Followers

Showing posts with label Rizqy turns one. Show all posts
Showing posts with label Rizqy turns one. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

Part 8 | Rizqy Turns 1 - Acara memotong kek

 
 
Dan acara kemuncaknya adalah acara memotong kek.Mood dak Iqy pon dah kelaut, buat apa semua tak kena, dah tak menahan nak tido..Punyalah lama dia dok menahan mata..Nasib baik tak bersepai kek dia tepuk, tapi sempat jugak tangan dia tu duk mencalit cream kek, habis berlemuih tangan dia..Grrrr..

 
Mama dia je yang excited, dia buat muka innocent je..hahah..Tangan dia dah berlemuih dengan cream kek, aku pon jadik tukang jilat tangan dia, ehh dah jadik mak-mak ni, makanan dalam mulut anak pon aku selambe telan, dulu kalau anak buah aku buang gula-gula dari dalam mulut dia, punyalah geli nak kutip guna tangan, tapi bila dah ada anak sendiri, sifat kegelian tu dah takde.Tapi ngan anak sendiri jela..heheheh..

 
Nampak tak mate dia dah focus setempat je tu, tu maknanya mata dia dah berat sangat, pastu plak kipas tutup, sebab takut lilin terpadam, heyyy dia ni dahlah tak tahan panas, apa lagi hok hek hok hek la dia..Huhuhu..

 
Okey dah start dah dia merasa tak selesa, tangan nak mencapai "Cars" kat atas kek tu aje..Paling geramm abah dia boleh plak selamba terbuang semua cars2 tu, heyyy orang nak simpan buat mainan anak, dia selamba buang, nasib baik ganti baru..hahaha.

 
Ok, time ni muka ada sinyumm sikit..Teruja kot dengar orang nyanyi-nyanyi untuk dia..

 
Dah habis nyanyi-nyanyi, kite tiup lilin dulu..Mohler kite memotong kek secara berjemaah sebelum dak bobot ni membuat "onar", macam biasa mak dia yang teruja lebih..Anak aku bukan taw apa lagi pon, baru setahun jagung...hahaha..Harussllah mak dia tolong teruja kan..kahkahkahkahkah..Lepas acara memotong kek, terus dia dibawak lari ke rumah sebelah, kawan-kawan adik aku nak jumpa dia, peminat ramai dia nih..Biasalah kan biler dah ada anak, orang tak carik mak dia dah, carik anak je, taw-taw hilang je anak aku, setiap minit tanya mana Iqy, ooo kat rumah sebelah, jap lagi kang laki aku plak tanya, mana Anje? kat umah sebelah..heyy sekarang ni macam-macam kes, kena plak tengah busy-busy tu aku takut juga terlalai dari terpandang kan dia walaupon ramai tolong tengokkan dia, nak-nak plak dak Iqy time tu jalan pon tak stabil lagi, aku risau dia ke tangga je sebab pintu rumah kan sentiasa terbuka, dia tu pantang pintu terbuka, memang cari peluang je..Nasib baik tak lama pastu dia mentidooo terbungkang kepenatan, takdelah jenuh nak tercari-cari dia bila hilang dari pandangan..Heyyy seram mak nak..
 
 
 
 
 

Tuesday, May 26, 2015

Part 7 | Rizqy Turns 1 - Menu yang disediakan

 
Lols..part ketujuh baru nak cerita pasal menu.Ekceli takdelah special sangat pon, tapi Alhamdulillah penuh jugaklah meja dengan bermacam-macam menu.Dan yang pastinya, sampai bila-bila dak Iqy akan menyanjungi dan bangga dengan abah kesayangannya, kerana hampir 90% menu yang terhidang pada majlis ulangtahun pertamanya itu adalah hasil air tangan abah Iqy sendiri, mama dia hanya bancuh air saje (tolonglah Iqy,bangga dengan mama jugak okey, penat taw bancuh air.Huhuhu).Disamping nak berjimat dari tempah catering bagai, niat nak masak sendiri ni disuarakan sendiri oleh abah Iqy, lama dah dia berhasrat nak masak sendiri untuk majlis anak bujang toa'ng2 dia tu..Huntongglah dak Iqy..Makin mengada-ngada lah dengan abah dia, abah layan dia macam raja kan..Nasib baik abah layan mama macam puteri jugak...ngehngehngeh,,so takdelah jeless sangat ngan awokk Iqy oii..hahaha..
 
