Followers

Friday, March 3, 2017

Short Vacay : Mandi manda di Pengkalan Balak, Melaka.

Percutian tanpa sengaja ke Pengkalan Balak, Melaka ni betul2 last minit punya planning.Asalnya pergi Melaka untuk kenduri kahwin sedara belah Abi.Mulanya tak jadi pergi, tetiba balik kerja Jumaat tu, Abi suruh siap2 kejap lagi abang ipar datang, kitorang tumpang kereta dia.Aku pun kelam kabut lah kemas beg segala.Nak berjalan kan, kemain excited..hahahaha

Kitorang gerak dari rumah lewat jugak malam tu dekat pukul 11mlm, Abi siap masak kari ikan, ingatkan dorang semua nak singgah rumah kitorang dulu, sebab mak mertua dengan adik ipar naik kereta lain, last2 dorang semua tunggu kat RNR Dengkil.konvoi 4 buah kereta malam tu, dua lagi kereta sepupu2 Abi.Singgah RNR Dengkil, kitorang berkelah makan nasi ramai2.Sedappp pulakk Abi punya kari ikan haritu..hahahaha...Habis...Anjing liar kat situ pon join sekali, sedap dia ratah tulang ikan..Baik je dia, tak dekat2 pon dengan kitorang, mintak ikan jauh2 je..Comel je anjing tu..Sweet angat..Dia tau kita takut dia, dia tak berani dekat, tapi dia jinak..Alaaa nape aku cite pasal anjing plak ni..Sorry lah hakak ni pencinta haiwan..hahahahah...


Dah setel makan semua kitorang gerak ke Melaka, bermalam kat homestay yg dah disediakan, pukul 4 pg pon tak tido2 lagi beb, bila dah berjumpa, bersembang kemain lah kan..hehehhee..Esok tu bangun terus bersiap2 ke rumah pengantin, lama jugaklah kitorang duduk situ sampai lewat petang, asyik menetedarah je keje aku weyyy, hahahahah..Abi dan beradik lain sempat karok lagi masa kat kenduri.Aku perati je...nak nyanyi segan plak.Lagipon aku takut kalau dah pegang mic kang taknak lepas2..hahahaha..dasar kaki karok..

bila bergambar dengan orang slim2 ni, terus rasa diri gemok gedempol..hukhukhuk

Gambar sebelum basah lencun separuh badan.Ini anak buah aku, dah sama tinggi dengan mak buah dah..hahahaahah

Masa nak balik tu, kazen Abi ajak join dia bermalam kat Pengkalan Balak, tak jauh je dari rumah kenduri tu.Kitorang ingat lepas kenduri terus balik, aku plak tak bawak baju lebih.Bawak ngam2 ada lah lebih sehelai je.Bila kazen Abi beria2 ajak kitorang semua pon join lah sekali, mujur biras bawak baju lebih, pinjam sehelai kat dia, aku beli seluar untuk mandi laut je..hehehehe..

seketul budak yang excited sangat dapt mandi laut

mak mertua enjoy main tanam2 kaki..hehehehe

Homestay kat Pengkalan Balak ni best, betul2 dekat dengan laut, mak mertua pon boleh jalan kaki  dari homestay dan lepak kat tepi laut.Dekat je..Kitorang sampai masa tu dah petang dalam pukul 6, Dak Iqy sibuk mandi, Abi plak masa tu pergi ATM dengan adik dia, so nak taknak aku terpaksalah berlenjun dengan baju kurung sebab nak jaga Dak Iqy.Yang dia plak asyik nak pergi tempat dalam je..Aduhhhh lencun mak kau nak..tapi separuh jelaaa...

Malam pulak, kitorang jalan2 cari makan tepi pantai, meriah kat situ cuma rimas sikit dengan bunyi bising motor, dorang saje je memekak2 bila lalu depan gerai, kau lalu jela aku tak marah pun, yang aku marah ko weng weng motor kau dah kenapa, bingit telinga aku, dengan asap motor nya, heyyy orang nak makan kot, adab mana adab???Biadappp!!!

