Followers

Showing posts with label cerita artis. Show all posts
Showing posts with label cerita artis. Show all posts

Tuesday, July 25, 2017

Kipas susah mati (#diehardfan) Tomok New Boyz



Muehehhehee....Tersengih aku sengsorang bila ternampak statement ni lalu kat timeline FB..Terus teringat zaman sekolah dulu, zaman masa New Boyz tengah meletop2, aku rasa masa tu New Boyz ni antara kumpulan remaja pertama masa tu , lepas tu baru lah kumpulan2 lain macam Boboy, Q-Face, dan macam2 lagi masuk ke industri musik tanahair ni..Tapi aura New Boyz ni yang terrrpaling memberi impak lah kat remaja2 seusia aku pada masa tu.Dan aku tak malu pon nak mengaku yang aku merupakan salah seorang dari jutaan peminat fanatik TOMOK NEW BOYZ..hahahahahahah..Tolonglah jangan gelak, apa hina sangat ke minat Tomok??Aku dulu selalu lah kena kecam sebab minat sangat dekat Tomok ni, alaaa yang kecam pon member2 lelaki, dorang tu sebenarnya jeless dengan Tomok sebab dorang tak se"hot" Tomok pada masa tu, semua perempuan tergila kan Tomok tak tergilakan dorang, pastu meroyan cakap Tomok itu lah inilah..Eh baikkk apa dak Tomok ni.Tak pernah ada gosip2 liar tau.Sentiasa tampil dengan imej2 bersih gitu..Kau dah kenapa nak kutuk Tomok aku???hahahaah..Kemain back up lagi aku kan, kalau ada orang kutuk Tomok, aku lah antara yang akan sentap dahulu..Entah pape kan, padahal Tomok kenal aku pon tak..kahkahkahkah.

Aku bukan setakat minat biasa2 je tau, aku tersangat fanatik, kau tanya mak aku, dia tahu sangattt..Bilik aku penuh dengan poster gambar Tomok, buku latihan pon balut dengan poster Tomok, yang paling gigihnya, setiap hari pergi kedai majalah cari majalah yang ada gambar Tomok, walau ada seketul kecik je muka Tomok mesti aku beli, lepas tu gunting dan tampal dalam buku scrap.Gigih tau kumpul duit beli majalah, bila cikgu suruh beli buku latihan, ngelattt...hahahaha..Masa zaman aku tu majalah HAI terbit 2 minggu sekali, aku suka beli sebab dorang selalu cerita pasal TOMOK, yang bestnya majalah HAI tu, kat tengah2 page mesti ada poster artis, biasanya dia selalu letak poster gambar TOMOK lah sebab tengah "hot" kan masa tu, pandai dorang marketing tauu..Aku lah mangsa nya..Kalau beli sekali 2, sebab 1 nak tampal, 1 nak lekat kat buku scrap khas..Ya Allah, gigihnya aiiii..kahkahkahakha...Mana ntah buku scrap tu..Dinding bilik aku dah sampai takde ruang dah nak lekat , hampir2 nak pinjam dinding bilik mak aku tampal muka Tomok..Memang cari nahas lah kalau camtu kan...hahahahaha..

Moment paling aku takleh lupa, masa tu New Boyz ada show kat Putrajaya (seingat aku lah)  .Aku nak sangat pergi...Nasib baik mak memahami, so dia bawak aku.Aku nak sangat jumpa dia secara "life"..Dapat jugak jumpa kat belakang stage..Aku salam semua geng New Boyz lain, last sekali salam TOMOK..Masa tu mana ada henpon kamera lagi, so tak de gambar pon..Sayangnya lahai..Lepas tu, punyalah sayang nak basuh tangan, kalau boleh sebulan taknak basuh tangan sebab dah salam dengan TOMOK tadi kan..hahahahaha...Bengommmmnya lahai..

Semua orang sekeliling tahu camne minat nya aku kat Tomok ni, walau selalu kena bahan, aku wat lek wat pisss je...Lantaklah ikut suka hati aku lah nak minat sape kan..Asalkan aku tak minat kat pakwe ko sudahlah kan..hahahaha..Sampaikan masa Tomok kahwin, ramai member aku text aku , ingat aku sedih ke meroyan ke apa...hahahahaha...Aku minat dia sebagai artis je okey..Takdenya sampai meroyan tengok dia kahwin dengan orang lain..Aku suka tengok bini Tomok, cantikkk giler..Sebab tu lah dia pilih bini dia, tak pilih aku...hahahahahaahah...


