Followers

Thursday, May 22, 2014

Ulangtahun ketiga , kami sudah bertiga

Alhamdulillah, 7 May lepas genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami.Pejam celik pejam celik dah tiga tahun , sekejap je rasa.Kalau 2 tahun sebelum ni anniversary disambut oleh kitorang berdua je laki bini, tapi tahun ni kitorang sambut bertiga, dan Rizqy Hafiy Aish merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan yang sangat berharga buat kami suami isteri (rasa nak ikat Rizqy dengan reben je,hehehe)..Lebih bernilai dari hadiah seutas rantai emas, syukurr Ya Allah..

Tahun ketiga ni jugak, kitorang celebrate anak beranak je kat rumah mak, macam sebelum ni celebrate berdua je kat rumah sendiri, kalini buat kat rumah mak, kebetulan aku tak balik rumah lagi walaupon dah habis pantang time tu.Mak masakkan nasi lemak ayam berempah untuk tetamu yang datang.Alaaa tetamu dua tiga kerat je pon, jemput sedara terdekat je, geng kembar semua tak dapat datang, hari bekerja dorang busy sikit..Ok takpe fahamm..heeee..


Ni lah antara hidangan yang disediakan, malam tu kebetulan hujan lebat plak, lagi berseleralah masing2 kan..Nyamnyamnyam...Tenkiuuu mak, susah2 je masakkan semua ni..


Kek wajib, Indulgence Chocolate by Secret Recipe,,tak pernah jemu makan kek ni..Happy Anniversary untuk kita..Alhamdulillah, tiga tahun sudahhhh..


Make a wish sebelum tiup lilin, semoga kita akan lebih bahagia dari tahun ke tahun dan semoga kekal hingga ke jannah..Aminnn


Potong kek plak, tetamu dah lama tunggu tu..Abi busy giler kat dapur dok menggoreng ayam, jenuh panggil nak potong kek..hahaha..



Apa lagiii...jomlah melantakkk...Hidangan malam tu liciiinnn...Alhamdulillah, sedap mak masak..heee..Tenkiuu maklang, paklang, Amy, Asri, Poksu, Moksu dan anak2, Kaklong & anak2, Along, Kak Yati dan anak buah semua sebab sudi datang meraikan hari bahagia kami ni..Doakan kebahagiaan kami yer...Aminn..


Selfie dengan Tasha, muka aku yang selebet macam orang beranak 10 tu abaikan je lah ek, dah ada anak ni, lipstick kemana, bedak kemana, celak kemana, bulu mata pelesu lagilahh haru ntah kemana2..(Cehhh!!!Baru anak sorang!!)...hahahah


Ini maklong Rizqy, tapi Rizqy panggil ibu sebab dari lahir ibu yang mandikan Iqy sampailah umur sebulan, baru mama berani mandikan Iqy..hehehe..Abah je pernah sekali mandikan Iqy time Iqy baru balik dari hospital..Nenek pon takut nak mandikan Iqy sebab haluss sangat badan nya, takut terlepas kata nenek, tapi sekarangg, nak patah tangan dukung dia..hahaha



Mesti ada yang tertanya2, eh mana Rizqy, kemain bergambar berdua je laki bini...Iqy dengan sepupu dia Delysha melepak kat sini, dorang mana boleh makan, so, dorang tengok je orang makan..hehehe..

Selamat Ulangtahun ketiga buat kami.Semoga ikatan ini dirahmati dan diberkati oleh-NYA.Semoga kebahagiaan sentiasa milik kami.Kekalkanlah kami dengan saling melengkapi, saling berkasih sayang, dan saling menyintai..Semoga kebahagiaan kami kekal hingga ke jannah..Aminn..

Buat Abi, bukan kesempurnaan yang sayang cari, kerana setiap yang kurang tu buat kita saling melengkapi...Terima kasih untuk 3 tahun ni, menjaga, melindung, menyayangi serta menyintai diri ini, walaupon bini abg ni tersangatlah keras hati, keras kepala, degil n etc..heheheh..

--HAPPY 3RD ANNIVERSARY ZULNORY--

16 comments:

  1. happy belated 3rd anniversary nory... me gonna be 2nd anniversary soon... ^_^

    ReplyDelete
  2. happy anni zul nory! baru anak soranggg.. jangan lupe ida tauu ! aku sembelih sorang sorang HAHHAHAHHAHA........... sorry tak dapat datangg heeeee ~ nnti suh mak nory masak lagii lapa pulakk nampak nasi ayam nasi ayammmmmmmmm

    ReplyDelete
  3. happy anniversary dear.. semoga kekal bahagia & jodoh berpanjangan hingga ke syurga ;)

    ReplyDelete
  4. hepi belated annivesary nory..
    moga bahagia selamanya..
    bertambah bahagia bila dah ada baby ni kan..

    ReplyDelete
  5. happy anniversary to mama and papa rizqy :)

    ReplyDelete
  6. happy anniversary nory dan zul. semoga terus kekal bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  7. Syukur alhamdulillah..moga bahagia sentiasa bersama insan yang bermakna disisi..till jannah..amin..

    ReplyDelete
  8. Ayat akhir sebak baca huhu..mcm mila pulak yang sambut anniversary hehe...Antie mila confius mana Iqy mana delysha mcm sama besar jerk !

    ReplyDelete
  9. Amiin. Happy anniversary Zul & Nory. Comelnya baby. Tahniah.. semoga berbahagia selamanya.

    ReplyDelete
  10. sentiasa bahagia ke akhirnya, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  11. heppy anibeseri nory & zul.... comel bean bag tuh..hehehe

    ReplyDelete
  12. Happy anniversary...smg Allah Rahmati kalian dunia dan akhirat...amin...

    ReplyDelete
  13. hepi anniversary nory n hubby! :)

    ReplyDelete
  14. happy belated anniversary!! semoga bahagia selamanya..

    ReplyDelete
  15. happy anniversary .. moga berkekalan hingga jannah .. mana tahu tahun ke 4 berempat pulak opssss ..... tahniah iqy yg comel hadiah yg plg istimewa...

    ReplyDelete
  16. comelnye rizqy..mesti dia pelik, apsal meriah sangat nih...
    selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 3 buat nory & suami..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)