Followers

Friday, October 13, 2017

Positif Influenza



Live blog update dari Wad Sang Kancil, Assunta Hospital.Malam kedua Dak Iqy check in kat sini.Start dari minggu lepas lagi dia demam pakej dengan cirit birit ni.Tapi dah sihat dah sempat balik kampung lagi weekend aritu.Tup tup Isnin haritu moksu aku cakap Dak Iqy ada muntah.Badan pon macam dedar2 sikit.Berak pon still cair2 lagi.urmmm..Hari selasa dia okey sikit, takde demam, tapi berak cair lagi, aku continue bagi ubat yang sedia ada.Then, hari rabu pagi, aku rasa badan dia panas sangat.Terus Abi ajak bawak hospital.Check suhu 37 camtu..Pastu doktor suruh buat blood test, setel amik darah macam biasa detect ada jangkitan kuman je, cuma tak tau kuman jenis apa.Denggi pon bukan.

And then, doktor suruh refer Paed, aku mintak refer dengan doktor Paranjothy tapi dia half day haritu, sebab dari Iqy kecik refer dia je, tapi sebab dia half day ganti doktor lain, aku okey je..Tak kisahlah janji doktor kan..Doktor Mary check suhu Dak Iqy lagi sekali, kalini makin naik..38.9...perghhh panas tu..Terus sumbat ubat kat bontot lagi..Pastu doktor suruh admit sebab demam pun on off kan, suhu pon turun naik, aku memang nak sangat Dak Iqy admitted sebab aku risau sangat tengok keadaan dia dari minggu lepas lagi..Aku tak yakin nak pantau sendiri kat rumah, risau jadi pape..Biarlah admitted demi kebaikan dia.Walaupon abah dia sangatlah berat hati tengok anak dia admitted.Yuppp, antara mama dan abah, mama lebih kuat..Abah hati tisu sangattt..huhuhuuu..Takpe abah, positif okey, demi kebaikan Dak Iqy jugak..Aku lagi tak kuat tengok dia melepekkk lembik je kat rumah, risauuu wey..


Masa nak cucuk jarum untuk masukkan air, Dak Iqy macam biasa lah, penuh dengan drama air mata dia tu.Mujur mak hati kental nakkk,aku tunggu luar bilik, sebak jugak dengar dia meraung, "mama, jangan tinggal Iqy mama"..chill mama chill..Kalau abah ada, mesti abah nangis sekali ni..Mujur masa ni abah dia sambung kerja kat atas..hahaha..Nurse2 kat situ pon cuak dengan dia, tapi rajin plak melayan dia.Tiap kali datang katil nak check temp mesti nyorok dulu belakang langsir, hulur thermometer suruh aku yg buatkan..hahaha..Dia takut Dak Iqy melalak nampak dia .Hadoiii..tapi oklahhh sekarang, tak macam first time admit dulu, cleaner masuk bilik nak sapu pon dia melalak, dia ingat doktor..hahahaha..Sekarang ni oklaaa, nurse2 ni plak rajin layan dia bersembang, macam2 dia tanya nya..Jenuh nurse nak menjawabnya, check nadi kan guna kepit kat jari tangan kan, ada sekali tu, dia tengah leka main, nurse malas nak kepit jari tangan dia, so kepit lah jari kaki, pastu dia tanya nurse " eh kenapa kepit kaki, tadi kat tangan?? " hahahaha..sibuk nak tahu..


Tiap kali nak makan ubat, yang nurse sorang ni suka panggil " hye darling kakak, time utk makan ubat" ..sengihhh je dia..suka lettuew...gedik angat..Patient katil depan ni nyanyi kuat2, selamba je dia sound, "hishhh nape bising ni, diam lah Iqy nak tido ni" ..dah lah cakap kuat, cecepat aku gi mintak maaf, kang tak pasal2 kena kecam plak anak mulut tkde insurans..hahahaahha...Aku rasa nak cepuk2 je mulut dak Iqy ni tau .haishhhh..Pastu cerewettt yg amat..Selimut hospital dia cakap busuk, mujur aku bawak sesiap selimut dr umah.Cerewet tu faktor keturunan, takleh nak buat apa..Abah dia kata, cerewett macam mama..Do i care??? Hahaahhaha

Semalam doktor ada amik sample hingus, dan resultnya positif Influenza A. ALLAHU....Dalam kepala otak aku, bila sebut Influenza je aku terus ingat H1N1,..kuarantin, bahaya, berjangkit..Tapi alhamdulillah doktor kata influenza ni banyak jenis..A, B, C sampai lah Z kot..Entah aku pon tak habis kaji..Yang pasti doktor cakap bukan selsema babi dan bukan selsema burung.Tapi virus dari kaum kerabat Influenza jugak..Berjangkit melalui banyak faktor, udara, dan sebagainya..Aku tak habis kaji, sebab bila gugel, aku konpius, mesti dikaitkan dengan H1N1..haishhh seram nak baca..Doktor kata jangan risau, benda ni biasa berlaku, cuma kadang tak sedar pon yg kite dijangkiti.Sebab melalui ujian darah pon adakala tak dapat detect, macam Iqy lepas buat test dari sampel hingus dia baru tahu dia diserang Influenza A.Kalau tak, memang ingat dia demam sebab jangkitan biasa jela..Sebab tu sekarang ni kalau demam je dah kena buat blood test, sesetengah tempat perubatan dorang buat test dari airliur, najis , hingus dan sebagainya untuk detect penyakit..Sekrang ni kan macam2 penyakit..urmm..

Updated terkini, sekarang ni suhu Iqy dah turun, normal takde demam.Tapi takleh seronok sangat jugak, sebab semalam pon camtu, demam tu datang dan pergi, kejap kang naik, kejap kang turun suhu dia.Doakan Iqy cepat sihat dan boleh balik, 2 malam dah 3 beranak tidur wad..Dah macam check in hotel plak..Malam ni je aku jaga iqy sorang2, abah iqy balik kampung, baru dpat berita mak mertua kena strok.Allahuakbar..harap2 mak cepat sembuh..baru je cakap dengan mak kat telepon semalam.Kami redha dengan semua ujian dan dugaan ni ya Allah..Permudahkanlah segala urusan kami.Amiiiinnn Ya rabbalalamin.



2 comments:

  1. Kesiannya dia... semoga cepat sembuh ye Iqy..

    ReplyDelete
  2. Your post is providing some really good information. I liked its essence and enjoyed reading it. Keep sharing such important posts about this blog and its much more helpful for us .
    รักแร้ดํา

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)