Followers

Wednesday, September 17, 2014

Rizqy setengah dozen



Harini genap setengah dozen umur Rizqy bersamaan 6 bulan..Weeee cepat betol.Rasa macam baru je karang entry dia 5 bulan aritu, ni dah entry untuk 6 bulan plak..Alahaiii anak, cepatnya membesar..Sekarang dah start nak melasak dah, tak lama lagi mama kurus lah dok kejar dia je sana sini..Dah pandai tak boleh kena tinggal sekejap, aku nak ke dapor pon dia dah bising..Kecoh satu rumah..Nak tengok muka aku depan mata dia je, haishhh satu keje umah tak jalan kalau camni,.

Oh yer, bulan ni excited sangat sebab Iqy dah start makan, maka jadual harian mama pon dah bertukar.Sekarang dah kena bangun pagi2 masak bubur nasi untuk Iqy.Kenapa tak bagi puree buah??Bagi jugak, tapi aku ikut nasihat nurse suruh bagi bubur nasi dulu, pelan2 ajar dia makan puree buah plak, lebih berkhasiat gitu kan,

Aku bagi Iqy makan awal dua hari sebelum dia masuk umur 6 bulan, konsider dah 6 bulan lah tu..First aku try bagi puree avocado, avocado ni makanan pertama yang terbaik untuk bayi katanya, tapi tak ramai yang taw, mak aku pon macam pelik nape aku bagi puree avocado..Tapi aku dah explain dah kat mak aku yang avocado ni banyak vitamin yang baik untuk baby, yela orang2 dulu ni percaya bahawa nasi sahaja yang mampu mengenyangkan..Mungkin bagi pandangan dorang, kalau bagi buah mana nak kenyang budak tu, padahal okay je sebenarnya..Tak semestinya budak tu merengek je tandanya lapar kan..Tapi aku pasrah jugak, dalam dok bagi puree avocado, aku selit jugak bagi bubur nasi, kang orang cakap aku tak sayang anak plak, bagi makan buah je...alahaaiii...kdg2 serba salah dibuatnya...hahhaah..

Rasa macam nak beli walker untuk Iqy, tapi abah dia macam tak berapa nak bagi kelulusan je, memang ada dengar pasal keburukan walker baby ni tapi dibolehkan bagi bayi 6 bulan ke atas sebab kaki dah makin kuat..Kalau umur 3 bulan dah naik walker, pikir lapan belas kali jugak aku...hahahah...Alaaa acaner ek ?? Rasa macam nak gi beli walker tu petang ni jugak..Tapi abah Iqy....hurmm hurmm hurmm...




5 comments:

  1. amboi mama nyer..excited sungguh..ptg ni jugak nk g beli walker..hehe..

    ReplyDelete
  2. setengah dozen kau! HAHHAHAHHA kenapaaaa abah tak bgi beli walker? bukan bagus ke untuk latih kaki budak? hmm hmmm hikhihihi

    ReplyDelete
  3. nory, comel je anak dok dlm walker tau. cepat gi beli

    ReplyDelete
  4. 4 days rules jangan lupa..saya pon suka bg buah dan sayur..bayi ni suka je..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)