Bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma tak puas hati lah bila kejadian yang sama terjadi lagi, aku ada hati dan perasaan jugak kan.Aku suka pergi pasar malam kat area rumah mak aku ni, boleh kata tiap hari Rabu mesti singgah rumah mak sebab nak pergi pasar malam ni, aku suka beli potato spring n burger.
Nak dijadikan cerita, aku suka beli berger dengan akak ni, sebab dia sorang je yang jual berger kat pasar malam tu, dan burger dia pon boleh tahan sedap jugak.Sebelum ni aku biasa beli dengan pakcik burger tu, tapi dia dah pencen kot jual berger kat pasar malam, aku membesar dengan burger pakcik tu taw, pakcik tu pon tiap kali aku beli berger mesti borak2 pasal aku masa kecik2 dulu.Dia cakap aku comel lah, anak bapak lah...heheheheh..Tapi sekarang bila pakcik tu dah tak menjual, akak ni plak meniaga kat pasar malam ni, kira baru lagi lah dia berbisnes ni.
Masa first time aku beli dengan akak ni, apa yang aku boleh describe pasal akak ni adalah dia seorang yang agak "boyish" sikit walaupun bertudung, tapi tetap ada manisnya lah.Walaupon cara cakap dia dengan customer nampak macam kasar, tapi aku tetap pikir positif, aku anggap,oo mybe akak ni stress kot ramai customer, dapat plak customer banyak songeh macam aku ni, yang request berger taknak sayur lah apa lah..Tak pasal2 dia kena goreng yang baru.Hurmm tu memang salah aku, tapi aku kan ada hak sebagai seorang customer, aku rasa tak salah aku request camtu.Dan dia sebagai peniaga pon tak patut layan aku macam hapeee je..Siap jeling2 bagai, pastu dengan muka ketat giler goreng burger aku dengan muka yang sangat terpaksa..Padahal masa tu, aku sorang je kot customer, dia bukan busy pon time tu.
First time aku terkena, aku ok lagi , pasrahh je, walaupon adik aku dah masam mencuka siap bising2 lagi, aku plak yg cuba relaxkan dia, dia memang hot temper sikit, nasib baik aku boleh control, kalau tak, mau terbalik kuali berger akak tu.hahaha..
Kali kedua,semalam, aku pergi lagi order berger special taknak sayur.Akak ni dah start buat muka ketat dah, siap sound aku lagi, haa kalau nak berger special kena tunggu lah, memang lama sikit, kena sabar lah..(dengan nada yg agak tak puas hati)..Aku cakap ok, aku sanggup tunggu sambil senyum..Adik aku dah bisik2 kat aku cakap "eh kau boleh senyum2 plak, kau taw tak akak tu saje nak kenakan kau"?
Kau taw berapa lama aku kena tunggu, lebih setengah jam okeyyy!!! untuk SEBIJIKKK berger sahaja, dia sajaaaaa buat aku tunggu lama2, tapiii aku lagi pandaii, aku tetap senyummmm je walaupon lambat, aku taw dia saja buat camtu, nak bagi aku serik n hangiinnn satu badan.Pastu siap ngamuk2 lagi, bila ada customer datang nak beli, cara dia macam salahkan aku plak pasal kena goreng sebijik berger tu..
Alahaiii kak, akak sepatutnya bersyukur bila ramai customer beli dengan akak, bila akak dah ceburkan diri dalam bidang bisnes ni tak kisahlah bisnes apa pon, akak kena terima yang "customer always right".Dan customer ada HAK nak beli apa dan request apa saja dari akak.Takkan akak nak suruh customer beli berger yang dah siap dibungkus tu je, setiap customer ada citarasa dorang sendiri, apa salahnya sesekali buat yang terbaik untuk customer, next time customer pon rasa seronok nak beli dengan akak lagi.Buanglah sikap sombong bodoh akak tu.Kalau tak reti berbisnes jangan berbisnes lah senang citer..Eyyy sakit plak hati kita..
![]() |
gambar hiasan. |