Followers

Monday, March 27, 2017

Dak Iqy terberak kat 7eleven



Dugaan sungguh minggu lepas, sehari lepas kes Dak Iqy kena "piap" dengan hanger tu, hari Jumaat dia buat onar lagi.Balik kerja macam biasa aku terus ambik dia kat rumah pengasuh,  dan macam biasa dia mesti ajak singgah rumah nenek dia,tapi harini jumaat , aku nak singgah kedai beli bahan masak untuk standby weekend nanti.Aku takdelah singgah rumah mak aku hari tu, dan macam biasa sepanjang jalan Dak Iqy melalak terjerit jerit sebab tak singgah rumah nenek dia.Aku layankan aje, sebab dah insaf kan petang tu sebab piap dia semalam.hahahaha...Tak dapat singgah rumah nenek, dia tuntut ajak singgah kedai plak.Adehhh...

Aku singgah 7Eleven nak cucuk duit.Tengah aku cucuk duit, tetiba je Dak Iqy menjerit kat belakang aku sambil pegang perut dia jerit " Iqy, sakit perut" ...Pastu dia cangkung dan cakap "Iqy nak berak"...Ahh sudah, aku cecepat dukung dia, dengan harapan dia dapat tahan sampai kat rumah, tak jauh dah rumah pun.Aku  sambung cucuk duit, duit dah keluar, amik dan terus blah, masa tu dah ada bau dah..Adehhh mesti dah terkincit ni.Nasib baik bukan jenis cecair tu, kalau tak habis baju aku kot..hahahaha..

Masa aku bergegas nak keluar pintu 7 Eleven, cashier tu panggil aku, sambil tunjuk selonggok taik.Haaa bila plak Iqy berak kat situ..Rupanya masa dia cakap nak berak tu, ondspot dia berak dan keluar ikut seluar pendek dia..Tapi peliknya seluar dia tak kena banyak sangat.,aku dukung dia pun tak kena baju aku.Dia sakit perut taktau makan apa, sensitif betul perut dia tau..Salah makan sikit, sakit perut.Tetiba je sakit perut dan terus berak..Biasa dia pandai tahan sampai balik rumah, dia memang free diapers sekarang..Perghhh...pastu aku terus bersihkan taik Dak Iqy kat atas lantai 7Eleven tu..Nasib baik setempat je taik nya..Kalau berterabur sana sini, mantikkk aku..Mujur takde customer lain masa tu..Nasib baik aku tak singgah Tesco sebelum tu, kalau tak lagi haruuu dia buat onar kat Tesco..Pestaimm kena macam ni..Mengundang sungguh perangai dia sekarang ni..Ya Allah berikanlah aku kesabaran yg maha tinggi untuk lalui fasa ini..inilah peringkat kemuncak dalam membesarkan dia..Aku kena kuat beb..kuattt kuatt..tkmau emo tak tentu pasal lagi..Urghhhh!!!

1 comment:

  1. alahai dak iqy..sabar yer nory..dugaan mmbesarkan anak..huhu

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)