Ingat lagi tak kisah (Klik sini),masa pestaim muka aku terpampang kat surat khabar.hiiihihi.Time tu cerita pasal dunia blogger, tak sangka jugak, aku ni blogger suam2 kuku je, tapi bila diberi peluang, takkan aku nak lepas pulak kan.Walaupon nama aku dalam dunia blog ni tak se"gah" mana, tapi tetap bersyukur dengan peluang yang diberi.Tapi jangan tanya aku tips2 blogging plak, tips2 nak glamour ke, sebab aku bukan blogger yang femes amous pun, yang banyak tips dan skill, aku berblogging dengan cara aku je, ikut kepala aku je, rasa nak menulis, aku menulis, rasa nak share aku share.Itu je, yang bab2 lain, bab-bab sponsor, jangan tanya aku.Bagi aku, setiap orang ade rezeki masing2..
Ok,selepas beberapa minggu dari interview yang pertama tu, wartawan Utusan Malaysia tu contact aku lagi, dia nak aku share mengenai percutian bajet kami ke USS, Singapore.Aku pon macam biasa, tak pernah menolak kalau dapat peluang macam ni, aku pun share lah bajet2 kami ke USS.Selebihnya, wartawan tu godek sendiri kat blog2 kitorang pasal percutian ke USS tu.Dan yang lebih menariknya, aku heret sekali rakan2 blogger aku , siapa lagi kalau bukan Yaya, Eida, Mila,Sheila.Dorang lah yang kat dalam gambar tu..hehehe..Pastu aku send gambar melaui email je.Tak taw pon gambar apa yang terpilih, masa beli baru taw, oo gambar ni yang keluar..hihihi..Ini mungkin pengalaman ketiga bagi aku tapi yang pertama buat kami berlima.Pestaim gambar together2 masuk paper gituu..hehe..Kitorang sekarang memang sentiasa bergerak bersama, pergi mana2 mesti muka ni je yang ada, asal weekend je ada event, mesti pergi dengan dorang, dah macam kembar siam dah, takleh berpisah..Bak kata yaya, buy 1 free 4.hikhikhikhik...