Tomok sekarang...dah ada 2 orang anak dah pon.Kalau dulu Tomok comel, sekarang bolehlah dikategorikan sebagai macho.Tapi aku tak minat lah dia imej botak..Rambut biasa2 baru okey aku rasa.hahahaha



Time ni masa zaman dia join one in million rasanya, fesyen rambut ala2 kpop gitu..bila makin meningkat dewasa ni dah kurang follow pasal dia.Jenguk IG dia pun layan video anak2 dia je.hehehehe..Yelaaa dah ada laki kan, better ai jadik peminat nombor satu lakikkk sendiri..tak gituuu..ailebiuu Abi...ehhhh...hahahaahha


Wednesday, March 6, 2013

Penyanyi Nouri didakwa bunuh suami l Bukan Nory Zoulkefle okay..hehehe

Gempar!! Terkejut baca pasal kes ni, Nouri ni dulu penyanyi, tapi tak berapa popular sangat lah kalau nak bandingkan dengan Nory Zoulkefle...Kahkahkahkahkah (gurauuu je beb)..Dulu aku eja nama aku dengan ejaan sebijik macam tu, nasib baik aku dah tukar spelling dari Nouri ke Nory..Kalau tak jenuh nak menjawab soalan wartawan.Kuikuikuikui..Nak taw lebih lanjut pasal kes penyanyi tu, jom baca kat bawah ni..
Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.
Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.
Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat


sumber dari SINI

Monday, February 11, 2013

Video sheila amzah menangis sambil nyanyi lagu Ombak Rindu



Bru berkesempatan nak tgk video ni, meleleh2 air mata aku..Kesian sangat kat Sheila.Die tersepit antara dua, kiri kekasih, kanan ayah nyer.Bukan mudah untuk dia  buat keputusan.Dua2 melibatkan orang2 kesayangan dia.Tabah betul shila ni, tapi aku tabik sangat dgn dia, walau apa pon org cakap pasal die, dia tak pernah melenting, sentiasa terima dan telan semua kutukan dan kritikan orang.Bagi aku, Sheila ni seorang yang lurus, dia jenis yg suka berterus terang, dia sentiasa mengaku apa yg dia buat, apa yg dia tak buat, semua dia berkongsi dgn peminat..Tak macam sesetengah artis lain, kalau wartawan interbiu, tak habis2, No komen, no komen...puihhh..

Apa2 pon diharapkan Sheila tabah menghadapi dugaan ini dan cepat2 kembali ke pangkuan keluarga.Ada hikmah di setiap dugaan dan ujian yang Allah turunkan..InsyaALLAH ada jalan nya..


Thursday, February 7, 2013

Ersalina Imani vs Nelydia Senrose


Auww hebat penangan cerita "Setia Hujung Nyawa", setiap hari tertunggu2 depan tibi, seboleh2 taknak missed 1 episode pon, inilah akibat kalau dah terlayan dari episod 1 lagi..heheh..Dan secara tak langsung, terigau2, terangau2, sampai termimpi dapat baby muka macam Ersalina..kahkahkahkahkah..

Cantekk nyer Ersalina atau nama sebenar die Nik Zarith Nelydia Senrose, tak sangka umur die baru 19 tahun, tapi muka die matured..Suke tengok die, walaupon ramai yg kate kakak die lagi cantek (Uqasha Senrose), tapii tetap suka ngan Nelydia jugak..hehehe..Dia berasal dari Kelantan ada campuran melayu + siam gitu..Oooo kacukan siam, patutlah muka besar (kepala besar)..Sape kata org muka besar tak cantekk..(mentang2 muka sendiri besar, ada hati nak sama kan dgn Nelydia..Puihhh..)..Aku pon ade kacukan siam belah arwah abah aku lah (sikiiittt lah) heheheh..tapi aku bukan org kelantan, sebab tu aku tak berapa nak cunn sangat..hahaha (sedar diri pon)...Cik mek kelantan memang rata2, semua comel2 belaka kan..Jelesss aii..Apa rhsia ek?? hihihi..





Harini episode akhir "Setia Hujung Nyawa", macam biasa balik keje terus tercangok depan tibi sambil makan koci..hahaha..Abi ajak gi jalan2 pon sanggup "tolak" dengan baik..hikhikhikhik...Lepas habis cerita baru boleh jalan2 yer Abi...

See Yaa!!!


Tuesday, November 20, 2012

Diana Danielle bunting pelamin..


