Followers

Wednesday, December 9, 2015

Sumpah terharu

 
Scene anak beranak 2 hari lepas, masa tu Abi ajak pergi isi minyak kereta, alang-alang tu nak jalan-jalan amik angin malam sekali lah, saje nak reward dak Iqy yang sibuk sangat ajak "kuar..kuar.."(keluar) tu..Bingit telinga..Kebiasaan dak Iqy ni, tiap kali aku sibuk bersiap nak sumbat botol susu lah diapers lah dalam beg dia, time tu lah dia dah tentu arah, tengok semua dah siap, dia takut sangat orang tinggal dia.Dia mulalah buat onar, mintak dukung lah, mintak air lah, nak bawak mainan lah, aku berdiri celah tu, dia pon berdiri celah tu jugak, dah macam melekat je kaki aku ni sedangkan yang aku ni tengah sibuk ke hulu ke hilir..Sambil bersiap, mulut ni dok membebel je lah kat dak Iqy ni, dia biasa lah kalau aku marah buat muka tak bersalah je, pastu cebik-cebik muka sambil cakap "mama...baby..mama..baby.." kalau dia sebut macam tu maknanya suruh pujuk dia lah..Dia tu sekarang ni bercakap macam budak umur 5 tahun je.Aku buat tak layan je kalau tengah sibuk..Kalau rajin aku pujuk lah, pujuk pon ada cara, nak gendong macam baby tu, pastu tunggu aku sebut "alololooo sape buat baby mama ni" sambil usap muka dia, lap air mata dia..Haaaa camtulah setiap kali nak pujuk dia..Dasarrr anak manja terlebih dossss!!hahahahah
 
Pastu kan dalam tengah aku marah-marah dia sebab dia terselit kat celah meja, sebab tak reti duduk diam, dia bangun sendiri dari tempat terselit tu, sementara aku plak dah siap masuk barang-barang dia dalam beg dan tutup zip, dia nampak je aku angkat beg , terus dia berlari ke handbag aku yang tergantung kat kerusi, dia seluk tangan dia dan ambil purse (beg duit) sambil hulur kat kat aku dan cakap "Mama..mama..Nah!!"..Perghhh rasa nak berjurai air mata ni, rasa tersentuh hati sangat taktaw nape, terus hilang rasa marah.Aku pon tak sangka tindakan dia macam tu sekali tahapnya..SubhanALLAH..bertuah punya anak..Kalau tak memang tertinggal lah purse aku tu..Yang musykil nya macam mana Iqy taw yang aku lupa bawak purse aku..Pastu pandai plak tu godek handbag aku cari purse aku dan bagi kat aku..Ya Allah bijakknya kau nakkk oii..Sorry terpuji anak sendiri plak.Puji sikit jeee..Sebab aku macam terkejut tengok tahap perkembangan dia yang bagi aku terlalu awal untuk peringkat umur dia yang belum cecah 2 tahun pon lagi..Banyak lagi sebenarnya perlakuan Iqy yang kadang-kadang buat  kami laki bini tersenyum sesame sendiri.
 
 

3 comments:

  1. Bijak iqy ni tau, saje usik mama dia sorokkan purse hehhehe sebenarnya nory ada anak lelaki ni buat mama dia bertambah lagi sweet...tak percaya tengok nanti iqy umur 3 tahun, berjalan berpimpinan tangan mcm kak ju sekarang dengan Qi...akak plak rasa mcm berjalan dgn bf baru awwwwwwwwwww mak yg rasa sweet hahahhahaha

    ReplyDelete
  2. ilek nory. xsalah puji anak sendiri. nak puji ida pun lagi xsalah HAHAHHAHAHA. alaa benornya iqy saje bg purse tu, kang die nk ketuk sape kalau dah sampai kat kedai kang HAHHAHAHHAHA

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)