Followers

Thursday, October 19, 2017

Satu family berjangkit


Lepas Iqy discharge sabtu haritu, boleh dikatakan yang datang melawat Iqy kat hospital semua dah start demam.Mulanya Abi berjangkit, lepas tu mak aku, papa , maklang, dan paklang aku dan terkini Dicha, anak buah aku yang sebaya Iqy tu.Allahu ujian demi ujian..Setakat ni yang ada simptom2 influenza A, mak aku sebab dia kena cirit birit,selsema dan batuk sekali.Yang lain semua demam je..Dicha plak, suhu dia tinggi giler, lebih tinggi dari Dak Iqy, hampir 40c..Kesian aku tengoknya..Hari selasa haritu along & kokti bawak pergi KK, check temp tinggi sangat terus kena refer hospital serdang, drip air.

Aku risau dengar suhu tinggi2 ni, sebab Dak Iqy haritu 38c pon nurse dah kelam kabut cakap tinggi dan terus sumbat ubat kat bontot tu.Aku selama ni takde thermometer, lepas dak Iqy kena demam on off ni, terus aku beli online, standby kat umah satu.Nape ntah aku tak terpikir nak beli benda ni dari dulu lagi..ahahahaha..Risauuu lah kalau suhu tinggi sangat, kena tarik or sawan ke kannn..Bahaya tu..Mintak dijauhkanlahh hendaknya..Sebab tu Dak Iqy kalau demam sikit pon aku hangkut hospital terus..Aku takutttt weyyy...Mak aku pon kalau cucu2 nya demam sikit je, along aku mesti kena bebel 4 ratus muka surat dengan mak aku, berbuih mulut dia paksa bawak pergi klinik or hospital secepat mungkin..hhehe

Urmmm setakat ni aku dan adik aku je yang belum dijangkiti lagi..Mintak2 antibodi aku terus kuat lahh..Aku kalau demam kang lagi super melepekkk punya..Lembik semacam je nanti..hahahaha..Dahlah cuti dah banyak hangus bulan ni, lama kot aku cuti masa Dak Iqy warded aritu..huhuhuuu...Nasib baik boss dan kawan opis spesis memahami.Siap suruh sambung cuti lagi, aku je taknak sebab kang banyak plak kena potong gaji, annual leave dah habis..Sedihhhhh...Sebagai persediaan, aku paksa diri minum bergelen2 air, dengan harapan tak berjangkit lah hendaknya, aku dahlah tidor sekatil dengan Dak Iqy masa kat wad aritu..huhuhuu..Tapi kalau berjangkit jugak, mak pasrah nakkk..

Dak Iqy balik dari hospital je pelik, tengok nape semua orang lembik je tak bermaya..Nenek dan atuk pon taknak peluk cium Dak Iqy, sebab dia baru sihat kan, takut antibodi lemah lagi.So dia macam pelik nape semua macam taknak layan dia je, hahahaha..Last2 mainlah ko sorang2..Kawan gaduh (Dicha) pon tak sihat, dah dia sorang je yang terkinja2, terlompat sana sini..Haishhh...Mentang2 dah sihat ..huhuhuuu..

3 comments:

  1. Alhamdulillah Iqy dah sihat...moga yang lain juga segera sihat...

    ReplyDelete
  2. Sometimes is becomes very hard to take appreciation for your hard work. But sometime only few technical point makes your work worthwhile. Suggestion under this blog is quite good.
    อาหาร เด็ก 9 เดือน

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)