Waa tak habis lg cerita pasal perkahwinan dorang, dah dpt satu berita gembira..Diana dah disahkan pregnant, 2 minggu cmtu lah..Lbh kurang mcm story Fasha Sandha yg bunting pelamin tak sampai sebulan dorang berkahwin..Tapi Diana ni lagi awal..Haaa no..!!no...no!..jgn pikir bukan, tak baik buruk sangka.Semuanya kerja tuhan, takde yg mustahil taw...Anyway, congrates Diana Danielle and Farid Kamil..Oh yer,,aku dapat taw gud news ni dari Instagram Diana Danielle..Add lah instagram dia kalau nak taw kebenarannya..Bukan aku saja reka2 cerita ek..hehe..

Britney Spears,Lady Gaga & Rihanna bertudungg!!?



Aku pon taktaw ape motif dorang bertiga ni bertudung...?Super Impose ke hape, aku tak taw..Yg pasti aku terjumpa je aku terus update kat blog..Sebab dorang nampak comeyy sgt bertudung...Sweet je...Semoga Allah memberi hidayah kat dorang utk memeluk agama Islam..InsyaALLAH..


Sunday, November 18, 2012

Zizan Razak (ML) & Nora Danish, ada pape ke?

Sebelum ni Zizan ni dikaitkan dengan Juliana Evans kan? Aku memang suka tengok dorang berdua, walaupon dorang selalu bagi jawapan selamat je yg mengatakan dorang ni sekdar teman tapi mesra, tapi kalau lebih dr tu pon ape salahnya kan..Aku sukaaa...hehe..
Tapi tadi, terkezutt makk!! terbaca dlm web yg mengatakan Nora danish berbalas tweet dgn Zizan dengan guna panggilan papa, mama gitu..Aikk..ade pape ke? Ke propa je, saje nk main2..Wallaualam..
Tapi ok jugak kan kalau dorang berdua "ada pape", masing2 single je lagi..Nora Danish pon maintain cun kalah anak dara walau berstatus "Miss J"..
meh tengok bukti tweet dorang tu..

Tengok plak Zizan tweet balik..




Monday, November 12, 2012

Comellnyer anak2 artis ni


Teringin sangat nak ade anak sendiri, tapi takde rezeki lagi ke arah itu.Nak buek camno kan..Tengok jela anak org yg comel2 lote tu..Nasib baik anak orang, kalau tak dah lama kena gomoll ngan aku.Dalam banyak2 anak artis kan, kebanyakan nya semua comel2 giler..Geramm weyy..Aku suka tengok baby yang mate bulat, gebu and putih melepak.Kalau aku terjumpa, memang aku terbuntang bijik mate, rase nak terkam and cubit2 dorang..Harap2 anak aku nanti ade ciri2 camtu, kalau tak comel pon takpelah janji sihat walafiat dahlah..Tapi kalau dapat yg comel, gebu, putih melepak, mata bulat memang satu bonus lah..Mane lah taw mewarisi kecomelan mama papa dorang nanti kan..hahahah uwekkk!!! (muntah darah),,

Aku suka tengok gambar2 anak artis, kebanyakkannya memang comel2 belaka lah..Meh aku senaraikan anak2 artis yg comel2 tu..

1. Anak tomok (New Boyz) - Arrian Shah Akid.



comellness sgt2 coz mata die bulatt..Selalu cuci mata tgk gambar die kat instagram ayah die (tomok) hehe...Muka die ikut muka wife tomok, wife tomok mmg cun melecun tak dapat dinafikan..patutlah anak die pon comeyy..hehe

2. Anak Que Haidar & Linda Jasmin - Tengku Ratu & Tengku Cleopatra




 
Yang ni mmg cumellnes tahap 8, mewarisi kecantikan mummy dorang, Linda Jasmin..Untunglah ade darah kacukan, dapat anak semua muka ala2 Pan Asian gitu..Ko tak nak?haha..Nanti aku peknen, nak tengok muka baby Tengku Ratu & Tengku Cleopatra ni hari2 bagi terkenan..heheh..

3. Anak angkat Stacy - Bella Valentina



  
Walaupon anak angkat, tapi kalau aku jadi Stacy mesti bangga dapat anak angkat yg comell lote mcm ni,, Mate bulattt tu yg penting..Memang aku suka betul tgk budak2 kecik mata bulatt ni..Gerammmm!!!..

4. Anak Eizlan Yusoff  - Vie Zaara 



 
haa yang ni memang paling cumellnes...dah mcm Barbie Doll pon ade...Comell sungguh dak kecik ni..Dah besau mesti cun melecun..Tengok plak sape mak ayah die kan..Si kacak dan si cantik..bertuahhnyer badann..




