Followers

Thursday, May 4, 2017

Berpantang Mode is ON


Haiiii korang!!!!Ada yang rindu, ada jugak yang perasan blog hakak ni dah makin sunyi lately, tahu2 je dah berpantang, mesti ramai tertanya2, bila masa plak aku mengandung, huhuhu...Maaflah untuk peknen kali kedua ni, banyak sangat surpriseeee, sampai tak sempat nak bagitau, lagipon aku memilih untuk lebih privacy untuk peknen kali kedua ni, tapiiii jangan risau, aku still update cerita dari mula aku mula expect yang aku mengandung sampailah tau2 je dah gugur pun sekarang ni.Sebab aku dah draft sesiap, cuma tunggu masa je nak publish.So kalau entry2 tu dah publish nanti, korang anggap jelaa tu entry fresh dari aku tau, takde niat nak rahsia2 sangat pon, hakak bukan retis dik non, cuma awal2 peknen tu macam shock sikit, susah nak percaya yang tetiba diri ni termengandung..Ehhh!!!hahahaha

Dan sekarang masih shock lagi, masih sedih lagi, masih terbayang lagi diri ni dirodok2 kat bahagian bawah tu..Adehhhh ngeriii..Takdelah sakit mana tapi sumpah rasa tak selesa sangat, bila bawah kite tu di godek2 dikorek2...haishhhh takmolah mengenangkan lagi..Harap2 lepas ni taknak dah lalui pengalaman keguguran lagi.Harap2 masih diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung lagi.Dan aku laki bini pon masih terkejut dengan satu-satu berita, kejap twin, tetiba rupanya triplet.MasyaALLAH..Jammed otak aku kejap, susah nak hadam.Aku pregnant triplet..????Susah nak percaya..Mak aku pon terkejut beruk masa aku cakap , mak doktor cakap adik gugur, tapii ..bukan 1, bukan 2 tapiiiii tiga, makk!!..Haaaaaa!!! TIGA!!!Melopong mak aku kejap.hahahah

Oklahhh nanti tunggu entry schedule aku keluar ek next week, sebab aku dah set time siap2, malas nak edit balik..Entry dari mula dapat tau peknen , dapat tau twin, dapat tau triplet plak, dan tau2 gugur..Tunggu ek...Since aku up status kat FB pasal berita keguguran triplet aku tu, ramai yang PM tanya apa petua, tips, dan apa aku makan sampai boleh jadi triplet ni?Otak aku tengah jammed lagi ni, jenuh nak ingat balik apa aku makan, rasanya aku makan macam biasa je, takde makan apa2 supplement tambahan pun, sayur pon aku tak makan..Ni semua kuasa Allah, kalau dia kata jadik, maka jadiklaaa...Kun Faya Kun..Tapiiii kalau tanya laki aku, hehehehhhhhh...taktaulahhhh tapi ada jugak something yang dia makan sampai termengandung triplet ni (kebetulan je kot, mungkinlah mungkinnnn)..Tapi taktauulah sejauh mana kebenarannya..Tapi nak try boleh je cuba kan...Nantilahhh aku share..next entryyyy ek..Kot lepas ni aku boleh jadi usahawan dengan jual makanan tambahan tu nanti...hahahahah..Jauh sangat aku fikir tu...heeee...

Aku sekarang on MC 7 hari, nak pantang bebetul, jalan still kepit2, sebab ada "jalan" buka masa gugur tu, doktor ada seluk tengok bukaan, so rahim dah kena godek2 ni, kena jaga jugaklah, pantang makan, pakai stokin, tungku, urut, legaaa rasa badan..Ikutkan nak tambah MC lagi je, nak pantang lama sikit, nak rehat puas2..Hurmmmmmm..

SEE U NEXT ENTRY YA!!!! MUAH CIKED


5 comments:

  1. pantang leklok ye. jgn ngelat2 ;)...dh sihat nnt , boleh usaha lagi...hihihi

    ReplyDelete
  2. Ada rezeki lain untuk nory.. In shaa Allah.
    Take care ye..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory. Salam takziah ye yanggg.. semoga kuatkan semangat. Insya Allah, ada hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)