Followers

Showing posts with label family trip. Show all posts
Showing posts with label family trip. Show all posts

Monday, March 20, 2017

Short Vacay : Cameron Highlands


Short vacay kedua untuk tahun ni, bersama dengan family tersayang.Acara wajib setiap tahun dalam family aku, memang wajib pergi bercuti sama2, tak kisah jauh ke dekat, asalkan bercuti, macam tahun ni percutian bajet kami ke Cameron Highlands, lamanya tak pergi Cameron Highlands, 3 tahun lebih jugaklah.Last pergi masa Dak Iqy dalam perut 4 bulan.Kuat tau mak buyong jalan masa tu  turun naik bukit, steady je.

belanja selfie seketul ,dalam perjalanan masa ni..

Percutian pendek ke Cameron Highlands kalini bergabung dengan family maklang aku (jiran sebelah rumah)..Aku sewa apartment  yang selalu aku booked kat Brinchang tu, cuma kalini owner yang berlainan, owner yang biasa tu fully booked plak masa tu.huhuhuu...Tapi apartment nya tetap best, luas, besar dan selesa..Satu apartment ada 3 bilik, ngam2 sumbat kami 2 family ni..Oh yerr  apartment yang aku sewa ni terletak betul2 kat Brinchang, namanya Crown Imperial Court Apartment .Kalau nak ikutkan sebelum ni ianya lokasi yang sangat strategic sebab betul2 berhadapan dengan pasar malam Brinchang yang happening itu,jalan kaki je dah sampai tak perlu susah payah cari parking..Tapi masa aku pergi ni, nasib kurang baik, sebab aku baru tahu yang pasar malam dah berpindah ke tempat lain, 2km dari pasar malam sebelum ni.Hurmmmm ruginya...Malam takde aktiviti nak buat, nak pergi naik kereta malas sebab mesti susah parking..huhuhuu..Last2 makan malam kat restoran area situ je.Next time dah boleh kot sewa apartment selain area Brinchang ni..Dulu selalu aim area Brinchang je, sekarang Brinchang dah kurang happening dah uolls..huhuhuuu..

dorang selfie tak tunggu kitorang..Ni jela gambar reramai yang ada, walaupon aku takde dalam gambar, takpe lahhh janji kenangan itu ada..hehehehehe...Love u olls..

Kitorang gerak dari Puchong hari sabtu pukul 8pg.Cadangnya nak berhenti sarapan kat hentian Rawang, sekali dah sampai, baru tahu yang RNR Rawang dah tutup sebab renovation.Terus lajak ke hentian Tapah, ingatkan boleh bertahan, tapi semua dah kebuluran, along aku tumpang kereta aku, sepanjang perjalanan merengek lapar, cehhh ngalahkan budak2, anak2 dia pon steady je..hahahaha...Dia cakap "aku dah janji dengan cacing aku nak makan kat Rawang, ni dah lajak jauh, cacing aku dah merajuk"...hahahaha along bongok taw!!!Sampai hentian Tapah, kitorang sarapan siap2, konon nak singgah sarapan kat Ladang Teh, tak jadi, sebab masing2 dah tak tahan lapar tahap gigil2 dah..Takut naik bukit kang, muntah plak sebab perut kosong..hahahahha...Aku okey je, sebab aku memang tak makan pagi..So cacing aku tengah tido lagi time tu..muahahahahhaha...

