Kalau ikutkan ni kali kedua Dak Iqy warded kat sini, first sekali 2 tahun lepas, time tu Dak Iqy sakit perut, muntah2.Itupon aku yang nak sangat dia warded, dah lembik dah tengok dia time tu, kena tahan masuk air je, merasalah 2 hari 1 malam warded.Masa tu duduk bilik 2 bedded, selesa sangat lah.Rasa taknak balik, Dak Iqy je meraung2 ajak balik, yang mak dia tak sedar diri taknak balik dah kenapa...hahahha..Tapi time tu lupa nak mintak bil..Taktau berapa kena cas..
Kali ni kena warded sebab positif Influenza A.Rupanya ramai yang warded sebab virus ni..Doktor kata tengah musim.Cuma ramai yang tak tahu dijangkiti, aku rasa aku demam aritu pon sebab virus ni kot..Tapi tak cek, tau2 sihat je..hahaha..Dak Iqy pon masa check darah, cuma detect demam sebab jangkitan kuman dalam darah je, tapi taktau kuman apa.Lepas amik test hingus dia baru dapat detect influenza A..Hingus jenis yang tak macam selsema biasa, nampak macam tak selsema je, tapi hidung berair cair ..itu antara ciri2 influenza..Tapi doktor kata tak bahaya (tapi still boleh berjangkit melalui sentuhan, udara, etc), tak macam H1N1 tu.Ni adik beradik influenza sahaja.Aku mula2 tu cuak jugak, masa google Influenza A semua tulis H1N1..Haishhhh...konpiusss aku..urmm entahlaa..
4 hari 3 malam berkampung kat sini, wad 2 bedded semua penuh, yang ada 4 bedded, aku tak kisah pon pasal 2bed ke 4bed , bukan aku bayar pon, hahaha..4 bedded pon aku syukur dah..yang bestnya kalau swasta ni, masa melawat flexible sikit, takde had kan bilangan pelawat, family aku ramai, sedara mara datang sekali harung, senang dorang masuk lawat sekali.Teringat anak buah aku warded kat hospital serdang dulu, sorang2 kena masuk lawat, tapi aku tak cakap hospital gomen tak okey..Okey je, sebab aku bersalin kat situ dulu pon selesa je, takde masalah pape pun.Cumanya swasta ni selesa sikitlah bagi aku.Dak Iqy ni pon mujur under cover, kalau tak hospital gomen jugak pilihan aku.
Dak Iqy duduk wad sang kancil, lengkap dengan tv (lengkap dengan astro) dan wifi free yang laju giler untuk setiap katil, aku kasi can lah dia layan wifi puas2, kalau tak dia sibuk berzikir ajak balik..grrrr..Bilik air yang selesa lengkap dengan heater segala.Siap dengan katil boleh ubah untuk parent.Yang bestnya dua2 parent boleh berjaga sekali kat wad.Aku tido atas katil sekali dengan Iqy, Abi tidur kat katil boleh ubah tu..Lena weyy aku tidoo, aircond dia sejukk..kahkahkahh..Aku rasa dah macam check in hotel dah..muahahaha..Abi pon senang pergi kerja, siap2 mandi semua terus naik tingkat atas, mula kerja..ngeeee..10 minit kang turun kat wad, bawak makanan..hahahaha..aku duduk wad selera kemain lagi..Makan je 24 jam..
Bab makanan plak, sape kata makanan hospital tak sedap..Kat sini sedappp weyy...pastu menu boleh pilih plak tu, setiap hari ada menu pilihan yang berlainan.Aku bantai tetiap hari order western..kahkahkah..Yang lawaknya, yang check order sheet tu laki aku, siap perli lagi amboiii kemain patient 3312 tu, order western jekk..hahahahah..bukan patient yang makan, mak patient yang makan..Mak & papa aku pon makan sekali, dorang pon berselera.Dorang kata "eh orang kata masakan hospital tak sedap, tawar je, tapi ni sedappp lah.."
Sepanjang aku teman Dak Iqy warded kat situ, 7 Eleven kat level 1 tu dah macam rumah kedua aku dah..hahahaha..Dok berulang situ je berapa kali setiap hari..Beli jajan buat kunyah2 je.Kedai roti pon ada, cafeteria kat level 3, kantin kat tingkat 5.Tapi aku tak jejak kantin pon, tak sedap sangat.Cafeteria dia okey, tapi mahal sikit laah..Aku teman tasha je makan haritu sekali.boleh tahan gak western food kat situ.Malam2 suka beli megi cup, amik air kat pantry, lepak atas katil layan TV..Heavennn jugak rasa..kalau duduk sebulan pon iolls sanggup macam ni.hahahaha
Hari ketiga Dak Iqy punya suhu dah stabil.Tak de naik2 dah..Ada harapan nak discharge dah ni..Doktor pon cakap esok boleh keluar kalau takde pape..Malam tu plak, lepas makan ubat dia cakap nak muntah, tak dan nak bawak gi bilik air, dah selambak atas katil, sampai tercabut drip kat tangan dia, melalak2 lah dia sebab sakit.Aku tengok pon ngeri.Ngiluuu oii..Tangan dia pon dah bengkak sikit..Terus cabut drip, mujur tak kena cucuk lagi, sebab botol ketiga tu pon dah nak habis, dia pon dah okey, terus buka jarum tu..Makin bebas lah dia..Siap ikut hantar mama ida kat car park lagi..ngeee...
Ok tu jelaa nak kongsi sedikit pengalaman aku menginap di wad sang kancil, Assunta Hospital..Masa nak discharge tu, aku suruh Abi mintak bil, saje je laa nak tengok berapa kena kan..4 hari 3 malam , RM1520.79 bebbb..Bagi orang kebanyakan macam aku, terbeliak jgak lah biji mata walau tak kena bayar satu sen pon..Tapi aku rasa murah kot banding dengan hospital swasta lain..Eh entahlah sebab aku takde pengalaman dengan hospital swasta yang lain..heheheh..Ke sama je ..?
ermm..mahal jgk tu..huhu
ReplyDelete