Followers

Friday, May 9, 2014

Event Sepetang Bersama Blogger 2014 & Yeos (SBB2014) - Saloma Bistro

Wee baru skrg berkesempatan nak menaip kat blog , maklumlah sejak beranak kecik ni, masa yang ada duk belek anak je, time anak tido, dengan aku aku sekali tido, takde masa nak mengadap pc menaip entry bagaiii..Alhamdulillah, now dah habis berpantang 44 hari sekarang dah hari ke 53 dah pon, dah merata dah bawak baby tawaf shopping mall, budak tu pon spesis mama dia jugak, memang kaki berjalann, dari dalam perut dah train berjalan kesana sini, heheeh...

Ni nak citer sikit pasal event Sepetang Bersama Blogger & Yeos (SBB2014)..Event ni anjuran Denaihati dan Yeos sebagai penaja.Event ni diadakan setiap tahun dimana semua para2 blogger berkumpul dalam satu majlis bertukar pandangan dan pendapat..Rugii tak join sebelum ni, tahun ni baru dapat join..Harap2 tahun depan dapat join lagi.Event ni berlangsung pada tarikh yang sama kehilangan MH370..Maknanya dah 2 bulan pon berlalu, tapi baru sekarang terhegeh2 nak citer kan..Basi pon basi lah, asalkan ada entry pasal ni.Kenangan seminggu sebelum bersalin ni, sempat jugak merasa pergi event ni dengan perut memboyot menunggu hari.


Gambar permulaan, tepek gambar sendiri dulu..Muka tak bersalah je meloloskan diri di hujung2 trimester ni..Nasib baik tak terberanak masa event berlangsung..Tak pasal2 nama anak Mohd Yeos Black Soy plak nanti kan..


Pentas masih "dara" lagi time ni, masa ni lepas sessi pendaftaran, lupa nak citer aku ke event ni bukan sorang2 tapi bawak geng..Abi pon aku hangkut sekali, mana boleh tinggal "bantal busuk" kesayangan tu..hehehe..Tapi kalau kena time Abi kerja kena tinggal lah jugak kan, tapi dah sarat ni, Abi akan follow je kemana2, giler nak drive sorang2, kang nak terberanak kang acaner plak kan..Geng kesayangan macam biasa lah tak lain dan tak bukan Yaya & Ieda..Oooo sorang lagi Mila tak dapat join last minit..Rugii taw nama Mcdee (Abi Mila) naik tu time cabutan bertuah..Masing-masing bawak Abi masing2 jugak..



Kitorang and the gang terpisah jauh, yaya dudk hujung sana, eida duduk tengah2, aku plak hujung sini..uwaaa sampai hati taw pisahkan kami..hikhikhik..Ramai jugak blogger lain yang aku kenal tapi dorang tak kenal aku...hahaha..Segan plak nak gi tegur..Bukan sombong taw, aii is femaluu orangnyer..puihhh...kihkihkihkih



Ni meja aku n hubby, naik kembung perut kitorang minum yeos berkotak2, dah kata suruh minum kan, kitorang minum jela, tak habis siap hangkut bawak balik lagi..hahha..







tudiaaa abam Boni kita kemain lagi menyanyi...Kelasss gitu..




Makanan yang disediakan semua sedap2 n banyak pilihan sampai tak tahu nak makan apa.









Bergambar beramai2..Happening giler bila sesekali berkumpul sesama blogger macam ni...


Kenal tak sape ni, ni lah pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi..Sangat peramah orangnyer, langsung tak sombong, siap peluk lagi bergambar, sempat lagi bagi petua mudah bersalin, amalkan surah2 itu dan ini, terharu sangat..


Zarul Umbrella pon ada taw, dulu dia penyanyi sekarang dia blogger...Nampakk tak dia dalam gambar tu, muka dia still awet muda tak berubah dari dulu..huhu


bersama pengacara majlis Hilal Azmi dari Astro Awani..Sporting habiss dia ni..




Gambar bertiga mesti ada, mana boleh tinggal...heee


Ni dia pengasas Denaihati yang menganjurkan event gilang gemilang ni


Ni kalau tak kenal memang tipu lah kan, big boss Ephyra , tak lain dan tak bukan..Kak Miza yang always senyummm je dan maintain cun dari hari ke hari..


Ni hasil rampasan sebelum balik, kemain lagi bagi banyak2 kat kitorang..Kitorang pon tak tolak rezeki, dah di bagi, kitorang pikul jela bawak balik..Siap sedekah kat pak guard lagi..haha



Macam biasa mesti nak bergambar gedik2 santai dulu sebelum balik...Elehhh Ieda suka la tu dia nampak kurus slim melim kat tengah2 tu diapit 2 mak buyong yang sedang dipam2 badan nya...haishhh...





hahaahha...gambar kenangan di photobooth Lazada, kemainn lagi kitorang kalau bab bergamboo kan..Ni kalau anak2 tengok buek maluuu yo, perangai kalah budak2...hhahaha..

Selepas event berlangsung, masing2 bersurai..Tapi kami ke destinasi seterusnya, destinasi terjah last minit punya plan namanya..Betul2 main terjah, nak taw ke mana destinasi kami, tunggu next entry lah yer..jeng jeng jeng..

4 comments:

  1. huwaa entry SBB .. bilee laa ida nak up nii HHAHHAA #dahbasisangatdahni

    eh eh ida selimmmm dianatara korang! kahaahakhakahakh

    ReplyDelete
  2. eeeee cumel2 semuanya kalau mila ada mesti lagi cumel erkkk hahahaha...ferasannnnn kau ~

    ReplyDelete
  3. mama yang paling berseri di event tersebut... sayang kita tak sempat borak lama kan nory?

    ReplyDelete
  4. Yeahhh... dah merdeka ye? Bestla.. nt up gmbo bby byk2 k! ;)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)