Hasrat nak bawa "anak bujang" aku ke spa ni dah lama terpendam, dah nak masuk umur 8 bulan baru berkesempatan nak bawak Iqy ke sini.Masa dia umur 3 bulan lebih dulu aku dah pernah booking tapi last minit tak jadi sebab apa entah dah lupa, ni pon kebetulan ada promo untuk dua orang baby, dan kebetulan kazen aku pon nak bawak anak dia sekali, tetiba teringat promo yang hampir tamat 8hb November lepas, and weoll pon sepakat pilih tarikh 5hb November sebab nak grab promo tu kan, dan kebetulan pulak sehari lepas balik bercuti ke Kuching (deyyy!!berapa banyak "kebetulan" daa?), memang elok sangat la tu dak bobot tu pergi spa, kasi massage satu badan dan berendam like a king kat dalam kolam tu.Mama kasi cannnn..Yela 3 hari suntuk kat Kuching lenguh kot badan dia asyik berdukung je, tido kejap2 je dalam van,asyik kena hangkut turun naik van, kesiann anak mama.So, mama dengan baik hatinya kasi Iqy legakan badan yang lenguh-lenguh tu kat sini okeyyy.Selamat ber"spa" my anak bujang..
Kazen aku yang booked kan sessi ni, aku suruh dia pilih time petang pukul 4.30petang sebab kalau awal sangat aku takut tak larat nak bangun awal, baru balik bercuti, sekurang-kurangnya kena qada' tido sehari suntuk...Hahahah bapakk arr..Mentang-mentang dah "cuti terus", eksyenn kau kann Nory??kuikuikuikui..Abi still cuti lagi so dapatlah dia join sekali tengok anak bujang ketipak ketipung dia tu berendam like "DIVA" katekooo...haha..Hujan plak tu petang tu, oii syioknyer kalau sambung tido.Tapi demi mu anak, mama gagah sendal mata dengan batang mancis, kuikuikuik (tipuu sangatt).
Oh yer Hippopo Spa Baby & Wellness ni ada 3 branch taw, aku pergi branch kat SetiaWalk Puchong sebab paling dekat dengan rumah aku, rupanya ramai orang Puchong taktaw akan kewujudan Hippopo Spa Baby & Wellness ni, okeyy sekarang dah taw kann..Esok boleh lah halo-halo aku kalau nak pergi ek, boleh Iqy join sekali.hihihi..Lagi 2 cawangan kat One Utama Centrepoint dan di Great Eastern Mall,Penang.
Just nak info bagi yang nak ke branch Puchong, since ramai yang keliru dan ada yang tersesat, Hippopo Spa Baby & Wellness ni terletak di Bangunan Blok K Level G, coz kazen aku pon sesat.Aku pon kebetulan je terparking kat bangunan blok yang sama, naik lift je terus jumpa, kalau tak, aku pon sesat jugak kot.huhuhu..
Sementara menunggu kazen aku yang sesat tu sampai, aku diberi penerangan serba sedikit pasal Hippopo Spa Baby & Wellness ni, untuk branch di Puchong ni terdapat 3 biji kolam kecil dan 1 biji kolam besar, kolam kecil yang 3 bijik ni khas untuk newborn sampai 6 bulan, ruang dia agak terhad gitu, yela baby kecik kasi ruang kecik2 sudahh lah..hehehe..Air yang disediakan bebas klorin selamat untuk bayi, toksah lah risau yer.Ade juga disediakan kolam private untuk parent yang taknak anak dia mandi kongsi-kongsi, dan ada juga kolam khas untuk baby yang ada alahan kulit seperti elergic atau ekzema.Mini butik baby pon ada sesuai sangat untuk ibu-ibu yang suka cuci mata and then cuci poket sekali, nasib baik aku tutup mata,jeling sikit je..hikhikhik..
Sessi bertemu peminat, jadi jejaka rebutan ko yer??Akak tu siap keluar phone sendiri snap picture dengan Iqy, ngalahkan anak Che Ta plak ko kann..Hahahaha..Lepas sorang, sorang nak tangkap gambar dengan dia, nanti mama boleh lah kenakan cas rm5 per snap picture..hahaha..Nasib baik akak-akak kat sini comey-comey belaka.heee,Okey-okey, kazen aku dah sampai dengan anaknya Syed Ezmeth Rafael Shah..Haa hambik ko, panjang kan nama anak dia,jenuh tok kadi nak sebut nanti ni..hahaha..
Sebelum berendam dalam kolam, kena kasi stretching dulu (betul ke ejaan aku tu?)..Kasi regang-regang kan otot dulu, kang terkejut plak urat tetiba masuk dalam air kan.Cycling-cycling dulu..Iqy champion dah bab ni, dia sendiri pon pandai stretching-stretching kan badan dia, sejak dah pandai masuk kaki dalam mulut ni kan, tapi kat sini special sikit, awek cun yang tolong stretching kan.hikhikhik..Suke letteww..
Kasi rasa-rasa air dulu kat hujung kaki, amacam okey tak??Kalau okey baru boleh kasi campak dia kat dalam tu..kikikiki..Oh yer, sebelum tu baby akan disarungkan dengan pampers khas untuk swimming, yang ni free aje, kalau nak beli pon boleh ada jual kat situ, kotlah kau nak guna untuk swimming kat rumah ke kan, eh bukan ko yang pakai, anak ko lah yang pakai..Kot yer pon kau ni..Cepukk kang..hahaha..Awek cun yang jaga Iqy masa kat sini nama dia kak Ika..Iqy Ika haaa kena sangat nama tu..hihi..Baik akak cun ni taw..Iqy lebiuu akak..