Monday, October 15, 2012

seksi ke seksa,Nabila Huda..?


Kecoh pasal isu gaun malam Nabila mase kat Anugerah Blockbuster aritu.Tp bg aku,aku tak terkejut sgt dgn isu ni,sbb bila sebut Nabila Huda je, smua org dh taw die mmg terkenal dgn artis yg suka berpakaian seksi ni.Biarlah itu hak die.Yang malu pon,die..Kita yg tgk ni, beringat2 je dahlah..Kita pon bukan sempurna sgt..Tapi Nabila sharusnya alert dgn isu2 snsitif ni, lbh2 lg die kan public figure, role model utk smua peminatnya, jgn pasal isu ni nnt, tergugat plak kerjaya seni die yg semakin hari smakin meningkat populariti tu..Tak yer??





kredit Oh bulan..!


Sunday, October 7, 2012

Zizan Razak tewaskan Abg Aaron a.k.a AA

 
 
Sape tgk Anugerah Blockbuster smlm, fuhhh meriah carpet bile Abg Aaron melintas bersama isteri die yg cantek tu...Jeless iteww taw!! Eh tak jeles lah, iteww pon ade "Abg" jgk..Hubby iteww lah...Eh,eh nk ber"itew2" (kite) plak kan, lempang nak..hehe..Ok2, meh nk citer sikit pasal Anugerah Blockbuster yg bersiaran di saluran Astro Ria pukul 9 mlm td.
 
Rasanya ni pestime kot klu tak silap aku lah, Astro wat Anugerah yg boleh digelar berprestij jgk ni.Lbh kurang mcm Anugerah2 yg lain jgak mcm Anugerah Era, Anugerah Juara Lagu,Anugerah Industri Malaysia ,semua tu lah.Tema dorg mlm tu, colour blocking.Ade yg Stylo ade yg Uppss!!..Abg Aaron mmg sempoi hbis mlm tu, die turun je dr kereta lalu kat karpet merah tu, mate aku tertumpu kat kaki seluar die yg senteng tu, aku tak pasti tu gimik or fashion terbaru die.Wallahulam..Tapi bg aku agak unik jgak lah..haha..
 

Semalam yg menang paling banyak anugerah, yg banyak kali naik pentas, yg paling byk bawak balik duit & piala adalah director muda,Syamsul Yusof.Bangga plak aku tgk pencapaian die.Dato' Yusof Haslam mesti bangga dgn pencapaian anak die tu..Sejuk perut mak Syamsul ngandungkan die..hehe..

Abg Aaron plak kalah dgn Zizan Razak, utk pencalonan Hero terhebat.Dasyat gak Zizan ni ek, walaupon kuciwa sikit abg Aaron tak menang walaupon 3 pencalonan tu, tp takpelah, Zizan pon aku minat jgak.Mesti sbb aku tgk cite Hantu Kapchai aritu kot, tu yg die menang tu...wahahaha...Anyway , congrate Zizan..

 
 
 
 
 
 

Monday, September 24, 2012



Tamat juga cerita Kau yg terindah ni.Aku tak layan sgt tp nak dekat2 episode akhir tu terjebak jgaklah layan smpai episode akhir.Mmg aku dah agak dah, mesti kontroversi pasal Neelofa pegang tangan Nazim kat depan kaabah tu akan meletus .Aku pon mule2 terkejut gak, eh biar betul dorg ni takkan berpegang tgn kat depan kaabah, dorg kan bukan muhrim.Tapi nasib baik fikiran aku ni positif sikit,hahaha..Takkan lah dorg sejahil tu kan.Scene mestilah dorg dah shoot kat KL,giler ko nk beromantika de'amour kat depan kaabah, mau kene sambar petir kat situ jgak kan.Astagfirullah...

Tadi terbaca kat blog bulan purnama, Erma Fatima dah jelaskan pasal isu tu kat Twitter, ternyata, jangkaan aku tepat, scene pegang tgn & tidur sebilik tu shoot kat KL.So, persoalan dah terjawab skrg.Erma Fatimah beb pengarah nya, die mesti dah kaji baik buruk sebelum membuat satu2 cerita.Jgnlah nk cepat melenting..Asyik nk cari salah org je, salah sendiri tu perbetulkan dulu.hehehe...

See Ya!!!!!!


Chaiyok...chaiyokk...Kak Erma..!!