Followers

Thursday, December 24, 2015

Apa aktiviti aku setiap kali weekend

 
Life aku simple. Weekend aku pun simple, tak banyak aktiviti, kadang tu lebih banyak habiskan masa kat rumah time weekend, Abi plak bukan jenis yang suka berjalan sangat pun, aku ni suka berjalan, tapi bila dah suami pon tak minat jalan, tetiba berjangkit sekali minat tu.hikhikhik ..Weekend selalu lepak kat rumah, makan, tido, makan tido je..Tapi Abi ni rajin kalau time weekend, tu pon kalau dia cuti lah, dia lah yang readykan sarapan , lunch n dinner semua, aku takyah pikir apa dah..Cuma ada sedikit perasaan kesian kat dak Iqy lah jarang dapat keluar jalan-jalan, kalau dapat jalan pon time Abi kerja, tinggal kitorang berdua je kat rumah, masa tu je la peluang yang ada ikut atok n nenek Iqy pergi jalan-jalan.
 
Macam weekend baru-baru ni, Abi kerja, so aku ikutlah mak n papa aku pergi kenduri doa selamat kat rumah maklong aku kat Pantai Dalam,KL..Pergi kenduri pon okeylah , janji dapat keluar berjalan tengok dunia luar..hahaha,Sedih kan ayat aku...
 
Iqy ni dah terbiasa bangun awal pagi, so kalau time cuti pon, aku memang tak berkesempatan langsung nak cenekel bangun lewat, dia dah kejut aku suruh bangun.Pagi-pagi dah mintak Nasik "ashikk..ashikk..ashikk"..Hurmmm, well aku ni memang femalas sikit nak masak, nak cepat hangkut je dia bawak pergi beli nasi lemak dengan bihun goreng..Feberet dia tu, dah bedal nasi lemak, dia bedal bihun plak.Muahahha..Aku makan sisa-sisa dia je, kasihannnn..haha..Dah kenyang mintak shushu'wa plak.Pastu terbongkang tido, bangun tido mintak ashik lagi, nasib baik aku bijak, dah siap masakkan lauk sayur untuk dia (dalam dok malas-malas,  terselit jua "kerajinan").Suap dia lagi makan sampai kenyang, dah makan nasik mintak biskut plak..Haishhhh..Layan dia seorang pon macam layan 10 anak..Dia sorang tapi kerenah dia mewakili 10 orang budak..Aku masih lagi berkira-kira nak bagi dia adik ke tak? Dah ramai tanya, aku teringin jugak, tapiii bila mengenangkan Iqy yang unik yang mempunyai seribu satu helah, mood yang kadang baik, kadang sendu ni buat aku kena fikir 18 kali dulu..MUehehehehe..

Simple kan weekend aku, memang masa dihabiskan dengan melayan kerenah anak je..Terhibur lah jugak,dulu masa takde dia sunyi je rumah,sekarang ni sekurang2 nya ada   jugak kawan gaduh.hahahaha..
 

1 comment:

  1. kan. jom kita fikir lagi 60x nak tambah ke idok. huhu.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)