Followers

Thursday, June 16, 2016

Kerja baru


Hallu, semalam hari pertama aku mula bekerja ditempat baru.Tempat kerja sebelum aku dah chaw chin chaw begitu saja, pergi tanpa pesan, lantak pi lah malas nak pikir buat semak kepala je.Pemergian aku kalini secara smooth n steady je, tapi keadaan kat sana yang berkecamuk, tau pon kelam kabut bila aku takde, masa ada takmo hargai, dah blah sibuk mencari.Sorry ai is dah tawar hati.Malas nak cerita lebih2 kat sini dan malas nak buka aib sesiapa, cukup aku bagitau aku dah tak tahan lagi dah, penat dah nak bersabar..Tapi aku rindu jugak dengan kenangan yang aku cipta masa bekerja ditempat lama, ada kawan kerja yang baik cuma seekor manusia tu je yang buat taik..Eh dah terbuka aib orang dah, ok takmo mention nama dia.Untuk awak, lepas ni kalau ada orang baru ganti tempat saya, tolong jangan layan macam sampah ek.Tak baik aniaya orang, takpe kalini biar saya yang mengalah, tapi akhirat nanti, merangkaklah awak cari saya yer, puas kan dapat aniaya saya yang kerdil ini..Okbaiii..

Cerita pasal berhenti kerja ni, keputusan yang aku buat terlalu drastik, aku berhenti serta merta lepas dapat gaji haritu, yang tahu aku nak buat onar ni kakak Zila opismate terbaik aku yang duduk sebelah aku masa kat opis lama dulu.Dia yang banyak bagi support kat aku selama ni, sebab dia lah aku masih boleh bertahan sampai setahun lebih kat situ, ikutkan baru2 keje aku dah cabut dah, dia yang banyak bagi semangat.Nory takkan lupa jasa akak..Rinduuu akak dan kawan2 lain..huhuhuhu..Aku berhenti kerja tanpa hala tuju, kerja baru pon tak cari, berhenti secara mengkhinzir buta je..hahahaha..Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku, sehari lepas aku berhenti aku dah start merayau cari kerja baru, dan alhamdulillah dapat 2 interview..Dua2 dapat, cuma aku pilih yang cuti pada hari sabtu dan dekat dengan rumah.Opis kalini lagi dekat dalam 7 minit je dari rumah..Sejauhmana tahap ke"best"an kerja baru ni aku tak berani nak puji lebih-lebih lagi, sebab masih baru.Agak-agak tak best , aku berhentilah lagi..hahahaa..Harap-harap ni kerja terakhir aku sebelum bergelar suri rumah...Cewahhhh...Ikutkan hati malas dah nak kerja tapi hutang banyak, kesian Abi tanggung sorang2 nanti..huhuhu

Wednesday, June 8, 2016

Sempat lagi nak putih

Nak kulit cantik dan cerah menjelang Syawal tahun ni? Jangan risau, masih sempat lagi.

Dengan hashtag #sempatlaginakcantik #sempatlaginakputih oleh Zenia Beauty, Syarikat pengeluar supplement kecantikan terutamanya yang mahu memutihkan kulit serta mencantikkan kulit dari dalam, sekarang ini sedang mengadakan RAMADHAN SALE Zenia Beauty bermula dari hari ini sehingga terjual 100 botol unit setiap satu sahaja. Dengan setiap pembelian 2 botol Transgluta/Transbella atau Combo Zenia Collagen anda akan menerima Sampul Duit Raya Zenia Beauty FREE sebanyak 10 keping! Berikut ialah senarai harga promosi untuk Transgluta, Transbella dan Zenia Collagen.

