Alhamdulillah, Iqy menang lagi dalam 'Peraduan Senyuman Bayi Paling Menawan" kat FB.Ekceli masuk peraduan ni tak letak harapan tinggi pon untuk menang, masuk just suka-suka je sebab ramai plak PM suruh masuk kan Iqy, ramai jugak supporter dak Iqy ni taw, dah boleh bukan Fanclub kalau gini,kahkahkahkah,.Keputusan diadili 30% undian like dan 70% pilihan juri.Aku kalau undian like macam tak berapa nak gemar dah memancing like, dulu rajin lah zaman bujang dulu, banyak masa free kan.Tapi yang buat tertarik 70% pilihan juri tu, maknanya kalau undian sikit pon still ada harapan cerah untuk menang.Dah lah yang masuk ni berganda-ganda lagi comey-comey belaka, hampir 2 ratus orang taw yang join peraduan ni, yang undian paling tinggi cecah 10ribu like, giler ahh, aku terus tak layan dah..Aku pon tak share sangat gambar Iqy ni suruh orang like, sebab dah give up..Rasa macam tak boleh menang dah.
Alih-alih masa 19 November tu tetiba terperasan kat wall dorang dah umumkan pemenang.Mulanya aku buat dekk je, sebab tak rasa macam Iqy boleh menang, sekali eh macam kenal je pemenang tu..Rupanya Iqy terpilih sebagai pemenang tempat ketiga, yang undian ribu-ribu langsung tak tersenarai pon.Maknanya betul lah, 70% undian daripada juri yang memilih.Alhamdulillah, tak sangka dalam ratus-ratus yang join Iqy terpilih walau hanya tempat ketiga, tapi setakat ni Iqy masih memegang rekod tanpa kalah..Bukan nak riak taw, just sharing perasaan je.Iqy ni memang dari dalam pantang dah dilatih beraksi depan kamera, sebab tu dia pantang nampak kamera tersengih-sengih macam kerang busuk.Kalau pergi mana-mana plak, peminat dia dah macam peminat retiss plak, aku plak yang naik segan, aritu pergi makan kat kat Seksyen 7, masuk je restoran tu kebetulan time lunch, awek-awek yang tengah lunch boleh menjerit-jerit teruja sambil panggil2 Iqy,sampai pergi kat meja nak main n dukung Iqy, orang lalu lalang pandang pelik je, agaknya orang tanya apa lah yang spesial sangat budak tu..?hikhikhik.Aku memang jakun sikit lah, sebab sebelum ni sebelum takde Iqy, aku pegi mana-mana, takde plak orang jerit-jerit teruja sambil tekup2 muka cakap Ohmaiii ohmaiii...hahahaha,,So, bila dah ada Iqy ni, aku macam kejutan budaya sikit.Tu baru citer kat restoran, belum citer kalau aku pegi klinik, pegi bank, petugas yang tengah kerja kat kaunter pon boleh bangun dari tempat duduk nak usik Iqy je, haishhh kang boss ko marah ko jangan salahkan aku plak ek.hahah..Dan soalan yang lazim orang akan tanya, "adik ni ada mixed blood ke?" Jawapannya ko rasa??? Memang takde mixed blood pon, kebetulan je muka dia Pan Asian gitu, mungkin sebab masa peknen kan dia aku obses tengok gambar2 anak mat saleh, anak arab semua, dan aku selalu amalkan doa Nabi Yusof..Hihihihi..Ni semua pinjaman Allah kepada aku n Abi..Lahirnya Iqy membawa tuah dalam kehidupan kami, terima kasih pada yang kasih dah sayang pada Iqy.Doakan Iqy jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia akhirat,Tu je yang aku minta..Keindahan wajah dia merupakan satu bonus je untuk dia, semua tu pinjaman, harap peribadi dia pon seindah wajahnya juga kelak, insyaALLAH..aminn
