Followers

Thursday, December 24, 2015

Perasaan bila orang lain cuti, aku pulak kena kerja

 
Haaa ni nak mengadu domba kat korang semua, mana lagi hendak ku adukan perasaan gundah gulana ni kalau tak kat blog sendiri, takkan nak mengadu kat balai polis pulak, ada makan peluru aku nanti, muahahaha.. Aku tak tahu lah apasal kejam benor boss aku ni tak kasik can langsung kitorang menikmati cuti yang sepatutnya kita kena cuti, contoh haritu Selangor menang Piala Malaysia, sepatutnya Isnin tu cuti, kecohlah jugak kat group wassap opis aku ni dok melepaskan geram why company tak accept cuti tu.Isnin tu datang kerja memasing muka masammm je, semua tak puas hati wey, dah lah tak cuti, ganti pon tak, nak cover line cakap raya cina nanti cuti panjang.Hurmmm tu dah memang tiap-tiap tahun cuti panjang, tak sama dengan ganti okey..Aku memang berkira sikit bab cuti ni..Malas nak bertekak lah..Hurmm..
 
Dah lah malam Isnin tu aku dengan konpidennya ingatkan cuti esok tu, packing baju balik kampong Abi, sekali dah sampai kampong, lepas Gegar Vaganza, papp! dapat wassap yang mengatakan esok tu kena kerja...Huhhhh!! Bengangggg giler...So, packing baju balik dan balik rumah sebab esok tu kena kerja.Adehhh..
 
 
Masa ni on the way balik kampong, tengah konpiden esok tu cuti...wakakakaka..Dan sekali lagi adalah hari ini..Disaat orang lain sedang bergembira menikmati cuti sempena Maulidur Rasul , aku kena "merangkak" pergi kerja..Lengang je jalan harini, walaupon memang hari-hari pergi kerja tak pernah tempuh jammed, tapi harini rasa lain, rasa lengang giler, pakcik jual nasi lemak sedap tu pon cuti..Kelaparan aku pagi ni, dah lah partner sebelah cuti..Kepishangan aku kat opis ni, mujur telefon pon tak bordering sangat harini, kalau tak, stresss jugaklah..Harini rasa lambat sangat pukul 6 petang, tak sabar nak balik, esok cuti 3 hari, yelaaa korang dah start cuti , aku baru terhegeh-hegeh nak merasa cuti start esok..Kesiannn kan..
 
Ada satu lagi perkara aku nak mengadu ni, tak tahu apsal tangan ni gatal sangat dok godek-godek application blog kat henpon pastu terdelete entry-entry bulan Disember ni..Dan yang buat lagi haruuuu, terdelete sekali entry "produk review",,,jenuh lah kena taip semula.Sengal nya lahaiii..
 
Ok tu je nak mengadu..

2 comments:

  1. Sama nasib gak dgn hubby sue isnin tu company dia x bg cuti dan tiada cuti ganti ok...

    ReplyDelete
  2. allahu :(
    sedih part terdelete tu aaaaaa stresssss eheheheh
    bertabah ye kak huhu

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)