti 4 Island, gigih tak kitorang semua beli baju sedondon mondonn..?hehe..Aktiviti Phi Phi Island aku pakai t-shirt kaler pink , untuk esok plak aktiviti 4 island, aku pakai kaler Purple plak.hahah.Abi plak teringin nak baju renang macam Andi pakai tu, dia pun beli, rezeki Abi yang memang pandai tawar-menawar ni, dia dapat harga RM30 untuk sehelai baju renang tu.Tengah dok shopping-shopping, terjumpa orang jual Banana Pancake Jawell, kitorang semua berhenti singgah membeli, peniaga tu buat Pancake laju giler , relaxx je sambil dengar lagu guna walkman.Happy lah dia, sekali datang 11 order..heheh..Tapi takleh lawan kesedapan Banana Pancake kat Pasar Malam Krabi Town semalam..

kitorang (Mila, Sheila, Ieda, aku and Yaya) di depan stall banana pancake Jawell..alaaa ngidamnyer nak makan lagi..

eeee taikkk sape ni???
Kat Aonang Town ni kan, memang syurga shopping lah, puas hati shopping kat sini, gunakanlah ilmu tawar-menawar sebaiknya, lagi bagus kalau survey dulu harga dan bezakan dengan kedai-kedai yang lain, lepas tu cuba tawar sampai ke titisan terakhir, aku beli kaftan untuk mak aku, dia letak harga RM60.Gilerrrr ko!!!Abi tawar2,mula-mula dia taknak kasi, last-last dia panggil Abi pergi kat belakang, jauh sikit dari boss dia, dia cakap apa ntah, pastu Abi panggil aku suruh bawak beg, orang tu masukkan kaftan tu dalam beg aku, and Abi hulur THB350 /RM35.00 kat dia..Settelll...Berapa banyak untung???Mula2 dia bagi kurang RM45 je,..perghhh...Kalau aku give up dah, nasib baik Abi ayat powerrr sikittt..hahaha.So, kesimpulannya, nak dapat harga murah ayat kena powerrr, pastu buat muka kesian lebih sikit..heheheheh..

Jangan terkejut kalau terjumpa barangan berbentuk kemaluan lelaki and kemaluan wanita dijual secara terbuka terang-terangan, gilerrr arrr,,,terkekek-kekek aku gelak tengok benda alah tu pon dorang boleh buat bisnes..Haishhhh macam-macam..Dan pegang laki korang kuat-kuat sepanjang perjalanan tu, bukan apa, takut kena tarikk dengan maknyah-maknyah yang berdiri kat sepanjang jalan tu cari customer..hahaha..Kang tak memasalll je kang..

Yang paling kiri sekali tu, kawan baru Abi...Baik hati sangat bagi pinjam motor..Tenkiuu ek..Yang minah baju pink tu kerekkk, kedekut bg diskaun..haha
Aonang Town ni bukan buka sampai pagi taw, limit sampai pukul 11malam je, macam kitorang, sedar-sedar je kedai nak tutup, adehhh tak puas menyopping, nasib baik esok masih ada, esok last day shopping, kena all out beli hingga titisan terakhir.huhuhuh..Time balik kitorang ubah selera naik tuktuk versi motor plak, besttt wooo,yang bawak motor tu kawan Yaya, dia pandai cakap kelantan sikit-sikit..Orangnya kelakarrr  dan baik hati jugak..Besttt dapat jumpa orang baik-baik ni..Time ni Ieda n Andi tak balik lagi sebab dia gi cari barang untuk family dia, so kitorang balik hotel dulu, sampai-sampai hotel Mcdee tertinggal barang plak, so Abi, Syafiq (Laki Yaya) , Hadi (Laki Shiela) temankan Mcdee (Laki Mila) ke Aonang Town semula, pastuuu kann dorang menyimpanggg ntah kemana, amboiii kemain lagi kan, pantang bagi "lesen", laju je dorang menyimpang, balik-balik siap shopping lagi, Syafiq beli t-shirt, Abi beli gelang..Haishhh macam-macam dorang ni.

kitorang naik tuk tuk motor plak kalini...

malam terakhir di Krabi....wuhuhuhu   sedihhhnya esok nak balik..
Sebelum naik bilik kitorang beli pakej untuk aktiviti 4 Island keesokan harinya, kalini kitorang beli kat Nong (reception hotel) je, kitorang ambil pakej 4 island + Kayaking.Tapi kalini kitorang tak naik speed boat, kitorang nak merasa naik long tail plak, so, dapatlah kitorang merasa naik kedua-dua tu.Ok sambung ke next entryyy..

 
Meh layan video aku bawak mini scrambler menyusuri Pekan Aonang..Tak tunjuk video kang, cakap aku penipu plak...hehehe..