*bukan entry masuk bakul angkat sendiri yer, ramai yang tanya, so aku jawab kat blog jela, lebih privasy gitu, kalau orang baca pon, anggap jela aku bermonolog sendiri, aku segan nak mengaku anak aku hensem comey apalagi nak puji anak sendiri, tapi entry ni aku sekadar menjawab soalan, harap yang bertanya dapat jawapan seandainya terbaca entry aku ni,yela kalau citer public sangat pon contohnya "apa petua ko dapat anak hensem putih gebu mcm Iqy tu?" pastu kalau aku jawab "ooo aku amalkan doa nabi yusoff masa ngandung dia," msti orang kata laaa nak showw off lah tu dia selalu baca quran..Haaa tu yang aku taknak tu..Bila citer kat kat blog, yup mesti ada yang cakap belakang jugak, tapi niat asal aku bila Iqy besar nanti dia kan baca apa kisah dia masa kecik-kecik dulu.Tu jeee...Dan, kalau tak suka, toksah lah baca blog aku kann..Tak paksa pon,,Yang pasti anak-anak yang dilahirkan ada keistimewaan dia yang tersendiri, semua baby lahir-lahir je dah cutee, memang tak dinafikan..Ni pon malas nak citer detail-detail, kang orang muntah..Kadang-kadang aku taktaw nak jawab apa,hakikatnya aku mahupon Abi takde darah campuran.Kalau belah mak aku ada campuran Baba Nyonya Cina + Bugis je.Tu pon generasi dulu-dulu lah, tiba tang aku takde dah tempias baba nyonya bagai tu..Kalau belah Abi, Abi cakap takde jugak.Tapi macam ada, tapi yang pasti bukan keturunan mat saleh or arab or pakistan..Walaupon orang selalu cakap Abi macam mat saleh lah, macam banggali jual karpet lahh, pasrahh jela..Abi plak kalau orang cakap Iqy macam anak mat saleh, dia jawab Iqy ni cicit mat saleh bukan anak mat saleh sebab atok Abi nama Salleh..hahahahah...Sioottt je Abi.
SO, HAKIKATNYA IQY BERDARAH CAMPURAN MAMA + ABAH DIA SAHAJA..Takde mixed blood mat saleh ke pak arab ke, pakistan ke,seperti yang digembar-gemburkan.Eh cakap takde mixed blood pon orang cakap poyo taw, kononnya ingat aku nak berahsia lah kengkonon..dah memang takde takkan aku nak cakap ada..kang lagi kena hentam teruk..hahaha..Tak paham aku ni kengkadanag, jawab salah tak jawab salah..Bila jawab kata nak menunjuk2 perasan anak ko sorang je hensem, comey bagai, tak jawab kang kata poyo nak berahsia lah plakk..Haaa sekarang aku dah jawab...Lama giler peram jawapan ni, kalau tak puas hati meh kaji susur galur asal usul kami laki bini,,kikikikikiii..
dan sebagai sebagai penutup
TAHNIAH ANAK MAMA..(entry dah melalut saje pinjam entry ni untuk jawab soalan)
Tp iqy mmg comelllll lote lote
ReplyDeleteTahniah iqy yg handsome.
ReplyDeletehahhahah kelako laa nory niii.. sian iqyy. hensem salah tak hensem salah. tgok mama ida, orang kata mama ida comey kurus gemuk mama ida telan jekkkk.... rileks ye iqy , mama nory, dunia retis mmg macamni ehhhh? HAHHAHAHHAHAHHAA
ReplyDeleteAssalm nory,
ReplyDeletejangan dilayan cakap orang yer sayam
mestila kita puji anak kita seniri kan3
anak orang pun kita puji jugak kan3
apa masalah kan3 he3
Assalamualaikum nory. alhamdullilah taniah iqy, rezeki awak nak.. hehehe iqy memang cute la lagi2 bila dia sengih gitu. hahahhaa rindu nak main dengan iqy...
ReplyDeleteTahniah iqy...iqy mmg hensem...
ReplyDeletetahniah iqy .. kikikiki ... berjaya mencuit hati juri ...
ReplyDeletetahniah buat iqy..memang comel..hehe
ReplyDeleteIQY memang handsome xleh disangkal lagi.
ReplyDeleteWah tahniah iqy...tapi kalo masuk pertandingan snyuman paling nakal ni boleh dpat tempat pertama ni...hehe..
ReplyDeleteIqy..aunty nk mintk autograp..
ReplyDeletetahniah nomey..lantakkn je sape nk ngate tu...kite pun suka tulis pape dalam blog je...nak meroyan pun dlm blog...nak puji diri pun dlm blog...hihi
ReplyDelete