Alhamdulillah sekarang ni Dak Iqy dah free diapers dah..Cuma tak sepenuhnya lagi.Tidur malam still pakai lagi, sebab aku tak beli lagi cadar waterproof, hahahaha..Nak ikutkan Dak Iqy boleh je kalau tak pakai pampers time tido malam, cuma aku je tak yakin, maklumlah aku ni kerja pagi, buatnya dia terkincit ke kang jenuh aku nak jemur tilam bagai, kang lambat plak pergi kerja.Tapi Dak Iqy ni bukan nak puji sangatlahh, tapi alhamdulillah dia budak yang sangat cepat belajar.(sorry terpuji anak sendiri)
Aku start train dia pon nak ikutkan dah terlambat, dah nak masuk 3 tahun pun, tapi sebab kurangnya kesedaran tu yang start ajar lambat tu ..hahahahaha..Tapi takdelah terlambat sangat kan..Kalau nak tahu, aku ajar Dak Iqy cuma 2 hari je..2 bulan yang lepas, memandangkan aku ni mak yang bekerja, so aku cuma ada masa time weekend 2 hari tu je untuk ajar Dak Iqy.First day je dia dah cemerlang dah, cuma sekali je terkincit, tu pon sebab dia terlupa nak bagitau, bila dah terkencing baru dia bagitau, "mama, Iqy kencing"..dah meleleh dah pon, masuk hari kedua dia lulus cemerlang.Cuma mulut ni kena rajin bertanya " Iqy nak kencing tak" , sekerap yang mungkin sampai dia sound aku balik " dah lah tu mama, Iqy taknak kincing dah". Sentap mak nak!! .hahahahaha...Benganglah tu dengar mama tanya soklan sama je setiap minit..
Lepas tu hari isnin, pergi rumah babysitter macam biasa lah pakai je pampers, aku pon tak bagitau pengasuh suruh tak payah pakaikan pampers sebab aku rasa macam terlalu awal lagi, dia pun masa tu baru belajar 2 hari je..Walaupon lulus cemerlang, tapi still tak yakin lagi, takmo lah nak susahkan babysitter plak nak mengemop satu rumah nanti kan.5 hari kat rumah pengasuh pakai pampers macam biasa lagi, tapi dia macam dah mula terbiasa, setiap kali kencing, walaupon pakai pampers mesti dia bagitau, kita plak kena cakap dengan dia " okey, Iqy boleh kencing sebab Iqy pakai pampers"..So secara otomatik dia faham sendiri , kalau pakai pampers dia boleh terus kencing, kalau tak pakai pampers kena buka seluar dan kencing di tandas.
Time weekend je, kat rumah mesti tak pakai pampers, tido siang pon berjaya tak kencing okey..Bangga mak nak!!Padahal siap2 alas kain batik takut dia terkencing time tido..Setakat ni alhamdulillah Dak Iqy berjaya tak kencing.Tido malam aku tak try lagi, tunggu lah aku beli cadar waterproof dulu.hahahahha..Sekarang pon dah puas hati sangat dah dengan pencapaian Dak Iqy.
Dia tahu mak dia ni jenis yang kalau ajar nak orang cepat pandai, tu dia rasa tercabar kot...So far, aku tak de masalah dalam mengajar Dak Iqy " bebas pempers" ni.Untuk adik2 dia nanti tak tau lah plak kan, mungkin ada cabarannya nanti.Sebab aku selalu baca blog2 yang dorang duk citer nak ajar anak2 ni bebas pampers mencabar, kena mengemop je 24 jam, kena beli spender kartun banyak2 lah, macam2 lagi lah..Sebab tu aku lambat ajar Iqy tu...(malasnya nak mengemop ) hahahaha..Kalau tahu lah Dak Iqy ni cepat pick up , masa baru lahir tu aku dah train dah..muahahahahha...Membongakk je keje mak ko ni..Dan lagi satu maybe sebab Dak Iqy ni faham mak dia ni bekerja, so dia kena cepat2 pandai berak kencing sendiri, mak tak sentiasa ada disisi nakkk!!!arghhh touching plak..Tapi memang salute habis mak2 yang sabar dalam melayan kerenah anak nak "free diapers" ni.Sebab aku bukan spesis mak yang penyabar sebenarnya, mak takuad nak!!hukhukhukk..Dak Iqy tu kalau tumpahkan air, berdesup dia pergi amik kain cecepat lap ,takut aku tahu, pastu abah dia nak mengadu kat aku, dia tutup mulut abah dia suruh jangan pecah lubang, apatah lagi kalau dia kencing merata kan..heheeheh..So thats why dia cepat belajar kot..Kalau nak anak cepat pandai sila jadik mak yang garang...hahahaha..Tapi jangan garang sangat okey..Jadik macam aku, garang tapi comeyy...ehhh!!!
Aku share sikit lah tips tak seberapa dari mak yang bekerja ni..heheheh..Pertama kali sebelum mula tak pakaikan pampers tu, ceramah panjang berjela sikit pasal apa, sebab apa , dan kenapa dia tak boleh pakai pampers lagi.Pastu pakaikan seluar pendek senang nak buka dan pakai semula.Mulut mak2 ni plak kena rajin bertanya setiap saat, minit dan ketika.."nak kencing tak?" , " jom pergi kencing"..Tanya je berulang2 kali sampai mulut berbuih pon takpe, kalau kau kena sound dengan anak ko pon ko pekakkan je telinga macam aku kena sound dengan Dak Iqy lah.Hahahaha..Paling penting kena kerap puji anak, macam Dak Iqy dia memang suka puji pujian ni, kalau aku lupa nak puji dia yang puji diri dia sendiri " mama, Iqy pandai kincing kan?"..Pastu wujud kan satu mentor untuk dia, bagi dia rasa oooo aku kena jadi macam dia jugak.Contoh nya cakaplah " eh kawan Iqy sipolan tu pandai tak pakai pampers, dia kencing pun kat bilik air, eeee pandaiinya dia..saje je bagi member panas"..Macam dak iqy kalau dengar aku cakap camtu, dia akan tanya aku balik " Iqy pandai tak??"...Pastu aku jawablah , "uishhhh Iqy lagiiiii lah pandai, pandai kencing pandai pakai seluar sendiri"..hurmmmm baik punya aku kipas dia.hahahahah...
Dan sekarang, kat rumah pengasuh pon dah tak pakai dah.Jimat dah pampers sekarang, duit pampers mama kumpul2 boleh beli handbag baru..Ehhh!!!..
Regards,
Proud Mom
untunglahh...thaqif memang dah expert free diapers kdg tdo malam tlupa pkaikan pampers selamat je.cuma bab g umah atok tu.atok buat xpaham je ibu berkias soh xpyh pakai pampers.T__T
ReplyDeletegood boy iqy..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum nory. Bagusnya iqy.. dari perhatian sheila. Budak pandai cakap lagi senang training... aA
ReplyDelete