Ehem-ehem,apak Andi intai apa tu??Tenkiuu taw tolong abah Iqy masak laksa, kemain bertambah-tambah apak Andi makan yer..Mama Ieda, mintak halal yer tepek gambar apak Andi kat sini..heheheh..Tenkiuu jugak sebab bersengkang mata sampai ke pagi tolong mama Iqy deco-deco..Saaaayyyangg mama ida..

 
Abah Iqy mulanya plan nak buat Laksa je, last minit bertukar jadi 4 menu dia masak, Laksa, Nasi Lemak, Rojak Pasembur, Mee Goreng Mamak..Perghh memang aku sendiri pun kagum, dia boleh masak semua menu tu serentak, pastu mak aku buatkan Bubur Kacang, Roti Jala kuah kari dengan Agar-Agar Merah, kakak ipar aku plak sponsor Dadih Cappucino..Aku tolong jaga Iqy jeee...Alhamdulillah makanan semua habis, takde lebih sampai kena buang bagai, senang basuh periuk..hihihi..Geng Kereta Putih siap tapau lagi..mihmihmih

 
Aku senaraikan menu-menu yang ada pada majlis besday Iqy ni ek, mane lah taw kot-kot korang boleh buat reference ke kan, nanti bolehlah tambah itu ke, kurang kan ini ke, aku cuma senaraikan sebagai rujukan je..Sharing is caring, tak gituuu??
 
-Nasi Lemak
- Laksa
- Rojak/ Pasembur
- Mee Goreng Mamak
-Bubur Kacang
-Roti Jala kuah kari
-Agar-agar Merah
- Dadih Cappucino / Coklat
- Air Sarsi (sejuk)
- Air Nescafe (panas)
- Kek Birthday
- Kekacang
- Gula-gula
- Sumi / Jelly
- Jajan
- Coklat Fountain (marshmellow,buah,biskut jejari)
 
 
-SEKIAN-
 
 
 

Friday, May 22, 2015

Part 6 | Rizqy Turns 1 - Chocolate Fountain Corner

Rasa macam tak lengkap sesebuah majlis kalau takde Chocolate Fountain..Tak gitu..Nak-nak plak mak besday boy ni memang "hantu coklat", so rasa berdosa sangat kalau tak tempah Pakej Chocolate Fountain dengan Ms Ieda ni..Cewahhh..kemainn kau buat aku rasa berdosa tau tak idaaa..Tolong sayang aku lebihh sikit..hahaha..
 
Yang bestnya dan seronoknya tempah pakej Chocolate Fountain dengan Ieda ni, aku boleh tentukan sendiri bajet aku, tanpa terikat sangat dengan pakej.Sebab aku buat majlis kecik-kecik je kan, takkan nak amik pakej yang banyak-banyak, lainlah buat kenduri kawen ke, kenduri besar-besaran ke..So, untuk besday party Iqy ni aku just bincang dengan Ieda apa yang aku nak, coklat nak bape kilo, marshmallow bape kilo, nak buah ke nak biskut ke, nak lebihkan biskut ke, nak kurangkan buah ke, semua boleh bincang dengan idea ni..Senang kijeee..No kompromii..
 
 
 
Bincang punya bincang, gedebak gedebuk maka ini jela hasilnya, asalkan ada chocolate fountain, terasa meriah terus majlis, dahlah letak kat pintu masuk, memang orang datang terus aim Chocolate Fountain je..heheheh..
 
Korang yang tengah dalam perancangan nak buat majlis kahwin ke, majlis hari jadi ke, akikah ke, ehh apa2 majlis lah senang kata, wajib masukkan Chocolate Fountain dalam list korang okey..Wajibb okey ,,,WAJIB..bukan Najib..ehhh..hahahah..
 
