Followers

Tuesday, August 19, 2014

Photoshoot Rizqy tema pilot (Captain Rizqy)

Dari Iqy dalam perut, ter"berangan" nak Iqy jadi pilot dah besar nanti..Dah lah masa ngandungkan dia suka sangat kalau isu2 pasal kapal terbang ni, masa tu plak tengah hot isu pasal MH370, ari2 overnight tengok astro Awani nak tau perkembangan pasal MH370 ni, padahal sebelum2 ni aku bukan jenis yang suka amik port pasal isu2 ni, lagi plak nak bersengkang2 mata tengok berita pasal isu tu sampai ke pagi, padahal esok tu nak keje..Memang takkk arrr kan..Tapi bila ngandungkan Iqy, aku kemain suka nak taw setiap perkembangan MH370,,Semualah pasal penerbangan ni,kapal terbang ke, jururterbang ke, isu hijack lah..Smpaikan malam sebelum bersalin Iqy pon sempat tengok wayang citer pasal kapal terbang kena hijack tu..Apa ntah tajuk lupa dah..Sambil tengok Iqy dah meronta2 kat dalam perut sibuk bagi hint yang dia nak keluar esok tu, hurrmm balik dari tengok wayang boleh sambung layan astro awani lagi sampai subuh, masa tu perut dah start sakit2 dah, tapi khusyukk dok layan astro Awani..Sok pagi tu baru pegi hospital, malam tu keluarlah Captain Rizqy aiii tu...hehehe..

Tapi ni angan2 mama dia je, dah besar nanti aku akan bagi kebebasan kat dia untuk pilih kerjaya apa yang dia minat, even dia kata nak jadi pekerja kilang sekali pon, asalkan ianya kerja yang halal, aku terima je..heee..

Ok moh layan gambar Captain Rizqy yang bakal menggantikan Zill Faezrul dalam drama Rindu Awak 200%...hahhaa..Gambar ni aku amik kat IOI Mall, boleh pilih costume apa nak pakai then shoot.Masa photoshoot ni, Iqy paling kecik sekali..Masa tengah shoot, ramai orang kerumun tengok aksi dia..Kelakar pon ada..hehehe..


Ni dah macam Inspektor SAhab plak..hahahah


Sebelum fly, kite makan buah dulu ek..


Kantoiii...Captain fly bawak teddy bear...anak mak sangat taw...!!!Awek lari nanti sayangg oii...hahah


Trademark senyum senget ikat tepi satuuu!!!


Captain ketottt..


Ni dah macam penjaga kanak2 melintas plak..Stopp!!!Stop!!! Kanak2 sekolah sedang melintas..Sila perlahankan kenderaaan anda...hahahahaah

Kalau berminat nak photoshoot macam ni untuk anak korang, boleh pergi kat IOI Mall, kat ruang legar tu je, RM10 untuk sekeping gambar 4R..Tapi aku amik pakej 5+1 =RM98.Dapat 5 keping gambar 4R & 1 keping gambar besar..10R kalau tak silap..Saje nak buat kenangan untuk Iqy..Jadikan semangat untuk dia kejar cita2 sebagai pilot, padahal tu cita2 mama dia yang create...hahaha..Sesuka hati ko je kan nak tentukan cita2 anak ko kan Nory..Ntah2 dia nak jadi tukang masak macam abah dia jugak...hehehe..Mama jugak yang untung, ada 2 orang tukang masak kat rumah, mama goyang kaki jela..hahah

12 comments:

  1. Comel je iqy. Klu darwish ntah kemana2 dh. Hihi.

    ReplyDelete
  2. alolo...comelnya captain iqy. teringin nak jumpa budak hensem ni

    ReplyDelete
  3. Wah


    Comei sangat!! Belajar pandai2 and semoga tercapai cita2 mama nak tgk Iqy jadi pilot...amin.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nory, bantai gelak tengok caption2 nory ni. hahahah comel sangat iqy. rindu nak dukung dia. muahhhh iqy satu! senyuman dia tu, cairnya kita tengok. untung nory kalau iqy ikut karier abah dia. hehehhee

    ReplyDelete
  5. mama ida pun untung... datang rumah hari ni abah masak. datang umah esoknya iqy masakk. wahh wah untungnya kitaa noryy kekekekke

    ReplyDelete
  6. alohhh comeyyy betul dak iqy ni..nak buat gak tuk faeeq nt...tp tah bile tah...:)

    ReplyDelete
  7. ekekekee comey sungguh kapten Iqy ni...

    btw thanks for info, nnt nak try p gak la kat IOI tu ;)

    ReplyDelete
  8. Nanti besar mesti ensem macm pilot ZILL FAEZRUL (Rindu awk 200%)..heheh

    ReplyDelete
  9. hensemnya dia.. doa ibu² ni berkat tau.. manalh tau btlkan jadi pilot iqy ... jadi cef pun okey... anak² berjaya berkat doa dan sokongan mak ayah kan.. kan.. aloh² bulatnya mata dia.. geram betul...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)