Followers

Wednesday, September 13, 2017

Majlis Resepsi Asry & Yaya di Wisma LKIM, Pulau Meranti


Sementara tengah rajin ni, boss plak macam tau2 je balik awal, kasik can aku update blog lah tu..hahahahah..Nak kongsi sikit cerita sekitar majlis perkahwinan sepupu aku, alaaa yang aku busy sesangat2 tu, haaa sebab majlis ni lah, orang kuat majlis kate kooo..Kuat lah sangat, takdelah buat kerja apa sangat pun, biasalah kerja2 kenduri kan..Hahahaha...Tapi dia punya penat, sebulan pon tak habis tauu..hahaha tipu sangat.

Untuk pengetahuan, majlis ni majlis sambut menantu bagi pihak sebelah keluarga kami.Maksudnya sepupu aku tu pengantin lelaki lah.Ni majlis julung2 kalinya buat maklang & paklang aku sebab ini merupakan majlis perkahwinan anak sulung diorang.Biasa kalau anak sulung mesti meriah semacam sikit kan, sama jugak macam perkahwinan anak bongsu.Tapi aku anak tengah pon, majlis aku dulu meriah jugakkk (nak jugakkkk, hamikkkkk!!!)  hahahaha, senang cakap kalau kenduri sebelah family mak aku ni memang meriahlahh, buatlah majlis kecik pon, tetap terasa kemeriahannya, sebab family sebelah mak aku besar, dan semuanya rapat dan tinggal pun dekat2.Dah habis kendurii pon masih berkumpul, berjumpa dan melepak sama2 lagi.

Kitorang start berkampung kat rumah maklang yang rumahnya sebelah je rumah aku ni dari sebelum nikah lagi..Buka pintu je terus boleh masuk rumah maklang aku, so sepanjang hari menjelang majlis ni, rumah aku pon secara tak langsung meriah sekali lahh, walaupon majlis diadakan di dewan, tapi banyak masa dihabiskan dirumah family pengantin, dari hari sebelum nikah, dah start busy dah, dah setel majlis sebelah perempuan, lagi lah busyyyy..Kalau dah berjumpa memasing, memang borak sampai ke pagi lah jawabnya.Tu yang ada sessi berinai lagi malam tu, meriahhh betul.

Disebabkan tarikh majlis dekat dengan tarikh raya haji, selang 2 hari je, so raya haji aku pon so-so je..Very the sederhana..Mak aku pun tak masak banyak sangat untuk pagi tu, sebab petang tu semua dah sibuk kat rumah pengantin baru yang jaraknya tak jauh dari rumah kami,dorang beli rumah dekat2 jugak.Spesis takleh duduk jauh dngan family jugak macam aku..heheheheheeh..Malam tu dorang sempat buat kenduri doa selamat dan tahlil kat rumah baru dorang.Balik dari kenduri, aku dah start bersilat kat dapur plak, buat puding karamel 200 bekas..First time buat bebb..Berani mati betul nak sponsor benda yang baru pestaim nak buat.Sebelum ni aku buat yang besar tu, yang untuk letak dalam bekas2 ni, betul2 first time aku buat..Nervousss kemainnn...Pasni boleh lah amik tempahan..hahahahaha...Nasib baik muat peti ais comel aku tu..Dan yang bestnyaaaa, habisss tau puding karamel aiiiols pada hari kejadiann..Kak Ipar aku pon sponsor dadih 300 bekas..pon habis jugak..syiokkknya lahaiii..Berbaloii rasa..Setakat ni yang sempat rasa semua bagi komen positif..Kembang hidung hakak, montot pun..hahahaha..


kenduri doa selamat di rumah baru pengantin selepas seminggu mereka dinikahkan.



Geng sepupu sepapat dan bapak2 sedara sibuk buat persiapan pasang signboard..kemain pasang signboard dari pagi sampai ke malam tak siap2, "sesuatu" sangat tau dorang ni kalau dah berjumpa..Bergabung malatopppp katekoo..Takpeee bini2 kasik can..Iolss kan bini solehahhh..Muahahahahaa..

Ni dah kenapa, "ngular" lettuew...hahahhaa

Sebelum tu pon sempat lagi pergi tesco, beli barang2 untuk cabutan bertuah..Maklang dah siap2 bagi duit kat Kokti, tugas kitorang tolong pergi beli jee..Dapatlah 27 hadiah, yang semua terdiri daripada makanan dan barang dapur, macam beras, minyak, meggi, coffee mate, air kotak dan macam2 lagi..Soalan pon kitorang yang buat siap, siap dengan aturcara sekali kauuu..DJ puji kitorang melambung2 okey..Kata dia first time attend majlis yang detail macam ni, semua dah tersedia, senang kerja dia katanya..hahahahaha..Tapi kalau korang nak tau, biasanya kalau kenduri yang macam ni, sederhana tapi meriah dan tersusun acara ni, biasanya dari Melaka & Negeri Sembilan sebab 2 negeri ni kan tersangat menitikberatkan adat istiadat (negeri lain pon ada jugak, cuma biasanyaaa lahh).Time aku kahwin dulu pon, tak pasal2 kena pakai sanggul lintang yang maha berat kat atas kepala tu demi permintaan mak aku..Redhaaaa lah mak nakkk..Nasib baik mak aku tak kuat sangat bab adat istiadat ni..Yang biasa2 je dia follow..Sebab mak aku orang melaka celup..Dah campur Key Ell sikit..Steadyyy lah mak..hahahaha..