Untuk detail lebih lanjut tentang pakej-pakej yang disediakan boleh direct call
 
Ms. Ieda
012-233 4792
 www.idabaharum.com
 
 
 
 




Tuesday, May 12, 2015

Part 5 | Rizqy Turns 1 - Birthday Cake (Rainbow Cars Theme)

 

Tempahan kek dibuat seminggu sebelum majlis, pendirian tak tetap macam aku ni memang suka buat hal last-last minit ni, mulanya dah malas nak pikir dah, ingat nak tempah je kat Secret Recipe, tapi along aku cakap member dia tokey kek dan sedia menerima tempahan, sebut je nak design camne pon.
 
Aku pon usha-usha lah design kek yang dia pernah buat, not bad jugak..cantik..Along aku pon tempeh kek dengan dia masa besday anak buah aku bulan februari aritu.Yang penting harga sangat berpatutan, murah lah bagi aku.Ikutkan hati teringin nak tempeh kek 3D, tapi aku survey harga makk oii mencekik darah harganya , tak mampu lah teman.So, pikir punya pikir, aku request kek "Rainbow Car themes" dengan kawan along aku ni.Yawwww ai loikee..Memang aku serah 100% kat akak tu untuk design.Dan akhirnya ini lah hasilnya..Puas hati sangat.Licinn habis kek tu, aku sempat rasa "seulas" je..kikikiki..Harga dia antara yang termurah dari mana-mana tempat, bawah seratus, bergantung pada perisa dan design kek tu..Apa-apa pon boleh runding dulu..


Owner pembuat kek ni tinggal area Puchong je, so buat orang-orang Puchong dan berdekatan dengannya yang tercari-cari sape yang boleh buat kek awesome macam ni bolehlah contact akak Muhaiyom Hassan ni..Kat bawah ni aku print screenkan front page Facebook dia..Pi terjah sekarang..Nak lagi senang, nah aku tepek sekali nombor telefon senang korang nak berurusan dengan dia kan..

Muhaiyom Hassan
017-2841466

 




Monday, May 11, 2015

Part 4 | Rizqy Turns 1 - Pre- Birthday Photoshoot at Kiddie Fotolab

 
 
 
  Sebulan sebelum Iqy cecah umur setahun, aku dah siap-siap booked pakej photografi untuk Iqy, kebetulan plak masa dalam proses mencari pakej photografi yang sesuai dengan bajet aku tu, ade plak pakej Pre-birthday Photoshoot ni, macam tahu-tahu je kan.Harga pakej pon boleh tahan..
 
Aku booked tarikh weekdays iaitu hari bekerja, kebetulan masa tu cuti raya cina, opis aku kan cuti lama,so aku amik peluang tu booked sessi untuk Iqy beraksi di lensa kamera.yuhuu..
 
Dan aku telah memilih Studio Kiddie Fotolab. Untuk pengetahuan semua, Kiddie Fotolab ni memang professional dalam mengendalikan fotografi khusus untuk kanak-kanak dan bayi, dorang memang teror dah dalam selok belok fotografi kanak-kanak ni,bukan senang okay nak tangkap angle menarik untuk kanak-kanak.Ada dua pilihan samaada nak outdoor atau indoor, macam aku pilih yang indoor session, makanya sessi bergambar dibuat didalam studio Kiddie Fotolab.Yang bestnya semua gambar fully edited dan ber'resolution" tinggi, so kau boleh cuci dari sekecik-kecik size gambar sampai lah sebesar alam size gambar yang kau nak, kompom gambar tak pecah-pecah punya.High quality lah senang cakap kan.
 
