Followers

Friday, March 24, 2017

Dak Iqy melampau ke atau aku yang melampau ?


Semalam aku perang besar dengan Dak Iqy.Ya Allah , sangat menguji kesabaran semalam dengan perangai dia, aku balik kerja , penat otak penat badan, dia plak buat perangai, campak barang, jerit sana sini, aku cakap dia lawan..Hoiiii naik temperature aku weyyy.Kalau selama ni hanger tu buat syarat je tunjuk bagi takut, semalam aku ter"piap" juga kaki dia sikit, urghhhh ntah jin apa yang merasuk aku semalam.Dak Iqy meraung raung, terkejut kot sebab sebelum ni tak pernah kena "piap" pun dengan hanger tu, gertak je.Abi yang tengah mandi pun meluru keluar bilik air, leraikan aku dengan Dak Iqy.Kalau Abi tak leraikan tu, mau teruk Dak Iqy semalam..Ya Allah ...

Aku penat, aku stresss, dengan kerja, dengan kerja rumah, banyak benda nak kena fikir, fikir masalah,  so bila aku penat, memang benda kecik pun boleh buat darah aku naik, habis dah istigfar segala..Entahlaaa..Dak Iqy plak time tu lah nak tunjuk perangai, aku tahu dia nak kan perhatian seharian tak jumpa aku, yer aku tahu tu.Tapi aku ni manusia biasa, sabar ada limit.Aku tahu tu budak2, mesti ko cakap dengan budak2 pun nak berkira..hurmmm camne nak cakap ek, aku stresss weyy..stresss sangat..Lepas dah piap Dak Iqy tu, aku masuk bilik jerit sekuat hati sambil tekup dengan bantal.Legaaa...Tapi lepas tu perasaan bersalah menyelubungi diri..

Tapi aku ni jenis keras hati.Dak Iqy masa tu abah dia yang uruskan, aku tak layan langsung dia..Dia berkali kali pujuk aku, sambil hulur tangan, "mama, sowwyyy arr mama,mama sowyy ar"..Tak cukup dengan english, dia translate ke BM plak, "mama, mintak maaf lah mama" "Iqy dengar, iqy dengar" hahahaha..Iqy dengar tu maksudnya dia cakap lepas ni nak dengar cakap aku lar..Selalu kalau marah dia,aku suka tanya dia " Iqy dengar tak mama cakap ni" dia selalu geleng kepala, sakit hati kite taw..Tapi ni sebab nak mintak maaf, dan2 cakap dia dengar..Aku diam membatu, tak cakap apa.Dalam hati dah lembut dah, saje jual mahal..I am queen okey kat rumah, so kena velagak jual mahal sikit,hahahaha..Dalam hati sempat dok compare Dak Iqy dengan Abah dia..Ternyata Dak Iqy lagi terer pujuk mama.Tak macam abah, pujuk sekali tak makan jugak, lantak situ, terkontang kanting lah aku merajuk sengsorang..muahahahahah..Dan akhirnya kite plak pujuk dia..Eh dah kenapa??huhuh

Hari ni kat opis, asyik terbayang2 je kes "piap" dak Iqy tu.Aku taknak buat lagi dah weyy...Cukuplah sekali, kesian anak aku.Mama bukan manusia sempurna nak..kadang2 kesabaran tu tak mampu nak kawal.Syaitan plak dok api2..Astaghfirullahhalazim.~~Yer memang salah mama, ikutkan perasaan sangat.Tak pandai control emosi sendiri.Tu memang kelemahan mama pun.

"MAMA MINTAK MAAF, SAYANG "

 Please lepas ni behave sikit boleh tak..Kalau hari2 boleh meroyan mama tau..Takut plak nak tambah anak lagi..Takut tak boleh kawal emosi nak mengamuk je..Dah lah minggu ni serabut je kat opis..Aku pening, stress dan hurmmm.Lagi hangin bila Abi plak  macam tak faham situasi kite, kite plak ditarbiahnya balik..Tau tak kite ni stresssssss!!!! Bukan saje saje suka nak "piap" anak..Alhamdulillah takde kesan apa pun kat kaki Iqy, sebab aku still boleh control lagi tahap  ke"piap"an hanger masa tu.Kalau ada kesan , memang aku sendiri takleh nak maaafkan diri aku..

LEBIUUU SAYANG MAMA..MAMA MINTAK SOWWYYY EK..Nanti mama belanja mainan okey...

2 comments:

  1. tapi still bagus dak iqy nk mtk maaf kat mama dia..kalau dak aish...hmmm..jerit2 kat kita blk..geram je kekadang...huhu

    ReplyDelete
  2. Kdg bila tgh stress hal opis, mmg kita xsedar.. Sure nk marah je kn.. Mmg ank akan jd mangsa kemarahan juga huhu.. Tp lps marah, kita dh tenang skit br la pk blk apa kita dh buat

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)