Kitorang exit Simpang Pulai, tol dari Putrajaya ke Simpang Pulai RM29++ ..Aku isi minyak RM40.Lepas lah sampai Brinchang, pastu sampai Brinchang isi lagi RM50, cukup2 sampai rumah dah menyala lampu merah.Jalan naik ke Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai ni selesa sikit berbanding jalan Tapah, yang lebih adventure dan bahaya kalau hujan, silap2 boleh masuk gaung...phewww ngilu kepala lutut aku..ahhahaha..Destinasi pertama aku plan nak singgah Ladang Teh Sg Palas, oleh kerana aku yang tahu jalan, aku kat depan sekali, malangnya masa kitorang masuk simpang ke Ladang teh Sg Palas tu, lagi 2 kereta tak perasan kereta kitorang, dorang dah terlepas simpang, kitorang plak masa tu dah separuh jalan baru perasan yang lagi 2 kereta takde kat belakang.Call suruh papa uturn balik, tapi dorang tak jumpa, padahal betul2 kat depan dorang berhenti tu je..ahhahaha...Last2 kitorang patah balik, lepak kat mall baru buka.Ada macam2 game, masa tu Dak Iqy dah siap main dah segala game kat situ sebab dia naik kereta dengan sepupu aku, sebab ada " kakak" cantik kat kereta tu, dia admire sangat dengan tunang sepupu aku tu, nak melekattt je..Aku plak tak sedap hati nak lepas dia naik kereta berlainan.Tapi kalau masuk kereta aku, dia melalak sepanjang perjalanan "nak kakak, nak kakak "katanya..aduiii pening kepala aku.


Gambar 3 beranak yang susah nak dapat...huhuhuhu...Mak pasrah nakkk!!

budak ni menguji kesabaran sangattttt tau...Kecik besau kecik besau je aku tengok dia..hahahahah

Bumblebee ni boleh gerak2 tau...Teruja mak nokkks...huhuhu
Last2 semua dah malas nak pergi Ladang Teh Sg Palas tu, baru plan nak makan scone kat situ..Arghhh melepas..Lepak je kat mall tu layan Dak Iqy main, aku pon join sepupu sepapat main kereta langgar.hahahaha..Teringin jugak beb.Mana boleh tahan..heeee..Tengok jam dah dekat pukul 2, call owner apartment inform yang aku dah sampai dan tanya bilik dah available ke belum, dia cakap boleh, so kitorang terus gerak ke apartment.

view dari balcony...Dak Iqy dah dapat kakak, lupa dah meleset kat abah, nasib mama kuat leset jugak...hahahahaha...Yeayyyy mama abah punya...#Iqyjanganjeles

Setel amik kunci terus angkat barang2 naik
ke apartment..sessi pilih bilik masing2..aku pilih paling kecil sesuai lah untuk aku tiga beranak ni.Setiap bilik ada 2 biji katil queen.Besar biliknya..Bilik aku je satu katil queen.Mak , papa, maklang n paklang kongsi satu bilik, satu bilik lagi adik aku dengan tunang Asri, dengan 2 orang anak buah aku..Dan satu bilik lagi bilik aku 3 beranak, yang bujang dan along aku tido kat ruang tamu.Sampai2 je kat apartment, terus makan meggi cup secara berjemaah..hahahaha..Lapar plak sejuk2 ni.Rehat2 kejap pastu pukul 5petang kitorang jalan kaki ke Big Red Strawberry, hurmmm takdelah dekat sangat, tapi okeylah nak exercise kan, kat situ best sebab kitorang suka lepak kat cafe atas tu, makan aiskrim.strawberyy...Tapi sebab kitorang lewat sampai cafe dah nak tutup dah, tak sempat nak makan aiskrim sundae strawbery, Tasha je sempat merasa lepas tu habis dah..Dapat rasa aiskrim batang strawberry tu je..Tu pon menyesal beli sebab tu lah punca Dak Iqy dan anak2 buah aku sakit perut muntah2, Dak Iqy start muntah2 dulu, dia ngadu sakit perut.Perut dia memang sensitif dengan makanan tak bersih ni, cara masak tak betul ke, atau air tak masak ke..Mesti dia dapat detect dulu.Kesian Dak Iqy muntah teruk petang tu sampai ke malam, jalan kona2 macam ular tu dia boleh tahan, tapi dengan aiskrim yang airnya mungkin tak dimasak ni dia tak tahan, esoknya tu anak buah aku plak yang muntah2 punca dari aiskrim tu jugak.So korang hati2 kalau nak makan aiskrim tu tau.kalau perut sensitif, takyah lah makan.hehehe..Kang sakit perut potong mood nak bercuti..heeee..

kat Cameron pun jumpa hero spiderman feberet dia tu..





Dak Iqy dah macam orang eskimo dah...pergi Cameron je kot..hahaha


masa ni dah start pucat dah muka Dak Iqy sebelum dia mandikan abah dia dengan muntah...huhuhuhuhuhu...