SENARAI HARGA PRODUK ZENIA BEAUTY SEMPENA RAMADHAN SALE 2016

2 Transgluta = RM120.00 (Previous promo price RM70.00/bottle) Jimat RM20.00

2 Transbella = RM130.00 (Previous promo price RM80.00/bottle) Jimat RM30.00

1 Transgluta + 1 Transbella = RM125.00 (Jimat RM25.00)
Zenia Collagen = RM80.00 (Original Pirce RM150.00) Jimat RM70.00

Zenia Collagen + Transgluta = RM150.00 (Jimat RM70.00)
Zenia Collagen + Transbella = RM155.00 (Jimat RM75.00)

*FREE POSTAGE for Zenia Combo only. For Transbella/Trangluta price excluded postage

Untuk melihat testimonial dari pengguna product Zenia Beauty yang semakin cantik, putih dan berseri-seri boleh check di Instagram mereka iaitu @Transgluta.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila WhatsApp ke 012-9184042 (Suraya) sekarang.

Jom cantik dan gebu menjelang Syawal. Baru semangat nak raya. Heeeeeeee.

Friday, May 20, 2016

Bila tayar kereta pancit

Tetiba macam dirasuk hantu rajin nak update entry hari2,entahlah tetiba macam rajin nak berkongsi cerita hari2,memang sepatutnya begitu pon,blog ni asalnya ibarat dairi,catatan peribadi setiap hari,cerita ko buat apa,ko makan apa,ko pakai baju apa,cuma kebanyakan blogger sekarang lebih kearah update entry untuk raih UV semata2.Dan selebihnya lebih kepada update benda2 penting je macam paid review ke, produk review ke,ataupon jenis yang tulis tajuk gempak kebabomm sekali isi entrynya langsung takde kena mengena dengan tajuk.hahahah.
 
.Biasalah tu,lain orang lain cara.Macam aku lebih kepada ,update entry ikut mood, kalau rajin terimalah entry baru setiap hari,kalau malas maybe sebulan sekali je ada entry baru.kihkihkihhh.Tak kisah pun orang nak baca ke taknak,blog aku dah semestinya cerita pasal aku dan kehidupan aku je.huhu
 
Okey berbalik pada kisah aku pada hari ini, harini mood kerja dah okey sikit berbanding semalam,harini dah slow down sikit,kurang stress, kerja pon berjalan lancar je,lunch tadi keluar dengan Kak Zila, naik kereta Kak Zila, suka sangat lunch dekat kedai "PakLong", walaupun jauh sikit dari opis, tapi weolls redah je, sebab lepas makan boleh "drive thru" beli aiskrim McFlurry.Lepas tu sampai opis dah terlajak masa, buat-buat muka tak bersalah jela..Tu makanan kitorang wajib telan setiap kali stress.Wajib okey wajibb..hekhekhek..Bila stress memang kena makan benda manis-manis gitu.
 
Sampai opis, member opis bagitau, dia nampak tayar kereta aku macam pancit..Ahhh sudah..Bila pulak pancitnya, pagi tadi elok je aku drive, ke aku yang tak perasan..Aku terus call Abi, suruh dia direct datang opis aku lepas balik kerja nanti tolong tukarkan tayar, kereta aku park dekat depan opis, call Tasha suruh amik aku kat opis.
 
Esok paginya, pergi kerja macam biasa, sempat lah jugak hantar Dak Iqy kat rumah pengasuh, dalam perjalanan nak ke opis tu, aku dengar macam bunyi "kelepappp kelepapp", aikk takkan tayar aku buat hal lagi, semalam Abi cakap kena paku je dan dah tampal dah..Tetiba pagi ni buat hal lagi, kalini lagi teruk , leper terus tayar aku.Nasib baik tak bengkok sport rim aku, sebab aku belasah je drive masa dah tahu tayar pecah..hahahha..Slow-slow aku berhentikan kereta kat tepi bahu jalan, mujur Abi tak pergi kerja lagi, Abi datang tukar tayar spare, pastu terus pergi kedai tayar tukar tayar baru terus..Melayang duit tengah -tengah bulan..Adehh...Terus bagitau orang opis, aku masuk half day, sebab kedai tayar belum buka lagi.Sempat pergi sarapan dulu dengan Abi..huhuh..
 
 
Dugaan ditengah-tengah bulan..sob...sob..sob