Yang bestnya gerai bebetul depan homestay je, jalan sikit je dah sampai, kitorang lepak pekena char kuey tiaw dan burger..Sedapppnya lahai.Pastu Abi dan beradik lain sambung karoke open plak kat gerai sebelah.hahahaha..Aku dah ngantuk giler, Dak Iqy pon dah lembik nak tido, so aku balik je homestay dengan biras aku, dengar jelaa dari homestay laki aku dok layan karoke dengan adik beradiknya, aku lagi sedap layan mata..hahahahaha...








Esok tu pagi2 dah bangun, puas rasa tido malam tadi, lena betul, lepas sarapan terus mandi laut, kitorang dah plan nak naik banana boat pagi tu, seronok lah naik ramai2, Abi tak join sebab dia jaga Dak Iqy, aku je naik dengan biras dan ipar duai serta anak2 buah..Dah pesan siap2 dengan budak boat tu, campak kitorang dekat2 je, takmau tengah2, aku dah lah tak reti berenang, hahaahhaa...JAtuh tempat cetek pun, kemain menggelupur aku..Dak Iqy sampai sekarang dok bahan aku, dia cakap " mama jatuh naik row row your boat"..dia panggil segala mak nenek sampan, kapal "row row your boat"...kemain panjang lagi kan, ko sebut je boat kan senang..hahahahha..


Bergambar kenangan ramai2, ni pun tak cukup korum lagi ni, ramai adik beradik Abi tak ikut..Kazen Abi pun tak mandi laut time ni, sibuk masak kat homestay, rajin betul dia.Dahlah sponsor homestay, siap masakkan untuk kami lagi, dah lah sedapppp..Terima kasih Incek...Moga dimurahkan rezeki selalu..Next time kita plan lagi buat besar2an kumpul semua adik beradik..

Ni lah bestnya bila adik beradik ramai, meriah kalau dapat berkumpul semua sekali, aku adik beradik 3 ketul je..Hukhukhukkkk..Tapi kalau berkumpul, 3 ketul tu pon dah macam 3 kampung dah, memasing masuk air..Lebih2 lagi aku ni haaa...hahahaahhahaha...



Amboiii seronoknya Dak Iqy dapat mandi laut, pandai dia berenang wey..Aku yang dari dulu belajar, tak pandai2 lagi, yang aku tahu apungkan badan je...hahaahaha...Itu je yang boleh dibanggakan..hahaha.Abi cakap Dak Iqy dah boleh berenang, aku rasa tergugat jugaklah dengan anak sendiri..Mana boleh kalah dengan budak 3 tahun wey..Maluuu..esok nak belajar berenang lagi laaa..hahahahha..

Mak mertua lepak tepi je, tanam kaki kat pasir.Seronok tengok mak mertua release tension amik angin laut, kalau ada rezeki nak selalu dapat bawak mak n mertua jalan2 makan angin macam ni, bahagia tengok senyuman dia tengok keletah anak cucu mandi manda..heheehheeh...

Ni je seketul gambar bukti naik banana boat...

Lepas naik banana boat, sambung mandi laut lagi, pastu dah tengahari, semua naik homestay, Incek dah siap masak dah.Ya Allah sedappnya lauk pauk.Siap ikan bakar lagi..Terbaikkk lah Incek..Kitorang lepak kat homestay sampai petang, sebab homestay ni tak kisah kalau nak check out lambat pun.So takdelah rushing nak bersiap bagai.Slow n steady je bersiap, sempat tido seround dengan Dak Iqy..Dah petang sikit barulah kitorang beransur balik.Short vacay yang last minit planning tapi Awesome...Terima kasih semua..

Minggu depan short vacay dengan family aku plak.Pergi Cameron je...Lamanya tak pergi Cameron.Last pergi masa dak Iqy dalam perut 4 bulan..huhuhuuu..Ni kira pestaim Iqy jejak kaki kat Cameron lah ni..Moga dia tak buat onar..Itu je aku mintakk..Fuhh fuhhh


5 comments:

  1. Kadang yang tak dirancang atau spontan ni yang meriah lain macam...hihi..

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang plan yang last minit tu laa yang best.. hihi

    ReplyDelete
  3. bestnya...akk suka g melaka..tp bila time cuti sek tu la hazabnya jam kan

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)