Mesti ada yang tertanya berapa harga pakej yang aku bayar untuk sessi Pre-Birthday Photoshoot Iqy ni.Ekceli aku beli kat Groupon, harga RM38 sahaja, dengan RM38 tu aku akan dapat sekeping gambar 8R ,4 keping gambar 3R, dan 2 keping gambar size kad pengenalan.Tapiii..ada tapi nya, ada kisah disebaliknya yang menjadikan amount RM38 tu bertambah dipenghujung sessi fotografi tu.*Sila tampor diri sendiri..dush dush dush deshumm
 
 
 Citernya camni masa aku sampai ke studio Kiddie Fotolab ni, aku diberi penerangan dahulu, dia ceritakan semula tentang item yang akan aku dapat dalam pakej ni,kemudian aku dikenalkan dengan fotografernya, First sekali Iqy kena jalani session warm up dulu untuk mengenalpasti tahap ke'mesrakamera'an Iqy, first session yang kacang goreng bagi Iqy, ternyata fotografer suka dengan respon yang Iqy berikan, siap suruh Iqy jadi model lagi.Next sessi pilih baju, boleh pilih 2 pasang baju berlainan tema, aku pilih baju
Little pirates dengan Little Pilot..Dan ada satu sessi tu fotografer request nak gambar separuh bogel Iqy..haha..So, Iqy hanya ber'diapers' je snap gambar posing dalam tab mandi.Auuww sexy uu..hihi
 
 


 
Selepas selesai sessi fotografi kena booked tarikh untuk datang pilih gambar.Bukan aritu boleh siap yer ,sebab dorang nak buat proses editing dulu.
 
 

 







 
 
Tiba hari yang dinanti, hati berkobar- kobar ni nak tengok gambar, aku dibawa masuk ke studio dan dorang pasangkan slideshow gambar-gambar Iqy.Ya Allah perasaan masa tu eh anak aku ke tu? Hihihi..Ok dah habis tengok gambar , ni sessi paling tragis sekali.Dalam sessi perbincangan sebelum ni kan dah deal apa dan berapa keping gambar sahaja yang akan kite dapat.Ok ko boleh bayang tak camne aku nak pilih gambar2 tu semua sebab semua gambar aku suka.So, aku diberi pilihan untuk tambah duit untuk dapatkan soft copy semua gambar2 tersebut.Perghh lama jugak lah aku deal nak dapatkan harga yg terbaik, bukan tambah puluh2 hinggit taw tapi main ratus2,18 ratus
kali aku pikir nak ke tak? Dan akhirnya setelah berjam2 tawar menawar aku dapat harga yang aku nak tu.Cuma mintak maaf aku tak dapat nak kongsikan harga dia sebab kalau laki aku taw mampoiss aku..hahahahaha..Yang aku boleh kongsi kan harga asal dia adalah RM38 sahaja, aku je yang gatai nak sangat softcopy semua gambar2 Iqy tu , so makan pasior aku bulan tu, mujur time tu ade rezeki lebih sikit.hukhukhuk..Korang boleh rujuk sendiri harga pakej sebenar dengan pihak Kiddie Fotolab, sungguh aku cakap, hasil kerja dorang aku puas hati sangat walau terpaksa keluar duit lebih sikit..Uwaaa takmo ingat duit yang dilaburkan tu, boleh tak guna ayat 'demimu anak, apapon mama sanggup'..hahaha..Sampaikan staff situ cakap "u sangat pandai nego price haa?".Susah I nak cakap tak boleh..hahahaha..
 




 
 
 
Kiddie Fotolab
3-2, Jalan PJU 5/20E
The Strand, 47810
Kota Damansara.
 
03-6142 6077
 
Email: enquiry@kiddiefotolab
 
 

Monday, April 27, 2015

Part 3 | Rizqy Turns 1 - Guest Book Corner

 
Ekceli "Guest Book Corner" tak termasuk pon dalam senarai wajib buat dalam birthday party Iqy ni tapi ada lah terdetik dalam hati nak buat Guest Book sahaja guna buku scrap konon nak buat sendiri lah.Tapi disebabkan kekangan waktu, aku buat yang mana termampu je, sampailah sehari sebelum majlis, Ida datang rumah malam tu konon nak hantar mesin Chocolate Fountain je, last-last kena paksa rela tolong aku deko-deko rumah, Andi pon tak pasal-pasal turun dapur tolong Abi masak laksa..hahaha..Bila dah ada Ida ni, macam-macam idea lah keluar, Ida kan penuh dengan idea-idea dalam otak 8gb dia tu..hahaha..Sampai ke pagi lah kitorang dok lipat-lipat kertas buat kipas, tampal sana tampal sini, tiup belon..Ohhh thank you korang..Sayangg angat2..
 
