Followers

Tuesday, September 19, 2017

Dak Iqy & boxer

Lama tak cerita pasal Dak Iqy, sebab terlalu banyak cerita pasal dia sampai tak sempat nak tulis satu2, perkembangan anak2 ni terlalu cepat kan?, tak terkejor mak nya..huhuhuu..Share cerita yang mana sempat jela ek.hahaha..Ada yang suruh share apa aktiviti Dak Iqy ni kalau kat umah, dia kan anak tunggal, takde adik takde abang, mama dan abah dia je kawan dia.Tu pon kalau weekend yang abah dia kerja, berdua jela dia dengan mak singa dia ni..hahaha..Kehidupan Dak Iqy ni sama je macam budak2 lain, walau takde adik or abang or kakak dan kawan2, hobi dia tetap satu.Iaitu main, main dan main..Cuma Dak Iqy ni kena selit aktiviti makan dia yang sehari 4 kali makan nasi..Iyerrr badan je cikeding, kuat makan hoiii...

Yang kata Dak Iqy kurus sebab mak bapak dia tak bagi cukup makan tu, mehh nak cilii mulut tu..Hamboii2..korang taktauu aku ni nak masak pon bergaduh2 tau dengan budak bertuah tu.Kalau dia dah sebut dia lapar tu, kau tak payah lah nak bagi alasan, nasi tak masak lagi lah, ayam keras lagi lah.Blaaa...bla...blaaa..Memang tak lut dah..Dia akan berzikirr cakap lapar, lapar lapar sampai kau siap masak.Stress okey memasak dalam keadaan yang camtu..hahaha..Aku suruh dia mandi pon dia bagi alasan dia tak larat sebab lapar..Kau rasa??? Drama king sangat budak ni tau..Tu yang mak dia selalu je nak menyinga tu..hehehe

Dan tahun ni berita gembiranya, Dak Iqy dah fully free diapers..Tahun lepas dah start , tapi tidur malam pakai lagi..Tahun ni sejak dah 3 tahun bulan 3 haritu, terus dia dah taknak pakai pampes dah..Dah pakai spenderrr okey.Baru2 ni belikan dia boxer..Excitedd nak tengok dia pakai..haahhaha..maklumlah mak dia spesis mudah terhibur, anak pakai boxer pon terhibur..hahahaha..Bukan apa tau, nampak dia dah bujang sangat bila pakai boxer tu..Besar dah anak bujang aiii...Sebakkk tetiba..Pelik betul bila dah jadi mak2 ni, sekejap terhibur sekejap sebak terharu bagai, anak pakai boxer je kot...kemonnn Nory..hahahaha..

Makin besar ni makin manja, kalau dulu selalu gaduh je dengan mama, sekarang ni gaduh2 lepas tu kamceng balik, sweet je dengan mama..Tapi dengan abah tetap macam dulu, super mengada2..Nak abah jeee...grrrrr...Kalau abah balik lambat dia yang membebel dan tarik muka (taknak kawan) lebih2..Ehh mama pon tak macam tu tau ..Abah balik kerja je, terus check beg abah, nak "upah kena tinggal", paling koman pon kena ada sebatang lollipop, kalau tak merajuk ngan abah..Eh perangaiiii sangat.Tapi salah abah lah sape suruh ajarr anak "upah kena tinggal" bagai..Tapi aku pon terikut2 dengan "upah kena tinggal" ni tau, maksudnya kalau aku keluar kejap tanpa Dak Iqy, mesti balik belikan anak something, tak kisahlah mainan ke , aiskrim ke, lollipop ke..Tu yang Dak Iqy dah terbiasa tu.. mak pasrah nakkk..

Dak Iqy ni kalau nak tahu, dia sejenis yang banyak cakap bila bangun dari tidur ..Aku stress pepagi nak gi kerja, dia sibukk membebel itu ini, macam2 dia cerita, aku dengar jelaa, pastu kalau tak respon, dia sound, kenapa mama diam, cakaplah, Iqy tak dengar..Tapi kalau bangun tidur petang, moody, taknak cakap..Orang buat apa semua salah dimata dia..Erghhh malas nak layann..hahahhaa..

3 comments:

  1. wah best dah bebas dypers.mila tgk iqy rapat dkt tasha

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Mama dia punya bebel pun blh tahan ni. Za tunjuk boxer kat darwish, terus dia ckp, darwish ada spender kat umah. Tak payah beli. Hahaha

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)