Yeayyy berjaya dilepaskan didalam kolam, disebabkan Iqy dah 7 bulan so kena mandi dalam kolam besar ni kongsi dengan Rafael sekali, seronok je tengok dorang berdua dok berkubang kat dalam tu, rasa nak join sekali jer..huhu..Masa ni belom pakai pelampong, pelampong boleh pilih nak yang kat leher pon boleh nak yang masuk badan tu pon boleh,oleh kerana Iqy dah ada 2 batang gigi, dia tak sesuai pakai pelampung yang kat leher tu sebab nanti dia akan rasa tak selesa kat gigi dia, so Ika suggestkan pakai pelampong yang masuk badan tu je..Boleh lahh asalkan pakai pelampong, jangan tak pakai sudahh.hehe..
Muka memang innocent je memanjang, takde perasaan eh?Sabo jela aku, dia boleh bantai termenung lama dalam kolam tu.dia memang camtu, lambat respon tunjuk keterujaan dia..Dia layan je alunan ombak tiruan yang membadai dia tu, taw2 hanyut je, Rafael pon sama, memasing dah macam layan mata nak tido plak.Macam tak enjoy plak kan, tapi kalau nak ikutkan memang lah pergi spa nak relax-relax ye dok..hahaha..Tapi nak jugaklan tengok dia terkinja-kinja, tapi nan hadooo...Lambat "panass" ini budak..haha..
Layan je la muka innocent dia tu sampai ke sudah...haruuuuu...
Sesekali je dia main terpuk-tepuk air..Pastu sambung buat muka innocent balikk.haha..
Sibuk nak tangkap bola,kumpul banyak2 then peluk erat2 takot orang hambik, takde sape pon nak hambik bola tu iqy oii...huhuh
30 minit berlalu, suis ombak tiruan pon dipadamkan, lampu pon padam, dua orang budak ni baru nak start teruja lah beb..Hadoiii..Baru nak tunjuk respond kick-kick air, tepuk-tepuk air, cehhh takde makna nak layan, dah-dah jom naik ke darat..Massage time plak..
Mencabar giler nak massage budak Iqy ni, sejak dia dah melasak sekarang ni, memang takkk lah dia nak duduk dendiam sambil layan orang gosok satu badan dia, Memang takk arrr..Kalau iqy yang dulu, Iqy yang berusia 4,5 bulan, iyerrr dia memang budak baikk duduk dendiam je, sampai orang panggil dia "muatan berat" duduk statik gitu je, Tapi tidak sekaranggg...Mama dia pon boleh jadi tarzan layan dia sorang kat rumah taw.Okey sekarang dah paham, anak lelaki + lasak memang tak dapat dipisahkan..Pahammm sangat...Hehhhh!!! (bukan mengeluh, nak citer je)
Ni gambar masa mood dia okey lagi, tunggu beberapa minit kemudian, ntah kemana-mana dia berpusing, kesian Akak Cun tu dok melayan dia, kejap massage sambil berdiri, kejap sambil duduk, kejap sambil menonggeng..Huhuhu..Aku tengok pon penat..hahaha..Sabooo lah Akak Cun yer...hehehe
Rafael elok je duk diam kena massage..Gudboyy..Tu abam Iqy tengah mengajor Rafael angkat-angkat kaki,amboiii biasa dia ek, huhuh..
Kalau korang berminat nak bawak anak-anak korang memanjakan diri kat Hippopo Spa Baby & Wellness ni better call dulu buat temujanji taw, lagi bagus kalau pergi time weekdays, tak ramai orang, syiokk kongker kolam macam Iqy dan Rafel berdua je dalam kolam, kemainnn korang kan..hehe..Harga plak berbeza yer untuk weekdays dan weekend, dan semestinya weekdays lebih murah.Macam aku aritu pergi under promo RM87 untuk 2 orang baby, so aku cuma bayar RM43.50 sahaja.Tapi promo tu dah tamat 8hb November haritu.Apa yang korang akan dapat dalam pakej tu adalah.., macam pakej yang aku ambik ni Swimming + Massage..1 jam (30 minit swimming + 30 minit massage)..Sesuai untuk newborn hingga 3 tahun sahaja..Okbaiii selamat ber"spa" yer kawan-kawan Iqy.
Hippopo Baby Spa & Wellness, SetiaWalk Mall
Unit 6 & 7, Level G, Block K, SetiaWalk Mall, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor.
Phone: 03-5891 6684 (Call Mon – Fri: 10am – 8pm, not including public holidays)
Unit 6 & 7, Level G, Block K, SetiaWalk Mall, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor.
Phone: 03-5891 6684 (Call Mon – Fri: 10am – 8pm, not including public holidays)
Wow seronoknya...bkn takat ank je rasa best mak budak pun rasa nk join sekali mandi...
ReplyDeletewah sakan la Iqy pergi spa hehehhe...
ReplyDeletennt kalau ada ank boleh la try nie...
kasi massage ckit...
Assalamualaikum nory, bestnya. adam tak dapat pergi ritu sebab ada batuk selsema. heeee iqy muka cheecky tau. geram tengok!!!
ReplyDeletecantik dqn besar spa kt sini. nina g kt ampang kecik sket. heee
ReplyDeleteWah.. comelnya Iqy dok swimming tu.. suka la tu ada akak cun dok massage.. :)
ReplyDeleteeeeee muka iqy tu mcm mintak kena cium kena gigit tau suka termenung meta gitu.
ReplyDeletecomel iqy. tapi muka cam tak ada perasaan jea tu..hihi
ReplyDelete