Semalam Isnin kan, awal pagi tu macam biasa je, aku pon macam semangat lain machiam je nak pergi kerja, tak macam hari hari isnin yang lain..hahahahaha..Bangun pagi pun tenang je, mybe sebab tido cukup takde mimpi yang buat aku rasa tido tak cukup, kadang2 mimpi pergi shopping kat mall lah, pastu tetiba sedar dah pagi, dan2 je aku rasa macam penat semacam, macam tak tido semalaman...hahahaha korang penah rasa macam tu tak? Ke malam2 aku bertukar jadi penanggal??? Choiiii merepekkk je aku ni.
Pagi tu pon keluar umah awal sikit, awal 5 minit je pun nak kecoh..huhuhu..Sampai opis bos masuk lambat sikit, time nak dekat lunch time baru bos masuk, masuk2 je mood dia kelaut, aku dah menyampah dah nak melayan, dia suruhnya aku fotostat pastu suruh setup kasik kecik sikit lah, bila tanya just nak kompom kan je, tu pon kena marah.Eyyy tak faham..Aku sabar je...Kang tak tanya ,silap ke hape kang, aku jugak yang kena, salah ke aku tanya untuk double konpom kan, tak salah kan..Sebab dia selalu je buat mistake, contoh cakap nak order 5pcs..Pastu kelam kabut suruh fax order secepat mungkin, bila aku dah submit order kat supplier, dia sesuka hati je suruh cancel order..Kalau aku jadik supplier pon aku marah.Pastu yang nak jawab, aku jugak..Dia tahu bagi arahan je..Ermmm tahu lah boss..Tapiiii hurmmm ntahlah..malas pikir..ni nak citer pasal lain ni..
Tepat je pukul 1 aku chau chin chau dari opis, ingat nak chow awal sikit, bos plak lambat keluar..adehhh..so tunggu lah sharp2 pukul 1 baru keluar, sebab nak pergi pejabat pos, pos barang customer..sampai je pejabat pos mak oiii ramainya umat manusia kat Pejabat Pos harini..Aku parking jauh sikit, bawak barang2 semua, tutup pintu kereta macam biasa.Kereta aku ni alarm rosak, so kena tutup secara manual lah, guna kunci.Bila dah kunci pintu, teringat plak pen tertinggal kat dalam, buka pintu balik, amik pen, tutup pintu.Pappp!!!Alamakkkk!!! Kunci tertinggal kat dalam..Sebab aku tutup secara tekan punat tu, then kunci plak aku tertinggal kat atas seat.Adehhh bodohhhhnya lahai..Bencinyaaaa careless bebenor, masuk ni dah 2 kali dah jadi macam ni.Stressss mak nok..
Aku cuba relax, dan masuk ambik nombor kat PEjabat Pos, lamanya nak tunggu, dalam 60 orang lagi..Mana sempat sejam ni.Kepala otak dok fikir kereta je ni..terus call mak mintak tolong amik aku, nasib baik Tasha belum pergi kelas lagi, so dia yang amik aku kat situ.Kitorang terus pergi PJ , amik kunci rumah kat asben, sebab kunci rumah sekali dgn kunci kereta aku.Dah amik kunci umah balik rumah amik kunci spare kemudian pergi pejabat pos balik, nombor tadi dah terbuang, terpaksa amik nombor baru, jenuh tunggu 50 number lagi kat depan..Perghhhh mereput aku kat situ sampai pukul 5.30 petang, nasib baik dah siap2 inform Wendy aku half day harini..Ingat nak masuk lambat, tapi dah pukul 5.30, memang takkk lah aku nak masuk opis balik.Buang masa je..hahahahaha..
Hadoiiii, serabut betul harini..Semoga harini lebih baik dari semalam, dan semoga aku tak cuai lagi, menyusahkan diri sendiri dan org lain je.Mujur ofis dekat dengan area rumah, buatnya aku tertinggal kunci masa kat tengah2 bandaraya ke, tak ke lagi menyusahkan je.Mujur adik aku sudi tolong, kan ai dah belanja u kebab tadi kan, suka tak suka tak???hahahaha..
salam nory..
ReplyDeletenory pos kat bandar bukit puchong ke? selalunya akak pos laju kat mail box bdr bukit puchong tu..x jauh dah dari pejabat pos..seberang jalan area kedai mamak (simpang kanan nak ke warung cikgu)..situ pantas tau takyah nak amik nombor pon..try lah..cost pos sama jer ngan pos laju..
kalau kunci tertinggl dalam kete mila pun cuak kot haiiii...
ReplyDelete