Dapat rasa aiskrim ni je...Tapi hati2 tau, perut sensitif elakkan makan ni banyak2, sakit perut nanti..Macam Dak Iqy, kesiannn muntah2 lepas makan aiskrim ni, tapi ada yang makan okey je..Tengok pada tahap sensitiviti perut korang lah...hehehehe

Malam tu dorang semua pergi makan, aku anak beranak balik apartment setelkan hal Dak Iqy, Abi dah bermandi muntah Iqy dah masa tu.Tukar baju semua, sapu minyak angin kat badan dia, pastu dia tertidur..Makan minum taknak, hampir nak balik malam tu jugak, tapi try lagi sapu minyak, bagi minum air banyak2..Pukul 2pg camtu, dia nampak sihat sikit lepas dah muntah banyak kali, dia bangun mintak roti, habis seketul roti dia makan, lapar lah tu..Pastu bagi minum air banyak, terus dia sihat bergelinjat macam takde pape berlaku, padahal sebelum tu satu rumah dok risaukan dia.Lembik gilerrrr..Esoknya terus sihat walafiat..Tu lah satu kelebihan dia, dia kuat lawan penyakit, sesetengah budak dah demam dah kalau kena camtu, tapi alhamdulillah balik dari Cameron takde plak demam..Kuat macam mama ni, susah nak demam..alhamdulillah moga kesihatan yang baik sentiasa mengiringi Dak Iqy sampai dia besar panjang nanti.InsyaAllah..

brekpes stoberi cicah cekelat bebbb!!!!

Esok tu plak, mak n the geng pagi2 dah bangun pergi ikut papa beli madu asli katanya, papa memang kalau datang Cameron suka beli madu kat sini.Yelaa kat bawah susah nak dapat madu asli kan..Kat sini murah pun murah.Boleh tawar menawar lagi.Mak plak siap2 shopping sayur buah semua dah..Balik bawak stroberry dengan coklat..Dah pepagi buta kitorang brekpes stoberi cecah cokelat.Kemainnn lagi..hahahahaha...Mujur cacing aku behave tak meragam..Tapi ada jugak rasa tak sedap perut semacam je...Tapi malas nak layan..hahahaha..Kitorang pon bersiap2 nak check out, nak singgah Kea Farm untuk shopping ..yeayyyy!!!..Aku suka shopping Kea Farm ni sebab murah.Ko jalan lagi kedalam, lagi murah kau dapat.Macam aku beli sayur untuk stock dak Iqy dan bagi kat pengasuh, kalau area depan tu 7 bungkus RM10, aku jalan kedalam.lagi, 10 bungkus RM10..Aku baru masuk satu jenis sayur, Abi panggil aku, cakap kat depan sana 11 bungkus RM10, terus aku letak balik sayur tadi..hahahaha...Tamakkk betul..Pastu beli jagung 2 longgok RM15 je..Mak aku beli kat pasar lain, 1 longgok RM10..See jimat aku kan..Jagung sama je dengan jagung mak aku..hehhehe..Mak aku dah menyesal beli awal2..Tulaaa sape suruh tak tunggu..heheheheh..


Dak Iqy plak dari semalam duk tuntut janji aku nak belikan dia patung bantal spiderman tu..Aku nak compare harga pon tak sempat, last2 beli jugak sebab dia dah meraung2 hentak kaki sampai bergegar satu Kea Farm tu dengan suara dia tu..Ko taktau suara anak aku tu memang memanjang high pitch je..urghhh...Beli jugaklah seketul RM25..bila dah beli jumpa satu kedai ni RM23 je..alahaiii...RM2 pon rugi tau...hahahaha..Pastu aku beli strawbery, 7 kotak camtu..5 bungkus RM20..yang pack kecik 3 RM10..Malas nak beli banyak2, takut turun kang buah rosak plak..Beli yang nak makan dan bagi kt orang je..huhu..Lagi aku beli keledek kecik2 kaler pepel tu, aku suka keledek tu, sedapppnya makan panas2, sekilo RM7..Pastu buah feberet aku, buah jeruk jambu yang kaler merah dan hijau tu..2 bijik RM10 , 4 bijik (2bungkus) RM18..Ermmmm heavennya kalau dapat borong buah ni banyak2..Tapi beli sikit jelaa, poket tak berapa nak tebal plak..Hahahahahaha...

