Followers

Friday, October 6, 2017

Tewas akhirnya


Hallluuuu geng..Lama kan tak muncul kat sini..Entahlah sejak umur diambang 30-an (bulan depan) ni, mood blogging makin kelaut.Salahkan faktor usia plak..huhuhu..Alang2 tengah ada mood ni, nak share lah sikit cerita yang ada.Life aku macam biasa je, takde yang menarik pon untuk dikongsi tapi menarik lah bagi diri aku sendiri, bila hari2 dapat tengok wajah mak ayah, suami dan anak pon dah cukup buat hari2 yang aku lalui cukup indah..cewahhhh...

Oh yerrr, baru2 ni Dak Iqy demam..Perghhh ingatkan nak pecah rekod tahun ni tanpa demam, alih2 tewas jugak anak bujang aii toang2 tu, hujung2 tahun plak tewas nya kan..Dak Iqy ni sejenis yang jarang sakit demam dari kecik lagi aku perasan.Tapiiii sekali dia demam, haaa amik kau pakejjj sekali harung.Aku risau kalau dia demam.Kalini dia demam sekali dengan cirit birit..Demam tu tak lama, tapi yang cirit birit tu yang aku risaukan tu, 3, 4 hari jugak dia cirit birit tu.Taktau sebab apa, nak kata salah makan, entahlah apa dia makan ek.Aku jarang bagi makanan merapu2..Biasa aku masak sendiri..

Demam kalini dia dah besar, dah pandai mengadu sakit itu sakit ini, lagi buat aku cepat risau..Kejap dia cakap sakit perut, kejap cakap sakit kepala, kejap cakap sejukk..hukhukhukk..Risauu tau tak..Sampai 2 kali pergi hospital.Hampir2 kena tahan wad..Nak ikutkan aku nak dia admit je, tapi Abi taknak, dia kesiankan kat Iqy takut trauma..Aku bukan apa,atleast kalau dia kena tahan wad tu, lagi terjaga, boleh drip masuk air dalam badan, makan ubat ikut waktu..Ni nak makan ubat punyalah payah.Sebelum2 ni senang je, sekarang ni sejak dah "bujang" ni pandai plak taknak makan ubat.urmm...


Hari pertama pergi hospital lagi lah, nurse check suhu cakap tak demam, 2 kali aku suruh nurse double check suhu dia..Tapi aku mintak ubat demam jugak..Mujur aku mintak, sebab malam tu panas badan dia, sampai gigil2..Esok tu bawak hospital lagi, suhu tinggi 38 darjah...Tu paling tinggi ke atau ada lagi tinggi?? Rekod Dak Iqy kalau demam memang suhu dia gitu je..Tu pon badan dia dah panas giler..Camne lah yg suhu 40 darjah tu ekkk...uishhh risauu..Doktor tanya nak admit ke tak? Aku cakap kalau terpaksa admit, admit jelaa. Tapi abi cakap, kalau boleh taknak admit plak..okeyy takpe, doktor kata takpe, cuma takut dia dehydrate je, sebab berak banyak kali kann..Tapi setakat yang doktor check, Iqy belum dehydrate lagi, kalau tak admit pon takpe..Tapi kena pantau jugaklah..So doktor masukkan ubat ikut bontot..Standby kot2 malam nanti suhu dia naik lagi ke kan..Alhamdulillah malam tu badan dia sejuk je, tapi perut dia sakit lagi, kerap berak jugak, 2 kali bangun tengah malam nak berak..



Padahal aku pakaikan pampers , dia nak berak kat bilik air jugak, sebab dia dah kekok guna pampers, asyik cakap suruh buka je.Dah lah pampers tu size kecik aku jumpa dalam almari, hahahaha...bertabahlah nakkk..

Balik dari hospital tu pukul 10 malam, ajak singgah Tesco..mujur tesco tutup 1pg..Maka singgahlah kami, abah Iqy ni kalau anak demam, macam2 perjanjian dia.Nak belikan mainan lah, bawak jalan lah, dengan harapan anak cepat baik..Gitulah abah Iqy..Belum sihat sepenuhnya lagi, dah dapat mainan baru..Untonglaaaa anak kesayangan abah...huhuhuuu...



Sampai rumah terus mintak nak baring, sakit kepala dia kata, aikkk masa kat Tesco tadi elok sihat je aku tengok dia terkinja2..Sampai rumah sambung sakit balik ke camne..hahahah..
Urmmm musim demam kot kannn..Mertua kat kampong pon tak berapa sihat, anak buah sebelah Abi pon admit sebab demam muntah2..Ermmm semoga cepat sihat semuanya..Jaga kesihatan memasing yer semuaaa...Semoga sihat sentiasa dan dijauhi dari penyakit berbahaya..aminnn...


1 comment:

  1. Aisyah pn smlm terbersin byk kl..pg td meleleh je hingus..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)