Followers

Showing posts with label love anniversary. Show all posts
Showing posts with label love anniversary. Show all posts

Tuesday, August 30, 2016

9 tahun bercinta

26 August 2007 - 26 August 2016

Alhamdulillah 9 tahun berlalu, 9 tahun dah kenal dengan asben.Cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah 9 tahun ek.Cepatnyaaa...Percintaan yang tak taw macam mana permulaannya, tetiba je berbunga, taw2 je dah bercinta, taw2 je dah nak kawen.Nak kata cinta monyet bukan, nak kata cinta matang pon taklah matang sangat, memasing nerd je 9 tahun lepas.huhuhuhuuu...

Macam mana terdetiknya cinta macamana boleh buat keputusan nak kahwin, uishhh semua tu diluar bidang kuasa aku, itulah kuasa Allah, kalau dah tertulis itu jodoh kau, dengan dia lah kau akan bersatu.InsyaAllah.
Cinta jarak jauh permulaannya, kesabaran , kejujuran dan kesetiaan paling penting, paling ko kena pegang, paling ko kena semat bebetul dalam hati.Sanggupkah kau, sanggup tak nak hadapi cabaran, ingat senang ke???Hati kena kuat beb...mental apa tah lagi..Lagi kena kuat..

Tapi kalau semua tu kita boleh lalui bersama2, tempuh sama2, jatuh bangun bersama, insyaAllah takde masalah nak bersatu akhirnya.

Cerita aku taklah sehebat cerita cinta Qaisy dan Laila, tak seromantis cerita cinta Romeo n Juliet, nak jadi setulus cinta Adam dan Hawa pun jauh sekali.Tapi cinta kami semulajadi  wujud dari hati kami2 sendiri.Masih punya kekurangan dan masih merangkak kearah kesempurnaan.

Moga cinta kita makin kuat hari demi hari, ujian dan dugaan resam hidup,sesiapa pon lalui, cuma situasi dan keadaan yang membezakan, kita cuba yer untuk jadi yang terbaik.Bukan terbaik dimata orang, cukuplah terbaik dimata kita..InsyaAllah, korang doakan yer...amiiinnnnnnn...

Happy 9th Anniversary to us...ZURY foreverr...till jannah...

Thursday, May 22, 2014

Ulangtahun ketiga , kami sudah bertiga

Alhamdulillah, 7 May lepas genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami.Pejam celik pejam celik dah tiga tahun , sekejap je rasa.Kalau 2 tahun sebelum ni anniversary disambut oleh kitorang berdua je laki bini, tapi tahun ni kitorang sambut bertiga, dan Rizqy Hafiy Aish merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan yang sangat berharga buat kami suami isteri (rasa nak ikat Rizqy dengan reben je,hehehe)..Lebih bernilai dari hadiah seutas rantai emas, syukurr Ya Allah..

Tahun ketiga ni jugak, kitorang celebrate anak beranak je kat rumah mak, macam sebelum ni celebrate berdua je kat rumah sendiri, kalini buat kat rumah mak, kebetulan aku tak balik rumah lagi walaupon dah habis pantang time tu.Mak masakkan nasi lemak ayam berempah untuk tetamu yang datang.Alaaa tetamu dua tiga kerat je pon, jemput sedara terdekat je, geng kembar semua tak dapat datang, hari bekerja dorang busy sikit..Ok takpe fahamm..heeee..


Ni lah antara hidangan yang disediakan, malam tu kebetulan hujan lebat plak, lagi berseleralah masing2 kan..Nyamnyamnyam...Tenkiuuu mak, susah2 je masakkan semua ni..


Kek wajib, Indulgence Chocolate by Secret Recipe,,tak pernah jemu makan kek ni..Happy Anniversary untuk kita..Alhamdulillah, tiga tahun sudahhhh..


Make a wish sebelum tiup lilin, semoga kita akan lebih bahagia dari tahun ke tahun dan semoga kekal hingga ke jannah..Aminnn


Potong kek plak, tetamu dah lama tunggu tu..Abi busy giler kat dapur dok menggoreng ayam, jenuh panggil nak potong kek..hahaha..