Masa tengah syok2 shopping, kasut aku putus plak..Ada kasut spare dalam kereta, nak beli memang tak lahh..Membazir je kann..Tapi nak pergi kat kereta jauh plak, perghhh masa ni lah aku rasa laki aku suami palingggg sweet pada abad semesta ini..hahahah..Abi bagi selipar dia kat aku, dan dia berkaki ayam dan kami pun sambung shopping..Kau rasa??Ya Allah gentelman giler laki aku...Rasa macam jatuh cinta pandang pertama plak..Walaupun banyak sebenarnya yang sweet kat laki aku tu, tapi takmo lah war2 kan, kang ada yang menaruh hati plak kat asben hakak..Choiiiiiiiii...mintak simpang lahh..Tapi moment tu memang aku akan kenang lahh..Mak aku marah aku buli laki sampai camtu..Bukan aku yang paksa, dah dia yang offer kan..Kalau ko nak tolak ke.??hahaha..Sambung shopping sambil berkaki ayam.Abang, abang satu dalam sejuta tau...Abang memang winnnn...muahciked...#baekkkpunyakipas

Dak Iqy dah start buat "onar",,,,harharharhharrr...#hambar

Ni je seketul gambar kat ladang teh...kesian kannn

Dah setel shopping sampai terputus selipar, kitorang pon gerak turun ikut jalan Tapah..Sebab plan nak singgah Ladang Teh yang kat tepi jalan tu, walau pon nak ikutkan aku lagi suka ladang teh sg palas, tapi faham sebab jalan dengan warga emas kan, kesian mak aku nak jalan panjat tangga bagai, so dapat singgah ladang teh Bharat ni pon okey sangat, pekena teh tarik dengan Strawberry Cheese Cake..Tak sempat bergambar tiga beranak kat ladang teh, sebab Dak Iqy dah start buat onar, nak makan aiskrim lah, turun kat ladang teh tu dia cakap panas lah apa lah ..urghhhh...Cerewett...Last2 lepak je kat cafe minum teh tarik dan strawbery cheese cake..huhuhuuu..Ada lah sekeping gambar aku berlatar belakangkan ladang teh..Jadiklah dari takde kan.hahahahha...

Belanja jela gambar dorang yang bergambar kat Ladang Teh..Sedapkan hati sendiri, takpe next time boleh datang lagi, masa tu Dak Iqy dah behave sikit lah...hahahahaha
Lepas tu kitorang gerak turun ikut jalan Tapah..Adventure giler, rasa jauh plak ikut jalan ni..huhuhuu..Tertido sepanjang perjalanan, tau2 je dah sampai Hentian Tapah, dorang semua berhenti makan, aku takde selera nak makan, Dak Iqy plak buat perangai, dia memang tak suka tempat makan ni..So better aku duduk je dalam kereta.Pastu gerak singgah rumah mertua kat Behrang, bagi buah tangan dari Cameron, sembang2..Maklumlah jarang jumpa besan2 ni..hehehhe...Alang2 tu mak n papa nak ziarah sekali.Dorang gerak balik dulu, kitorang balik lambat sikit, along aku pon tak kisah balik lambat sebab dia tumpang aku kan, dia kata takpe kitorang pon lepak2 lah dulu, sempat makan malam sekali, sebab Dak Iqy sibuk nak makan nasik air, tadi masa orang makan, ko taknak, sekarang baru tahu lapar..huhhhh!!!..Lebih kurang pukul 10malam kitorang gerak balik Puchong..Sampai rumah 11 lebih..Alhamdulillah..Selamat semuanya..Tamatlah sudah percutian singkat kami sekeluarga..Sebelum puasa ni ada satu lagi short vacay.Mak aku tu jenis main planning je, aku plak jenis yang menurut perintah, tolong booked kan aje...hehehehe...Semoga dimurahkan rezeki selalu agar dapat selalu luangkan masa dengan family tersayang..Aminnnn..