Game "siapa cepat dia dapat" nama diberi..Game ni dah macam game wajib dah tiap kali kenduri kahwin family kitorang, masa aku kahwin aku dulu pon ada game ni..Terhiburrr lah memasing..Contoh "bawakan kasut belah kanan pengantin lelaki".. Menggelupur lah memasing berebut nak kan kasut pengantin lelaki..Along aku yang dapat cabut kasut pengantin time ni, kazen aku masa tu tengah makan beradap, dia masuk nya bawah meja, cabut kasut kazen aku..Terkejut pengantin, terus jadi "makan biadap"..hahahaha..Contoh soalan lain, "bawakan lipstick kaler purple", "yang pakai jam sebelah kanan" , "bawakan songkok paklong pengantin lelaki" .. 









Majlis diadakan di dewan Wisma LKIM, Pulau Meranti, Puchong. Baru jugaklah dewan ni, luas dan bersih, lengkap dengan bilik VIP, bilik persalinan pengantin, dan paling penting dilengkapi sekali dengan penghawa dingin dan PA Sistem serta kerusi meja segala..Harga dalam 4 ribu lebih kottt..Lupa lah,sesiapa yang nak tahu PM aku ekk, nanti aku bagi details sekali.Pentas dewan ni cantik, elok terletak je kalau pasang pelamin, takyah nak adjust pape dah, takdelah nampak togel or kosong je kan...Lengkap semua..Catering sekali dengan pelamin dan walk-way dan meja makan beradap dan kek kahwin 3 tingkat dari Rassdeco Event & Catering .





Baju dan mekap dari Andaman Shana, mak andam iolss dulu..Mekap dia memang letopssss beb, nampak kemas dan natural gitu, pastu service tersangatttlah tiptop, dia jaga pengantin dia dari mula mekap sampai habis sanding, dah duduk atas pelamin pun dia akan pantau pastikan pengantin dia sentiasa cantik, postur duduk yang betul, salam orang yang merenjis pun dia ajar tauu, bukan main salam je sampai terbaraii semua crown dan veil korang..Yessss dia antara yang menjadi tumpuan masa majlis tu, orang duk risik siapa mekap, siapa mekap je...Rasa macam retisss uolss kalau korang jadi pengantin dia..Ni memang komen paling jujur aku untuk mak andam aku ni..Highly recommend, bayangkan aku yang dah 6 tahun kahwin ni pon, masih ada yang PM tanya pasal contact mak andam aku tu tauu..Dasyattt angatkan "air tangan" dia..









Tema majlis ni HIJAU..Thats why korang akan nampak hijauu je dah macam askar wataniah dah rupanyaaa bila berjemaah tangkap gambar sedondon..Jangan taktau baju aku siap last minit, malam sebelum majlis tau.Nervous hakak, dapat plak besau plak.Mujur makcik iolss tolong adjust kasik ada cutting sikit..huhuhuu..Tu pon jahit ala kadar je, asal boleh katakan..ahhahahahahah...




Bersama penyanyi jemputan khas, NORY HISTERIA...hahahahahahah...Ekceli kitorang tak puas karoke sebab ngam2 kul 4, dah kena kemas dewan..Urmmmmm kecewaaa nya hakak..Last2 balik rumah repeat karok kat Smule Sing..hahahaha..Noryy...Noryyyy..Puas hati hakak uolss...Ngeeee~~~~




Tudiaaaa, keluarga besar aku..Macam biasa, tu pon masih tak cukup korum..Laki dan anak aku kemana...Abi duk tidorkan Dak Iqy kat dalam kereta masa ni, dengan dia2 tertidur..huhuhuhu..Saboooo jela aku..Ni antara family yang terapat lahhh..Yang apa2 majlis pun muka2 ni mesti ada..Sebab memasing tinggal dekat2 kan...Gituulah kekdahnya..Yang paling kiri tu bukan Wany Hasrita tau, ...Ngehngehngehngeh...Sekiannn tamatlahh musim busy iolss, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang, rata2 tetamu yang hadir konpius ni kenduri belah perempuan ke belah lelaki..heheheh...

Anywayyy, tahniahhhhh kezen dan welcome to the club, selamat menempuh alam berumah tangga yang penuh dengan masam-masam manis.Yang masam tu adatlah, yang penting manis tu kena selalu terapkan walaupon masam..Faham tak?Ntah aku sendiri pon tak faham apa yang aku cuba nak sampaikan..hahahaaha..Sekeh kepala sendiri..dush dush dush..Nak bagi tips , hakak pon "pengantin baru " jugak uolss, banyak nak kena belajar lagi...Baru 6 tahun je uolss..Ngeeeee~~~~~ Apa pon semoga korang sentiasa bersama, sentiasa bekerjasama, sentiasa mandi bersama, ehhh!!! hahaahah dan bertolak ansur sentiasa dalam melayari bahtera okey..Elehhh kemain aku nasihat orang,,,ni kira nasihat utk diri sendiri jugak lah ni...Tetiba rasa banyaknya dosa kat laki..Ampunnn bang!!!!hahahahah..





1 comment:

  1. Boleh tak wassap 0132493981, nak tahu rate harga dewan lkim, pulau meranti puchong ni?

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)