Apa lagiii...jomlah melantakkk...Hidangan malam tu liciiinnn...Alhamdulillah, sedap mak masak..heee..Tenkiuu maklang, paklang, Amy, Asri, Poksu, Moksu dan anak2, Kaklong & anak2, Along, Kak Yati dan anak buah semua sebab sudi datang meraikan hari bahagia kami ni..Doakan kebahagiaan kami yer...Aminn..


Selfie dengan Tasha, muka aku yang selebet macam orang beranak 10 tu abaikan je lah ek, dah ada anak ni, lipstick kemana, bedak kemana, celak kemana, bulu mata pelesu lagilahh haru ntah kemana2..(Cehhh!!!Baru anak sorang!!)...hahahah


Ini maklong Rizqy, tapi Rizqy panggil ibu sebab dari lahir ibu yang mandikan Iqy sampailah umur sebulan, baru mama berani mandikan Iqy..hehehe..Abah je pernah sekali mandikan Iqy time Iqy baru balik dari hospital..Nenek pon takut nak mandikan Iqy sebab haluss sangat badan nya, takut terlepas kata nenek, tapi sekarangg, nak patah tangan dukung dia..hahaha



Mesti ada yang tertanya2, eh mana Rizqy, kemain bergambar berdua je laki bini...Iqy dengan sepupu dia Delysha melepak kat sini, dorang mana boleh makan, so, dorang tengok je orang makan..hehehe..

Selamat Ulangtahun ketiga buat kami.Semoga ikatan ini dirahmati dan diberkati oleh-NYA.Semoga kebahagiaan sentiasa milik kami.Kekalkanlah kami dengan saling melengkapi, saling berkasih sayang, dan saling menyintai..Semoga kebahagiaan kami kekal hingga ke jannah..Aminn..

Buat Abi, bukan kesempurnaan yang sayang cari, kerana setiap yang kurang tu buat kita saling melengkapi...Terima kasih untuk 3 tahun ni, menjaga, melindung, menyayangi serta menyintai diri ini, walaupon bini abg ni tersangatlah keras hati, keras kepala, degil n etc..heheheh..

--HAPPY 3RD ANNIVERSARY ZULNORY--

Monday, August 26, 2013

6 tahun cinta bersemi


Harini 26 August 2013, genap 6 tahun usia sebuah perhubungan, perhubungan yang bermula dari mata turun ke hati, hari pertama bertentang mata, sape sangka perasaan cinta terus bersemi,ekcewahh..Dan alhamdulillah hingga ke hari ni, dan semoga kekal ke tahun-tahun seterusnya hingga ke hujung nyawa amiinn...Dan sekarang di usia 6 tahun perkenalan dengan Abi, dah 2 tahun dah pon kami bergelar suami dan isteri dan tak lama lagi bakal bergelar mama & abah..InsyaALLAH..hikhikhik..

Nak imbas kembali detik2 pertemuan dengan Abi, semua nya berlaku sekelip mata, jumpa terus jatuh cinta, lokasi di Genting Highlands semasa masing2 tengah sibuk bekerja, kami duk ralit main-main mata..hahahaha...Heyyy tak sangka, dia jodoh aku, jumpa sekejapp je, taw-taw dah jadi laki dah sekarang ni...

3 tahun berkawan n bercinta jarak jauh, kami terus ikat tali pertunangan, ikat pon tak lama 6 bulan je terus kawen..wiwiwiwi...Perasaan menjadi kekasih halal kepada encik Abi, ohh tentulahh yang indah-indah sahaja.Kalau tau, masa baru jumpa dulu terus ajak kawen, hahahaha...gejolohh betoi..

Buat Abi tersayang, semoga percintaan kita kekal hingga ke jannah.Moga kasih sayang kita bertambah setiap hari, terima kasih untuk kasih sayang yang tak berbelah bahagi, tak pernah seminit pon rasa kurang kasih sayangg..Cukupp bebenor rasanya...Thank you Abi..I love u soooo muchhh..Emmmmuaahhhhh!!!