Lena Dak Iqy tido berpelukan dengan Spiderman dia tu...huhuhuhu...







Friday, March 3, 2017

Short Vacay : Mandi manda di Pengkalan Balak, Melaka.

Percutian tanpa sengaja ke Pengkalan Balak, Melaka ni betul2 last minit punya planning.Asalnya pergi Melaka untuk kenduri kahwin sedara belah Abi.Mulanya tak jadi pergi, tetiba balik kerja Jumaat tu, Abi suruh siap2 kejap lagi abang ipar datang, kitorang tumpang kereta dia.Aku pun kelam kabut lah kemas beg segala.Nak berjalan kan, kemain excited..hahahaha

Kitorang gerak dari rumah lewat jugak malam tu dekat pukul 11mlm, Abi siap masak kari ikan, ingatkan dorang semua nak singgah rumah kitorang dulu, sebab mak mertua dengan adik ipar naik kereta lain, last2 dorang semua tunggu kat RNR Dengkil.konvoi 4 buah kereta malam tu, dua lagi kereta sepupu2 Abi.Singgah RNR Dengkil, kitorang berkelah makan nasi ramai2.Sedappp pulakk Abi punya kari ikan haritu..hahahaha...Habis...Anjing liar kat situ pon join sekali, sedap dia ratah tulang ikan..Baik je dia, tak dekat2 pon dengan kitorang, mintak ikan jauh2 je..Comel je anjing tu..Sweet angat..Dia tau kita takut dia, dia tak berani dekat, tapi dia jinak..Alaaa nape aku cite pasal anjing plak ni..Sorry lah hakak ni pencinta haiwan..hahahahah...


Dah setel makan semua kitorang gerak ke Melaka, bermalam kat homestay yg dah disediakan, pukul 4 pg pon tak tido2 lagi beb, bila dah berjumpa, bersembang kemain lah kan..hehehhee..Esok tu bangun terus bersiap2 ke rumah pengantin, lama jugaklah kitorang duduk situ sampai lewat petang, asyik menetedarah je keje aku weyyy, hahahahah..Abi dan beradik lain sempat karok lagi masa kat kenduri.Aku perati je...nak nyanyi segan plak.Lagipon aku takut kalau dah pegang mic kang taknak lepas2..hahahaha..dasar kaki karok..

bila bergambar dengan orang slim2 ni, terus rasa diri gemok gedempol..hukhukhuk

Gambar sebelum basah lencun separuh badan.Ini anak buah aku, dah sama tinggi dengan mak buah dah..hahahaahah

Masa nak balik tu, kazen Abi ajak join dia bermalam kat Pengkalan Balak, tak jauh je dari rumah kenduri tu.Kitorang ingat lepas kenduri terus balik, aku plak tak bawak baju lebih.Bawak ngam2 ada lah lebih sehelai je.Bila kazen Abi beria2 ajak kitorang semua pon join lah sekali, mujur biras bawak baju lebih, pinjam sehelai kat dia, aku beli seluar untuk mandi laut je..hehehehe..

seketul budak yang excited sangat dapt mandi laut

mak mertua enjoy main tanam2 kaki..hehehehe

Homestay kat Pengkalan Balak ni best, betul2 dekat dengan laut, mak mertua pon boleh jalan kaki  dari homestay dan lepak kat tepi laut.Dekat je..Kitorang sampai masa tu dah petang dalam pukul 6, Dak Iqy sibuk mandi, Abi plak masa tu pergi ATM dengan adik dia, so nak taknak aku terpaksalah berlenjun dengan baju kurung sebab nak jaga Dak Iqy.Yang dia plak asyik nak pergi tempat dalam je..Aduhhhh lencun mak kau nak..tapi separuh jelaaa...

Malam pulak, kitorang jalan2 cari makan tepi pantai, meriah kat situ cuma rimas sikit dengan bunyi bising motor, dorang saje je memekak2 bila lalu depan gerai, kau lalu jela aku tak marah pun, yang aku marah ko weng weng motor kau dah kenapa, bingit telinga aku, dengan asap motor nya, heyyy orang nak makan kot, adab mana adab???Biadappp!!!