Dalam dok mamai-mamai tu, ida ni makin mamai makin bernas idea-idea dia, hahaha, maka terhasillah guest book mini tu, colourfull gitu, kena sangat dengan tema majlis dan kek besday Iqy nanti.hihkhihkihk..Tenkiuuu Ida..Jasamu dikenang..Guest book Corner tu hasil sentuhan Ida lah tu..Iqy...sila sayang mama ida lebih sikitt..tapi jangan lebih-lebih dari mama plak ek.Sentap mama nanti..HUkhukhukhuk..Tenkiuu to apak Andi jugekk..
 
Guest book ni untuk para-para tetamu menitipkan ucapan ringkas serta doa untuk Besday Boy nanti..Tapi kebanyakkan yang tulis semua buat karangan bahasa melayu SPM..hahaha..Gasak ko lahh.Nanti Iqy dah pandai baca, aku suruh dia baca semua ucapan-ucapan tu..
 
 
Frame ala-ala 3D lah kengkononnya ni, konon nak letak kat Guest Book Corner sekali, tapi macam semak sangat , mana nak letak kek lagi, kang kek ke mana, guest book kemana, ahh sudah, last-last alih ke "Chocolate Fountain Corner"..Tungggu nanti kite citer share pasal "Chocolate Fountain Corner" plak yer..

Friday, April 24, 2015

Part 2 | Rizqy Turns 1 - DIY Goodies Pack

Macam tak lengkap sesebuah majlis tanpa goodies pack kan, untuk goodies pack birthday party Iqy ni aku memang dah planning nak buat sendiri lah kengkononnya, rajin tak rajin tak??hihihi..Biasanya apa yang ada dalam goodies pack ni? Oh aku buat ikut termampu je, yang biasa-biasa orang selalu buat lah, cuma aku try letak dalam bekas tippuware dan d.i.y sendiri, kengkonon gigih lah sangat kenn.hekhekhek.
 
 Aku beli bekas tu dekat Happy Home ada diskaun masa tu, satu bekas dalam rm0.40sen camtu.Aku beli 50 pcs je, cadangnya nak bagi kat budak-budak je, tapi kalau mak budak nak pon boleh je..hehe.
 
 
Ni beberapa hari sebelum majlis, merangkak-rangkak aku buat sengsorang, potong kertas, tampal kat penutup, tampal sticker, bubuh jajan , sumi, belon semua dalam bekas, buat sorang-sorang je, Abi tolong tidurkan Iqy dalam bilik, baru boleh aku buat kerja dengan aman, kalau tak, kompom dak Iqy "tolong" menyibuk sama, huhu.. 
 
 
Sticker yang ada gambar Iqy tu kakak ipar aku yang printkan kat opis dia, kebetulan dia memang kerja kat syarikat printing buku, so tiada kos yang keluar pon dalam pembikinan sticker tu, jimatt..Buat sendiri pon boleh, cuma kat rumah aku takde printer plak.
 
 
Ni je antara yang ada dalam bekas goodies pack tu, oh lupa sumi tu sepatutnya 2 ketul, dalam gambar kurang satu, sebab aku yang ngap..hehehehe.. 
 
 
Ni dia projek malam-malam buta, demimu anak bujang toang2, mama sanggup walau terpaksa menahan mata dan pergi kerja dengan bermata panda..Pasrahh..Ni baru majlis hari jadi, majlis kahwin nanti camne lah agaknya..Please jangan kahwin cepat sangat eh Iqy..Kan dah janji nak jaga mama bila tua nanti..kehkehkehkehkehkeh.. 
 

Friday, April 10, 2015

Teaser #RizqyTurns1

 
Kasik teaser lah dulu, terlaksana jugak niat nak buat majlis hari jadi pertama buat satu-satunya zuriat kami.Alhamdulillah..Next entry tak lama lagi yer...