Yang bestnya gerai bebetul depan homestay je, jalan sikit je dah sampai, kitorang lepak pekena char kuey tiaw dan burger..Sedapppnya lahai.Pastu Abi dan beradik lain sambung karoke open plak kat gerai sebelah.hahahaha..Aku dah ngantuk giler, Dak Iqy pon dah lembik nak tido, so aku balik je homestay dengan biras aku, dengar jelaa dari homestay laki aku dok layan karoke dengan adik beradiknya, aku lagi sedap layan mata..hahahahaha...








Esok tu pagi2 dah bangun, puas rasa tido malam tadi, lena betul, lepas sarapan terus mandi laut, kitorang dah plan nak naik banana boat pagi tu, seronok lah naik ramai2, Abi tak join sebab dia jaga Dak Iqy, aku je naik dengan biras dan ipar duai serta anak2 buah..Dah pesan siap2 dengan budak boat tu, campak kitorang dekat2 je, takmau tengah2, aku dah lah tak reti berenang, hahaahhaa...JAtuh tempat cetek pun, kemain menggelupur aku..Dak Iqy sampai sekarang dok bahan aku, dia cakap " mama jatuh naik row row your boat"..dia panggil segala mak nenek sampan, kapal "row row your boat"...kemain panjang lagi kan, ko sebut je boat kan senang..hahahahha..


Bergambar kenangan ramai2, ni pun tak cukup korum lagi ni, ramai adik beradik Abi tak ikut..Kazen Abi pun tak mandi laut time ni, sibuk masak kat homestay, rajin betul dia.Dahlah sponsor homestay, siap masakkan untuk kami lagi, dah lah sedapppp..Terima kasih Incek...Moga dimurahkan rezeki selalu..Next time kita plan lagi buat besar2an kumpul semua adik beradik..

Ni lah bestnya bila adik beradik ramai, meriah kalau dapat berkumpul semua sekali, aku adik beradik 3 ketul je..Hukhukhukkkk..Tapi kalau berkumpul, 3 ketul tu pon dah macam 3 kampung dah, memasing masuk air..Lebih2 lagi aku ni haaa...hahahaahhahaha...



Amboiii seronoknya Dak Iqy dapat mandi laut, pandai dia berenang wey..Aku yang dari dulu belajar, tak pandai2 lagi, yang aku tahu apungkan badan je...hahaahaha...Itu je yang boleh dibanggakan..hahaha.Abi cakap Dak Iqy dah boleh berenang, aku rasa tergugat jugaklah dengan anak sendiri..Mana boleh kalah dengan budak 3 tahun wey..Maluuu..esok nak belajar berenang lagi laaa..hahahahha..

Mak mertua lepak tepi je, tanam kaki kat pasir.Seronok tengok mak mertua release tension amik angin laut, kalau ada rezeki nak selalu dapat bawak mak n mertua jalan2 makan angin macam ni, bahagia tengok senyuman dia tengok keletah anak cucu mandi manda..heheehheeh...

Ni je seketul gambar bukti naik banana boat...

Lepas naik banana boat, sambung mandi laut lagi, pastu dah tengahari, semua naik homestay, Incek dah siap masak dah.Ya Allah sedappnya lauk pauk.Siap ikan bakar lagi..Terbaikkk lah Incek..Kitorang lepak kat homestay sampai petang, sebab homestay ni tak kisah kalau nak check out lambat pun.So takdelah rushing nak bersiap bagai.Slow n steady je bersiap, sempat tido seround dengan Dak Iqy..Dah petang sikit barulah kitorang beransur balik.Short vacay yang last minit planning tapi Awesome...Terima kasih semua..

Minggu depan short vacay dengan family aku plak.Pergi Cameron je...Lamanya tak pergi Cameron.Last pergi masa dak Iqy dalam perut 4 bulan..huhuhuuu..Ni kira pestaim Iqy jejak kaki kat Cameron lah ni..Moga dia tak buat onar..Itu je aku mintakk..Fuhh fuhhh